sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label AGUNG. Show all posts
Showing posts with label AGUNG. Show all posts

Sunday, 30 June 2013

ITUDIAAA !!! MERCU KEGEMILANGAN KEDAH @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

SMSAH mercu kegemilangan negeri Kedah



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) menjadi mercu kegemilangan negeri Kedah apabila berjaya menempa pelbagai kejayaan cemerlang.

Seri Paduka, yang amat berbangga dengan kejayaan berkenaan, berkata sekolah yang ditubuh pada 1963 itu melahirkan ramai tokoh dan ketua kerajaan berkaliber menjadikan sekolah yang mendukung nama baginda tersohor.

"Walaupun bermula sebagai sekolah harian biasa, kemudian diangkat menjadi sekolah berasrama penuh, kejayaan sekolah ini menjadi mercu kegemilangan negeri Kedah.

"Sekolah ini berevolusi menjadi sekolah elit dan seterusnya pada 2011, dinobatkan sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)," titah Seri Paduka pada majlis santapan malam sempena sambutan Jubli Emas SMSAH di sini.

Seri Paduka bertitah kedudukan SMSAH sebagai yang terbaik dan tertinggi antara sekolah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah meletakkannya sebagai destinasi impian pelajar dan ibu bapa.

"Dengan kedudukan sehebat ini, beta percaya sekolah ini mampu bertahan dengan pencapaian cemerlang untuk tahun-tahun yang akan datang," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut merakam ucapan tahniah dan syabas kepada warga sekolah itu, tidak kira pendidik, pelajar atau bekas pelajar, atas segala usaha yang tidak pernah mengenal erti jemu dan sentiasa bersemangat mengharumkan nama SMSAH sepanjang tempoh 50 tahun ini.

"Oleh itu, beta menyeru agar semua warga SMSAH sentiasa berusaha mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang," titah baginda.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut melancarkan Yayasan Pelajar SMSAH bagi memperkukuh kedudukan kewangan alumni sekolah berkenaan dan manfaat pelajarnya. - Bernama

Saturday, 1 June 2013

DAULAT TUANKU l: YANG DI-PERTUAN AGONG MAHU RAKYAT AKUR KEPUTUSAN PRU13

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan PRU13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.

Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.

"Jika ada perbezaan pendapat, gunakanlah kaedah penyelesaian seperti mana yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara," titah baginda sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong esok yang disiarkan secara langsung menerusi RTM di sini malam ini.

Baginda bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

"Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar.

"Oleh itu, janganlah benarkan ia terjadi, wariskanlah Malaysia yang bersatu dan berjaya, kepada generasi Malaysia yang mendatang. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah, seribu penyesalan sudah tidak berguna," titah Seri Paduka.

Baginda mengingatkan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih supaya berkhidmat dengan jujur, ikhlas dan terbaik untuk rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Tuanku Abdul Halim turut mengajak rakyat bersama-sama meneruskan usaha mencapai matlamat nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Baginda mengingatkan semua pihak bahawa keamanan dan kemakmuran yang dinikmati saat ini bukannya datang bergolek, sebaliknya hasil daripada pelaksanaan yang teliti dan rapi oleh para pemimpin terdahulu.

"Menjelang tanggal 31 Ogos ini genaplah 56 tahun kita mencapai kemerdekaan, manakala pada 16 Sept pula kita akan meraikan 50 tahun pembentukan Malaysia.

"Hakikatnya, walaupun secara relatifnya Malaysia merupakan sebuah negara yang masih muda, namun kita telah berjaya meletakkan kedudukan negara pada tempat yang membanggakan seperti yang ada pada hari ini.

"Namun, walau sempurna mana pun strategi yang telah dirangka oleh kerajaan, walau secekap mana pun pelaksanaannya, jika tidak wujud keamanan dalam negara, mana mungkin semua hasrat yang diimpikan mampu dizahirkan," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut mengingatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan anutan agama dipersatukan dengan lima prinsip Rukun Negara yang merupakan ideologi kebangsaan dan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara. - Bernama

APJ : MENJUNJUNG KASIH TUANKU 

Friday, 31 May 2013

DAULAT TUANKU : YDP AGUNG DAN PERMAISURI DI MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPERNA HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA DI MASJID NEGARA


KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda di Masjid Negara, di sini malam ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad diadakan selepas solat Maghrib.

Kira-kira 2,500 umat Islam membanjiri perkarangan masjid yang terletak di tengah ibu kota itu sejak 6.30 petang.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman.

Orang kenamaan lain yang menyertai majlis itu ialah menteri-menteri kabinet, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan wakil kedutaan asing.

Tuanku Abdul Halim, 85, yang menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua, ditabalkan pada 11 April tahun lepas.

Seri Paduka Baginda pertama kali ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970 ketika berusia 42 tahun. - Bernama 

DAULAT TUANKU 

Wednesday, 13 March 2013

UPDATE OP DAULAT : AGUNG UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PEJUANG ALLAHYARHAM AHMAD HURAIRAH #Pray4Sabah


Photo: Agong ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah

KUALA LUMPUR 12 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang gugur sewaktu melaksanakan tugas Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berduka cita atas kehilangan pahlawan negara itu dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Baginda juga berharap agar setiap anggota keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan supaya sentiasa tenang serta tabah menghadapi ujian itu.

