Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

alhamdulillah..no more dub dab dub dab

let me start this entry dengan penuh rasa kesyukuran ke atas Illahi. syukur tak terhingga pada Mu Ya Allah kerana Kau masih menyayanginya..


a beautiful charming lady is my mom.. last wednesday, badan mak tak berapa sedap. demam and batuk2 sket. so we just bagi paracetemol and ubat batuk tuk kurangkan rasa tak selesa tu. tapi it tooks few days jugalah nak recover. jadi on Friday, we (acu n angah) decided to bawa mak pergi klinik.
nape nak tunggu jumaat?? nape tak pergi terus klinik awal2 tu??

sebabnya, nak tgk maybe after mkn ubat boleh reda sket. tapi mmg reda pun. hari jumaat pergi check pun badan dah tak panas pun. but coz ckp dgn dr mak demam dah dua hari so dr decided tuk amik darah. mak pun bila dr ckp mcm tu terus rasa nervous. mmg nampak sgt. teeheee. biasalah ada darah gemuruh sket.

bila result ujian darah keluar, dr xde ckp byk la cuma dia kata ok je tapi esok kena dtg lg untuk amik darah. hoho. part ni i don't like. mula2 ckp takde pape tup tup kena dtg semula tuk amik darah lagi. xpela, kitorg pun ikut jela. so esoknya dtg lagi skali klinik tuk buat test yg sama. mak masa tu muka mmg risau je. pegang tgn dia pun sejuk je. we just act cool supaya mak tak bertambah2 risau. pas result darah keluar, dr ckp platlet dlm darah berkurang compared yesterday, disebabkan mak ada demam hari tu maka dr suspect dengue. oh no! mintak jauhkanlah. so, the dr ask to come again tomorrow to do blood test again. sucks. me yg accompany mak masa tu dlm hati mmg berdebar2 btl. but it just suspect, not confirm yet. tp bila dah dr kata gitu mesti berderau gak darah kan.

balik tu, muka mak pun sugul je. mmg risau yg teramat2. so ubatnya, saya telah memaksa menyuruh mak tuk minum air banyak. hoho. ada kuasa veto di sini. saya isikan air dlm botol tupperware yg 1L tu and ask her to habiskan air tu dlm beberapa jam. she had to. hehehhe. every few minutes i keep remind her suh minum air. sebab mak mmg kurang minum air masak. jadi inilah cara terbaik tuk memastikan dia sihat kembali. so, bila habis satu botol, saya isi lagi. hehehe. mlm tu, angah ckp kat mak minum air zam zam. kebetulan still ade lagi air zam zam masa saya pergi umrah dulu.

the next day, kami pergi hospital serdang tuk buat blood test lagi sekali. kesian jugakla kat mak, 3 days in a row amik darah. after few hours waiting, dr panggil balik tuk explain result blood test tadi.
bacaan semua normal mcm biasa. platlet pun dah naik. confirm clear dari dengue. alhamdulillah. dr kata tak payah risau2 makcik. xperlu dah amik darah lagi. lega. act, takde simptom2 dengue kat mak cik pun mcm batuk berdarah, sesak nafas, muntah-muntah, cirit-birit cuma sebab bilangan platlet tu kurang that's why kena buat blood test banyak kali. just nak pantau tahap kesihatan je, takut kalau ada benda lain pulak. even, platlet kurang pun, tp takdelah kurang sgt. so, xde pape pun sbnrnya.

cuma dr kat klinik XYZ tu je yg ckp mak suspect dengue. mak pun dah leh senyum sket. baru nampak ceria balik. pastu kitorg semua terus berdesup ke Sate Kajang. hehehehe.



tuk semua, amalkanlah minum air banyak setiap hari!! tak susah pun.

note:
  • dengue = denggi
  • dengue dapat dicegah dengan meminum air yang banyak (if warded, dr akan masuk air je. xde ubat lain dah)
  • kalau xde dengue pun, make sure minum air banyak setiap hari.

Friday, October 1, 2010

pink october!

