Followerku..

Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Vivix Shaklee Ubat untuk Pesakit Kronik

Assalamualaikum...


Permulaan bulan dengan perkongsian barang sihat dan sangat berkualiti daripada Shaklee. Ambil aura permulaan bulan katanya gitu.

Okla. Tak mahu cerita panjang berjela cuma nak tegaskan kat sini, Shaklee ada makanan tambahan bagi pesakit-pesakit yang kronik di luar sana. Apa sakit kronik ni? Apa makanan tambahannya? Jeng jeng jeng...!!


Iya....itu dia penyakit kronik dan makanan tambahan terbaik buat para pesakit di luar sana.

Subhanallah...ciptaan Allah itu memang ada kelebihannya. Meh nak cerita sikit macamana vivix ni boleh jadi ikhtiar bagi pesakit-pesakit kronik ni. Vivix diperbuat daripada campuran bahan botani: 1) Elderberry, 2) Polygonum Cuspisdatum, 3) Lobak Purple and akhir sekali 4) Anggur Muscadine.

- ANGGUR MUSCADINE yang dikenali juga sebagai SUPER GRAPE kerana ia membesar sebesar Bola Golf!!! Buah anggur yang tahan daripada suhu panas,bakteria dan fungus. Kat sini je dah nampak bahan digunakan sangat baik. (No need any racun serangga!Safe!!)

Info selebihnya anda boleh tengok pada kelebihan bahan utama vivix. Berbaloi kan kalau tengok cara pembuatan. Bebas bahan kimia dan selamat. Kegunaan pon banyak.


Vivix sangat membantu bagi pesakit kanser. Jangan takut untuk mencuba kerana sudah ada banyak testimonial berkaitan pesakit kanser menggunakan vivix. Vivix dapat membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh badan. Kandungan yang diperkaya dengan Resveratrol (kumpulan komponen dalam tumbuhan  yang dikenali sebagai POLYPHENOLS) sebagai bahan ANTI OKSIDAN dan ANTI PENUAAN selain daripada dapat menghalang pembesaran sel-sel kanser dalam tubuh badan. Lepasni aku akan tunjuk testimonial customer lain ea. Aku janji punye. ;)

Promosi bulan Julai

1) Beli Vivix 7 @ 6
2) Beli B Complex 4 @ 3
3) Beli vitalea for kids 4 @ 3

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut,bolehla hubungi hidayah a.k.a ayut ye. 0193627388. Sesiapa nak jadi lebih muda dari usia dan membantu keluarga,sahabat atau saudara terdekat, bolehla kita berborak-borak apa makanan terbaik buat orang yang kita sayang!


See ya!!


Cara screenshot lenovo

Assalamualaikum...

Akhirnya harini masih ada muncul jugak entri buat pengunjung blog. Korang datang ke blog aku ni? Hahaha..rasa kena buat perubahan pada blog ni. Mesti dah bosan tengok benda sama je bila datang. Akan dipertimbangkan. Any suggesstion untuk orang yang boleh bagi cantik blog aku ni? Bagi link ea kat komen nanti. Ini serius punye. 😃

Harini nak kongsikan pengalaman aku yang baru tahu macamana nak buat screenshot pada telefon lenovo. Samsung i dah reject sebab selalu hang. Pastu panas pulak tu. Ooppss..ok dah. Macam sebelum ni ada tunjuk nak prinscreen pada telefon samsung. Rupanya lenovo lagi ada yang mudah. I is baru tahu ok. (tepuk dahi!).

Menu pada bar telefon..Ala yang biasa ada tarikh, masa line semua tu. Tarik bawah akan jumpa perkataan SCREENSHOT.

Tekan!

Keluar macamgambar atas. Dah keluar macam tu, nampak perkataan FULLSCREEN.

Tekan!

Anda berjaya!!!

Macam tu je nak screenshot pada telefon lenovo. Tapi nak tekan punat volume dengan start tu boleh jugak tapinya LECEH!

Buat apa nak buat benda susah kalau ada benda senang. Ok...jumpa lagi entri akan datang tau!


Pengedar sah shaklee area Batu Pahat:
Hidayah a .k.a Ayut
0193627388


See ya!!!





Pejabat LHDN Batu Pahat

Assalamualaikum...

