Apa yg korang paham tentang tajuk ntri kali ni?
Selalu kita dengar orang sebut 'Kedekut Taik Hidung Masin'
Aku pulak dah 2x terserempak dengan gelagat si Taik Hidung Masin ni,
dan aku pun tak la mengenali diorang ni, dan sahihlah bahawa aku tak pasti sama ada diorang ni kedekut atau pun tidak, tetapi yang pastinya mereka ini si Taik Hidung Masin kerana................
Kisah 1
Kejadian pertama berlaku semasa percutian aku ke Lumut, Pangkor dan Cameron Highland.
Tragedi itu berlaku di depan mata aku, semasa kami sekeluarga menaiki feri ke Pulau Pangkor.
Sungguh, aku nak muntah..
Seorang pemuda Cina, mengorek-ngorek taik hidung dia..
dan kemudian.........
Kisah 2
Semalam, semasa aku temankan encik somi ke tempat kerja.
sebab dia dapat call mengatakan lampu di tingkat 9 tak menyala
sebagai pekerja yang efisien dia pun p la meredah hujan untuk menyaksikan sendiri lampu yg dilaporkan tidak menyala itu sambil aku menyibuk nak ikut sama..
Semasa kereta kami berhenti di lampu isyarat,
aku pun memalingkan kepala aku, dan nampak la seorang Mat Salleh ni dalam keta sebelah.
lalu aku pun bersuara kepada Encik Somi
'Amboi, hensem sungguh Mat Salleh keta sebelah ni'
di masa yg sama juga sebelum sempat aku menghabiskan ayat di atas,
Mat Salleh ni pun mengorek hidung nya.. dan kemudian ...........
Kedua-dua jejaka di atas telah membuatkan aku ngan en.Somi nak termuntah..
sebab, sebaik sahaja diorang abis mengorek taik hidung masing-masing,
diorang memasukkan jari bekas korekan taik hidung ke dalam mulut, seolah2 merasa kemasinan taik hidung itu..
yeerrrkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...
Nota kaki: terconfuse aku sekejap, adakah telah ada kajian mengatakan yg makan taik hidung sendiri boleh mengubati sebarang penyakit?? mana la nak tau, kot2 diorang mengamalkan tuk awet muda kah?? sungguh aku confuse, paling penting aku nak muntah..