 ***tgh draft entry ni la lappy bt hal last friday. 


bulan Oktober adalah bulan kempen kesedaran kanser payudara peringkat antarabangsa. Jadi untuk lebih mesra  maka bulan ni dinamakan "pink October". How sweet... di samping untuk memberi kesedaran kepada wanita betapa pentingnya pencegahan awal kanser payudara, kempen ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang menghidap penyakit ini. dengan pencegahan awal, sedikit sebanyak dapat membantu kita kaum wanita daripada dijangkiti kanser payudara. Sebagai wanita, jangan malu atau segan untuk memeriksa payudara anda selepas tiap kali kita datang bulan. Segeralah bertemu dengan doktor sekiranya terdapat lump di sekitar breast. Tapi, apa yang paling penting sekali pencegahan breast cancer boleh dielakkan dengan kawalan pemakanan kita. Kurangkan atau yang lebih baik elakkan pengambilan makanan berlemak, dan bergoreng. skema giler kan karangan saya. BM 1A kannnn =)

Di sini saya sertakan info yang lebih terperinci yang diperoleh dari http://www.makna.org.my/breastcancer.asp


 BREAST CANCER - The most common cancer and the number one cause of cancer deaths among women in Malaysia is breast cancer. This cancer is caused by an uncontrolled growth of cells within the breast tissue. If not detected and treated promptly, breast cancer can metastasise, spreading to the lymph glands and other parts of the body, including lungs, bones and liver.

Who is at risk?

All women above the age of 20 are at risk of developing breast cancer. There are a number of risk factors that have been identified.

Some of these factors include:
  • Age – the risk of developing breast cancer does increase with age. In fact, 70 per cent of breast cancer cases occur in women aged 50 and above.
  • Family history – women who have a mother, sister or daughter who developed breast cancer before the age of 50 are at a higher risk. This risk is further heightened if a woman has more than one immediate family member who has breast cancer.
  • Previous history – women who have already been treated for cancer in one breast have an increased risk of developing cancer in the other.
  • Early menstruation (before the age of 12) or late menopause (after the age of 50).
  • Never having a full-term pregnancy or giving birth after the age of 30.
  • Not having breast-fed.
  • A diet high in fat and low in fibre.
  • Obesity in post-menopausal years.
  • Excessive alcohol consumption.
Symptoms of breast cancer

These are often the first indicator that breast cancer may be present. You should look out for:
  • A lump in your breast that persists after your period.
  • Bleeding or discharge from the nipple.
  • Change in the shape of the breast.
  • Puckering or dimpling of the skin of the breast.
  • New retraction (pulling in) of the nipple.
  • If you see or experience any of these changes, please see your doctor immediately.
There are basically four methods of early detection.
  1. Breast self-examination (BSE) – Through BSE, you familiarise yourself with your breasts and this makes it easier for you to notice any changes. It is recommended for women aged 35 and below and should be done once a month, between the seventh and 10th day after the start of menstruation. For non-menstruating women, BSE should be done at the same time every month. For women above 35, it is advisable to be examined by a doctor every year.
  2. Reporting of breast changes – Any unusual changes to your breasts – even after a mammogram – should be reported to a doctor, as these changes may indicate an early warning sign. This includes the symptoms listed below.   
  3. Breast examination by a doctor – For women 35-years-old and above, an annual breast examination by a doctor is recommended. If you are going for a mammogram, it would be a good idea to schedule a breast examination by a doctor.
  4. Mammography (x-ray of the breast) – This method can detect breast cancer even before any lumps can be felt. It is especially useful for women between the ages of 50 and 69, and it is recommended that a mammogram be scheduled once every two years. For younger women, because their breast tissue is denser, the accuracy of a mammogram becomes less certain.
Can you fight breast cancer?

