Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Wednesday, November 6, 2019

FENDIxBANDUNG | IMAH SENIMAN RESORT

Assalamualaikum,

Untuk trip kali ini, kami tak pergi ke Kawah Putih walaupun orang kata Kawah Putih mempunyai pemandangan yang cantik untuk bergambar. Tak apa lah, bukan tak berminat tapi sebab cuaca macam tidak berapa nak mengizinkan. Jadi, kami terus balik ke bandar Bandung untuk shopping... Shopping lagi untuk ke sekian kalinya. Bukan aku lah yang shopping, aku cuma mengikut dan tunjukkan tempat pada Oey je.

Selesai shopping, terus gerak ke kawasan Lembang. Dari bandar Bandung ke Lembang tidak mengambil masa yang lama, lebih kurang dalam 45 minit dan Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun hari sudah agak gelap masuk Maghrib.

Macam dalam perancangan, kami akan tukar tempat penginapan. Kali ini kali menginap di Imah Seniman Resort. Alamatnya seperti di bawah. Bayaran untuk penginapan aku tak berapa tahu sebab Oey yang uruskan. Aku cuma bayar je pada dia. Masa kami sampai, hari sudah gelap. Tak nampak apa-apa yang menariknya. Apa yang terfikir kat kepala kami adalah nak cepat-cepat check in dan berehat.

Alamat Imah Seniman Resort :

Jalan Kolonel Masturi No.8 Gudangkahuripan, Cikahuripan, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia.

Inilah katil kami.

Esok paginya, kami ronda-ronda kawasan resort. Kawasan resort agak besar. Nak tengok-tengok apa yang menarik yang disediakan di resort ini. 







Konsep resort ini adalah alam semulajadi dan dikelilingi dengan tasik. Tidur malam kami ditemani dengan bunyian air mengalir. Penginapan kami ini berserta dengan sarapan pagi tapi menu yang simple-simple dan tak berasa sangat kat tekak. Heeee...





Yang berbentuk tiga segi tu adalah tempat duduk untuk restoran. Kami berkesempatan makan ikan bakar kat situ untuk dinner.

fendi..

Tuesday, November 5, 2019

FENDIxJOHOR | PANTAI DESARU

Assalamualaikum...

Berasal dari Johor, tapi aku tak pernah lagi jejakkan kaki ke Desaru. Eh sebenarnya banyak lagi tempat di negeri kelahiran aku tu yang belum aku jejak.

Bila kawan-kawan tanya mana tempat menarik di Johor, pasti akan dijawab dengan perkataan "entah..". Kalau rajin nak jelajah, sure akan jumpa banyak tempat-tempat best, tapi aku ni bukan jenis macam tu.

Jadi, masa cuti Deepavali yang lepas, aku balik kampung. Kami sefamili plan nak berpiknik. Pantai pilihan kami adalah Desaru. Aku baru tahu kalau dari Pasir Gudang ke Desaru cuma ambil masa sejam sahaja sebab lalu lebuhraya. Dekat sangat dah tu. Lepas ini,kalau balik kampung bolehlah lepak-lepak Desaru.

Kami bergerak dua kereta. Mak Usu dengan sepupu aku pun ikut sekali. Masa balik dari Salak Tinggi ke Johor, aku singgah Parit Sulong jemput dorang berdua.

Mak aku sebenarnya tak berkenan kalau kami ke pantai atau laut. Dia paling risau kalau cucu dia main air laut. Tapi kakak aku yakinkan mak aku sebab ada je pakcik makcik yang akan jaga cucu kesayangan mak tu.

Kalau ke Desaru ni, banyak jugak resort dan hotel yang ada. Kalau nak bermalam, boleh booking bilik mengikut kemampuan sendiri. Oleh sebab kami memang datang untuk suka-suka, isi masa lapang hari cuti, makanya kami cuma bentang tikar lepak atas pasir. Alhamdulillah, cuaca panas dan orang agak ramai. Tak susah untuk kami cari port, cuma kena tahan panas sikit.

Nak masuk ke kawasan pantai dikenakan bayaran RM6.00 untuk setiap kereta. Berbaloi dengan bayaran sebab pantainya bersih. Parkir pun banyak.



Anak buah aku dah siap bawak peralatan piknik dia. Lepas tu, main sekejap je. Ditinggalkannya macam tu sahaja. Aku pulak yang sambung main.

Aku menyesal sebab tak bawak baju spare untuk mandi. Next time kena datang lagi lah ni, mandi-mandi pulak. Geram je tengok orang berendam main air.

 Yang bertudung tu anak buah aku. Sekejap je dia bertudung. Bila dah basah baju, terus dia campak tudung.


 Pemandangan di Desaru memang mendamaikan. Mak aku yang mula-mula macam tak redha nak pergi tu pun dia happy bila dapat duduk-duduk ambil angin tepi pantai. Aku ambik kesempatan lah posing-posing, lepas tu upload kat ig. Heee...

Ada budak tu tak puas main air. Golek-golek atas pasir pulak.

