Followerku..

Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Produk Oat Famous Sekarang

Assalamualaikum. ..


Sekarang memang musim orang akan makan oat ye sebab oat sekarang telah berinovasi :) Tengah musim orang ramai sekarang sibuk beli online oat chocolate. Semua tercari-cari kan? Aku pon sebelum ni ada jugak cari kat kedai tapi tak jumpa jugak. Akhirnya aku tempah je orang yang duduk kat JB.

Kilang membuat oat chocolate ni ada kat Johor. Area JB tapi belah mana aku lupa. Ada tulis kat plastik besar tu. Beli dari kilang dapatla murah. Aku beli dengan harga RM8.50. Korang beli harga berapa ek?


Walaupun Oat Chocolate namanya tapi Oat Chocolate ye tak berwarna coklat pon.hahaha. sangat menarik. Ada pelbagai lagi perisa sebenarnya tapi aku baru rasa 2 je perisa. Original Oat Choco tu dengan Oat & Wheat with Chocolate White tu rasa lebih kurang je. Kalau rasa betul-betul baru terasa lainnya. Manisss! Sekali makan tak rasa tapi banyak makan memang manis. Semut pon kejap je datang sebab memang manis ;)

Sarapan aku makan oat chocolate ni jela. Kalau letak sebelah memang tak rasa makan berapa banyak. Sedap! Korang cubalah rasa. Pengedarannya mingkin terhad kot tapi kalau beli Oat Chocolate online mesti ada banyak dah sekarang penjualnya. Cubalah!




KLIA 2 : New Development in Malaysia

Assalamualaikum. ...

Selepas kemelut MH370 melanda, MAS Airlines, Malaysia tetap perkukuhkan lagi agensi penerbangan negara dengan pembukaan lapangan terbang terbesar iaitu KLIA 2.Membuktikan kebolehan yang mereka ada pastinya sedikit sebanyak membantu menaikkan semula kepercayaan masyarakat terhadap penerbangan Malaysia.Insya Allah. Apa yang terjadi pada MH370 pastinya sentiasa dalam ingatan mereka.


Perjalanan aku bermula dengan ERL KLIA. Suara Ras Adiba Radzi dah takde tau korang.hehe.Kalau siapa yang selalu naik mesti perasanperubahan ni. Tambang daripada Bandar Tasik Selatan ke KLIA 2 adalah RM26.00. Dah macam tambang bas balik Johor ok!hohoho. Pastinya keadaan tren dan masa perjalanan adalah memuaskan setimpal dengan harga la gamaknya.


Setiap ceruk dekat KLIA 2 anda akan jumpa signage besar ASK ME yang dibawa oleh staf dan juga sukarelawan kat situ. Selamat untuk aku yang pertama kali jejak kaki kat KLIA 2 ni. Diberitahu benda ni akan terus berlangsung selama sebulan. :)


Ni jalan ke gateway domestik. International punya gateway aku tak lalu lagi tapi yang pasti kalau international korang akan lalu jambatan :) Sepanjang laluan ke gateway pon masih ada kedai untuk korang cucimata.huhuhu. Oleh kerana baru 3 ari pembukaan masa ni, jadinya masih banyak outlet yang tak bukak. Kena tunggu lama sikitla baru meriah :)


Papan tanda memang banyak. Belajarlah untuk melihat papan tanda di KLIA 2 ni. Surau jugak bersepah kat dalam KLIA 2 ni. Tak khuatir untuk solat. Pengambilan bagasi pula memang agak lambat pada aku. Ditambah pulak screen informasi pengambilan bagasi tu belah tepi. Susah cikit nak tahu line mana penerbangan kita untuk amik bagasi.mmm.


Jauh perjalanan tapi kapal terbang dekatje nanti nak masuk. Sebelah bangunan je diorang parking untuk depart. Korang tak sempatla nak berpeluh sebab semuanya aircond. Mengigil la korang nanti.

Kapal terbang nak berlepas memang perjalanannya ke trek agak jauh. Aku rasa makan masa 5minit plus jugak nak sampai ke trek sebenar. Aku pon sampai tertanya..eh..lamanya nak berlepas.hihihi. 

