Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Saturday, October 31, 2009

Aku Tengah Berbengkel lagi..Mengantuk Gilerrr.. Posing2 Maut Tuk Hilangkan Rasa Mengantuk..



Masih lagi kat hotel. dok berbengkel.. hari ni last..
Bestnya nak balik dah..rindu kat Faris.. Farah ngan Ayah ada sekali..


Friday, October 30, 2009

Berbengkel..

pada masa ni, saat ni, aku tengah dok berbengkel..
apa yg depa dok bincang, setengah ja masuk kepala..
mengantuk, semalam gatai p tengok NUR KASIH..
tangkap leleh weiiii..bengkak mata sampai hari ni..
so mata pun cam agak berat nak diangkat...
tapi apapun, aku bersemangat waja gak,
blog ni la pengubat hati aku..kekekeke..
boleh jugak kurangkan skit kemengantukkan aku ni..
malam ni lak ada dinner, japg en.somi balik keja bwk farah datang.
faris cam biasa, kena tinggal la..sbb daku kena bertugas..cian dia..
klu dak memang dia leh join, macam2 ada..
wish me gud luck, aku tak penah menang hadiah lucky draw.
kurang bertuah agaknya dari segi ni
hadiah menarik macam2 ada ni..
tv, percutian ke MEDAN utk 2 orang
penginapan di hotel dinner di hotel. lunch di hotel,
cash voucher dlm jumlah yg menarik..
best..best.. daku update pic malam ni klu sempat ye...

Thursday, October 15, 2009

Baju Baru

kali ni bukan mummy yg dapat baju baru.. tapi faris.. baju ni adalah pemberian mak chaq faris.. yakni akak mummy.. dah agak lama jugak la baju di berinya, tapi faris tak leh pakai lagi.. semalam ayah dia amik mummy balik dari swimming, bawak si faris sekali..tengok2 ja dia pakai baju ni,

dah muat dah..dah besaq dah anak mummy ni.. opps, latest timbang faris masa bawak dia p klinik sbb dierhea tu 10.1kg..as at 1 tahun 13 hari..

lagi satu berita baik, faris dah stop dierhea.. semalam sekali saja uk-uk.. malam dah ok.. harap hari ni pun ok..besok nak p makan kenduri.. rabu tok mek dah nak bertolak p KL konvo acik n atam..

faris pun nak p jalan2 ke cameron highland.. lama dah rasa tak p..hmmm.. almost 2 month..hehehe...

DINNER TKSM 2009

TARIKH : 31 OKTOBER 2009 (SABTU MALAM AHAD)
TEMPAT : HOTEL ROYAL (FORMERLY KNOWN AS SHERATON PENANG)
TEMA : HITAM PUTIH
di atas adalah plan dinner tuk kelab di ofis aku..
tema dipilih berdasarkan kaler so senang member2 nak carik bahan..
lagipun gaji lambat lagi kan.. so kena la jimat2..
pakai la apa2 yg ada.. boleh ka aku??
rasa cam nak kena p beli few accessories, mekap, hair do.. huhuhu..kuaq duit gak ni..
accessories - cam nak kena amik cuti hapday p kat mall
mekap - leh wat sendiri kot..
rambut - shopping mall sebelah tu je..
yang aku perlukan sekarang adalah masa..
sbb aku pun terlibat sebagai urusetia tuk handle dinner ni..
cam tak berapa nak cukup masa ja..huhuhu..
aku harap semuanya berjalan lancar..
harap semua berpuas hati..
harap semua happy..
gambar akan diattach selepas dinner ok..

Monday, October 12, 2009

12.10.2009

Hari ni genap 11 tahun ayah aku pergi...

aku rasa....hhhhm.. sunyi...sbb ayah dah tiada untuk menyaksikan:

1) Anak2 ayah semua dah masuk Universiti.. cuma tinggal adik bongsu sorang yg sedang bertungkus lumus dok pulun study lagi di UM, yg lain suma dah grad, minggu depan lagi 2 orang nak grad..

2) majlis perkahwinan anak2 ayah, terutamanya anak ayah yg paling notty ni.. kawin dulu lak tu, langkah bendul & tunggul, tak sempat mewalikan aku semasa majlis perkahwinan aku, tak sempat jugak nak tengok calon menantu, selalu aku berfikir, setuju tak ayah dengan pilihan hatiku ini? aku sebenaqnya penah bertekad, andai suatu hari nanti bertemu jodoh, biarlah dengan jodoh yg ayah restui, tapi tak sempat, tuhan lebih menyayangi ayah..