Lama take update sebab macam rasa takde apa nak dikongsikan. Sekarang ni update bermakna adalah tu benda nak kongsi. Haritu aku ada bagitahu kat mana Jalan Rahmat,Batu Pahat. Beria sanggup ambil gambar tengah jalan ko. :)


Harini nak bagitahu pulak Pejabat LHDN,Batu Pahat terletak kat mana. Ramai tak jumpa sebab pejabat LHDN ni memang sangat tersembunyi. Aku pergi pusing dekat 3 kali baru jumpa.haish!

Batu Pahat banyak jalan sehala. Jadinya agak payah bila korang dah tersalah jalan. Bawah ni aku lukis pelan. Ikut je anak panah tu mesti korang boleh jumpa. Aku siap buat landmark bagi senang korang untuk buat anggaran arah mana pejabat LHDN ni.


Jalan keluar Dari laluan pejabat LHDN tu adalah Jalan Zabedah. Dekat jalan Zabedah ni ada Restoran Nikmat Tandoori yang sebelum ni aku tunjuk. Sebelum nampak bangunan ni la korang kena belok masuk laluan ke Hotel 55 tu. Laluan aku buat tu sepatutnya bersambung.heeee.

Harapnya sesiapa mencari pejabat LHDN ni mampula untuk jumpa lepas aku huraikan cikit-cikit landmark yang ada. Marilah kita mengisytiharkan pendapatan kita ye. Harap-harap takdela kena bayar. Kalau kena nak kena siap-siap buat potongan zakat ni.heeee... ;)

Ok.See ya!




Perjalanan Bas Batu Pahat ke Lumut

Assalamualaikum...

Jalan-jalan cari suami!! ;) hahaha. Ayat macam nak kena penampar je kan. Sabar jela. Tapi memang betul pon. Aku kalau jalan jauh ni sebab ye 1 je,nak jumpa suami. Setakat nak ke utara sana makan angin memang aku rasa tunggu dulu la kot (nak pergi Penang...nak jumpa kawan :'( ) hohoho. 

Haritu ada hujung minggu aku nak pergi ke Lumut. Yela kan base TLDM kat Lumut. Suami pon kena kursus tu kat Lumut. Aku cari tiket bas ekspress dari Batu Pahat(BP) ke Lumut. Takde pon yang jual. Aku telefon la bas yang berkaitan pon memang takde bas ekspress dari Batu Pahat (BP) ke Lumut.


Bertanya lebih lanjut,adanya cuma tiket bas ekspress dari Johor ke Lumut. Johor maknanya Johor Bahru(JB) ye. I is orang Johor. Orang Johor cakap JB tu Johor. ;) Diringkaskan cerita aku boleh beli tiket kat BP tapi bas ekspress ye dari Johor dan kena tunggu pulak bas ekspress kat Petronas Ayer Hitam. Nampak tak serabutnya perjalanan aku hujung minggu tu.hahaha.

Perjalanan bas ekspress kat BP ni banyak ke Kuala Lumpur dan ada ke utara tapi cuma sampai Ipoh. Alternatif bagi korang nak ke Lumut dari BP adalah naik bas ekspress ke KL baru la beli tiket lain ke Lumut. Pastinya kena gerak awal. :)

Harga tiket direct JB - Lumut 
RM60.00 - bas S&S International
Harga tiket Kluang (turun tol) - KL
RM 27.00 - bas KKKL
Harga tiket Lumut - KL (turun KL Central)
RM 27.00 - bas Nirwana
Harga tiket Batu Pahat - KL
RM 22.50 - bas S&S International
Harga tiket KL - Batu Pahat
RM 25.00 - bas KKKL (non stop)

Perjalanan tarikh: 13.02.2015

Bas ekspress lain mungkin harga lain. Tak pasti untuk itu ye. Ni aku kongsi berdasarkan pengalaman aku punya perjalanan.

Perjalanan Johor ke Lumut 8 jam naik bas ekspress ye. Patah pinggang duduk dalam bas tak gerak-gerak. Kerjanya tido bangun tido bangun jela. Apa pon itulah namanya menaiki bas ekspress. Pastinya tak sama naik kereta sendiri ;)

Pilihan paling best baik jumpa kat centre. Masing-masing baik turun Kuala Lumpur. Merayap jela kat KL tu dari penat 8 jam dalam bas. ^^ Gitula ceritanya kalau seorang utara seorang selatan. Seorang di darat seorang di laut, dalam periuk bertemu jua. Eh?! Hahaha.









Pemergian 12.02.15

Assalamualaikum...