Ni pengalaman aku sepanjang aku kat KLIA 2. Masih baru beroperasi dan masih baru pengurusan mereka. Mudah-mudahan adalah manfaatnya kepada semua orang. InsyaAllah. 







Kisah Sempena Hari Guru!

Assalamualaikum...

Tema Hari Guru 2014

"Guru Pencetus Kreativiti, Menjana Inovasi"

Ketika aku baru mendapat ingatan...
Rumah papan berbumbung rumbia di Parit Sonto.
Jangan duduk atas bantal nanti bisul.Aku pergi duduk atas tilam.Takla sakit bontot tengok TV.hihihi
Makan tu bersila.Aku duduk atas kerusi sebab makan asing-asing.Takla kena bersila :)
Aku nak pandai bawa basikal.Selagi tak luka berdarah,memang tak pandaila bawa basikal.

Dahulu...
Tabika (Taman Bimbingan Kanak-kanak) Kemas Parit Sonto.
Memori bermain tanah liat. (sekarang tak tahula budak-budak panggil apa) Aku buat bentuk lesung batu. Aku buat jugak bentuk kereta walaupun takde rupa bentuk pon. Buat bentuk cawanla. Selamat tak dimakan.hahaha. Memori buat lukisan. Kalau Cikgu Rosnani tu suruh lukis gambar pemandangan mesti tak lepas gambar rumah tepi sawah, belakang rumah ada bukit 2 bonjol pastu ada matahari tengah-tengah.

Sautu Masa 18 tahun yang lepas...
Sekolah Kebangsaan Kota Dalam (S.K.K.D) 
Darjah 1 - Cikgu suruh tulis A,B,C....aku pergi buat bentuk bulat plus segi-segi.hahaha.Memang kreatif!
Darjah 3 - Cikgu suruh buat soalan matematik tambah tolak.Aku pergi amik buah saga (warna merah tu) kira tambah tolak punya soalan.Barula faham!
Darjah 6 - Cikgu suruh hafal susunan planet dengan warna pelangi.Aku pergi buat ayat Bahasa Melayu sendiri bagi tersusun.Baru la senang!

Saat jiwa muda dahulu...
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri (S.M.K.D.M)
Tingkatan 1 -  suruh pakai tudung kemas-kemas.Aku bagi letak lilin supaya keras depan tu.Baru la cantik!hahaha
Tingkatan 3 - Cikgu suruh buat karangan guna frasa hiperbola,metafora dan sebagainya.Aku pergi tulis surat cinta bagi ayat "power" punya :)
Tingkatan 5 - Cikgu suruh buat eksperimen sendiri.Selagi tak jadi buatlah korang sampai jadi.Selamat tak meletop.hihihi

Saat Mengenal kehidupan...
Universiti Malaysia Pahang (U.M.P)
Kalau nak berjaya,usaha kena lebih.Kalau nak berjaya,pandai-pandailah bawak diri.
Lecturer tu jadi kawan.
Kawan tu pon boleh jadi lecturer.

Bila kenang balik...banyak 'GURU' yang kita ada dalam sepanjang kehidupan ni.Bermula dari rumah,sekolah,pengajian tinggi dan sekarang alam dewasa.Alam sekeliling juga mampu jadi 'GURU' terbaik dalam mencari erti sebuah kehidupan.

Kreativiti dan Inovasi. Jalan seiring untuk menapak terus dalam kehidupan penuh cabaran.Bukan sekadar tema untuk Hari Guru sahaja,baiklah kita praktikkan juga untuk diri kita sendiri. :)

Selamat Hari Guru buat semua terutama buat Guru-guru di Malaysia!!

Aziz Satar dalam Kenangan

Assalamualaikum. ...

Berita hari ini penuh dengan berita yang menyedihkan dimana telah perginya seorang penggiat seni tanah air negara kita,Dato Aziz Satar. Beliau diberitakan meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Kajang pada pukul 2.00 pagi tadi.



Lagenda negara yang mana lakonannya bersama rakan-rakan dalam arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pastinya sentiasa mengamit ingatan kita semua. 

Moga Allahyarham Dato Aziz Satar bersama orang-orang yang beriman di sana.Amin...

Al-Fatihah...