3) tak sempat tengok cucu-cucu ayah lahir.. terutamanya Farah, cucu sulung dalam keluarga kami. Dalam membesarkan Farah, mak selalu ckp, "klu ayah hang ni, mesti dia ......" buat aku selalu mencuba tuk mendidik anak2 dengan cara arwah ayah.. yg paling berjaya aku rasa, Farah tak makan cikadiss @ junk food dlm ayat sofistikated, sesuatu yg menjadi pantang larang ayah dlm mendidik anak2..

4) Tak sempat merasa duit gaji aku, sesen pun aku tak sempat nak bagi ayah.. dan sebagai ganti, aku cuba tuk memenuhi apa saja permintaan mak, bawak mak p jalan2 ke mana yg mak suka, bagi mak merasa makanan yg mak teringin.. dan aku hanya mampu menyumbang kepada kenduri tahlil tuk ayah..

5) Tak sempat tengok aku menjadi semakin matang... sesuatu yang paling aku kesalkan..masa ayah pergi, aku masih lagi bersifat keanak-anakan, selalu melawan, selalu buat perkara-perkara yang ayah larang..

Sesungguhnya kita semakin menghargai sesuatu yang telah tiada, sedangkan kita abaikannya semasa dia di depan mata...

Semoga ayah ditempatkan bersama2 orang yang beriman..
Semoga ayah bahagia di sana..
Semoga suatu hari nanti, aku dapat berjumpa dengan ayah disana..

Al fatihah buat mereka yang telah pergi..


Sunday, October 11, 2009

Faris tak sihat...

Hari Sabtu Faris tak berapa sihat.
Badan agak panas dan tengah hari dah mula cirit birit
Hari Ahad badan dah kurang panas, tapi still cirit birit.
mungkin tak sesuai susu baru kot..
sebelum ni Faris minum Lactogen,
tapi hari jumaat saja try kasik dia Enfagrow.
Minum suma cam ok, tapi itu la, dia cirit birit..
Hari ni, aku datang keja cam biasa.
Mengantuk la, semalam 3 kali bangun cuci Faris,
dlm tido pun dia tercirit jugak..kesian dia..
Dalam pukul 11.00 tadi, mintak excuse dengan bos,
keluar jap bwk Faris g klinik.
Doktor cakap suma ok, perut dia, tekak dia seems ok..
so doc kasik ubat angin n ubat 'kuman baik' tuk menghapuskan kuman jahat dalam usus Faris.
kena tukar susu to free lactose, so faris diberi susu Vo-(apa tah, lupa)...
Doc ckp bukan sbb tukar susu, mungkin environment, sbb lately ramai yg datang klinik sbb anak2 cirit birit..
dah makan ubat, tapi still lagi cirit tadi 2x tukar pampers sebelum daku mai keja semula..
harap2 faris cepat2 ok..
tak best tengok dia camtu..
walaupun aktiviti dia berlangsung seperti biasa,
tapi daku nampak dia cam dah kurus .. huhuhu...

ni gambar bangun tido pagi tadi 7.30am
bangun2 ja hadap tv, tengok Rory d Racing Car


"mummy buat apa ni??"


"ooo..mummy tangkap gambaq faris ka??"


"grrrrrr...cepat cuci punggong ni, ada sekaya tau"

Open House lagi

Hari Sabtu, aku dapat undangan OH lagi, kali ni aku p dengan Fidah diiringi anak2..
En.Somi p memancing, so cam biasa Farah la yg jadi body guard mummy,
faris lak cam biasa kena tinggal dengan tok..
OH dianjurkan oleh k.Anis, Suzanne n K.Nisa..
depa ni kami kenai di Latino Dance Class..
best berkawan dengan depa ni.. sumanya happy go lucky..

Fidah, aku, Suzanne n K.Anis

Farah Shazana n Farah Nadia


Danish, dok kenen mama dia beli toys tu. Lastly tak dapat jugak..hehehehe..

Swimming Class 2nd session

Ahad - Swimming Class farah tuk sesi kedua..
kali ni dia tak mo langsung teacher ajaq dia..haiih..ini budak...
mummy plak yg belajaq ari ni..
pastu bila teacher nak ajaq mummy, dah dia tak kasik plak..
sbb masa mummy buat floating, dia ingat mummy nak tengelam,
udah nangis tak hengat dunia..alahai... ajak mummy main air ja...
klu ayah tau ni, mau kena hamput...huhuhu..
ha la..pelaburan beli swimming suit mummy bukannya sikit,
ada yg murah, tapi suma mummy tak berkenan..hahaha.
at last melayang gak beberapa keping duit not RM50.00 kahkahkah..
yg untung sapa?? mummy jugak..
boleh belajaq berenang..
teacher kata farah takyah belajaq la, biar dia main ayaq dulu..
tiap2 sesi farah boleh join, tapi teacher tak amik upah..
teacher ajaq mummy, Nadia n Auntie Fidah ja...
pic tak snap, mummy punya swimming suit tak sesuai tuk tontonan 'U'..
hehehehehe...