Salam takziah buat semua keluarga kedua-dua almarhum..
Moga kalian berdua bersama orang-orang yang beriman..
Moga Syurga tempat kalian berdua.
Amin...

Kedua-duanya aku membesar dengan melihat sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.
Terkesan.


Al- fatihah.


Amin....






Pelamin Kahwin Cantik!

Assalamualaikum...

Tajuk kahwin-kahwinla! Hahaha. 

Ni saje aku nak kongsikan 3 bentuk pelamin yang aku ambil gambar dekat majlis kahwin kawan dan juga sedara. Cantik kot pelamin macamni. Meriah!

Pelamin bawah kanopi.
Bridal: Firmah Bridal
(Google tau bridal ni. Tengah top bridal ni kat Batu Pahat)

Pelamin dalam rumah.
Bridal: Firmah Bridal

Pelamin dalam rumah.
Tema warna kuning purple.
Bridal: tak ingat ( tapi area Sungkai,Perak )

Bila pergi majlis orang sibukje aku nak tengok baju la,pelamin la,make up la sampai hantaran pon sibuk. Nampak sangat mak jemah ye aku ni.hahaha.

Nanti ada gambar best lagi aku share ea. ^^












Pasar Malam Ayer Hitam

Assalamualaikum...

Bersiaran malam!
Hari ni hari Ahad. Jadinya di kampung aku yang dekat area Ayer Hitam ni ada pasar malam. Haaa...kepada sesiapa yang datang Ayer Hitam bolehla ke pasar malam ni pada setiap hari Ahad. Betul-betul kat Pekan Ayer Hitam tu.


Ni la jalan masuknya ke pasar malam Ayer Hitam. Serius sesak. Aku suka je letak kereta tepi jalan pastu melintas jalan kaki masuk kaki. Panjang ok pasar malam ni.


Yessszaaa.
Ayam kampung hidup pon ada ye. Ada sesiapa nak ayam kampung bolehla cari kat pasar malam Ayer Hitam ni ea. ;)

Macam pasar malam tempat lain jugak,penuh makanan,penuh baju dan penuh jugak barang keperluan lain.

Jom promote kampung! 
Suka pergi tempat macam ni sebab boleh jumpa kawan-kawan sekolah.hahaha ;) Best!




Harga peti sejuk 2 pintu!

Assalamualaikum...

Hello readers!
Bila mengantuk menerjah diri rasa nak terus je lelap dan tak payah pandang jam dulu.huhu. Kalaula bolehkan. Masalah ye kalau nak tido sekarang pastinya akan pandang jam. Sadis! Takut banyak planning tergendala. -_-'

Siapa baru-baru ni beli peti sejuk? Cuba cerita sikit pengalaman beli peti sejuk.Rasa ala-ala macam beli kereta ke macam beli baju?hahaha.Kelebihan peti sejuk 2 pintu ni pada aku 1 je. Korang tak payah nak cuci frost dia tiap minggu. Jimat tenaga korang hujung minggu buat benda lain.Point kat situ.Selebihnya fungsi sama je macam peti sejuk 1 pintu *pada aku*.


2 minggu aku jalan area Batu Pahat tinjau harga. Boleh tahan harga kalau beli waktu hujung tahun dan awal tahun ni. Potongan ye bukan main lagi. Gambar atas tu aku cilok kat Aeon big Batu Pahat.Tapi semestinya saiz berbeza ye ^^

Harga peti sejuk 2 pintu dekat Courts Batu Pahat pon paling murah aku tengok RM828 jenama Toshiba. Jenama Samsung tak payah tanya memang harga di antara macam atas tu.

Harga peti sejuk 2 pintu paling murah aku jumpa jenama SHARP. Semua kedai ( termasuk kedai kecik-kecik tepi jalan tu) aku tengok peti sejuk 2 pintu hanya jenama SHARP harga boleh runding. Peti sejuk jenama ELBA takde dah ea?ke aku yang tersalah..ELBA ada kan jenama barang elektrik?hahaha.serius aku tak ingat.adoiii!!

Keputusan:
Jenama: SHARP
Saiz: 210liter (ikut orang kedai tu cakap,aku iyakan je)
Harga asal: RM800.00
Harga beli: RM740.00 siap hantar.
Warranty 1 tahun,warranty motor 10 tahun.


Tips: Buatlah survey sebelum membeli. Perbandingan harga boleh dilakukan dengan jaya ye!! 

