Apa yg korang rasa bila baca statement ni di postkan di FB anda??
Kepada yang mengaku pak sedara, mak sedara, sepupu dan tok yang BUSY hingga tak sempat menziarah, di sini nak maklumkan bahawa ******** sudah pun dibenarkan balik setelah mendapat rawatan selama 4 hari di wad. Terima kasih kepada ****** yang jugak BUSY dengan URUSAN DUNIA tapi sanggup meluangkan masa datang dari jauh walaupun hanya sempat jumpa 5 minit pasal ziarah di luar waktu melawat. Di rumah ni, kami mengamalkan dasar PINTU TERTUTUP, jadi pada yang teringat nak melawat bila dah terkena batang hidung tu, sila lupakan niat anda....Dan pada yang tak rasa terkena batang hidung tu, don't worry, itu bermaksud, anda tak mengaku ada hubungan saudara dengan *****...so anda TERKECUALI!!!
aku memang tak teringin nak p melawat pun..
pada mak bapak budak yg buat post ni, aku rasa sudah2 la menyalahkan orang atas apa saja dugaan yang menimpa anda..
sbb masa seronok buat anak, takdak pun nak kecoh2 dlm facebook, so bila dah ada anak yang sedang sakit, jugak tak perlu la kecoh2 dlm facebook.
Soalan aku: sentap sgtkah klu orang tak melawat anak kita time sakit??
Jawapan utk diriku sendiri:
aku tak penah pun rasa nak sentap, dah sakit, handle la sendiri, anak aku masuk wad, takde kecoh2 bising suh tok, pak sedara, mak sedara suma mai, klu orang teringat mai melawat alhamdulillah, maknanya hubungan aku ngan orang yg melawat tu sgt baik. tapi klu orang tak teringat nak mai melawat, bukanlah bermaksud mereka tu musuh2 aku.. mungkin orang sibuk, atau mungkin kita sendiri pun tak penah nak melawat orang len, mungkin jugak mulut kita tu cam puaka, so, orang pun tak teringin nak mai or bersimpati, mungkin jugak sbb dah byk kali, kita kata anak kita sakit, walhal selalunya sihat walafiat, cuma suka meraih simpati..
Tapi bila dia quote TOK tu, aku sungguh simpati kepada sapa yg ditujukan post tu.. TOK tu juga merangkap mak atau ayah kepada si mak atau ayah yg buat posting ni, tak terfikirkah, bulan2 posa dok mengutuk mak bapak sendiri, apa hukumnya, jgn kata bulan posa, bulan tak posa pun kira DERHAKA..
Jgn apa yg kita buat hari ni, jadi teladan tuk anak2, besok anak2 pun layan kita cam cara kita layan mak bapak kita..
Utk orang yg buat posting di FB tu, beringat la.. FB tu, tatapan umum semua orang.. bila buat posting sila pakai akai, jangan dok ikut sedap rasa lidah ja..