Dalam pukul 1.00 tengah hari kami kemas-kemas untuk balik sebab matahari dah mencanak atas kepala. Siap ambik payung dalam kereta. Berpayung bawah pokok kelapa.

fendi.

FENDIxBANDUNG | TERAS BINTANG - GLAMPING LAKESIDE - RANCA UPAS

Assalamualaikum

Hari ini kami sewa Supir. Mudah sikit kalau hendak ke tempat yang jauh-jauh. Lagipun, pagi ini kami check out hotel sebab petang nanti akan ke Lembang dan check in di sana pula.

Contact number Supir di Bandung : 
+62 823 1614 5638 (Cepir)

Supir ni kawan aku yang recommend kan sebab masa dia bercuti di Bandung, dia gunakan perkhidmatan yang sama dan dia sangat berpuas hati. Supir ambil kami di lobi hotel dan kami angkut semua luggage kami, sumbat dalam kereta. 

RANCABALI

Lokasi kami pada pagi ini adalah ke Rancabali. Ada beberapa tempat yang akan kami singgah. Antaranya adalah Teras Bintang dan juga Glamping Lakeside.

Tak ingat berapa harga untuk masuk ke tempat ni. Tapi ianya adalah secara pakej. Boleh pergi banyak tempat di dalam kawasan ini. 


Teras Bintang merupakan satu kawasan untuk melihat pemandangan sekitar. Kita boleh melepak di pelantar yang diperbuat daripada buluh dan bergambar. Bagi yang suka bergambar, kemudian upload di ig, ini merupakan salah satu lokasi yang sesuai. 




Aku rasa macam banyak je gambar yang aku tangkap guna kamera Oey tapi yang dia bagi aku cuma tiga keping sahaja. Mungkin gambar aku yang lain dah kena padam dengan Oey. Sedih...

Seterusnya kami ke Glamping Lakeside.


Di sinilah terdapatnya kapal besar ala-ala kapal titanic yang tersadai tepi tasik dan kapal itu sebenarnya adalah restoran. Kalau nak lepak-lepak order makanan pun boleh. Kalau tak nak pun tak apa. Boleh sahaja naik dan bergambar.


Untuk ke kapal tersebut, kena lalu jambatan gantung. Macam biasa, kalau naik jambatan gantung tak boleh naik ramai-ramai. Jadi, kena lepaskan sikit-sikit.



Kami ada bergambar dengan Supir tapi tak jumpa pulak gambarnya. Jadi, tepek gambar muka aku dengan Oey dulu lah.



Cuaca mendung dan berkabus. Risau juga kalau hujan lebat sebab risaukan ada kejadian tanah runtuh masa nak balik. Tapi Alhamdulillah, cuma renyai-renyai sahaja.


 Pemandangan tasik. Di persisir tasik ni boleh sewa rumah khemah. Kalau bermalam kat sini mesti lagi syiok.

Pemandangan yang diambil menghadap depan. Orang ramai. Nak cari port terbaik untuk bergambar memang agak susah.

Kalau turun ke bawah, ada gerai-gerai jualan makanan. Aku dengan Oey dan lapar. Kami cuba cari dan tengok-tengok apa yang menarik yang boleh isi perut. Tengah-tengah sejuk ni, perut memang cepat lapar.



 
Makan indomee tepi tasik memang nikmat. Tak cukup semangkuk mee, order lagi pisang goreng dan lain-lain. Makan selagi boleh makan uolls.

RANCA UPAS

Kami ke Ranca Upas sebab nak tengok rusa. Tengok dalam internet, tempat ni nampak menarik. Selain ada ladang rusa, Ranca Upas juga menyediakan tapak perkhemahan bersuasanakan hutan. Hutannya tu tak adalah hutan sangat.


Expectation aku tinggi, tapi bila depan mata? Tempatnya biasa biasa.


Kalau nak beri makan pada rusa, kena beli bakul berisi lobak. Rusa-rusa kat sini memang kuat makan. 






Jika tak mahu turun jejak ke tanah, pengunjung boleh beri makan kepada rusa dari pelantar sahaja. Rusa akan datang pada kita.

fendi.

Thursday, June 1, 2017

FENDIxLANGKAWI | FAMILI TRIP KE LANGKAWI - DAY 2

Assalamualaikum,


16 Mei 2017 - Ikut perancangan, pagi ni nak sarapan di Nasi Dagang Pak Malau, kemudian terus ke Makam Mahsuri tapi malangnya kedai Nasi Dagang Pak Malau tutup atas alasan cuti kecemasan. Kitorang terus gerak ke Kuah. So, berubah rancangan. Breakfast di food court area Jetty Kuah tu, kemudian berjalan-jalan di Dataran Lang.

DATARAN LANG, KUAH

Inilah untungnya kalau bercuti time orang lain tengah bekerja. Cuma beberapa ketul orang je yang ada di Dataran Lang ni. Mak aku cakap dia kena bergambar kat sini, bukti dia dah sampai Langkawi.



