Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Tuesday, December 24, 2019

FENDIxKUCHING | HARI TERAKHIR DI KUCHING

Assalamualaikum...

12 November - semalam tak pergi mendobi sebab layankan mata, jadi pagi ini aku kena pergi mendobi. Banyak sangat baju kotor. Siap-siap mendobi di sini, balik rumah nanti dah tak banyak baju yang nak kena basuh. Selesai basuh baju, singgah 7E pergi beli meggie cup dan juga aiskrim walaupun aku tak tahu apa motif aku beli meggie cup. Heee...

Duduk bilik, layan perasaan sekejap, makan meggie walaupun aku tak lapar. Kemudian, packing baju dan jam 11.30 pagi, aku check out. Mintak kebenaran tinggalkan beg di kaunter. 

Menapak lah lagi aku ke Kuching Waterfront untuk bergambar. Hari-hari sebelum ni tak dapat nak bergambar sebab orang ramai. Inilah masanya untuk aku berposing sakan.





Aku siap-siap lunch sebelum balik semula ke hotel untuk ambil beg. Selesai lunch, ambil beg, aku book grab dan terus ke airport Kuching.

Tamat percutian aku untuk kali ini. Aku akan tinggalkan Kuching dengan kepuasan. Selepas ini, mungkin aku tidak akan ke Kuching lagi untuk bercuti. Kalau untuk bertugas atau kursus, mungkin iya.

Selamat tinggal Kuching.. 

Terima kasih kerana menyediakan tempat-tempat menarik untuk dilawati.

fendi...

FENDIxKUCHING | SEMANGGOH WILD LIFE (ORANG UTAN) - FORT MARGHERITA

Assalamualaikum...

11 November - Hari ini terlewat bangun...demmm penat sangat agaknya. Aku tak dapat sewa kereta dan tak dapat juga jumpa tour package. Sepatutnya jadual hari ni aku pergi tempat jauh-jauh tapi terpaksa aku cancel.

7.30 am -  Sudah bersiap dan aku ke Grand Margherita. Aku masih belum putus harapan di awal pagi. Aku bertanyakan kepada receptionist hotel Grand Margherita kalau-kalau boleh selit-selitkan trip ke Semanggoh tapi malangnya kenderaan dah penuh. Hurmmm...Kalau nak juga, aku kena caj untuk seorang. Aduhhh... Tapi receptionist minta aku tunggu sebentar dan cuba bantu tanyakan tempat-tempat lain kalau-kalau masih ada tour yang kosong, namun sekali lagi hampa.. Tak ada yang kosong.. Aku duduk dan fikir punya fikir dan kembali memikir, aku terima sahaja lah kena caj satu kenderaan. Semalam aku dah try tengok harga kalau naik Grab Car. Cuma RM40.00 sahaja sehala. Pagi ni, bila aku nak book Grab Car, tak keluar pula destinasi ke Semanggoh Wilf Life. 

Pagi tadi aku ada tanya pada receptionist hotel yang aku stay pasal transport ke Semanggoh ni, tapi haram jadah macam tak membantu. Lain aku tanya, lain pula dia jawab. Berbalik kepada caj transport tu, bila aku kira-kira balik,lebih kurang sama je kos yang perlu aku keluarkan. Kira halal lah..aku accept dan rupanya kenderaan yang aku naik tu cuma teksi sahaja.  Jadi, destinasi aku pagi ini adalah Semanggoh Wild Life...

Waktu Operasi :

Isnin - Jumaat : 
8.00 am - 4.00 pm

Sesi Bagi Makan :

9.00 am - 10.00 am
3.00 pm - 4.00 pm

Bayaran masuk = RM5.00



SEMANGGOH WILD LIFE

"Pusat perlindungan ini untuk haiwan liar terutamanya orang utan yang terancam kepupusan. Ia terletak kira-kira 24 km dari bandar Kuching. Yang uniknya, setiap orang utan diberikan nama"



Good choice lah bila aku naik teksi dan bukannya Grab Car sebab jalan masuk dari entrance ke point berkumpul tu jauh. Kalau berjalan, maybe take time dalam 20 minit - 30 minit sebab mendaki. Sebelum masuk, staff akan brief pasal peraturan dan yang paling penting diingatkan adalah pihak pengurusan tidak menjamin yang orang utan akan keluar pada waktu yang ditetapkan. Kalau orang utan tu lapar, dorang akan keluar tapi kalau dorang dah cari makan sendiri, nak nampak bayang pun susah dan staff mintak kami setkan dalam otak yang tempat ini bukan zoo, ini adalah nature..

Selain itu, monopod atau tripod tidak dibenarkan untuk digunakan di dalam kawasan ini sebab orang utan akan sangka yang benda-benda tu semua adalah senjata yang akan mengancam mereka. Juga, jangan menggunakan flash ketika mengambil gambar. Banyak betul peraturannya kan??

Kat bawah ni adalah susur galur dan anak beranak orang utan yang ada di sini..





Untuk ke tempat orang utan diberikan makan, pengunjung kena berjalan masuk ke kawasan hutan. Tak jauh pun. Dalam beberapa minit sahaja dah sampai. Sambil-sambil tu, akan kedengaran petugas memanggil-manggil orang utan untuk keluar.

 Kiri | Pelantar menunggu. Cuma di situ sahaja had untuk pengunjung.


Alhamdulillah..rezeki bila dapat tengok orang utan keluar makan walaupun cuma tiga ekor sahaja yang keluar. At least ada lah kan, daripada tak ada langsung. Sangat berpuas hati, berkonsepkan semulajadi, duduk dan menunggu di bawah rimbunan pokok.