Cara nak Screen Shot pada Telefon

Assalamualaikum...

Jom kita update blog. :p Tengah cuba sebaik mungkin untuk tidak mengabaikan blog tersayang ni.hihi.Blog ni la tempat aku jumpa ramai kawan-kawan.Belajar macam-macam.Lepasni ada ruang masa nak jugakla melibatkan diri cari income dengan online.Sekurang-kurangnya takla rugi masa gitu je :)

Sekarang aku nak share ilmu untuk buat screen shot pada telefon.Kenapa aku nak share cara nak screen shot sebab aku pon baru tahu.hahaha.Whatever la ko ayut!!Ni aku buat ujikaji screen shot pada telefon Samsung Grand Duos.Telefon lain nak buat screen shot aku tak tahulah sama ke tak caranya :)

Cantik tak kita lukis??:p

1.Pastikan gambar atau info yang dimahukan terletak pada screen telefon.
2.Tekan butang start dengan butang menu serentak sehingga dengar bunyi seperti anda amik gambar.
3.Screen shot anda telah berjaya!

Screen shot saya berjaya...yeayyy!!
Anda pula???








Tiket Perjalanan ERL

Assalamualaikum...

Hujung minggu lepas tengok-tengok gambar kat dalam laptop terpandang pulak 1 gambar ni.Fikir balik nape ada amik gambar ni ek?hahahaha.Motif sangat kan nak fikir semula.Mestilah nak share dengan kawan-kawan kat blog ni. ^^

sekarang!
dulu!

Yeay...berubah wajah dah tiket Express Rail Link (ERL) iaitu KLIA transit.Dulu time baru aku nak pindah diorang baru sibuk-sibuk nak renovate tukar mesin.Datang KL lagi sekali bertukar wajah dah ^^ 6 bulan dah rupanya aku kerja kat tempat baru :) Pantas masa berlalu.

Okla.Tiket ERL yang baru ni lebih keras.Lepas tu tiket ERL ni jugak dikitar semula.Maknanya pakai banyak kali sampai betul-betul rosak.Yess!Go green! ^^Maju dah ERL sekarang.Pihak ERL sekarang pon dah pandai tarik perhatian,siap bagi warna-warna lagi tiketnya ^^ Menarik kan? Setakat haritu aku naik masih tak berubah tambang menggunakan ERL ni.Tak tahu pula akan datang nanti macamana.Setanding dengan harga yang ditawarkan,perkhidmatan ERL pada aku masih lagi membanggakan. Syabas buat ERL.

Nanti KLIA ke-2 siap,makin bertambahlah orang menggunakan ERL ^^
Siapa selalu menggunakan ERL kat sini?memuaskan tak bagi korang?




White Masker Cathy Doll

Assalamualaikum...

Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan...!Eh?Tetibe je kan :p Ayat pertama je dah boleh tahu nak cerita pasal apa kan?hihi 

Salam sayang buat semua!! ^^ Harini nak cerita aku beli masker baru.yeayyy!!Ingat lagi aku pernah beli masker hitam shisheido dulu?Haaaa...lepas daripada tu aku ingat nak la carik lagi yang Nivea punya sebab Masker Hitam shiseido tu kurang minat sikit.huhuhu.Nivea punya masker dia sejuk tu yang best.Ada sesiapa pernah try jugak tak Masker Nivea ni?Disebabkan aku berpindah,aku punya la beria carik kat area Parit Raja ni tak jumpa.Geram punya pasal internet jugak jadi mangsa aku.

Akhirnya aku jumpa White Masker Cathy Doll.hihihi ^^ Aku punya nak mencuba terus je beli 12 paket terus.hahaha.Ni namanya bukan mencuba yer.Ni namanya memang nak membeli ^^ Bila dapat je barang White masker Cathy Doll tu,aku terus pakai malam tu jugak.Nak tahu bentuk White Masker Cathy Doll macamana ea?Tadaaa....


White Masker Cathy Doll yang ada gambar cartoon comel tu ea.Lagi 3 benda kat tepi tu dapat free.Trial punya ^^ Bestkan dapat free gift bebanyak gitu.hihihi.Okla.Komen aku sebagai pengguna White Masker Cathy Doll ni.