Bab penggunaan tenaga pon kena consider kot kalau korang jenis nak jimat. Ada 2 3 4 5 bintang. Makin banyak bintang makinla jimat tenaga kata ye. KATANYA. Aku tak tahu la sejauh mane jimat ye. Mungkin ada betul :)

Cukuplah tu kan untuk anak 4 orang. Eh?!
Amiiiin..


Lagu Mawi ft Hazama - Al Nuura

Assalamualaikum...


Hujung minggu di hari Ahad!
Pagi-pagi aku dah menghadap laptop.Ni la gamaknya kalau aku menikmati cuti yang ada. Mata tu terus je tengok laptop lepas siap dah semua kerja-kerja yang sepatutnya ala-ala surirumah penuh masa gitu kan. heee :) Tujuan utama pagi-pagi buka internet nak cari lagu baru Mawi yang ft Hazama dengan sekali Daly Filsuf tu. Malam tadi aku dengar terus nak cari pastu download la mp3 lagu Al Nuura ni.

Sebelum tu aku nak berkongsi maksud doa Mawi dalam lagu Al-Nuura ni (source)

Allahummaj'al fi qolbi nuuraa (Ya Allah jadikanlah dalam jantungku cahaya)
Wa fi asobi nuura (Dan dalam urat sarafku cahaya)
Wa fi lisani nuuraa (Dan dalam lisanku cahaya)
Waj'al fi nafsi nuura (Dan jadikanlah dalam jiwaku cahaya)
Waj'al lii yau maliqo ika nuura (Dan jadikanlah bagiku pada hari bertemuMu cahaya)


Nak share la kat sini lirik lagu Al-Nuura nyayian Mawi,Hazama dan Daly Filsuf.

Dari dia kita datang
Dari dia kita pergi
Ada bulan ada bintang 
Dan juga matahari

Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa 
Kita pulang

Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan
Seluas-luas lautan
Setitik pon belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari
Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir

Dari dia kita datang
Dari dia kita pergi
Ada bulan ada bintang 
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa 
Kita pulang

Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu,malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih juga tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini

Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan

Dari dia kita datang
Dari dia kita pergi
Ada bulan ada bintang 
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa 
Kita pulang

Allahummaj'al fi qolbi nuuraa
Wa fi asobi nuura
Wa fi lisani nuuraa
Waj'al fi nafsi nuura
Waj'al lii yau maliqo ika nuura

Dari dia kita datang
Dari dia kita pergi
Ada bulan ada bintang 
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa 
Kita pulang


Video bolehla tengok ramai-ramai di Youtube! ^^



ok..nak keluar tukar minyak hitam kereta.
Moh ler kita ye!
^^





Buah salak

Assalamualaikum...

Harini masih lagi makan tido kat rumah. Menikmati cuti dengan rehat yang terlebih cukup. Hahahaha. Harini ahad. TV pon takde kat sini jadinya aku perabiskan jela makanan yang ada kat umah ni.

Nak dijadikan cerita sebelum aku bercuti datang Semporna, staf sorang tu baru je balik bercuti dari kampung dia kat Sarawak. Dia ada bawak buah salak. Aku serius lama gile tak makan buah salak. Dalam keterujaan tu aku pelik sebabnya buah salak daripada Sarawak ni berduri. Oh serius??!

Ni buah salak yang aku beli.
Gambar buah salak dari sarawak tu lupa plak nak amik.

Pendekkan cerita sampai Sabah aku berenti tepi jalan cari petai. Nampakla buah salak. Tapinya kat Sabah buah salak ye tetap macam yang dekat semenanjung tu. Buah salak tu takde duri. Ahaaa..menarik. Adakah hanya di Sarawak buah salak akan berduri?? Adakah sebab pengaruh habitat dia tumbuh boleh ubah outcome sesuatu buah tu ek?

Rasa sama. Kelat-kelat masam.
Tekstur sama.
Luaran je berbeza.
Sungguh menarik ciptaan Allah.
ke berduri sebab masih muda buah salak ye.?
Siapa rumah dia ada tanam pokok salak. Meh cerita sikit pasal buah salak ni.



22hb August 2014 - MH17

Assalamualaikum...

Salam takziah buat ahli keluarga mangsa nahas MH17 dan tak lupa juga MH370. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Perginya dengan senyuman kembalinya dengan tangisan. Allahuakbar. Moga kesemua rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas MH17 dapat dibawa kembali dengan selamat.


