Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 27, 2010

Farah's Song

I like to built the world a home
and furnish it with love
grow apple tree n honey bees
and snow white turtle dove

i like to teach the world to sing
in perfect harmony
i like to hold you in my arms
and keep it company

lagu yg farah akan nyanyikan masa annual concert nanti.
entah ada lagi sambungannya, tapi aku tak berapa leh pick up sebutannya.
farah nyanyi ikut sedap mulut dia aje..hari2 dia nyanyi lagu ni sekarang..
tak sabar nak tunggu concert dia nanti.

Wednesday, October 20, 2010

Retreat = Treat Youself!!!

Tiba2 aku rasa sgt tak puas hati.

Pada satu ketika kata DIA di Cameron Highlands.. aku suka ok, sbb fav spot aku..

Tiba2 kata DIA kekurangan $$ makanya layak di Vistana Hotel sahaja.. aku ok juga...

Tiba2 lagi, dan tiba2 buat sekian kalinya, di situ sahaja...oh sungguh dukacita khabarnya..

Kami hanya layak di sana.. apakan daya, kami2 ini hanyalah KULI sahaja..
bukan setaraf mereka..
yg layak travel dengan Business Class..
menginap di bilik hotel yg mahal2 (Suite dan sbgnya)..
Selayaknya kami disitu sahaja..
setaraf dengan kedudukan kami, yg serendah ini..

Kata DIA, kami harus belajar bersyukur,
Kita cukup makan, ada orang tak makan,
kita cukup pakai, ada orang tak cukup kain (seksi kot terjemahannya)
Kita selesa semuanya, ada orang nak tido pun merempat..

Ok, bersyukur ok.. kawan2 suma, aku nasihatkan ni, BERSYUKUR...

Alhamdullillah, bersyukur aku ke atas semua rezeki dan limpahan kebahagiaan yg telah dikurniakan olehNYA..

tapi aku tetap tak puas hati dengan DIA di atas...


Bilik Mandi di Grand Suite, Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu.


Mengenal Sahabat...

Lately, sukar untuk menilai seseorang yg dikenali itu sekadar dikenali, kawan atau sahabat..
Ada yang hanya kita kenali, sekadar tahu nama, pastu add dlm Facebook, bertanya kabar sedikit, sampuk menyampuk skit dalam wall dia..itu dikira dikenali..

Kawan pulak, dlm konteks, boleh share rasa, boleh citer skit2 hal-hal yg berlaku dalam hidup kita dalam satu-satu hari..

Sahabat, bagi aku, dalam diri aku sendiri, boleh dibilang dengan jari..
Boleh berkongsi rasa, boleh menduga jiwa..
Khabar baik dikongsi bersama, yang sedih, menangis juga..

Tapi kini, bersahabat di Facebook mengajar aku, bahawa sebarang perkongsian itu tidak lagi menunjukkan tahap keprihatinan kita, terhadap perasaan sahabat kita yg lain.. tetapi apabila berkongsi di Facebook, kadang kala membawa kita ke arah mengaibkan orang...

Dengan itu, belajarlah untuk share perkara2 yg tidak berkaitan dengan sesiapa pun, termasuk suami/isteri, anak2, ibubapa, sedara mara..

Dalam beberapa kes aku rasa agak terganggu dengan few video yg telah dishare oleh 'sahabat2 aku dan juga sahabat2 en.somi' yg aku rasa telah melanggar batas2 dalam rumahtangga, tatatertib dan kelakuan manusia..

Yang juga bagi aku SGT KURANG SOPAN...


Monday, October 11, 2010

Kota Kinabalu

Baru start keja ari nih.. takde mood langsung.

masih mood cuti, percutian yg best ke KK,
byk lagi rupanya tempat yg cantik dlm Malaysia ni,
takyah kita pegi jauh2 keluar negara..
dalam negara kita pun macam2 ada...

Kat KK, takde tempat shopping yg best..
yg seronok dekat sana, adalah scenery yg cantik2
tengok Gunung Kinabalu je pun dah best,
takyah pegi mana2 dah, dok menghadap gunung je..
rasa tenang je, sejuk je kat kaki gunung tu..

balik ke KK, terus dengan trip to Island,
pulau2 yg cantik, tapi paling cantik bagi aku dan bersih adalah SAPI instead of Manukan & Mamutik..

takde gambar2 yg aku nak tempek,
keindahan pulau2nya mestilah dinikmati sendiri.
gambar pun tak leh menceritakan kepuasan percutian aku ke sana...

yg pasti, aku mesti kembali lagi ke sana,
tapi kali ni nak try Tawau pulak, dekat dengan Sipadan island..
teringin nak jejak kaki ke sana...
asyik omputih je pi, kita bila lagi nak piiiii............