Komen:
1) Baunya wangi...Best!
2) Lebih senang nak dipakai.
3) Menarik segala "heads' yang ada kat muka aku ni...Puas hati!
4) Pek yang cute..Menarik!

Ada kemungkinan aku akan repear order untuk White Masker Cathy Doll ni.Pakainya best.Time nak kering tu memang bestla.Rasa tegang je muka.hihihi.Pada aku White Masker Cathy Doll ni tak sakit mana kalau nak tarik tu.Apa yang pasti elakkan kawasan bawah mata yer ^^ Kalau nak lebih hebat hasilnya,cuci dulu muka pakai air suam sebab nak bagi liang roma tu terbuka yer ^^ Jadinya,aku recommend sangat White Masker Cathy Doll ni yer.Selamat Mencuba...!

Aku beli dekat SINI
Bolehla ke page beliau untuk bertanya lebih lanjut ^^


Sporotrichosis!

Assalamualaikum...


Berjumpa lagi dalam entry seterusnya.Tajuk pon dah bahasa doktor-doktor.Nampak sangatla kan ada yang tak sihat kat sini.Sporotrichosis ataupun lebih mudah bahasanya Fungul disease telah menyerang Si Panjang aku.Haaaa....ingat tak aku cakap sebelum ni aku cakap Si Panjang tu telinganya luka tak baik-baik?Inilah sebabnya.Si Panjang tu ada Sporotrichosis disease.Fuhh..

Aku sendiri pon baru tahu ada penyakit ni ok.Sporotrichosis ni sangat bahaya kalau kena kat kucing kita.Aku baru tahu ni pon sebab aku dah bawak Si Panjang tu ke Veterinar.Bila dah ke sana memang dia periksa abis la Si panjang tu.Siap tengok bawah microscope lagi ok.Terus dia bagitahu aku yang Si Panjang ni sakit.Dia cakap penyakit ni bahaya sebabnya boleh berjangkit.Boleh masuk paru-paru dan boleh masuk ke dalam darah.Akhirnya boleh mati.Ayat last dia buat aku ...What??..mmm.Okla.Vet tu bagi aku ubat suruh Si Panjang makan.Ubat tu boleh tahan mahalnya.Aku dapat dalam 10 biji = RM80.Aku pon bagi jela Si Panjang tu makan.Tengok dekat seminggu ni mula menggering luka yang ada.Hope semuanya bolehlah baik.

Gambar lupa nak amik.Gambar ubat pon sekali lula nak snap.huhuhu.Aku cerita jela yer.

After a week.

Aku batuk-batuk tak berhenti.Aku dah pelik.Nak kata aku tak sihat macam aku tak rasa apa-apa masalah.2 hari aku biarkan.3 hari aku biarkan.Masuk seminggu.Fine.Aku dah macam suspek ni mesti ada kaitan dengan penyakit Si Panjang.Aku pon pergi jumpa doktor.Aku cerita-cerita.Dia pon cakap 'Ini kucing memang kadang-kadang masalah' huhuhu.Aku senyap jela.Doktor periksa aku semua dia cakap akan bagi ubat batuk dulu macam biasa dengan antibiotik.Fine.Aku baca kat internet antibiotik tak berkesan untuk melawat disease ni.Aku tak puas hati aku tanya lagi.Kalau tak baik macamana?Doktor tu cakap sambil senyum-senyum kat aku, I akan buat X-Ray.huhuhu.Doktor tu mesti fikir aku dah takut.Ofkos la takut.Bermain dengan nyawa aku kotttt...huhuhu.Nanges jap!

Aku sekarang makan ubat je dulu kalau dah abis tak baik jugak memang doktor tu jugakla aku jumpa.hihihi ^^ Selamat doktor handsome! :p Doakan aku selamatnya kawan-kawan.Risau la jugakkan kadang-kadang kita fikir macam tak serius tapi bila berkaitan dengan dalaman badan ni sukar untuk dijangka kan. ^^ Moga aku sihat dan Si Panjang tu pon teurs sihat.Amin.

MyB berbunyi-bunyi dan Kucing

Assalamualaikum...