22 Ogos 2014. Hari bagi menghormati kepulangan jenazah bagi nahas MH17 daripada Amsterdam. Acara yang dilakukan dengan penuh istiadat. Kepulangan yang tidak dirancang jadi sebegini bagi setiap ahli keluarga anak kapal dan penumpang MH17. Apa sekali pon,doakanlah yabg terbaik buat semua mangsa yang terlibat. Al Fatihah buat yang beragama Islam dan penghormatan mengikut agama masing-masing.

Ya Allah peliharalah umat Islam di seluruh dunia dan lindungilah kami daripada tipu daya dan hasad dengki dunia. Amin.

Bulan Kemerdekaan.
Bulan penuh sejarah.
Tahun yang sarat kesyahduan.

Di sini lahirnya sebuah cinta.
MAS teruskanlah kamu terbang.
Aku membesar dengan bangga melihat kamu megah di atas awan.






Cara Menangani Kebosanan!

Assalamualaikum. ..

Anda bosan??!
Anda stressed??!

Setiap hari pastinya kita dapat rasakan 2 perasaan tanpa diundang. Bila takde keje nak buat timbul bosan. Bila ada keje tak boleh buat jadi stress. Ditambah kawan sibuk, pasangan ada keje dan sekeliling tak membantu. Contohnya nak keluar duit cukup makan je. Takpon nak berjalan tapi tak tahu nak ke mana. Alone feeling akhirnya kemurungan.mmmm. Stressed!!huhuhu.

Cara mengatasi kebosanan:

1) Buat apa yang korang suka dan boleh dibuat. Lebih berbentuk physical movement ye!
Contohnya basuh kereta, kemas rumah, memasak, mandikan kucing dan kemas keliling rumah. Lebih baik pergilah bersenam. Elakkan daripada tido kerana tido pastinya takkan membantu.

2) Membaca.
Cari buku yang dapat menarik perhatian korang. Jangan pulak baca sastera. Pada aku tu cari padah. Tapi ada je yang suka. Up to you. Bila dah penat buat yang pertama atas tu bolehla rileks. Jangan bosanje terus baca buku. Pastinya bosan itu akan berpanjangan.haha.

3) Keluar tengok alam.
Bila bosan keluarlah tengok alam. Tak tahu pergi mana pon jadilah ke depan pintu rumah tu. Sediakan kerusi santai duduk diam. Bolehla kurangkan kebosanan dalam setengah jam pada aku. Kalau duduk taman lagi best tengok budak-budak main, jumpa orang, tengok gelagat orang mesti tak bosan.

4) Melayari Internet
Pada aku yang ni optional sebabnya kalau aku buat aku makin bosan. Mental dapat tekanan dengan cerita yang Watever! Benda ni aku boleh buat kalau malam bosan. Korang kalau nak buat benda ni masa siang hari macam membazir waktu pon ada jugak.hahaha.

Setakat aku bosan tu jela aku buat. Korang buat apa ek? Share sikit kat aku ni. Ikut rasa aku ni dah kritikal jugak kalau hujung minggu. Dunia aku macam lebih suka pergi kerja sekarang. Tempat kerja ada kerja nak buat walaupun nanti akhirnya aku penat.hahaha. Nampak tak aku tengah parah sekarang ni. Tekanan perasaan yang datang tiba-tiba. Too much thinking. Too much conflict dalam diri. Ini ke permasalahan umur pertengahan macam aku ni. Terapi sikit please....


Ayat 10 Terawal dan Terakhir Surah Kahfi

Assalamualaikum. ..


Alhamdulillah.
Harini nak share ayat Surah Kahfi. Seeloknya baca la semua. Mengandungi 110 ayat. Surah Kahfi adalah perlindungan buat kita dari fitnah dunia dan ada terselitnya doa. Jom kita amalkan bacaan Surah Kahfi berserta maksud dalam diri kita. Insya Allah ada manfaatnya.

Credit : Pijol

Cara bacaan nak bagi mengelakkan kita rasa Surah Kahfi ni terlalu panjang, ada jumpa perkongsian asal daripada Fanpage Hlovate di Facebook. Nanti boleh cari di Facebook. Hlovate, saya panjangkan ilmu yang anda kongsikan ye. Minta halal.


