Ijab & Qabul Termeterai

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, June 29, 2009

Farah.. Farah...Farah...


masa aku p Kelantan aritu, Farah dah pesan dah..suh booking hotel ada swimming pool.. suka betoi dia ngan swimming pool, macam la tau berenang..hehehehehhe

alih2 sbb nak menjimatkan kos, ye la travel pun dah tengah bulan.. mau sua leher la klu carik hotel ada swimming pool, aku dan en somi decide dok ja la kat Crystal Lodge hotel.. bersih dan selesa.. lagipun 1 malam ja...

tau apa farah buat, bila takdak swimming pool dlm hotel tu??

ha ni aksi dia....

mesti korunk nak tau pasai pa dia jadi lagu tu??

sebabnya dia boring, hari mula sampai, dia lompat sana sini, turun katil naik katil.. last2 ni la yg dia buat..

(maaf farah, mummy bukan sengaja)

Kerna Dia @ Kerna Aku

aKu YaNg TeRlalU MeMikIrkAn???
@
dIa YaNg Tidak PeRnaH BeRFiKir....

Monday, June 22, 2009

Happy Birthday Michael


aku

Sabtu lalu, aku dapat jemputan ke birthday party Michael, Ross's husband... mula2 en somi tak mo p, dengki la tu, sbb daku bersiap bagai, dia pakai baju biasa ja.. hehehehhe..sori ye en.somi.. daku takkan p berparty secara bidan terjun sahaja..mesti lengkap bagai..hahahhaha..

so aku sgt merasakan aku cun pada hari itu, sebab?? aku pakai clincher.. hasutan yg berjaya oleh one of my sistas di alam maya... hahahaha..

so korunk tengok la sendiri, cun ka tak cun?... apapun aku tetap rasa aku cun..wakakaka..klu hangpa rasa aku tak cun, sila la pejam mata, takyah tengok gambaq aku yg cun ok...


aku lagi

aku lagi & lagi

me & cik abang sayang.. (sori ye, takleh tunjuk byk2, hensem sgt)


i luv u mummy, mucho

me, ross, fidah, nieza

so, aku cun kan??? kan?? kan??? hahahhaha

Alkisah Durian, rambutan, manggis & Hujan

Hari ni 22 Jun 2009, ofis aku mengadakan kenduri makan buah2an. sempena musim durian.. acara tahunan la kiranya..
tengah suma dok syok menjamu perut masing2, ujan pun turun, ujan rahmat pada aku, walaupun merosakkan program, tapi hakikatnya ramai yg masih bersyukur dengan nikmat hujan yang ikhlas membasahkan bumi dan menjernihkan udara yang berjerubu.. alhamdullillah...
makanya venue kenduri buah-buahan ini pun diubah ke tempat yg agak kurang selesa, tapi memikirkan buah durian yg berada di depan mata (bagi orang yg hantu durian cam haku ni) tempat tidak memainkan peranan yang besar, janji nafsu serakah dapat dipenuhi... hehehehe.. sori ye pada yg tak lalu durian, korang makan la rambutan dan manggis tu...





Sunday, June 21, 2009

Trip to Kelantan

13.6.2009, aku diarahkan ke Kelantan..since barang yg nak dipos menggunakan khidmat syarikat penghantaran ekspress (betul ke translate dari Courier service?) tidak memuaskan...

en somi memang setuju je la..bab travel ni memang serah la kat en somi aku, pasti di'yes'kan saja.... so seawal pagi pukul 5.55 am, kami bertolak..memandangkan aku adalah menantu yg baik, maka aku panjangkan jemputan trip to kelantan ni kepada mak mentua kesayangan aku.. dia memang suka klu boleh p shopping kat kelantan..

ni la sekitar gambaq2 yg sempat diabadikan .....

farah di atas banjaran titi wangsa.
posing kat pasar wan khadijah


ini lori membawa lembu yg kami temui di sepanjang jalan Grik, laju wei, driver lori tu bawak, kesian lembu2 itu..
ok la, setakat tu je la gambar2 yg ada..ada lagi, tapi daku malas nak upload..

Tuesday, June 9, 2009

TITIK.......

dari semalam lagi aku hidup dalam kemarahan...

tidur dlm kemarahan, drive keta mai keja pagi ni pun dalam kemarahan..
buat keja ari ni pun dalam kemarahan.. byk sungguh isu2 yg timbul dan menyebabkan kemarahan..

tapi sekarang aku dah luahkan disini, so aku letak TITIK kepada kemarahan aku...

Wednesday, June 3, 2009

Anak mami.....

alkisah, ahad lepas berlangsungnya pertunangan adik ipar daku dengan jejaka idaman hatinya..
mak mentua aku masakkan laksa utk jamu tetamu yg datang...
disebabkan oleh aku seorang menantu yang sangat 'pandai' memasak, so mak mentua aku mintak tolong aku potong2 sayur je la..

tengah aku potong2 sayur tu, farah pun mai la.. dengan muka tak pueh hati

'mummy, awat asyik mummy ja yg kena wat keja, orang lain malas ka??'.. uikkkk..aku terkedu..

anak dara aku itu anak mami.... so mulut laser tu tak siapa leh nafikan lagi...

Layannnnnn....

aku tengah boring... kat ofis tak balik lagi..time 5.38pm....

rindu dah ngan anak2, tapi aku tengah tunggu big boss semak keja aku...

harap2 suma ok...

tadi en.hubby call dia nak mai amik lewat..ada keja kat ofis dia..

apa boleh aku wat, adat menumpang, kena la tunggu driver mai amik...

sambil2 aku update blog ni...

Letih la....

Semalam dan ari ni, aku rasa sungguh letih..mental dan fizikal.. dah la 2-3 hari lepas tak sihat.. demam, pastu badan naik merah2 macam kena campak.. tapi aku gagah jugak mai keja.. tak sampai hati tengok bos yg baik hati tu dok pulun keja sorang2...

tapi bila mai keja, aku rasa cam menyeksa jiwa sendiri ja..

takpa la, aku ikhlaskan hati ... keja dengan penuh kesyukuran, at least aku ada keja, ada orang yg dok menganggur ari2 carik keja.. lagi kesian....

Jalan2 Carik Makan....















suma gambar di atas rezeki2 yang aku sekeluarga dapat sepanjang berada di Kuala Lumpur.