DIY after period
YES I CAN =) insyaAllah

Monday, November 2, 2009

eye bags

hye semua,

nk cter sket, skrg ni kan aku kan 24/7 mengadap laptop je. mengenangkan kene menyiapkan tesis maka ku gagahkan jua. agaknya kalau mata aku ni boley ckp mesti dia dh sound aku byk kali kan. mesti dia marah kat aku psl xsudah2 bersengkang mata. mana taknya mengadap tesis satu hal (mmg wajib kne buatla), tp bkn ni je, aku pn de tgjwb aku kat ladang aku, kedai mkn aku, pet aku, n yg plg latest sudah terjebak dlm cafe world. adoii. semuanya memerlukan aku. sib baik la aku ni xminat ps2, ps3, psp or whatsoever. kalau tak aku rase lg lebam2 plus hitam2 mata aku nnt. skrg ni pon eye-bag cm dh mula nmpk dgn dark circles g, huhuhu. sgt tidak suka. so sbg penyelesaiannya maka aku mendapatkan benda ni. tak tau la berkesan ke tak. yg penting kita try dulu k. kalau nk senang letak timun je. lg jimat duit :) yg ni aku beli RM2+.++ xigtla

dh try pakai skali, sejuk je bile roll bwh mata. sedap je rasenye :))

Monday, October 19, 2009

rakyat Malaysia gemok

terasa dowh dgn pe yg Tun M ckp.
aku sgt gemok skrg ni.
kali ni janji nk kurus.
kne buat btl2.
tanak angat2 taik ayam.
kne jg mkn
exercise msti buat.
chayok2x
lalalalala~sambil mkn moist chocolate cake yg Dr zalinda bg :D

mana2 yg tak tau isu ni, boleh refer UTUSAN MALAYSIA edisi ISNIN 191009
xpun, korg bc je la bwh ni:

Dr. Mahathir kecewa rakyat terlebih gemuk

KUALA LUMPUR 18 Okt. – “Saya berasa amat tidak gembira dengan keadaan rakyat Malaysia,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad merujuk kepada rakyat negara ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan terutama obesiti dan sakit jantung.

Kenyataan spontan bekas Perdana Menteri itu menggambarkan rasa kecewa beliau dengan sikap rakyat Malaysia yang malas untuk menjaga kesihatan mereka.

Katanya, penambahan ketara kumpulan penduduk yang terlebih gemuk atau obesiti agak merunsingkan.

“Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat.

“Ini tidak elok kerana jantung mereka terpaksa bekerja lebih kuat untuk menampung keadaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kempen Walk-a-Mile (WAM) sempena Hari Jantung Sedunia 2009 di sini hari ini.

Dr. Mahathir turut berkongsi panduan kesihatan dengan peserta kempen itu bahawa berat badannya tidak pernah melebihi 60 kilogram sejak mula-mula menyertai politik sehingga bersara.

Beliau seboleh-bolehnya akan tetap meluangkan masa untuk melakukan senaman walaupun sibuk dengan tugas seharian.

“Senaman yang paling mudah dan ‘murah’ ialah berjalan kaki, sehingga sekarang saya amalkan kecuali jika terlalu sibuk, saya akan gunakan alat senaman treadmill. Saya juga angkat dumbell untuk Kuatkan otot lengan.

“Mungkin kini tumbukan saya tidak sekuat dahulu, maklumlah usia sudah semakin meningkat, tetapi jika semasa muda sesiapa yang terkena tumbukan saya pasti akan terasa sakitnya,” katanya sambil berseloroh.

Kempen WAM itu dianjurkan oleh Yayasan Jantung Malaysia bersama Nesvita Omega Plus dengan kerjasama akhbar Mingguan Malaysia.

Objektif program tidak berkonsepkan pertandingan itu adalah bagi mengajak orang ramai berjalan kaki sekurang-kurangnya satu kilometer sehari bagi menggalakkan masyarakat menjadikan amalan tersebut riadah rutin untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Kempen WAM bermula di Alor Setar, Kedah pada April lalu; Kuantan, Pahang pada Jun; Melaka pada Julai; Taiping, Perak pada Ogos dan kemuncaknya hari ini di Taman Tasik Permaisuri, Cheras di sini.

Dr. Mahathir turut menyertai kempen itu yang upacara pelepasannya disempurnakan oleh isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Beliau turut mengulas ceramah Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr. J. S Sambhi sebelum itu yang mengingatkan orang ramai yang sayangkan jantung supaya mengelak daripada menjadikan nasi lemak dan roti canai sebagai menu utama sarapan pagi.

