Assalamualaikum...
Kali ni aku bersiaran lagi.Punya la lambat bersiaran kan?Takpela.Janji kuar jugak.Sebenanrnya kalau dah namanya balik kampung nak tengok laptop ataupon dekstop memang malas.Rasa nak lepak depan TV tu diam-diam jer.Tengok cerita,tengok bola,tengok makan-makan,tengok masak-masak.hahaha ^^ Meriahkan hidup aku :p
Oklah.Oleh kerana sekarang ni aku secara rasmi menetap kat Batu Pahat,jadinya memang banyak jugaklah aku dapat survey a.k.a tengok-tengok bridal yang ada kat Batu Pahat ni.Saje la nak share kat sini mana tahu ada yang mencari-cari bridal kat Batu Pahat.Dulu time belum pindah Batu Pahat,search-search jugakla kat Google tu pasal Bridal Batu Pahat ni.Sekarang ni dah tak payah Google,aku automatik terus je pergi depan pintu.hahahaha ^^
Bridal Batu Pahat pilihan pertama yang akan di promosikan adalah:
Lokasi: Pekan Ayer Hitam,Batu Pahat (Dulu-dulu).Sekarang dah berpindah ke Pura Kencana,Batu Pahat.
Pemilik: Nekman dan Rizal
Komen: Aku pernah pergi yang kat Ayer Hitam.Tempat baru belum pergi lagi sebab baru pindah.Layanan best.Mahligai Bridal N&R akan layan je apa korang bebelkan.Pakej dia memenuhi keperluan dan kemampuan.Boleh share-share idea bersama dan memang dia akan lebih ikut apa pelanggan nak ^^ Sekarang sempena pembukaaan kedai baru,Mahligai Bridal N&R ada buat promosi.Silalah berkunjung yer. 7 Julai 2013 ni Mahligai Bridal N&R dia buat Hari Terbuka ^^
Kredit gambar: Mahligai Bridal N&R
Lokasi: Pura Kencana,Batu Pahat.Tepi jalan besar je dah boleh nampak ^^
Pemilik: Kak Yam
Komen: Bridal ni adik kepada kakak ipar dah amik.Pakej pon lebih kurang sama.Make up cantik.hihihi ^^ Tengok koleksi baju dia pon banyak.Macam-macam pilihan ada.Kak Yam lebih suka jumpa face to face untuk bertanya.Jadi pergilah jengah Butik kak Yam yer^^
Suker reben belakang tu ok! ^^
Kredit gambar: Andaman Kak Yam
3) SMC Bridal House
Lokasi: Bangunan Koperasi Parit Raja,Batu Pahat.
Pemilik: Zach
Komen: Untuk butik ni aku tak pernah pergi lagi ke kedai ye.Tapi based on 3 orang kawan aku yang pernah guna khidmat SMC Bridal ni memang meletup la.hihihi ^^ Pemiliknya memang boleh buat baju sendiri yer.Baju yang dibuat memang ohsem.Suke tengok baju-baju yer.Penuh dengan beads yang menarik ^^ Pakej yang ditawarkan berpatutan.Tak rugi kalau amik pon.Memang boleh jadi meletop la kot. ^^
Kredit gambar: SMC Bridal House
Lokasi: Parit Raja,Batu Pahat
Pemilik:Liza
Komen: Setakat ni ada seorang member aku yang pernah amik dan bakal sorang lagi member aku yang amik,Aku pergi haritu majlis kawan aku dan solekan ye aku tengok cantik.Pelamin dia aku suka.hehehe ^^ tapi tengok jela kan ^^ Komen lebih-lebih tak reti.huhuhu
Kredit gambar: FB member ^^
Cukup setakat ni 4 ni kot dulu.Ada banyak lagi sebenanrnya.Nanti aku kongsikan lagi ea. ^^ Nanti try la survey-survey mana yang patut.Kadang-kadang saje je kan nak carik idea. ^^ Selamat memilih B2B sekalian ^^