app.raiz.com.my/invite/Z7WDP6
Bagi anda yg belum tahu, Raiz ni merupakan salah satu aplikasi robo advisor yang berdaftar dgn Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Selain dari Raiz ni, aku turut menggunakan aplikasi lain seperti Wahed Invest. Cumanya kali ni aku nak kisahkan sedikit tentang pengalaman aku menggunakan aplikasi Raiz ni. Lama dah aku pakai aplikasi Raiz ni, sejak bulan Julai tahun lepas lagi. Aku masukkan RM200 setiap bulan ke dlm akaun Raiz ni dan sekarang aku dah ada lebih kurang RM3,000.
Selain drpd aku masukkan duit secara automatik setiap bulan (recurring investment), aku turut menggunakan fungsi round-up, iaitu setiap kali aku menggunakan debit card Maybank utk membeli barang dsb., duit aku turut akan ditolak utk dimasukkan ke dlm akaun Raiz ni. Sbg contoh sekiranya aku berbelanja sebanyak RM5.40 di suatu kedai, RM0.60 akan ditolak dari akaun bank aku utk dimasukkan ke dlm akaun Raiz aku. Ini membantu aku utk terus melakukan pelaburan secara konsisten.
Dalam Raiz ni, ada 4 portfolio pelaburan, iaitu Passive, Moderate, Aggressive dan yg terbaru adalah portfolio global yg anda boleh ubahsuai mengikut kehendak anda sendiri. Aku pun baru je beralih ke portfolio baru ni drpd portfolio aggressive. Tiga portfolio yg pertama tu adalah pelaburan di dlm dana Amanah Saham Nasional.
Di bawah ni pula adalah projection nilai duit yg anda akan miliki pada masa akan hadapan, bergantung kpd jumlah yg anda masukkan dan dana yg dipilih.
Semoga anda semua dapat memahami perkongsian saya ini. Jika anda berminat utk menyertai, jangan lupa utk semak di sini