“Saya dah makan nasi lemak tadi, tetapi kalau saya dengar dahulu ucapan Dr. Sambhi, pasti tidak akan makannya... diet saya adalah makan semuanya sama ada yang berlemak atau berkolesterol tinggi, tetapi dalam jumlah yang amat sedikit.

“Jangan praktik cara ini kerana saya tidak layak memberi nasihat kerana terlalu lama tidak mengamalkan profesion perubatan,” katanya disambut gelak ketawa hadirin.


hehehhe...dada..mari beli treadmill pasni :))
xpun naik ogawa ke osim yg leh kasi gegar itu muntot..shake your bon bon! shake your bon bon!

ahakss...aku bajet..ini adalah camera trick k..hik3x



Sunday, October 18, 2009

baby in the womb

the long journey...insafff..SUBHANALLAH





Thursday, August 20, 2009

face mask

hye semua,

skrg ni tetiap ptg aku balik dr ukm aku akan pakai benda alah ni..benda alah ni sgt mahal skrg..ri tu aku beli RM1 sekeping, sekarang dh naik RM1.30..kopak la aku gni..tp aku akn tetap pakai hari2 sbg langkah berjaga2..bnde alah ni sbnrnya agak merimaskan..tp..aku pakai je..


ok la..itu saje..pic ni aku amik bile dh sampai rumah..hehhehe..smlm balik sama2 dgn huda..huda pn pakai gak..tp xsempt nk amik gamba kitorg jd mask rider..hehhehehe..pastu nk thanks gak kat kak ita yg tlg hantarkan ke komuter smlm :))

Tuesday, August 11, 2009

miss good old days

assalamualaikum semua...

dh mkn?? aku baru je pas dinner..santap kat kfc..hehhee...dh lama aku ckp ngn mak nk mkn kfc, lastly mlm ni tercapai jua hasrat aku..kih kih kih..mase pekrja kfc tu tgh isikan ayam dlm pinggan, aku dh ckp ngn angah aku nk ayam yg plg besar skali (sgt tamak)... hehhehe. almaklumla hari ni aku dh raya sempena abes ganti puase..so, membuak2 rase naluri mkn ni, mcm kebulur bpe hari tak mkn...hahhahaha..ni belum lg bulan puasa btl2 nnt..cnela nk kurus ni..sgt bernafsu melihat makanan :) abihla, mesti xdpt nk berkebaya raya ni..hik hik hik...

intro yg sgt tidak berkaitan dgn tajuk.....

************************************

act, sbnrnya aku rndu gler dgn kengkawan aku...esp ima, sub, teng, fiza, caca n sume2 la..pg td call ima nk sembang2, nk ngadu2..tp ima demam..huhu...xlarat nk ckp...pastu call teng, teng ade kje lak...nk tepon sub, msti si kecik tu bz ngajor..last2 aku struggle bt kje aku..dh la tenet tgh bengong kt opis..nyusahkan btl..kalau tak mesti aku de hiburan sambil2 bt kje..takde la boring sgt..besok mcm nk stay kt ptsl je..mcm nk tkr angin..tgkla cne nnt...ni aku nk tepek pic2 aku ngn kwn2 baek aku..rndu gegiler ngn deme sume..dh la lama xjpe..these pic taken almost 3 yrs back..

left to right: sub, ima n aku

ni la geng kamceng aku

ok la..rasenye cukup takat ni jer...bjumpa pd next entry k..insyaALLAH..before aku end..aku nk tepek lg sekeping gmba ni yg aku jpe kat mne tah..but i think, it means a lot to me..


*************************************

kwn2 doa byk2 ye..semoga kita semua terlindung dr wabak H1N1..nauzubillah..sbg langkah berjaga2, aku mula pakai face mask memandangkan aku hari2 naik public transport..

ok..tata titi tutu...

