Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, March 1, 2010

Tersepit Pintu...

Sabtu yg lalu, 27.02.2010, aku n family plan nak p bercuti di Cameron Highland, ye la since, kat Penang ni sekarang amatlah panas, so cameron adalah tempat yg aku paling suka sgt nak p..

pagi2 lagi aku dah bangun tuk siapkan barang2 suma.. siapkan beg susu, sidai kain, supaya sempat di angkat sebelum bertolak ke CH..

Pastu aku nak packing baju, farah yg asyik bermain di living hall ngan faris, tiba2 ikut aku masuk bilik, aku ckp la ngan dia. duduk la kat luar, main ngan adik, mummy amik baju kejap ja. pastu aku pun dengar la dia bukak n bunyi pintu ditutup. masa tu aku tengah tunduk amik baju dlm drawer.. tiba2.. aku dengaq "mummy, jari awah tersepit... hah!!!!! aku terkejut, pusing tengok dia dok pegang jari dia... aku pun tengok la... tup2 tengok darah dah penuh kat tangan aku..huhuhu..rupa2nya, jari dia terbelah...

terus aku lari amik towel, cover tangan dia.. sambil sebelah tangan lagi dial number HP ayah.. kelam kabut la.. ngan faris la.. masa tu farah dah tak nangis dah..dia nangis masa tengok darah ja... terus aku siapkan farah, aku pun mandi kejap ja, tak sabun bagai pun, terus siap tunggu ayah dia balik tuk p hospital...

kami singgah dulu di Klinik Pan Medic di Bayan Baru.. doctor balut luka farah n refer to GH..

di GH, farah di X-ray dan doctor sahkan tulang hujung jari telunjuk sebelah kanan dia patah. sikit saja, akan recover sendiri.. luka dijahit dan dibalut...

sebaik ja dah ok suma.. amik ubat kat farmasi. masa ini dia kata kat ayah dia.. dah ok ayah, boleh g Cameron, sbb dah janji, maka ayah dia pun bawak jugak la dia p Cameron highland... kat sana dia enjoy sgt, tak macam org sakit jari pun..
dia diam ja masa on d way to clinic.
tengah sabar tunggu doktor
selepas luka dijahit
kat Hotel Titiwangsa, CH
Rose Center, CH

oppppssss.. lupa nak ckp, mak aku takde kat penang masa kejadian ni berlaku, mak ke johor, sbb abang sulung daku jari tersepit di rantai motor.. so jari dia lebih kurang sama ngan jari farah jugak..huhuhu...

sama macam jari along Tom tak?

Thursday, February 18, 2010

Wedding 14.02.2010

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu, iaitu pada 14.02.2010 bersamaan hari valentine, adik ipaq aku telah melangsungkan perkahwinan, ada yg tak sayang mulut, mengatakan yg ramai pilih tarikh tu, sbb kononnya nak celeb valentine day, sungguh kurang bijak statement itu, kerana pada aku, tarikh tu dipilih sbb ianya jatuh pada hari ahad, public holiday, dapat replacement cuti sampai selasa.. makanya adalah afdal mengadakan kenduri pada tarikh berkenaan, supaya kita semua dapat menjimatkan cuti kita, dan boleh menggunakan cuti tahunan itu untuk pergi bercuti2 malaysia..

so apa-apa pun, majlis berkenaan telah berjalan dengan lancar, walaupun ada 1-2 adegan dan karenah2 yg menyesakkan jiwa aku. dah la aku memakai korset sepanjang ari di hari yg panas terik, depa dok buat ramai, dok menambahkan lagi kepanasanku yg sedia panas..walaubagaimanapun, kesemua berjalan dengan lancar, majlis pun tersangat lah meriah...

saat-saat terakhir sebelum bergelar isteri
Bersama keluarga selepas akad nikah
Pelamin
Meja Makan
Hantaran dari Pihak Perempuan
Hantaran dari Pihak Lelaki
Ketibaan Pasangan Pengantin
Acara Merenjis oleh Ibu Pengantin Lelaki
Acara Merenjis oleh Ibu Pengantin Perempuan
Pasangan Bahagia
Jemputan
Tenaga Kerja
Prince Of d'Day
Princess of d'Day
Hero Of d'Day
Lady Gaga??