4 Ramadhan 1423.Alhamdulillah.
Diam tak diam 4 hari dah berpuasa.Semua ok lagi ke?Semalam ramai cakap suasanan malamnya indah sangat.Banyak bintang.Aku pon tengokla.Memang cantik.Siapa ada tengok jugak?Kadang-kadang dengan tengok keindahan alam dapat memberi ketenangan kan. ^^

Tapi nak dijadikan cerita kan,ketenangannya minggu lepas amatlah tergugat.huhu.Ingat lagi pada MyB?Haritu aku dalam perjalanan balik rumah boleh pulak dia berbunyi-bunyi.Sebelum ni memang ada bunyi jugak tapi tak seteruk minggu lepas.Aku ni dah la perempuan,mau ye tak suspen kalau tengah-tengah bawak tu boleh dia bunyi-bunyi.Siap berhenti tepi jalan ok nak tengok apesal tayar aku ni berbunyi-bunyi.En B ye aku cakap MyB bunyi-bunyi tak nak caye.Asyik cakap, "...sebelum ni bawak takde pape pon..." 

Nak tahu kenapa MyB bunyi-bunyi?Sebab Break Pad kat tayar tu dah nipis.Kesimpulannya kena tukar dah break pad tu.memang la dulu En B bawak tak berbunyi dah masa tu tebal lagi.Kan?*Nyampah* huhuhu ^^ Macamana nak tahu waktu bila break pad dah kena tukar: Apabila dekat rim tayar tu dah ada habuk-habuk hitam.Serius masa haritu tukar aku lupa nak amik gambar.Patutla kalau aku basuh MyB tu esoknya tengok lepas bawak mesti ada hitam-hitam.Tension tau. -_-"

Ni la nama bendalah dipanggil Break Pad.Break pad ni masih baru dan tebal.Kalau break ni dah kena tukar bahagian kelabu tu akan menipis.Bila bergesel pasti akan ada bunyi.Itulah sebabnya.

Kat sini la tempatnya Break Pad tu.Memang sebijik la kat situ jugak tempat break pad aku.

Lepas tu kan....aku langgar kucing ok. -_-" Kucing tu boleh pulak terselit kat tayar.Perghhh.Aku punya kesian dan rasa bersalah masa tu jangan cerita la.Aku nak amik gambar pon tak samapi hati dah.Kesian giler ok!Tahu tak aku sampai tak boleh tido bila dah langgar kucing.Mengadu kat En B aku tu lagi la.Soalan macam polis,tapi last-last geram sebab aku asyik cakap je pasal kucing.huhuhu.Aku naik MyB jugak time langgar kucing tu.See?Berapa banyak kes aku dengan MyB dah.Baru sebulan ada dalam tangan aku,macam-macam pulak jadinya.huhuhu ^^ Ketenangan yang telah terganggu seketika dengan kejadian yang melibatkan MyB.Boleh tak nak salahkan kereta tu ek? ;p 

Apa pon kereta tu jugakla aku sayang.Banyak kenangan dengan kereta tu.hihihi ^^ Kalau perempuan bawak kereta mesti ada je kan jadinya.hahaha.Boleh gitu?Mulai sekarang kena la jugak amik tahu pasal komponen kereta ni.Takutla jadi lagi.Nanti menggelabah je lebih :p



Picture source : Google Image

Kenapa Biskut Ada Lubang-Lubang Kecil?

Assalamualaikum...


Setelah 1 hari setengah berpuasa baru sekarang muncul dengan entry terbaru.Salam Ramadhan buat semua umat Islam di dunia dan Selamat berbazar Ramadhan buat semua ^^ Okla.Sebenarnya nak cerita benda ni dari haritu lagi.Tapi tu la,tak berkesempatan.Nampak pasal benda ni pon masa terbaca post dekat Facebook.Terus dalam kepala,"Haahla....tak perasan.." :)

Mungkin dah ada yang tahu pasal ni,tapi aku nak tulis jugak kat sini.Alang-alang puasa ni kan.Cerita pon kuar pasal makan.Biskut kering pon jadilah yerk.Pastu sebelahnya letak kopi panas.Perghhh.Lapar semua nampak sedap kan :p Kebiasaan lubang-lubang kecik di biskut hanya lebih kepada biskut jenis cracker dan biskut tawar.Bentuk 4 segi lepas tu tak pon bulat.Aku panggil biskut cracker la.Mungkin ada panggil biskut tawar la kot ke ada yang panggil biskut kering??? :)

  
Hup Seng aku punya pilihan.Korang?