Settle aktiviti bergambar di Dataran Lang, kitorang pergi mall yang dekat Kuah tu. Apa ntah namanya mall tu. Sebenarnya niat masuk mall sebab malas nak berpanas-panasan. Tapi bila masuk je, rasa macam takde apa pulak nak dibuat dalam mall tu. Nampak Brand Outlet, singgah kejap dan "ter"beli baju. Mak aku cari baju untuk anak buah. So, terbazir sikit duit kat mall walaupun KL berlambak je Brand Outlet.

KOMPLEKS HAJI ISMAIL GROUP(HIG)

Masa untuk shopping. Awal-awal aku dah warning, membeli belah tu kena berpada-pada. Jangan sampai terlebih had bagasi. Kitorang nak beli coklat je. Barang lain memang takde dalam senarai.




Untuk hari ni, aku tengok-tengok harga dulu tapi akak dengan mak aku dah mulakan sesi memborong coklat. Aku buat relaks-relaks je dulu. Gituh.. Kalau dah masuk HIG ni memang rambang mata (untuk mereka yang hantu coklat). Memang pantang nampak, semua nak dimasukkan dalam bakul. Meronda di bahagian atas, tengok pinggan mangkuk. Tengok je, takde makna nak membeli.

LAKSA SEKOR, AIRPORT LANGKAWI

Lepas memborong coklat di Kompleks HIG, kitorang balik ke homestay sebab dah tengah hari. Boleh rehat-rehat sekejap. Nak keluar balik selepas Zuhur. Petangnya tu, kitorang pergi cari laksa yang terletak berdekatan airport Langkawi.

Ini adalah tempat wajib kalau bercuti ke Langkawi. Maksud aku, kalau kau jenis peminat laksa, boleh la ke sini. Sebenarnya kat sini bukan ada jual laksa je. Macam-macam jenis makanan ada. So, takde masalah nak cari makanan lain. Kitorang makan laksa dan pasembor. 

Sambil makan, boleh layan view laut dan juga kapal terbang landing. Syiok woo.. Tempat lepak yang best di Langkawi.





KOTA MAHSURI LANGKAWI



Lokasi seterusnya adalah Kota Mahsuri. Walaupun kitorang macam tak berapa nak pergi sangat Kota Mahsuri ni, tapi terpaksa juga pergi. Tak tahu sebab apa nak pergi. Bila dah siap park kereta semua, pergi ke kaunter tiket. Harga tiket untuk seorang dewasa adalah RM12.00. Erkkk macam mahal je kan. Bila diskus balik, aku memang dah pernah masuk, so untuk kali ini kalau tak masuk pun takpe. Akak aku sorang tu pun dia kata dah pernah masuk dan tak nak masuk. Mak dan akak aku lagi sorang tak berapa minat benda-benda macam ni, so kitorang tak jadi masuk. 

So apa nak buat? Di hadapan Kota Mahsuri ada kedai-kedai jual baju-baju dan barang cenderahati, jadi mak cari baju untuk anak buah aku. Opcos la, berjalan ke mana-mana mesti mak akan belikan baju untuk cucu dia. Bosan dah kat sini, terus berdesup ke tempat seterusnya.

BERAS TERBAKAR

Sebelum-sebelum ni, bila datang Langkawi dan singgah ke Beras Terbakar, aku memang tak pernah minat nak tengok apa benda beras terbakar tu. Untuk kali ini, aku nak tahu juga apa rupa beras terbakar tu kan.

Wahhhh banyak kedai-kedai cenderahati juga kat sini. Nasib baik tak terikut nafsu nak membeli, jadi kitorang sekadar lalu je kedai-kedai tu semua walaupun peniaga-peniaga dah memanggil-manggil untuk tengok-tengok barang yang dijual.



Kena paksa baca sejarah Beras Terbakar

Kain batik jawa kat sini cantik-cantik coraknya. Mak dah belek-belek tapi dia tak cakap pulak nak beli.

MINYAK GAMAT NUSANTARA


Orang kata kalau dah sampai Langkawi, kena singgah mana-mana kilang gamat untuk tengok sendiri macam mana minyak gamat tu dimasak. Ok la, kitorang singgah Minyak Gamat Nusantara. Memang ada nak beli minyak gamat dan minyak panas. Kilang minyak gamat ni dibuka sehingga jam 6.00 petang. Kitorang sampai dalam jam 5.00 petang, jadi masih berkesempatan nak tengok minyak gamat yang sedang dimasak.



PANTAI KOK

Bila petang, kitorang mesti tak tahu nak ke mana sebab mak kan tak berapa minat pantai-pantai ni semua tapi kitorang bawak juga ke pantai. Terus je pergi Pantai Kok untuk ambil angin petang. Nasib baik mak ok je dan layan anak-anak dia ni.





Puas dah bergambar-gambar, kitorang balik ke homestay sebab hari dah lewat petang. Malamnya, kitorang dinner di restoran berhampiran Pantai Cenang.

aksarafendi