Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

1st entry in 2015

Assalamualaikum semua,

Nampaknya blog ni dah semakin terabai.. so sad.. tsk tsk tsk.. hari ni update pun dah lebih setengah tahun 2015. baby adam pun dah masuk 1 yr 4mths dah, meaning that banyak sgt story yang tak dapat nak dikongsi di sini. heee. dunia blog pun dah tak sehebat kalau nak dibandingkan dengan social media yang lain seperti twitter, ig and fb. everything lagi cepat and ringkas.

hari ni je terajin, sebab kebanyakan semua dah cuti raya, tinggal sorang dua org je lg yg ada kat opis. makanya bolehla sket2 menjengah blog ni. inshaallah lepas ni nak mula balik blogging, even tak de orang baca pun, just for my personal thoughts. ok la. happy eid mubarak!!


belanja gambar satu..ni budak yg sgt menggeramkan, nak cubit2 je rasanya. hehehehe

Tuesday, August 19, 2014

Citer tak berapa best before raya

orang lain dah khatam cerita raya, tp kita baru nak mula. heheehehe.. ni alkesah pre-raya :)

raya kali ni kat belah suami.. dah tahun lepas kat sk kan. prinsip giliran, mcm tu lah gamaknye. tp tahun ni ada citer tak berapa nak best sket. lagi dua tiga hari nak raya kami sekeluarga sakit mata. hhohohoho. mmg tak best sungguh. dimulakan dengan baby adam yg terjangkit dengan anak buah, pastu adam sebarkan pada mommy and mommy donate kan pada abah. maka lengkaplah satu family kami terkena infection. luckily baby adam recover cepat. alhamdulillah sangat2. kuasa susu ibu memang hebat dengan izin Allah juga :)

kecian anak mommy.. bangun tido mata melekat. nasib la ptg tu je dah sembuh

ada sape2 berani tentang mata? hehehehe..

mommy dengan abah agak lambat sket nak baik, almaklumlah semakin matang kan, makanya sel2 banyak yang dah mati. huhuhu. tu yang lambat sket bertindak tuk menghapuskan kuman tu. raya pertama still ada merah2 sket, kitorg pun mls nak pandang org sgt, nak salam2 pun pk dua tiga kali. takut tersebar virus tu. janganlah ada yang kata kami berlagak pulak. hahahaha. tp mmg sakit woo sakit mata. setelah sekian lama tak kena berdenyut2 juga rasanya. akibat nak cepat baik, amik susu sndiri letak kat mata kat sendiri, buh gak kat mata suami. untunglah ada susu. hahahaha


Sunday, August 17, 2014

dulu dan kini

same place, same location, same occasion ...


left: eid 2014 right: eid 2013



alhamdulillah.. syukur.. dah ada dam dam syg :)

note: akan cuba kembali aktif berblog..inshaallah

Monday, January 28, 2013

Cuti-Cuti Balik Kampung

oyeahhhh.. kalau Melaka cuti hari ni kan bestttttt. tp takpela, since aku pun dah cuti dari khamis lepas, rabu ptg yg lepas pun de meeting so pas meeting terus shoot balik SK. wahh. bahagianya hati. tp cuti panjang ni balik ke Terengganu pulak, memandangkan anak buah suami melangsungkan Majlis Pertunangan. maka suami I pun sanggup dtg dr terengganu amik sy di SK dan bawa pula ke Terengganu. ouchhh..sweetnya. hehehehe. walaupun dlm hati rasa kesian gak..tp pe salahnya. kikiki..

hari khamis perjalanan agak baik, cuaca kejap hujan kejap ok. cuma sesuatu telah berlaku. temperature kereta tetiba naik mencanak. oooo.. lokasi kejadian di Felda Neram, jalan Jabor pas exit tol. hoho. nasib baik la laki aku perasan. berenti tepi jalan, tp kawasan tu agak bahaya sebab di selekoh. tgu kejap igtkan temperature boleh turun, tp tak gak. last2 decide jalan pelan2 ke shell. tp shell jauh lagi nun 18 kilo lg, nasib jumpa BHP, terus aku ckp benti situ dulu, dan dan nak benti enjin kereta mmg mati sendiri. mujur sempat paking di tempat yg selamat. suami kata kita makan2 dulu la.. lepak situ dlm sejam lebih. alhamdulillah masa nk start balik tu, temperature turun. so kita jalan pelan2 menuju ke bengkel. bengkel kata ok je. xde masalah, mungkin masa tu kipas tak jalan kot tu yg panas tiba2. kitorg pun jalan la slow2, bersusun kete kat belakang. hehehe. ampunkan kami. dlm pukul 6.30 sampai kampung. ohhh.. kampung sweet kampung..