Tu dia lubang-lubang kat biskut :)

Tujuan kenapa ada lubang-lubang pada biskut tu adalah untuk menjaga tekstur dan bentuk fizikal biskut tu semasa membakar.Macam kalau kita buat biskut - biskut kat umah tu.Semasa pembakaran berlaku terdapat haba yang terkumpul dalam biskut tersebut hasil pengewapan air.Lubang-lubang kecil yang ada akan membantu melepaskan haba yang terperangkap dalam biskut keluar.Jadinya,tekstur biskut takkan pecah ataupun merekah. *Mungkin boleh bandingkan dengan chipsmore kot* ^^ Ini juga akan menjadikan biskut lebih ranggup :) 

Lepasni jomla kita bandingkan biskut yang takde lubang-lubang dengan yang ada lubang-lubang ea? :p Telan air liur cerita pasal ni.Padahal biskut kering je kot.hahahaha ^^ Kadang-kadang benda yang kita dah biasa nampak macam tak perasan pon kan?Lepas ni nak tengok apa pulka yer..mmmm..Idea-idea ^^


Picture credit: Google Search


Facebook in China

Assalamualaikum...


Selamat petang semua.Good evening! ^^
Sekarang aku nak share dengan korang tentang Negara China lagi.
Sebelum ni ada share pasal winter kat China.

Berurusan dengan supplier dari sana,sesekali aku borak-borakla dengan diorang.
Konon nak improve oh my English la sekali kan :p
Tadi baru je chatting dengan Coco Xie dari China.Nak tahu apa aku tanya?



Kalau ada yang dapat baca conversation atas tu akan namapak dia cakap
"no facebook in China"
Ha....means it is true.
Tiada Facebook kat China.

Kat Malaysia?
Pagi, petang,siang dan malam Facebook kot.
So?
Boleh je sosial tanpa Facebook.eh?
hahahaha :p

Rebat RM200 Telefon Pintar!

Asssalamualaikum...


Aku applykan untuk orang sebenarnya benda ni.
Untuk diri sendiri Rebat RM200 ni tak terasa lagi nak isi. ^^

Persoalannya kat sini:
Macamana nak print out slip status permohonan Rebat RM200 ni yang dah berjaya ek?


Masalahnya
Aku dah keluar dulu daripada tempat memohon tu.Ingat yer nak printla esok (harini).Tapi bukak-bukak takde dah maklumat yer.

Cane ek?

Link Membuat permohonan Rebat RM200

Aku tanya aku jawab!

Sebab aku dah telefon pihak SKMM ni.Cepat gila angkat tepon.I like perkhidmatan dia! ^^
Hotline:1-800-88-4040
Adibah yang jadi Customer Service dan melayan semua persoalan aku.
Mekaseh Adibah! ^^

Jawapan mereka:
Untuk permasalahan ini memang permohonan itu sekali mohon memang tak kuar dah info yer lagi kat laman web tu.Kebiasaannya mereka akan hantar email kepada pemohon.
Kalau email tak dapat jugak,jangan risau.
Mereka dah ada rekod permohonan Rebat Rm200 ini dan dealer akan boleh detect permohonan kita hanya dengan menggunakan no IC jika betul memang kita dah berjaya memohon. (oh No.IC!)
Syarat utama untuk tebus rebat jugak dah tak perlukan slip rebat RM200 ni pon sebenarnya.
Hanya memelukan salinan IC sahaja.

Akhirnya terjawab sudah ^^
Ada lagi ke nak memohon?
Silalah memohon yer ^^


Kemelut di Lahad Datu,Sabah

Assalamualaikum...

Tak tahu nak start macam-mana...Disebabkan sekarang ada TV aku follow jugak benda ni.
Pada mulanya kes ini hanya berkisar tentang pencerobohan bersenjata ke kawasan Lahad Datu,Sabah.
Setelah negara di tenangkan dengan menyatakan semua itu masih dalam kawalan polis.