1st round bacaan:
Ayat 1-31

2nd round bacaan:
Ayat 32-59
Ayat 60-83

3rd round bacaan:
Ayat 83-110

Diri ini pon masih baca 10 awal dan akhir je. Lepasni perlu diperbaiki lagi.Insya Allah. Jom kita buat bersama...! Masa ke semasa nanti insya Allah kongsikan manfaat Surah Kahfi lagi ye.




Produk Oat Famous Sekarang

Assalamualaikum. ..


Sekarang memang musim orang akan makan oat ye sebab oat sekarang telah berinovasi :) Tengah musim orang ramai sekarang sibuk beli online oat chocolate. Semua tercari-cari kan? Aku pon sebelum ni ada jugak cari kat kedai tapi tak jumpa jugak. Akhirnya aku tempah je orang yang duduk kat JB.

Kilang membuat oat chocolate ni ada kat Johor. Area JB tapi belah mana aku lupa. Ada tulis kat plastik besar tu. Beli dari kilang dapatla murah. Aku beli dengan harga RM8.50. Korang beli harga berapa ek?


Walaupun Oat Chocolate namanya tapi Oat Chocolate ye tak berwarna coklat pon.hahaha. sangat menarik. Ada pelbagai lagi perisa sebenarnya tapi aku baru rasa 2 je perisa. Original Oat Choco tu dengan Oat & Wheat with Chocolate White tu rasa lebih kurang je. Kalau rasa betul-betul baru terasa lainnya. Manisss! Sekali makan tak rasa tapi banyak makan memang manis. Semut pon kejap je datang sebab memang manis ;)

Sarapan aku makan oat chocolate ni jela. Kalau letak sebelah memang tak rasa makan berapa banyak. Sedap! Korang cubalah rasa. Pengedarannya mingkin terhad kot tapi kalau beli Oat Chocolate online mesti ada banyak dah sekarang penjualnya. Cubalah!




Kisah Sempena Hari Guru!

Assalamualaikum...

Tema Hari Guru 2014

"Guru Pencetus Kreativiti, Menjana Inovasi"

Ketika aku baru mendapat ingatan...
Rumah papan berbumbung rumbia di Parit Sonto.
Jangan duduk atas bantal nanti bisul.Aku pergi duduk atas tilam.Takla sakit bontot tengok TV.hihihi
Makan tu bersila.Aku duduk atas kerusi sebab makan asing-asing.Takla kena bersila :)
Aku nak pandai bawa basikal.Selagi tak luka berdarah,memang tak pandaila bawa basikal.

Dahulu...
Tabika (Taman Bimbingan Kanak-kanak) Kemas Parit Sonto.
Memori bermain tanah liat. (sekarang tak tahula budak-budak panggil apa) Aku buat bentuk lesung batu. Aku buat jugak bentuk kereta walaupun takde rupa bentuk pon. Buat bentuk cawanla. Selamat tak dimakan.hahaha. Memori buat lukisan. Kalau Cikgu Rosnani tu suruh lukis gambar pemandangan mesti tak lepas gambar rumah tepi sawah, belakang rumah ada bukit 2 bonjol pastu ada matahari tengah-tengah.

Sautu Masa 18 tahun yang lepas...
Sekolah Kebangsaan Kota Dalam (S.K.K.D) 
Darjah 1 - Cikgu suruh tulis A,B,C....aku pergi buat bentuk bulat plus segi-segi.hahaha.Memang kreatif!
Darjah 3 - Cikgu suruh buat soalan matematik tambah tolak.Aku pergi amik buah saga (warna merah tu) kira tambah tolak punya soalan.Barula faham!
Darjah 6 - Cikgu suruh hafal susunan planet dengan warna pelangi.Aku pergi buat ayat Bahasa Melayu sendiri bagi tersusun.Baru la senang!

Saat jiwa muda dahulu...
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri (S.M.K.D.M)
Tingkatan 1 -  suruh pakai tudung kemas-kemas.Aku bagi letak lilin supaya keras depan tu.Baru la cantik!hahaha
Tingkatan 3 - Cikgu suruh buat karangan guna frasa hiperbola,metafora dan sebagainya.Aku pergi tulis surat cinta bagi ayat "power" punya :)
Tingkatan 5 - Cikgu suruh buat eksperimen sendiri.Selagi tak jadi buatlah korang sampai jadi.Selamat tak meletop.hihihi

Saat Mengenal kehidupan...
Universiti Malaysia Pahang (U.M.P)
Kalau nak berjaya,usaha kena lebih.Kalau nak berjaya,pandai-pandailah bawak diri.
Lecturer tu jadi kawan.
Kawan tu pon boleh jadi lecturer.