Allahyarham Ahmad Hurairah, 24, daripada Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja, Tawau, Sabah terkorban dalam pertempuran lima jam dengan kumpulan pengganas di Sungai Nyamuk dekat Tanjung Batu, hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 Mac - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada anggotakeluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang gugur sewaktu melaksanakan tugas Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka amat berduka cita atas kehilangan pahlawan negara itu dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

Baginda juga berharap agar setiap anggota keluarga Allahyarham Ahmad Hurairah di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan supaya sentiasa tenang serta tabah menghadapi ujian itu.

Allahyarham Ahmad Hurairah, 24, daripada Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja, Tawau, Sabah terkorban dalam pertempuran lima jam dengan kumpulan pengganas di Sungai Nyamuk dekat Tanjung Batu, hari ini. - BERNAMA

Friday, 4 January 2013

PANAS !!! AKHIRNYA AIR MATA MADRASAH SALIHIAH TERHENTI !!


Masih ingat dengan peristiwa Madrasah Salihiah? Madrasah yang berumur 103 tahun, terletak diatas tanah wakaf. Madrasah ini juga yang mahu dirampas oleh Pas untuk dibangunkan tanah wakafnya menjadi Shopping Mall.

Punca begini, waris tanah wakaf tersebut, memberi amanah kepada MAIK untuk uruskan Madrasah terbabit, namun MAIK salahguna amanah dengan menjual tanah wakaf tersebut kepada taukeh cina dari Penang untuk projek Shopping Mall.

Semuanya atas nasihat dan saranan dari Pas Kedah. Patutkah sebuah jabatan agama, menjual tanah wakaf yang diwakafkan untuk dijadikan madrasah dan surau? Kalau dijual untuk dibangunkan menjadi tempat yang elok-elok takpa juga. Tapi, tapak wakaf madrasah dan surau, hendak dijadikan shopping mall, yang dah tentunya akan ada banyak maksiat.

Bersungguh-sungguh Pas Kedah dan MAIK mahu merampas tanah wakaf. Dengan harapan, mereka boleh robohkan Madrasah dan surau terbabit untuk jadikan shopping mall. Lawak betul, sebuah parti Islam dan jabatan agama Islam, mahu rampas tanah wakaf untuk dijadikan shopping mall? ha ha ha.. dunia sudah terbalik!

Disebabkan kejadian pelik itulah, waris tanah wakaf dan rakyat Kedah yang prihatin bangkit mempertahankan Madrasah Salihiah. Malah mereka bertekad untuk mempertahankan Madrasah sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Pelbagai onak dan duri yang mereka hadapi untuk mempertahankan madrasah salihiah. Pelbagai orang politik, NGO dan segala agensi mereka merayu untuk bantu bersama namun segala usaha gagal.

Laporan polis, laporan SPRM, malah memfailkan kes ini ke mahkamah untuk mempertahankan madrasah terbabit. Di mahkamah pun pihak madrasah menghadapi pelbagai rintangan.

Akhirnya mereka hanya berharap pada jalan terakhir, iaitu mengadap menyembah duli yang maha mulia Sultan Kedah, yang kini menjadi YDP Agong.

Setelah mereka adukan permasalahan mereka pada Yang Dipertuan Agong, akhirnya YDP Agong dengan bijaksananya menyelesaikan perkara yang genting ini dengan mudah.

Setelah berbincang panjang lebar diantara pihak Istana dan pihak madrasah. Pihak madrasah setuju untuk memberikan tanah wakaf terbabit pada kerajaan negeri untuk dimajukan.

Kerana, Kerajaan Negeri perlu ganti tanah wakaf terbabit dengan saiz yang sama dan tidak jauh dari tapak asal wakaf. Maksudnya dalam qariah yang sama. Kemudian, MAIK terpaksa memulangkan wang rm1.43juta kepada pewaris madrasah. Kerana tanah wakaf itu asalnya milik pewaris madrasah. Jadi duit itu hak pewaris.

Akhirnya segala permasalahan selesai begitu saja. Semua ini atas kebijaksanaan YDP Agong, merangkap Sultan Kedah. Kalau harap kerajaan negeri Kedah, sampai kiamat pun tak selesai hal ini.

Apa yang kerajaan negeri Kedah tahu, rampas tanah, buat serupa hak mak bapak depa punya, tanpa sebarang ganti rugi atau ganti tapak. Selamatlah Sultan Kedah dengan adil menyelesaikan permasalahan ini.

Harap lepas ni tidak ada lagi sengketa yang berlaku kat madrasah tu. Cuma sedikit terkilan dengan kerajaan Pas Kedah, kenapa nak tunggu Sultan Kedah selesaikan? Pas Kedah taktahu hukum hakam ke?

Atau Pas Kedah lebih nampak hukum DUIT dan harta DUNIA dari hukum akhirat. Jadi mereka pun sanggup gadaikan tanah wakaf untuk meraih sumber kewangan.

Teruk betui la Kerajaan Pas Kedah ni. Mengaku Islam tapi kerja tak macam orang Islam pun.

Alhamdullilah.. selesai sudah masalah Madrasah Salihiah. Apakah KUIN juga perlu mengadap bantuan dari YDP Agong untuk selesaikannya?

Kalau semua YDP Agong nak selesaikan, Pas Kedah jadi kerajaan buat apa?

lagi : kedahkekl

Wednesday, 12 December 2012

AL-FATIHAH !!PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA MENINGGAL


Dulu waktu kecik kecik orang ini lah yang menceriakan semua kanak kanak termasuk aku semasa mengumumkan tarikh bermulanya puasa dan hari raya..


Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama

SUMBER : MTK

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...