RENUNGAN UNTUK KITA HAYATI BERSAMA. SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DARINYA.
Daripada Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
Daripada Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Andai kata seseorang anak Adam telah mempunyai satu lembah
emas nescaya dia ingin pula hendak mempunyai dua lembah.
Dia tidak akan
puas dengan harta dunia sehingga akhir hayatnya (mulutnya dipenuhi
tanah) dan Allah Taala menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar
bertaubat.”
(Hadis Bukhari dan Muslim)
Huraian:
Nafsu sentiasa mendorong manusia untuk menguasai harta tanpa batasan. Sifat ini dicela jika ia menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah.
Mengingati mati menjadi pengajaran besar kepada manusia untuk mengawal nafsu.
Orang yang bersungguh-sungguh bertaubat, Allah Taala akan menerima taubatnya itu.
PUSAT ISLAM UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
(SUMBER : JaKiM)
No comments:
Post a Comment