Friday, October 9, 2009

Jamuan Hari Raya 2009

Hari ni baru la kami berkesempatan menganjurkan RUMAH TERBUKA sempena raya 2009.
enjoy d piccas ...
TUKANG MAKAN...
d'heroes in d house


d'ladies

me n nieza

"woi, turun la..berapa kali mau panggil daaaa..."
fidah bz wiz her satays
"Sapa yg best??"

d'ladies lagi..lagi..& lagi..


SAJIANNYA...
rendang ayam... sgt sedap..nyummy..
lemang
satay tajaan dari jentera UPOP dan UPPS
new york cheese cake SR tajaan my madam
puding
choc moist tajaan dari jentera UPSM

Thursday, October 8, 2009

Hari Terakhir....

k. surma yg berbaju ijau..
jgn suspen ngan tajuk di atas..
sebenaqnya hari rabu yg lalu adalah hari terakhir puan surmawati arshad bertugas di ofis daku ni... panggilan manja beliau adalah BONDA...

memang dia di anggap sebagai seorang ibu pun di kalangan kami..

sedih?? aku sedih la jugak.. tapi aku tak nangis, tak sempat sebenaqnya, sbb dok sibuk ngan bengkel KPI..klu tak, memang aku pun join sekali drama ayaq mata duyung..hehehe
apa pun, aku doakan semoga k.surma tidak melupakan kami di sini..semoga k.surma menjalani hari2 yg mendatang dengan lebih tenang..
going to miss her ikan sambal acheh n nasi bukhari.. sedaappp.....

Tuesday, October 6, 2009

Kisah si Farah....

Hari sabtu lepas, daku dapat jemputan kenduri kawin umah staff aku..
aku ngan farah ja yang p, en.somi kerja, so faris tinggal kat umah la..
tak terhandle rasanya klu diusung kedua-duanya...
on d way, si farah ni asyik dok snap pic dia sendiri..
aku yg tengah dok drive rasa cam nak tergelak pun ada..
budak ni sekarang ni memang pantang nampak camera..
nak snap pic adik dia pun, mesti dia nak enterprem,
klu tak snap pic dia, nanti dia snap sendiri..
setakat ni kami laki bini puas hati la ngan hasil tangan dia..
kiranya p mana2 pun, dia boleh jadi photographer kami..
infact, waktu umuq dia 3 tahun,
kami p cameron highland pun dia dah jadi photographer tak bertauliah kami..
takyah susah2 suh orang tolong snap pic kami..hahahhaa...
tak la malu sgt nak posing bila anak sendiri yg snap...

mula2 gambaq kasut dia..

punya senyuummm...

aiikk.. serius la plak..

dia ngan kek nya..

kek harga RM3.90

dari hari besday faris lagi si farah ni bising nak besday kek..
dia pun nak makan kek jugak katanya, sedangkan kek faris aritu dia yg tolong abiskan..
faris makan secubit saja..amik syarat..hahahahah...
jadi tuk upah dia teman daku g kenduri, daku pun singgah la beli kek ni.. RM3.90,
pastu dia nampak la Sand Art, terus nak hak tu jugak..
daku pun beli la..
farah memang minat hal lukis melukis ni.. tengok RM5.00
masa nak bayar tu, nyonya tu ckp total suma RM18.90 ya...haaa.???
aku pun terkejut, tengok2 Sand Art tu rega RM15.00 yg 1 kat depan tu aku tak nampak,
nak wat camna, bayar je la..kesian lak tengok muka farah...
memang dia minat sgt ngan menda ni..
yg mahalnya Sand Art tu sbb hasilnya boleh dijadikan jam dinding,
jarum dia suma disertakan sekali..
arini tunggu ayah dia bawak balik bateri..dah boleh digunakan..
kira ok la ngan harga RM15.00 (dok pujuk hati ni)

Swimming Class....

Hari Sabtu, aku mengusulkan kepada Farah, tuk dia join swimming class ngan nadia pada hari ahad,
tup2 dia setuju, aku pun ok la..nak jugak la dedahkan dia kepada public.. dengan adanya nadia, baru dia mau skit berkawan..harap2 la...
tapi still she is too shy to talk to strangers. riso la.. dah la dia dah didaftarkan ke kindergarden, buatnya keras mulut tak mo communicate ngan cikgu nanti tak ke naya..huhuhu..
masa kelas swimming tu pun dia perlu masa tuk warm up lama jugak.. dekat2 kelas nak abis baru dia mau bercakap ngan coach tu.. sib baik ada jugak nadia, yg pandai amik hati dia..klu tak aku rasa mau dia membisukan diri sepanjang kelas tu..
masa mula2 masuk dlm pool, dia takut giler bila coach tu pegang dia..
dah lama skit ok la..tapi still takot2..
end of d day, dah ok skit..
tapi next class dia nak mummy join sekali..
abis la, mummy kena tambah xtra bajet ler..
nak beli swimming suit lagi..
utk anak, nak wat camna, walaupun en somi cam dah jeling2..
hehehehehe... rezeki mummy la kiranyakan, dapat belajar swimming,
takdela asyik tengok ayah je swimming bila pegi vacation....

