Assalamaulaikum. ..
Gambar atas ni la baju yang aku pakai untuk majlis bersanding dan outdoor.1baju je.huhu.Maafla baju kotor sebab pengantin tak reti duduk diam sepanjang majlis sampai photographer pon marah.wahaha :)
Dress biasa bukan luar biasa.Mesti nanti korang cakap cantik kan?Baju pengantin mana ada tak cantik.hahaha.Tapinya......baju sanding aku ni waktu aku dapat terus aku cakap aku tak nak pakai.Haaaaa....nampak tak betapa tak sukanya aku dengan baju sanding aku ni.hohoho.
Kisahnya aku ditipu.Redha jela.
Kesian suami kita berangan baju lain,dapat baju lain.Sedih!
Persalinan baju sanding tema warna jadi putih pink.Serius kecewa sebab kitorang nak baju semua putih.Terutama baju untuk suami kita tu la.Sekali dapat pink lepas majlis nikah tu.Perghhh.Marah dalam senyuman jela. :) Suami kita pon bersiap last minute sebab aku bersiap lambat.Suami jenis yang menepati masa ni memang semua kena cepat.hahaha.Navy kata yer!
Perancangan Allah itu yang terbaik kan?Sepanjang haritu kitorang nampak sweet je dengan baju sanding putih pink ni.Comel pon ye jugak.Kan B kan?eh?! Hahaha.Takdela.Apa pon yang penting kami berbaju dan masih nampak la pengantin dengan bukan pengantin.Majlis pon dah selesai.Alhamdulillah.
Tips:
1.Sesiapa yang memilih baju tema warna putih, sila pastikan anda mempunyai baju inner sebab warna tema putih pasti kainnya JARANG!
2. Sesiapa buat majlis sehari means nikah dan sanding terus silalah pastikan baju untuk lelaki terus diberi kepada pihak lelaki untuk memudahkan urusan.
Kalau yang pakai dress panjang macam aku ni sila dapatkan baju seperti di bawah ni.
Jangan jadi seperti aku kerana 1jam sebelum majlis baru terfikir.hahaha.Terasa kejam dengan diri sendiri :p Sayang kakak kita sebab dia bersusah payah tolong belikan.Nanti kita balas balik masa majlis kamu ye! :)
Itulah kisah baju sanding aku tema putih pink yang ala-ala cantik tu kan.Banyak kisah disebalik sepasang baju.hahaha.Ingat balik sangat indah dan macam tak percaya aku lalui dengan tenang je waktu tu.hohoho.Pengantin kan....kenala tenang. :)
Hai la baju sandingku putih pink!
^__^