esoknya majlis bertunang..pun ada story gak.. tp xpela tak yah citer sini la.. selamat dah semuanya.. tu yg plg penting..


heee. yours truly dgn amsyar anak kecik kak da before majlis tunang mula. esoknya kami berdua sehari suntuk dating kat bandar. hohoho. i like it so much...



menikmati ICT, UCT dan SCT kat pantai airport. sedap gak la. kami giler ikan, so ikan kena asing2, tak leh share nanti gaduh. hahahahaha


alololo. bucuk intan payung. hahahahaha. rindu byk sgt. huhuhu. muka ensem, tp tgk perut kalahla. hahahahahah. ahad dah balik kl, naik flight.. yer sy penah terlepas flight hari tu. kikiki. kali ni gigih bangun awal tnk tertinggal lagi. balik kampung seronok, tp jumpa suami lagi2 seronok. beronok2. heeee ;)


Monday, May 28, 2012

moga dipermudahkan...

ya allah ya tuhanku, kau permudahkanlah urusan ke dua ibu bapaku dan kakakku sewaktu menunaikan umrah.. Kurniakanlah mereka kesihatan yang baik, kesabaran dan kekuatan semasa berada di sana. semoga mendapat umrah yang mabrur...



kami mendoakan kesejahteraan mak, abah n angah di sana. as-salam.. till then

 

Wednesday, October 26, 2011

murah rezekinya

hari ni cuti deepavali melepak saje di rumah. kan bahagia kalau esok lusa cuti gak. baru betul-betul 1Malaysia. dah kira untung rakyat kat Malaysia ni kan, india raya kita cuti, cina raya kita cuti, melayu raya diorg plak cuti. best kan.

di petang hari hujan pulak, baru je bercadang nak pergi makan-makan kat Bagan Lalang. terpaksa cancel. lain kali la kan. ada muaz baru best. muaz sekarang dah banyak cakap dah. banyak perkataan baru yg keluar dari mulut dia. contoh: bila atuk bersin, dia akan cakap "atuk acem." paham-paham la kan bunyi bersin mcm mana kan. so dia akan interpret ikut yg dia faham. hehehe.

sebab plan nk mkn ikan bakar cancel, so weol decide nk g sate Kajang. tp bila fikir-fikir balik, mesti ramai org kat Samuri. so malas la. jadi angah ajak makan Kenny Rogers. act, kitorg jarang sgt2 mkn KRR. ni pun kali ketiga for me. almaklumlah selera aku lebih kat sambal belacan kan. lidah Melayu asli katanya. murah pun murah, sedap pun ye gak, tp bila org nk belanja, maka kecil tapak tangan, tersenyum-senyum kegembiraan. hehehehe. ye, aku bukan biasa makan mahal-mahal mcm korang. makanya haruslah teruja lebih :)) 


sedaaappp. mocha ice blended


the muffins. fresh from oven. sedaappp


mine: quarter chicken with BBQ baked beans, mashed potato and macaroni cheese. tempting~




mak, abah, ngan angah pun lebih kurang sama je menunya. cuma side dishes je yang lain-lain. mula-mula igt nak makan spaghetti je, tp rasa tak cukup kenyang nnt tu yg order ayam. hehehe, keji. 

alhamdulillah, semuanya licin. thx angah for the treat. next time belanja lagi. 


sama tak muka kitorang??


sedap memang sedap, tapi mak ckp sekali sekala boleh la. emm. nampak sgt mak tak gemar. kikiki. takpela, next time acu lak belanja. kita makan ikan bakar kat Melaka yg terbaeeekkkk punya!

Monday, October 24, 2011

panggilan Tanah Suci

seronokkan bila menjadi tetamu Allah. walaupun bukan aku yang pergi, tapi bahangnya masih tetap dirasai. kat kelana jaya ni pun dah penuh umat Muhammad, semuanya berpakaian serba putih, berihram ditambah pula dengan laungan 'Labbaikallahumma labbaik'... wah..ni baru kat kl, kalau kat mekah tak tahu la mcm mana rasanya. berjuta-juta umat muslimin dan muslimat berhimpun di tanah suci kota mekah dan madinah untuk menunaikan ibadat haji. seronok rasanya.

kali ni, alhamdulillah tercapai hasrat Pak Ngah dan Mak Ngah nak ke sana. muka ceria je. nampak bertenaga je masing-masing walaupun umur dah mencecah hampir 80 tahun.


 segakkan..