Friday, July 3, 2009

selsema babi @ influenza H1N1?

hye semua...assalamualaikum...

lama dh x berblogging..kekeringan idea..aku sgt kagum pd mereka yg boleh post new entry sampai 5-6 dlm seminggu..hehhehee..sgt2 bagus...

sekarang ni kan berleluasa isu selesema babi. korang takut tak??heheheh..ni la salah satu tanda2 akhir zaman..wabak penyakit yang berleluasa..xserik2 ke mereka yg mkn binatang ni..sedap sgt ke..ewww....aku tgk rupenye pon dh menggelikan, dgn baunye yg amat terrible skali..eeee..dgn ekor pendek gulung2, ngn hidung tonyok, sgt pelik...cne la ade yg sanggup menelannya..eewwww...(kat serdang selalu aku nmpk bnde alah ni tgh disalai...blueeekkkk)

dulu kan dh penah ade wabak JE..xserik2 lg ke org2 yg mnternak bnde alah ni..mmg dh terang2 binatang ni bawak byk keburukan but still ade yg snggup mempertahankannya..mungkin ni salah satu pengajaran yg Allah nk tunjuk kpd umat2 manusia-Nya dgn munculnya wabak baru iaitu selesema babi..xpyh pakai instilah influenza H1N1 tu..pakai selsema babi lg senang..kalau xreti2 lg tak tau la..dh tau bnde ni mmg kotor, boleh lg nk ternak secara besar2an..pelik sungguh aku..

aku nk g tpt2 public pon dh xbrani sgt dh..bkn pe..kne la berjaga2..to those yg study kat overseas tu make sure korg buat pemeriksaan rapi dulu sblm balik mesia..tnk lg menambah2kan bilangan kes import kat cni...pastu mne yg de kat mesia ni, jgn menggatai nk g travel negara2 yg dijangkiti wabak ni..semoga kite semua terpelihara dr terkena wabak ni..nauzubillah...

di sini, ade sedikit info yg boleh aku share dgn korg sume ttg keburukan binatang..info ni aku copy paste dr laman nurani

penulis asal ialah Dr Aminudin Mansor
mari kite semua renung2kan...

PENYAKIT bawaan daripada babi iaitu Influenza A (H1N1) adalah penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi, tersebar menerusi partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung.Islam meletakkan babi dan anjing sebagai najis mughallazah (berat) membabitkan semua bahagian badan haiwan berkenaan. Oleh itu, umat Islam ditegaskan menjauhkan daripada terkena sentuhan ke dua-dua haiwan ini.

Ilmu perubatan moden mengakui mereka yang biasa memakan babi akan terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya cacing pita, kulit berbintik, sakit sendi dan hilang ghairah. Badan babi mempunyai virus berbahaya yang menjadi punca penyakit Japanese Encephalitis, virus West Nite Incephalitis, resicular stomatis, penyakit kuku dan mulut serta penyakit radang hati.

Islam menggalakkan supaya umatnya sentiasa menjaga kebersihan termasuk memastikan makanan yang dimakan bersih dan halal. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabaikan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin seperti Dia menyuruh kepada rasul-Nya.” Firman Allah yang bermaksud: “Hai rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal salih.” (Surah al-Mukminun, ayat 52)

Islam menyarankan umatnya menjauhi makanan haram, membasuh tangan sebelum menjamah makanan dan selepas makan. Peraturan itu ditekankan bagi menjaga kebersihan supaya tidak mudah terdedah kepada penyakit berjangkit. Berkaitan daging babi, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai darah, daging babi dan (daging) haiwan yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah.” Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Wahai manusia! Makanlah daripada (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah)

Penjagaan kesihatan melalui makan dan minum juga tempat tinggal penting bagi mengekalkan kesejahteraan hidup umat Islam di dunia dan akhirat. Oleh itu, umat Islam digalakkan menjaga makan, minum dan kebersihan tempat tinggal sebagai adab dalam kehidupan insan Muslim. Makanan halal seimbang sangat dititikberatkan kerana ia akan mencapai kriteria yang diperlukan tubuh badan sama ada untuk pembentukan tubuh, pembekalan tenaga atau perkitaran aktiviti badan. Keseimbangan pemakanan juga termasuk dalam maksud kesederhanaan yang dianjurkan Islam, seperti firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah dan jangan kamu melampaui, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.” (Surah al-Araf, ayat 31)

diharap kite semua terhindar dari segala wabak selesema babi ni..tak sanggup aku nk menepek gmba bnde alah tu...korg google sndri la eh :)

hehhehehe...

lots of love:
ainshalalala

Wednesday, June 17, 2009

msg bt gegirls

Rupa paras Rabi’ah Adawiyyah yang menarik ialah dua bibirnya yang cukup manis dengan hiasan warna kekuatan kalimah dan maksudnya.