Bila kenang balik...banyak 'GURU' yang kita ada dalam sepanjang kehidupan ni.Bermula dari rumah,sekolah,pengajian tinggi dan sekarang alam dewasa.Alam sekeliling juga mampu jadi 'GURU' terbaik dalam mencari erti sebuah kehidupan.

Kreativiti dan Inovasi. Jalan seiring untuk menapak terus dalam kehidupan penuh cabaran.Bukan sekadar tema untuk Hari Guru sahaja,baiklah kita praktikkan juga untuk diri kita sendiri. :)

Selamat Hari Guru buat semua terutama buat Guru-guru di Malaysia!!

Harritage Gallery!

Assalamualaikum. ..


Cerita berkerja sambil jalan-jalan. :) Hari Rabu yang lepas aku dihantar oleh bos aku kat tempat kerja hadiri satu taklimat mengenai program Shell iaitu Superstar. Maklumat lanjut boleh layari laman web Shell Malaysia ye.

Taklimat tu dibuat di Melaka Holiday Inn Hotel. Aku dengan aku punya team gerak pagi gile pukul6.huhuhu. sampai habis dengar taklimat bos kitorang bagi green light bawak kereta dia. Aku dan team pergi ke Melaka Megamall!!


Bulan 11 lepas aku ke sini jugak tapi belum siap. Sekarang siap dah bangunannya. Bangunan ni bersebelahan Dataran. Ala dataran yang ada kapal besar dengan A Famosa tu. Kalau dah penat jalan dan berpanas kat situ bolehla lepak sini. Setakat aku tengok macam shopping complex lain-lain jugak cumanya dalam Melaka Megamall ni ada Harritage Gallery!


Tujuan aku sebenarnya cari Surau. Sekali orang kat situ cakap surau ye dalam Harritage Gallery ni. What did u expect from the given name to this outlet?? Mesti bayang macam muzium ke macam galeri penuh gambar?hihihi. Aku bagi pencerahanla sikit ea apa ada dalam ni. Harritage Gallery ni dalamnya macam kedai-kedai kecik yang menjual hasil industri kecil. Contohnya,kerepek, baju tshirt, cencalok, baju murah-murah etc. Lebih kurang dalam ni korang boleh tawar harga la. Berderet la jugak kedainya tapi time aku pergi ni masih ada kedai yang tak sepenuhnya lagi bersedia. Mungkin sebab Megamall ni baru je siap kot. Nak tahu lebih lanjut korang yang jalan-jalan Melaka bolehla singgah nanti. :)



Last but not least empunya owner blog nak menyibuk tepek gambar. Jumpa lagi ye Holiday Inn!








Ubat kurus Ada Racun

Assalamualaikum. ..


Semua sihat harini?Aku alhamdulillah sihat selalu. Lama tak menulis sampai terasa macam tak tahu nak buat mukadimah apa. Semalam pon entry tak banyak tulis kan...Nasibla kalau ada pembaca blog aku yang dah makin bosan.hohoho. :p

Okla. Entry merujuk tajuk. 2hari lepas dalam surat khabar Berita Harian ada artikel pasal ubat yang mengandungi racun.ahaaaa..ubat apa?Pastinya ubat untuk kurus. Sekarang kan orang nak kurus cepat tu tak ingat masa beli ubat. :) Termasukla aku punya staff sorang ni.


Salah satu produk ubat kurus tu adalah Figure Up. Terkejut baca. Patutla staff aku yang consume ubat ni selalu cakap pening la,sakit perotla, badan nak demam etc. Mungkin kesan racun tu dalam badan la kot. Tapi serius aku cakap ubat kurus Figure Up ni memang berkesan. Staff aku ni memang dulu badannya agak berisi tapi lepas makan ubat kurus Figure Up ni turun mendadak. Penangan racun gamaknya ni. Hihihi :)



Salah siapa ek kalau macamni? Popular kot ubat kurus Figure Up ni.mmmm. Aku tak terlibat dalam pengeluaran ubat-ubatan jadinya tak bolehla nak cakap banyak. Setahunya produk apa pon kena melalui proses Laboratory test kot. Macamana la kandungan racun tinggi macamni boleh terlepas. Pengguna sekarang ni pon memang kena semakin bijak. Kena selidik latar belakang sesuatu produk sebelum guna. Kalau tak badan kita la yang seksa tanggung racun dalam badan :)

Jom jadi pengguna bijak!!


