sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PERMAISURI AGUNG. Show all posts
Showing posts with label PERMAISURI AGUNG. Show all posts

Saturday, 1 June 2013

DAULAT TUANKU l: YANG DI-PERTUAN AGONG MAHU RAKYAT AKUR KEPUTUSAN PRU13

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan PRU13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.

Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," titah baginda sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini malam ini.

Baginda bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

"Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.

"Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna," titah Seri Paduka.

Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu.

"Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.

"Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.

"Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara. - Bernama

APJ : MENJUNJUNG KASIH TUANKU 

Friday, 31 May 2013

DAULAT TUANKU : YDP AGUNG DAN PERMAISURI DI MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPERNA HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA DI MASJID NEGARA


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda di Masjid Negara, di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad diadakan selepas solat Maghrib.

Kira-kira 2,500 umat Islam membanjiri perkarangan masjid yang terletak di tengah ibu kota itu sejak 6.30 petang.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Orang kenamaan lain yang menyertai majlis itu ialah menteri-menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan wakil kedutaan asing.

Tuanku Abdul Halim, 85, yang menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, ditabalkan pada 11 April tahun lepas.

Seri Paduka Baginda pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970 ketika berusia 42 tahun. - Bernama 

DAULAT TUANKU 

Wednesday, 13 March 2013

UPDATE OP DAULAT : AGUNG UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PEJUANG ALLAHYARHAM AHMAD HURAIRAH #Pray4Sabah


Photo: Agong ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah

KUALA LUMPUR 12 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang gugur sewaktu melaksanakan tugas Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berduka cita atas kehilangan pahlawan negara itu dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Baginda juga berharap agar setiap anggota keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan supaya sentiasa tenang serta tabah menghadapi ujian itu.

Allahyarham Ahmad Hurairah, 24, daripada Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja, Tawau, Sabah terkorban dalam pertempuran lima jam dengan kumpulan pengganas di Sungai Nyamuk dekat Tanjung Batu, hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada anggotakeluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang gugur sewaktu melaksanakan tugas Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berduka cita atas kehilangan pahlawan negara itu dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Baginda juga berharap agar setiap anggota keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan supaya sentiasa tenang serta tabah menghadapi ujian itu.

Allahyarham Ahmad Hurairah, 24, daripada Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja, Tawau, Sabah terkorban dalam pertempuran lima jam dengan kumpulan pengganas di Sungai Nyamuk dekat Tanjung Batu, hari ini. - BERNAMA

Sunday, 20 January 2013

VIDEO KEBODOHAN UNCLE SEEKERS !!! JENIS MANUSIA KA BINATANG ???? JIN ATAU IBLIS ??? JOM TENGOK !!




Sudahlah tidak berilmu, suka pula mencari kelemahan dan memperkecilkan kehebatan orang lain. Langsung tidak pandai menjaga perasaan orang malahan biadab dan kurang ajar dalam berkata-kata. Dia adalah contoh manusia bongkak yang perlu kita jauhi. Jadikan sebagai pengajaran untuk kita semua. Marilah kita doakan agar dia mendapat hidayah dan kembali ke jalan yang lurus.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...