Tentu kau tahu bahawa kekurangan nafsu itu mampu dipertahankan oleh seorang gadis sepertimu dengan sifat malu……….satu-satunya sifat yang ada untuk membelenggu nafsu didalam penjaranya. MALUlah yang menjadi benteng pertama dan terakhir untuk menjaga maruahmu, maruah keluargamu dan maruah zuriatmu. Malu itulah yang menjadi kata hikmat para nabi dahulu seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

“Bila kau tidak malu,buatlah apa yang kau mahu”

Dengan kata lain, bila kau kehilangan sifat malu mu itu, kau boleh melakukan apa saja yang aku mahu sekalipun kerja itu seberat-berat kerja dan sejahat-jahat perbuatan.

Bila kau tidak malu, kau boleh membuang seluruh pakaianmu

Bila kau tidak malu, kau boleh menyebut secemar-cemar bahasa

Bila kau tidak malu, kau boleh melacurkan seluruh hidupmu, keluargamu bahkan zuriatmu!!!!!!!!!!!!!!

Wal’iaazubillah!!! Sebenarnya kau amat sedar tentang akibat orang yang kehilangan sifat malunya. Kesian dia… di dunia terhina di akhirat merana…

Wahai Gadisku

Bukankah namamu Rabi’ah Adawiyah yang berupa paras seperti yang ku paparkan itu? Kalau demikian, kaulah gadis pilihanku itu.

Cukuplah dulu, secarit rupa parasmu yang menawan hatiku ini. Cuma disini, aku ingin benar menukilkan beberapa bentuk rupamu yang perlu kau ukirkan dan sedikit resepi yang penting untuk menjaga badan dan diet jiwamu agar menjadi gadis yang paling cantik di duniaku:

Pertama: Jadilah permata bukan kaca, atau emas bukan loyang, atau sutera bukan benang.

Diet yang pertama ini memerlukan bahan-bahan mentah yang asli bukan tiruan. Tentulah bahan-bahan asli terdiri daripada perkara-perkara berikut:
  • Ikhlas hati kepada Allah
  • Bersikap benar dalam segala keadaan
  • Tetap pendirian dalam perjuangan
  • Menurut jejak langkah Rasulullah s.a.w atau hidup dalam lingkungan syarak
  • Sentiasa redha dengan qada’ Allah
  • Gigih berikhtiar sebelum bertawakkal/berserah diri
  • Meninggal jauh segala sifat-sifat nifak atau kepura-puraan
Apabila bahan-bahan itu diadun dengan baik, pastinya kau kelihatan sebagai sebutir permata ditengah-tengah pepasir bukannya kaca yang bakal cair mengalir.

Biarlah pakaianmu ditenun dengan takwa. Biarlah make-upmu dicampur dengnan senyum mesra. Dan biarlah gerak langkahmu disulam dengan rendah diri sentiasa.

Kedua: Jadilah ubat bukan penyakit atau mawar bukan racun.

Ramuan ubat tentulah bahan-bahan yang kebanyakkannya pahit atau sekuntum mawar yang tidak mudah dipetik. Namun ianya amat berguna. Ramuan ubat hendaklah disatukan daripada bahan-bahan berikut:
  • Sabar yang indah dalam menempuh tribulasi/mihnah/ujian. Tahan senafas!
  • Bersedia ditegur dan dikritik kerana orang yang berlapang dada itulah yang akan meningkat tinggi. Wau yang tinggi ialah wau yang sanggup merempuh angin bukan menurut angin
  • Banyak memberi bukan menerima. Sudah tentu sebelum menerima perlu memiliki sebab orang yang tidak punya sesuatu tidak mampu memberi sesuatu. Berkhidmat dahulu, hasil menyusul kemudian
  • Sentiasa berfikiran besar dan mengatur persekitaran menjadi kelas pertama
  • Bertindak mencari kekayaan dan mencipta peluang. Bukannya bersedia memberi alasan untuk sebuah kegagalan
  • Membuang tiga sifat orang-orang kecil sejauh mungkin iaitu membuang masa, banyak menguruskan hal-hal kecil dan suka bertengkar/berdebat
Semua ramuan di atas berupa sabar, berlapang dada, berkhidmat, berfikiran besar, bertindak dan membuang sifat orang-orang kecil merupakan ubat dan mawar kehidupan cemerlang.