Update 1st Besday Faris

N-3 kali ni berkisar gambar2 di sebalik 1st Birthday Party Faris..
kira party la ye.. what else to call it..
Yang ada bersama2 to celeb his 1st birthday are Tok Mek, Along Tom n Along Rinie, Acik, Mummy, Ayah and of course beloves sista K.Farah...
kek besday yg kecik je n murah..

Faris n along rinie
faris, along rinie n kak farah

faris, mummy n k.farah

faris main ngan apa kenamanya...

Birthday boy yg sgt happy, lari sana sini..

Sunday, October 4, 2009

Mimpi...

last few days, aku mimpi.. gigi aku dipaksa cabut oleh en mizi..
rindu kat mizi kot, tu yg terbawak2 sampai ke dalam mimpi..kekekekke
ada orang kata kat aku, klu mimpi gg tercabut atau kena cabut,
maknanya ada orang yg kita kenal, akan meninggal..allahualam..
tapi sabtu lepas aku terima perkabaran, ayahanda kepada Pn.Nasibah, salah seorang kenalan di pejabat aku meninggal dunia... hari ahad semalam pulak, suami kepada sedara jauh aku lak meninggal dunia.. kisah ni tragik skit, sbb tahun lepas dalam bulan syawal jugak, isteri beliau dijemput Ilahi, tahun ni, bulan syawal jugak, si suami pulak yg pergi.. kesian anak2 diorang, kecik2 dah jadi yatim piatu, yg bongsu baru umur darjah 1...
benarkan mimpi itu suatu petanda, atau hanya mainan tido..
entah la.. tapi sedekahkanlah al-fatihah buat mereka yg telah pergi..

Thursday, October 1, 2009

mencari....

susah benar nak mencari yg berkenan di hati..
makin dicari, makin sukar ditemui..
kenapa dulu tak begini, asal jumpa, mesti jatuh cinta,
tapi kini, haaaiiihhhh, hidup makin byk pancaroba mungkin.
inilah dikatakan kehidupan,
sungguh masa kecil, muda, dewasa, matang, tua tidak lagi sama...
yg ada kini didepan semakin berbeza..
dan berbeza-beza..

Sunyi.....

Pagi tadi, abg sulung berangkat semula ke negeri tempat bertugas...
sunyi balik la rumah itu..
sempat dia menitipkan 2 sampul duit raya..hehehehhe
sonoknya, walaupun bukan utk aku, tapi aku sonok jugak..
minggu depan kena p bank in dekat bank,
klu tak, takut ter'bank in' di shopping mall lak..
kahkahkah..
(ada kena mengena ngan tajuk diatas??)

Pesanan...

Pada hari pertama aku mula kerja disini,
aku bertugas di bawah seorang bos yg cukup tegas,
arif dalam tugas beliau, jugak celik dlm ilmu agama.
Setelah aku semakin menguasai tugas yg digalas di bahuku,
Tugasan yg memerlukan ketelitian dan tahap kerahsiaan yg tinggi
(wah..bunyik cam hebat giler keja haku)
beliau telah menitipkan satu pesanan buat bekalan aku di masa hadapan.
"Jangan sesekali kita mungkir dengan kerja kita,
mungkin boleh terlepas dari hukum dunia,
hukum akhirat nanti, tanggunglah sendiri,
saya tiada di sisi kamu untuk membantu..."
aku yg mendengar terkedu, juga faham,
betapa dia memerlukan aku utk jujur dan ikhlas dlm menjalankan tugas itu..
selama 5 tahun sudah berlalu,
aku kira setakat hari ini,
aku telah berjaya untuk menjujurkan diri aku dlm menjalankan rutin harian..
tapi...
tapi...
tapi...
hari ini, atas arahan pihak atasan... aku....??????
huhuhu.. tiba2 saja rasa aku perlu bertukar dengan segera..
mungkin tempat ini dah kurang sesuai untuk orang yg jujur macam aku..(bluwweekk)
tapi siyes, aku rasa mereka telah menyalah gunakan kuasa yg ada..
dan meletakkan aku di dalam dilema..