27 Januari 2010 hingga 30 Januari 2010

Visit to Kuching bersempena birthday farah yg ke-5,
juga mengambil kesempatan di atas penjualan tiket percuma
Air Asia.. Now Everyone Can Fly..

1st day- Bergambar dengan Kuching Triangle, melawat Jong's Crocodile Farm & Semenggoh Wildlife Center


2nd Day - Visit Sarawak Culture Village & Shopping @ Bazaar Waterfront

3rd day - Shopping @ Sarikin, Kek Lapis Dayang Salhah, Terubuk Masin @ Satok, visit Kuching Museum & lagi sekali posing dengan kucing @ Kuching.

Kesimpulannya: Lawatan di atas adalah sgt best, menarik dan ekonomi...
tq so much to Air Asia.

Monday, January 25, 2010

Vocab baru....


Siri 1
Farah : Mummy, may i go to toilet??
Mummy : of course.. cepat lah..
Farah: takk.. betoi tak klu nak p toilet kena kata 'may i go to toilet?'.
Mummy: ha betoi..betoi..


Siri 2.
Farah : Mummy, rectangle tu apa?
Mummy: thingking.... ermmmm, rectangle tu segi tiga...
Farah : hahahahahhaha.. tu pun tak tau ka?. rectangle tu segi empat la mummy... Circle tu apa?
Mummy: haa.. circle mummy tau. bujur cam teluq kan??
Farah : apa la mummy ni, kecik2 tak p sekolah ka? circle tu bulattt... cuba mummy sebut, C-I-R-C-L-E..
Mummy : C-I-R-C-L-E ...
Farah : betoii.. pandai mummy..

Siri 3.
Mummy : cepat farah, buat keja sekolah cepat2 skit, jgn tulih lambat2 sgt, stg dah nak tengok tv pulak..
Farah : takpa mummy, slowwy...
Mummy : ha?? slowwwy.. apa tuh?
Farah : teacher kata, tulih slowwy. tulih pelan2 la mummy...
Mummy : oooooooooooo slowly...
Farah : ha la, tu pun tak tau...

Sunday, January 17, 2010

Penang Bird Park, Bandar Sunway, Seberang Jaya

Semalam, en.somi kena kerja, family day tuk ahli koperasi di tempat kerja dia..
so dia kena bertugas mengembleng tenaga tuk menjayakan hari yg ber'sejarah' itu..

disebabkan oleh kebosanan tahap ultraman, aku ngan adik aku pun plan la nak kuaq jalan2..
plan asal nak tengok movie, ADNAN SEMPIT, tapi mak ada hal, nak melawat orang sakit, takleh la nak babysit si faris..

so tukar ke plan B, iaitu p jalan2 ronda2..
destinasi pilihan ialah PENANG BIRD PARK @ Seberang Jaya..

ok la tempat tu, tak besar sgt, tak kecik sgt, tak menarik sgt, tapi takde la tak menarik langsung..hehehe..boleh paham ke?
klu nak dibandingkan dengan taman2 burung yg aku penah p iaitu Jurong Bird Park @ Singapore n Bird Park @ Penang Hill, hak ni kira ranking tengah2 la..
paling best, byk spesis burung kat sini, macam2 ada..
yg memang aku tak penah tengok kat lagi 2 bird park yg aku penah p tu.. tu yg menarik kat sini..

tapi apapun, memang ok la..tuk memenuhi aktiviti di masa lapang..
meh kita tengok pic ok..


mula2 sampai
Tiket dewasa : RM20 sila bw mykad dapat disk. jadi RM15 sahaja
Tiket Farah : RM7.50
Tiket Faris: FOC



Burung merak ni sgt eksen masa orang nak amik gambaq dia, siap posing lagi



Faris dah keletihan, nampak ja bangku tu, terus panjat naik n duduk..

Faris try to feed d bird.

Farah sgt suka bagi burung ni makan, last sekali, burung ni gigit jari dia..
wakakakkakakaka..