 Bergayut nak turun ke bawah.



 Kiri | Orang utan yang kat pokok tu.. nampak ke tidak??


Berbaloi..dapat tengok orang utan walaupun bukan pada jarak yang dekat.

 Sebelum balik, kita bagi ucapan selamat tinggal pada semua orang utan kat sini. Bye bye semua.


Aku minta pemandu teksi bawa aku semula ke bandar Kuching dan turunkan aku di kawasan Kuching Waterfront sebab aku nak ke Fort Margherita.

FORT MARGHERITA

Aku ambil sampan untuk ke seberang dan turun di Pengkalan Sapi.. Dalam sampan, ada local pakcik ni bawa tourist katanya nak ke Taman Orkid. Ok la, aku cakap nak follow sebab lepas tu aku nak ke Fort Margherita. Uncle tu cakap kalau ikut laluan ni, agak jauh.

Nasib kami malang sebab Taman Orkid tutup pada hari Isnin. Actually Taman Orkid ni takde dalam list aku, tapi oleh sebab masih ada masa, tu yang aku add on dan follow uncle tu. Tak ada rezeki kami. Hahaha..aku on google maps dan tengok peta untuk ke Fort Margherita. Dalam 20 minit kalau berjalan kaki. Confirm basah ketiak dan melecet kelengkang ni. Nak buat macam mana, ikutkan je lah..Berjalan lah aku sorang-sorang di bawah panas terik.



 Kami turun di jeti ini.

 Bangunan DUN. Kalau tak ada bangunan ni, dah boleh cross terus ke Fort Margherita tu.

 Taman Orkid yang tutup pada hari Isnin.

 Waktu operasi Taman Orkid.


Jalan punya jalan,kena lalu kawasan parkir bangunan ni.

 Kena masuk kawasan ini. Taman Botani Sarawak rasanya baru siap sebab pokok-pokok nampak seperti baru ditanam.

 Kiri | Dah nampak signboard. Semakin hampir.
Kanan | Abe posing jap.



Member aku pernah cakap kalau tak singgah ke Fort Margherita pun tak apa tapi jenis aku ni, aku nak tengok sendiri apa yang ada di tempat ini dan apa yang menariknya.

Bayaran masuk :
RM 10.00

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat : 9.00 am - 4.00 pm

Sabtu-Ahad : 10.00 am-4.00 pm




"Kubu Margherita terletak di atas tebing Sungai Sarawak mengadap Pekan Kuching berhampiran kediaman Brooks. Kubu ini dinamakan ‘Fort Margherita’ bersempena nama isteri Charles Brook, Rajah kedua Sarawak iaitu Ranee Margaret."

Fort Margherita hanyalah sebuah galeri. Betullah kata member aku tu, kalau tak nak masuk pun tak apa. Bergambar je lah kat luar sebab di bahagian dalam macam tak ada port menarik nak bergambar.

Bagi yang gemarkan sejarah, tempat ini memang sangat sesuai. Suku masa pertama, aku fokus pada maklumat yang dipaparkan. Selepas tu, fokus aku terus ke laut. Penat lah baca sejarah, patut lah SPM dulu dapat B3 je subjek sejarah.





 Bendera Sarawak yang lama

  Aku tengah memantau jalan nak ke Kampung Boyan.




 Nak gerak dah.. Bye bye Fort Margherita.


Ada beberapa cara kalau nak ke Fort Margherita ni. Yang pertama -  naik sahaja grab car tapi rugilah sebab kena bayar tambang kan? Heeee..  

Cara kedua pula adalah naik sahaja sampan penambang dan turun di Kampung Boyan. Jalan kaki tak sampai 5 minit, dah sampai. Yang ketiga - ni cara yang aku buat..naik sampan penambang dan turun di Pengkalan Sapi. Jalan kaki 20 minit.. Hahha bongok kan? sanggup menapak jauh-jauh sedangkan ada cara yang paling mudah.

Aku tak tahu pun boleh jalan kaki sahaja dari Kampung Boyan tu. Aku tanya pakcik teksi dan beberapa orang lain, semua kata jauh dan tak boleh jalan kaki. Tapi semalam masa aku naik traditional cruise, pakcik sampan tu kata boleh jalan kaki. Pakcik tu bukan cakap pada aku lah, aku cuma terdengar-dengar dia berbual dengan satu famili yang sama-sama naik sampan dengan aku.

Kalau dari Jeti Kampung Boyan, akan nampak foodcourt ni, jalan menuju ke arah kereta Viva putih tu.

Nampak kan rumah warna purple - pink tu, halakan laluan ke situ.

 Kiri | Seterusnya akan nampak signboard.
Kanan | Naik laluan berbukit macam ni di sebelah rumah-rumah orang.


2.00 petang - aku berjalan balik ke bilik. Niat hati nak basuh baju di lobi layan diri yang ada di seberang hotel. Daripada aku tak buat apa petang hari ni, baik aku mendobi.

Kalau ikutkan itinerary, petang ini aku ke Damai tapi semuanya cancel.. Percutian sebelum ni aku pernah pergi ke Damai-Santubong pada tahun 2007 dan tahun 2009 dulu. So, dah ada pengalaman. Macam Sarawak Cultural Village (SCV) tu pun aku dah masuk dua kali. Mahal jugak bayaran masuk ke SCV.

Aku agak keletihan dan tertidur....niat mendobi dah hanyut dibawa Sungai Sarawak..

Magrib baru terjaga dan sambung merayau. Aktiviti malam ini hanyalah dinner dan tengok lagi musical fountain.

 Interior design


Common Cafe.

My dinner.

fendi..