Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 28, 2011

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday - Aksi Cameraman Our Little Family..

Pengubat Hati

Salam ....

Start hari ni, ada tiket free Air Asia. Promosi sama cam previous year...


Last year, aku beli tiket RM200 for 4 pax ke Langkawi (including tax n luggage)... suppose to fly on 18-21 Oct, tapi nampaknya kena CXL sebab situasi perut yg dah sarat sgt time tu.. apepun dah ubati rasa cuak itu dengan Trip to Langkawi on 3 September yg lalu...

bye-bye Langkawi
So now, looking forward tuk ke Chiang Mai, Thailand, hasil promosi tiket free AA tuk taun ni...yeeehhaaaa... total paid RM401.00/ 4 pax including tax, luggage n pick a seat..
Ni lah pengubat hatiku..



P/S: tunggu baby baru besar n boleh jalan, nak g Sabah lagi sekali...n lagi satu, dulu ada orang selalu kutuk2 tiket AA free, tipu katanya, tapi sekarang ni tengok dia plak beria2 tiap2 tahun jalan2 hasil tiket free AA..ahakss..

Tuesday, September 13, 2011

~ORANG LAIN~

Walaupun “~KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSA NERAKA LAIN-LAIN~”

TAPI INGATLAH yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN"

yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN"

yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN"

yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN"

yang membacakan Yaa siin d pusara kamu "ORANG LAIN"

yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN"

Jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" DENGAN perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ORANG LAIN"

Monday, September 12, 2011

Langkawi (2-3 September 2011)

Dapat jemputan ke majlis perkahwinan sahabat di ofis bertarikh 3 September 2011.
So, sempena amik mood cuti raya + balas dendam sbb nanti percutian ke langkawi bulan 10 sempena tiket free oleh AA tidak dapat direalisasikan dengan perut yg sgt sarat.

Tak jalan2 mana pun, patutnya plan asal nak pegi balik hari je, tapi bangun ja pagi Jumaat tu, En Somi kata jom la arini pegi Langkawi, aku pun tergedik2 la.. Bila dah check hotel suma still available, kami buat assumption Langkawi tak pack dengan orang ramai..

So bertolaklah kami pada pukul 12.00 tengahari ke Jeti Kuala Perlis. Sampai lebih kurang pukul 3.00 petang, dapat tiket feri pukul 5.00 petang, memang tak ramai orang, dlm 7-8 orang ja yg q tuk beli tiket..
So, lepak makan KFC, lebih kurang pukul 3.45 kami dah terpacak kat depan pintu masuk ke ferry, mana la nak tau, kot2 feri pukul 4 masih kosong.

So, 4.15, orang yg jaga feri tu bagitau ada 6 sit kosong lagi..terus kami serbu..  perjalanan dengan feri makan masa lebih kurang 1 jam.

Sewa keta Kancil (turbo beb) RM80 tapi keta ni memang best, kena bukak pintu thru bonet barang tu..hehehe.. Farah gelak gila2 bab tu.. Pastu terus check in kat Eagle Bay Hotel. Mandi manda suma, kami keluar jalan2, ronda2 tempat Honeymoon 7 taun lepas.. Utk pengetahuan, ni la kali kedua kami p sana selepas Honeymoon taun 2004. Kali ni p dengan 2 henbeg...hehehe... Terus makan malam kat Hj Jelani Restoran (tak sedap!!!) & shopping chocolate..

Balik hotel tido, esok pagi teruskan ke Gunung Mat Chinchang. Balik hotel mandi, terus ke rumah kenduri, then terus balik.. Malas aah nak taip panjang2, korang layan pic je la ye.. Pic pengantin je takde, sebb masing2 sibuk makan nasi yg sedappp...

Eagle Bay Hotel

Farah & Faris

Hasil Tangan Faris

Elok pulak Faris Snap ni..

Faris snap lagi , breakfast time

Tunggu Cable Car

Yeayy.. tak takut pun...

Rileks la ayah....

Air Terjun Telaga Tujuh - view dari Cable Car

Ayah n Anak2

Turn Mummy lak

Ok, Balik....

Wednesday, September 7, 2011

Diam Lah!!!..

Dah bertahun-tahun berlalu, anak2 pun dah besar,
Sudah-sudah la bercakap, post itu ini dlm FB, sms berbagai2..
Orang sekeliling suma dah malas nak layan,
Takyah la jadi anjing menyalak bukit,
Bukit tak runtuh pun, kecuali ada rumah batu nak naik..
Hang tak boring ka, lepas satu drama ke satu drama,
suma orang tak layan dah.. tak rasa cam berlakon tapi syok sendiri..


notakaki: saja nak luah rasa..

Wordless Wednesday??..

Sunday, September 4, 2011

Raya 2011

Yeeaaaaa, dah raya....
Farah complete puasa 29 hari.. Aku terpaksa tinggal 1 hari sbb demam yg teruk2.. puasa yg ke -28 lak tu..sayang sgt.. tapi isnin dah sihat ckit, leh puasa balik..

meh tengok pic skit2 je, yg takde cuma gambar di Hari Raya sbb tak pakai baju raya, so takde mood nak snap pic raya.. gambar raya anak2 pun takde.. suma pakat2 tak sihat..yg cergas cuma Farah sorang, Faris pun join aku demam gak..

layan pics la..

shopping itik n ayam for Rendang

Farah mempelajari ilmu menumbuk kacang tuk kuah kacang

Ketupat dah siap dianyam..

SIAPPP!!!!

Open Hse Raya ke-2
Open House, tapi Faris demam, tak pakai baju raya...
Bunga api time..., dah sihat cikit
   
Hantu Mercunn..

Raya ke-6, lepas kat QB, dah sihat bykkkkk.... boleh abiskan nasi lemak sebungkus..
Gambar aku ngan En. Somi memang takde tuk raya kali ni. Hari Jumaat (raya ke-4) kami ke Langkawi, attend wedding, naik cable car & shopping cekelat.. that's all.

SELAMAT HARI RAYA UTK SEMUA UMAT ISLAM DI MUKA BUMI INI.