Novel: Saya Tunggu Awak

Assalamualaikum. ..

Selamat hujung minggu semua. Aktiviti?errr...shopping or window shopping? Ke basuh kereta kat rumah takpon kemas rumah.hohoho. Aktiviti bersama keluarga la senang cerita. :)

Nak dijadikan cerita, haritu masa aku nak berangkat ke Semporna, Sabah aku sempat beli novel baru walaupun sebenarnya aku cari novel Aa+Bb penulisan Hlovate. Aku ni memilih sikit beli novel sebab dah malas nak baca hanya pasal cinta je takde intipati yang terkesan kat jiwa. Oleh kerana takde apa yang dicari aku cuba jugak cari novel yang boleh bagi aku motivasi.



Akhirnya Novel Saya Tunggu Awak penulisan Bonda Nor menjadi pilihan. Sebuah novel berbentuk tarbiah buat seorang isteri dan suami. Menarik! Setiap pengakhiran bab akan ada cebisan hadis mahupun terjemahan ayat Al-Quran yang berkaitan dengan bab tersebut.

Kisah mengenai Ustazah dan seorang motivator sebuah Universiti yang berwibawa dan diduga dengan dugaan perasaan dan kesetiaan sebagai seorang isteri. Pengolahan mengenai permasalahan rumahtangga yang berlaku pada watak seorang Ustazah sangat menarik perhatian. Ustazah pon manusia kan pastinya tak lari daripada dugaan Allah. Apakah kesudahan pergolakan hati seorang Ustazah? Bacalah novel Saya Tunggu Awak.





Tazkirah Jumaat tentang Solat

Assalamualaikum....


Wahai Tuhanku,
Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku,
Wahai Tuhan kami,
Perkenankanlah doa permohonanku

Amin.....

Ya Allah,
Andai aku lalai 
Engkau kuatkanlah ingatanku...

Kadang-kadang leka dengan perkara dunia,terabai solat.
Terlalu taksub mengejar harta,terabai waktu solat.

Selagi bergelar manusia....
Tidak terlepas dugaan yang diterima.
Moga sama-sama kita ingat Allah waktu susah mahupun senang.Insya Allah.Amin....

Kita jaga waktu kita dengan Allah, lagi Allah akan jaga kita sepanjang masa.




Dugaan itu pasti ada..

Assalamualaikum....


Berkesempatan seketika untuk buat entry.Ya Allah tinggal seminggu.Rasa macam tak sempat je nak buat apa yang tak siap ni.Aduhaiii..Bila komitmen masing-masing tidak mengizinkan.Sakit gak aku minggu terakhir ni.


Dugaan...
Tak tahula sama ada hanya aku atau setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga lalui dugaan tak terduga.Tu la kalau nak buay benda baik ada je syaitan yang menganggu.Lagi-lagi sifat amarah yang makin sukar dibendung.huhuhu.Apala yang difikir agaknya aku ni..sensitif ye terlebih..mmm.

Kemalangan.Dugaan ni memang kerap kali jadi sekarang.Nak kata tak berhati-hati dah memang selalu bawak macam tu jugak.Masalahnya bukan aku sorang.Sekali berjangkit dengan si En B sorang tu.Adakah sebab banyak berfikir fokus itu hilang?mmmm..Ada kaitannya jugak kan..

Hasil kreativiti: Shida
Dah ada tarikh kat situ.haha.okla.tak payah buat save the date la gitu. ;p

Keluarga.Tipu kalau cakap majlis boleh jadi tanpa bantuan keluarga.Nak tak nak diorangla penggerak majlis nanti.Semakin dekat majlis,semakin sibuk masing-masing dengan komitmen tersendiri dengan masalah sendiri.Perghhh.Kadang-kadang tu hanya mampu diam jela sambil berfikir.Padahal boleh je buat cume feel tu tak best buat sorang-sorang.Mmmm.

Minggu depan cuti.Tak tahula apa yang terjadi.Doakan untuk yang terbaik jela.Insya Allah pasti indah penghujungnya.Amin...

Dugaan itu sentiasa ada selagi anda mengatakan diri anda itu Islam...Allah mahu menguji keimanan setiap hambanya.Allah rindu kan kita sebab itu Allah bagi kita ujian.Allah nak kita lebih dekat denganNya.
Peringatan untuk diri sendiri.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...