Pihak polis melakukan rundingan damai.
Konflik ini berlarutan.
Rundingan tidak berjaya.
Kumpulan yang menyatakan mereka adalah Askar Diraja Kesultanan Sulu telah enggan beransur kerana menyatakan itu adalah hak mereka.
ATM sekarang sedang bersiap sedia.
Apa sebab ek diorang datang?Aku tak sure yang ni.Anyone know?kerana kuasa or kerana kawasan?


 

Terkini...banyak dalam timeline Facebook menyatakan.
2 anggota komando Malaysia telah terkorban.
Salam takziah buat keluarga mangsa.
Berdoalah buat penyelamat Malaysia di Lahad Datu,Sabah.
Semoga perjuangan mereka dilindungi dan diberi kemudahan.Amin.



Program GADIS!

Assalamualaikum...


Girls' Awareness Development & Inspirational Series ataupun singkatannya GADIS adalah satu program yang akan dianjurkan oleh Pakar Motivasi yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia, Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Program yang akan berlangsung sepanjang bulan March di sekitar hotel Kuala Lumpur.




Tujuan:
Memartabat, melengkap dan memperkasa golongan gadis dan wanita Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan topik-topik teori dan praktikal seperti KEMAHIRAN ASAS MEMPERTAHANKAN... DIRI, MENGENALI BIOLOGI, HORMON DAN DIET WANITA, PENJAGAAN PENAMPILAN, FESYEN DAN ETIKA, PENGETAHUAN HAK ASASI DAN PERLINDUNGAN WANITA, KEUSAHAWANAN WANITA dan lain-lain!


Sasaran:
Remaja (Perempuan je) dan Wanita (16 tahun dan ke atas)

Kouta:
Terhad untuk 50 orang terawal.


Macam menarik benda ni.Kalau sekitar Kuala Lumpur ni boleh je kot nak pergi kan.Sape nak pergi?Jom sekali! ^^




Maklumat lanjut:

Kerja Kosong di Petaling Jaya

Assalamualaikum...


Selamat Pagi!
Pepagi ni nak share la kerja kosong untuk orang-orang area Petaling Jaya,Selangor dan kawasan-kawasan yang berhampiran.
Rajin sangat kan aku ni siap nak promote-promote keje kat blog ni.hahaha.Tak kisahla tu.Yang pasti kerja ni memang ok.Bila korang buat kerja nobody will busy body with you.Yela dah kalau dalam office cuma ada 4 orang kot.As long as kerja siap,setel.Ni pengalaman aku yer.So,kalau perform baik-baik semuanya akan baik.





Kalau nak apply boleh pergi ke link Jobstreet ni
Jom kerja!
^^



Jom Merancang~! Cuti 2013..

Assalamualaikum...


Baru 3 hari masuk tahun 2013,aku dengan penuh semangat merancang segala cuti yang ada.hahaha.Sebenarnya, aku memang sangat-sangat kena tengok cuti-cuti ni bila.Antara sebab kenapa aku nak kena rancang awal:

1) Nak Kahwin - Nak siapkan dokumen, tarikh, tempah dll.
2) Tukar Kerja - Nak pindah,Nak sewa umah baru, Boss baru,Suasana baru dll.
3) Member Kahwin - Planning in-out money.
4) Abangku Kahwin - Nak bertandang,Nak balik kampung dll.

Ni la sebab besar yang kenapa aku kena tengok kelender hari-hari.Tengok akaun bank hari-hari.hahaha.Tak tension, cuma pening (bukan lebih kurang ke nanti??).Payah jugak kalau sesuatu tu melibatkan ramai orang sebenarnya.Kalau plan kita tak sama,meletop jawab yer.Tapi apa pon,kalau memang takde rezeki nak jadi seperti apa yang kita rancang, apa boleh buat.Dulukan mana yang patut,buat la untuk apa yang terbaik.Kan?? (nada kecewa cikit..huhu)



Jumpa kat SINI

Aku dah siap-siap highlight mana yang aku terlibat.Lepas ni aku dah tak terlibat dengan Selangor tapi terlibat dengan Negeri Johor pulak.Sekarang memang mood nak tukar keje jer.Yang lain aku memang out.Just fikir tarikh gan planning atas kertas jer.Buat apa-apa tak lagi.hahaha.

