Ok itu intro. Haha. Aku punya interview PTD April 2017 pagi tadi takde soalan please introduce yourself tahu tak? Even masa last week aku pegi interview utk jawatan inspection engineer kat SPIE Oil & Gas kat Jalan Raja Chulan tu pun, panel mereka ada ajukan soalan introduce yourself sbg mukadimah temuduga. Sebab tu aku hairan, kenapa pagi tadi interview PTD takde minta introduce yourself. Panel buka resume aku, terus tanya soalan. Dan soalan mereka bukan berkaitan sgt dgn resume. Dan takde satu pun soalan fakta mereka ajukan kpd aku.
Aku punyalah hafal 8 teras PTD, GTP, NKRA, history PTD, dan macam2 lagi spt yg ada banyak kat internet tu la. Google je dah boleh jumpa banyak posting tentang soalan temuduga PTD. Tapi masa temuduga pagi tadi, satu pun soalan sedemikian rupa tidak mereka tanyakan kpd aku. Barangkali kerana itulah, soalan2 macam tu dah jadi mainstream kot. Ramai calon dah boleh search atau Google utk preparation.
Jadi apa soalan yg panel ajukan kpd aku?
Mukadimah datang drpd panel, utk mengesahkan kelulusan akademik aku, tempat tinggal dan dia tanya berapa adik beradik dan anak keberapa. Kemudian dia tanya lagi aku sambung Master's pakai duit siapa. Kemudian tanya aku kerja ke tidak. So, apa jawapan yg aku berikan kpd panel, tak perlu aku terangkan kat sini. Kita teruskan kpd soalan luar kotak pemikiran yg mereka ajukan:
(Ayat soalan mereka panjang dan ada penerangan serba sedikit, tapi aku ringkaskan hampir tepat macam di bawah ni la)
Pertama sekali terangkan apa yg anda tahu pasal persiapan sukan SEA 2017.
Kedua ceritakan tentang masalah pemanasan global dan cara penyelesaiannya
Ketiga, anda pernah bekerja sebelum ni dan pernah memimpin pekerja bawahan. Sekiranya salah seorang pekerja anda mempunyai masalah disiplin, apa tindakan yg anda akan ambil. Explain in English. Ini satu je soalan aku kena jawab dlm English.
Keempat, tentang kebebasan bersuara yg diberikan oleh kerajaan, apa pendapat anda.
Kelima, bagaimana nak pastikan subsidi kerajaan sampai kpd golongan sasaran?
Apa lagi kasi goreng la campur perencah bermacam macam. Hahaha...
Actually turutan soalan 2-5 tu aku tak ingat sgt yg mana satu dulu. Sebab aku sibuk sgt menggoreng tadi. Hehe.
Aku ada tanya mamat yg masuk bilik temuduga lepas aku keluar. Soalan dia dpt pun lebih kurang gaya soalan aku jugak. Soalan berfikir luar kotak.
Aku ada tanya mamat yg masuk bilik temuduga lepas aku keluar. Soalan dia dpt pun lebih kurang gaya soalan aku jugak. Soalan berfikir luar kotak.
Memang betul kot panel cuma nak tengok cara calon menjawab dan berfikir dgn pantas. Barangkali mereka dah buat keputusan drpd awal. Keputusan terima atau tolak? Aku tak tahu. Rezeki dah tertulis kan? Yang penting aku dah usahakan sebaik mungkin.
Siot betul ex-boss aku cakap "you ada master dlm engineering, tapi mau jadi pegawai tadbir? Biar betol. Nanti mereka hantar you pegi Korea baru tahu." Haha apa peduli. Korea lagi aku suka, boleh layan Kpop. Tapi Kpop takde kat Korea Utara kan? Wakakakaka....
Hi boleh tau x u panel dgn sape?
ReplyDelete-Nadia
Saya tak ingat la nama mereka. Salah seorangnya ada pangkat Datuk
Deletefinally berjaya x dlm interview tu?
ReplyDeleteBerjaya tak iv itu?
ReplyDelete