Ketiga : Jadilah penyuluh bukan pembunuh

Nama resepi ini sudah cukup menggambarkan betapa menariknya kuah hidangan. Jernih tetapi berkilauan apabila tersentuh sedikit cahaya. Pantulan cahayanya kuat, mudah menerima cahaya dan tembus oleh cahaya. Antara bahan yang diperlukan ialah:
  • Ibadah syakhsiyyah
  • Nasihat dan kata hikmat
  • Budi pekerti mulia dan adab sopan berharga
  • Panduan sirah dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w
  • Petunjuk Allah yang utama iaitu Quran yang mulia
Adunan bahan-bahan itu menjadikan tenaga dinama yang berkualiti, cas yang sentiasa hidup. Sesiapa yang berada dalam kegelapan tentu memerlukan sinar cahaya.

Maka inilah sinarnya untuk menyukuh jalan hidup : al-Quran, Hadis, akhlak, nasihat dan ibadah. Cunalah, kau akan menjadi penyuluh. Kalau bukan penyuluh maka yang lainnya tidak ada lagi selain pembunuh.

Keempat: Beberapa peringatan

Senjata lidah ialah bahasa

Jadilah orang yang pandai berbahasa, kau akan hidup aman bahagia.

Jadilah orang yang berakal minda, kau akan meraih kejayaan dan banyak harta.

Lidah yang petah memerlukan perbendaharaan kata yang banyak, latihan yang berterusan dan berani membuktikan identity yang mendalam dan pengalaman hidup sendiri.

Dengan ini aku kira cukuplah DIET dan penjagaan diri yang kau perlukan untuk menjadi gadis yang rupawan dan ratu pilihan hatiku. Berusahalah ke arah itu.

Sesungguhnya serbat yang ku kumpulkan itu bias menjadikan wajah hidupmu bersinar bagaikan bulan permata, berkedip bagaikan bintang surayya. Indahnya kau menjadi sebutir permata ditengah-tengah serpihan batu yang bertaburan.

Wahai Gadisku

Buat akhirnya, jutaan kemaafan ku pinta seandainya surat ini mengganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan juga ku pinta, seandainya terdapat di dalam suratku ini kesilapan yang tak dapat ku temui. Besarlah harapanku darimu Wahai Gadisku agar kau bersedia menjadi seorang kekasih untuk kekasihnya, seorang sahabat dalam perjuangan dan seorang ibu kepada anak-anak yang baik.

Dan…………..ingatlah selalu bahawa :

“laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh

laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin” AN-NUR :3

“wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk

laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” AN-NUR:26

SEKIAN, BUATMU WAHAI GADISKU………..

Friday, June 12, 2009

amalan pemakanan sihat :)

hye semua...assalamualaikum....
salam Jumaat...

MARI KONGSI BERSAMA

Ada sedikit ilmu yg ingin aku kongsi bersama dengan korg sume..

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje.. sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila korg telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain ye :)

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus, Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini, insyaallah kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
  • Jangan makan SUSU + DAGING
  • Jangan makan DAGING + IKAN
  • Jangan makan IKAN + SUSU
  • Jangan makan AYAM + SUSU
  • Jangan makan IKAN + TELUR
  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU + CUKA
  • Jangan makan BUAH + SUSU CTH (KOKTEL)
  • JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Kita sama2 cuba try ok..hasilnya mungkin nmpk dlm jangka masa pjg..insyaALLAH..aku mmg sgt bersemangat..sbb skrg ni makin montel rasenye..hahahhaaha

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah…

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
  • Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam…

Sama2lah kita mengamalkannya…….

WallahuA’lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

untuk dptkan info lebih detail lg..tanyalah ustaz :)

MySpaceMySpace

lots of love:
ainshalalala