Semoga dengan perancangan cuti ini dapatlah membantu diriku untuk lebih berjaya dalam membuat perancangan yang lain.Amin.
Jom Merancang!


Hari Keputeraan Sultan Selangor

Assalamualaikum...


Sembah tahniah dan Ucap selamat
sempena
Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang ke 67.
Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku.
Daulat Tuanku.

Semalam Negeri Selangor cuti umum.
Dapatlah berehat sehari.
Walaupun bukan anak jati Selangor tapi bila bermastautin merasa la jugak kan cuti.

Semalam telah berlangsung juga majlis istiadat Hari Keputeraan dan terdapat juga majlis pemberian Darjah kebesaran kepada yang terpilih atas perkenan DYMM Sultan Selangor.

ISTIADAT HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR KE-67
Pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama pada anggota TLDM. Putih je tengok.huhu


Pancaragam TLDM


Keberangkatan memasuki Balairung Seri diiringi Kawad Senyap. TLDM again.hihi



^____^


Kredit gambar: Navy.mil

p/s: TLDM bawah Sultan Selangor.Tu pasal semuanya TLDM.





Pesanan Imam Ghazali

Assalamualaikum....




^___^

Pesanan Imam Ghazali buat kita semua.
Sama-sama kita beringat dan berjaga dengan setiap kelakuan peribadi kita.
In Shaa Allah.
Sama-sama kita praktikkan.



p/s: Autopublish...malam buta bru ke tempat semua ea.




Surah Khafi dan Jumaat

Assalamualaikum...


[google Image]



Surah Al Kahfi.
Surah ke 18, Juzuk ke 15 di dalam Al Quran.
Mengandungi 110 ayat.

Di sini aku senaraikan sedikit kelebihan seperti yang telah disebut oleh
Rasulullah sallAllahu 'alaihi wassalam kepada sesiapa yang membaca Surah Al Khafi.


Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]


Tu la kaitan Surah Kahfi dan Hari Jumaat.
Banyak sebenarnya kelebihan membaca Al Quran.
Tidak kiralah sebenarnya nak membaca hari apa.Tapi ini adalah kelebihan Hari Jumaatt.
Ni sebahagian yang mempunyai kaitan dengan Hari Jumaat,Penghulu segala hari.
Jom baca Al Quran.
Salam Jumaat!
^___^


[Inspirasi artikel: Kelebihan Membaca Surah Khafi]


Buat Ibu Mengandung! :)

Assalamualaikum...


[Facebook]
tak jumpa pulak link ye dah.huhuhu.mintak halal ye ilmu ni.


Bak kata orang yang aku selalu dengar,
Nak mendidik anak biarlah daripada dalam perut.
hihihi.

Ayat-ayat Al-Quran jika daripada kecik dah kita dengarkan untuk mereka mudah-mudahan hati mereka lembut.(Ni pon dengar orang cakap) Sebagai seorang ibu yang mengandungkan anak dan bawa mereka ke sana ke mari selama 9 bulan mestilah mahukan seorang anak yang boleh menyenangkan hati.
Jadi buat ibu mengandung,amalkanlah bacaan surah-surah di atas.
Mudah-mudahan anak yang bakal lahir menjadi anak yang penuh sifat-sifat mahmudah.
amin.

Selalu dengar nak anak yang 'handsome' dan 'cantik' amalkan Surah Yusuf. Nabi Yusuf kan dikenali sebagai seorang Nabi yang baik rupa paras ye kan.Harapnya tak dapat seindah Nabi Yusuf, dapatlah anak yang bakal lahir nanti sesedap mata untuk memandang.Manis dan tenang kalau dilihat.

Surah Luqman banyak mengisahkan nasihat dan pesanan Luqman kepada anaknya.Kalau kita baca tafsirannya banyak pesanan terdapat dalam Surah Luqman.

"(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. [Surah Luqman, Ayat 16]

Ada jumpa tafsiran online jumpa kat SINI



Al-Quran terkandung segala kebaikan dan manfaat.
Jom baca Al-Quran!
^____^












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...