ada sorg budak kecik tu, boleh pulak time org semua sibuk bergambar dia g bantai mengorat. heyyy. ini budak aa mmg tau. boleh pulak beramas beramah mesra dengan budak-budak kat situ. gegirl okay. pandai betul pilih kawan. silakan tgk aktiviti dia.






aishh.. geram sungguh. kakak-kakak pulak melayan. lagila dia excited. kemain betul dia skrg ni.



baju tak larat ada bunga-bunga. gap from cambodia. hehehehe. besar dah muaz acu. tak lama lg nk ada adik dah.


berbalik pada citer asal, flight Pak Ngah and Mak Ngah akan direct ke Mekah. maksudnya diorg akan buat haji dulu baru umrah. semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan selamat menunaikan ibadat rukun islam yg ke 5. kami doakan semuanya selamat.

Tuesday, July 5, 2011

long distance baby

hari tu  kan saya cerita pengalaman saya driving paling jauh adalah sampai ke Kuala Pilah N9. tapi yg tu dulu, sekarang ni yang paling jauh saya driving adalah sampai ke Batu Gajah, Perak. wahhh. terer kan?? hehehehe. alhamdulillah selamat pergi dan selamat sampai dengan hanya membawa kelisa comel saya. teehee. passenger setia adalah mak n abah. la ni mmg kitorg adik beradik dah tak bg dah abh drive jauh2. so, sbg anak yg bertanggungjawab makanya saya lah yg terpaksa mengambil alih amanah tu (poyo).


pengalaman?? hhohoho. mmg banyakla. kalau highway utara-selatan confirm la banyak lori. pastu bila dah start masuk Perak, highway dah jadi dua lane. kalau ko nak laju, duduk la kanan, tp kalau nak slow duduk la belah kiri. tapi duk belah kiri, tahu je la banyak giler lori besar2. takkan nak ikut bont*t lori kan. hik2. makanya saya telah memperhebatkan skill saya dengan memotong lori2 tersebut. wahhhh. (tetiba rasa hebat). memandangkan saya yg bawa kelisa je, maka tak mampulah nak selamanya di fast lane. so, bila ada keperluan untuk memotong je baru saya berada di lorong kanan. bila takde sebarang halangan yg besar2, saya duk kat belah kiri je. biasa kalau nk g Ipoh org kata dlm 3jam je dh leh sampai kan?? tp saya amik masa masa dlm 4 jam tuk sampai Batu gajah tp dua kali berhenti la. hahahahaha. ok la tu. bawak kete kecik je pun.



pekena nasi lemak tip top dekat jalan nak ke Kellie Castle. mmg sedap sangat


kitorg g sana sebab nk lawat sepupu kat situ. act, bukan kitorg je, tp ramai lagi famly member yang lain, ada mak ngah n family serta busu n family. tp tak konvoi pun. cuma set masa tuk lunch sama2 kat Tapah. dalam kul 2 lebih sampai Batu Gajah. lega giler wok bila dah sampai. rasanya confident level masa driving pun dah meninggi sket. alhamdulillah.

Saturday, July 2, 2011

mandi manda di FRIM

ni cerita mmg dah lama gila terperap. hik3. memandangkan entry dah duk terperuk kat draft, so saya publishkan je la. ni kesahnya kami beriadah di FRIM (Forest Research Institute Malaysia) satu family. takde la satu family sgt pun, sebab mak dgn abah ada annual meeting dgn Persatuan Forest Negeri Selangor.


so, kitorg bt pe?? kitorg pun lenjan la terjun air terjun. best wok.. mmg terbaik la. dah la mmg lama tak mandi air terjun kan. bila dah dapat ni, mmg tanak kuar la. air dah la sejuk, dengan bunyi unggas2 lagi, org pun tak ramai. syok la. FRIM ni mmg tempat yang sesuai la tuk riadah, selain dr mandi air terjun boleh berbasikal, jungle tracking, canopy walkaway (tp kalau xsilap canopy walkaway tutup sampai bulan sepuluh), camping and buat macam2 nature activities la. yang penting skali dapat release tension and kurangkan stress.



tpt yg kitorg pilih mmg strategik la sebab tak ramai org. tau tak sebab apa kat tpt air terjun yg kitorg mandi manda ni tak ramai org.. sebabnya...hahahaha. tgk la air dia tu. cetek je kan.. kikiki. yg tpt bestnya kat atas lagi, tp kitorg dh mls nk naik lagi atas, sbb ramai budak2 laki buat aksi superman. tak koser nak join diorg skali. kat sini pun dah ok dah. cetek pun cetek la. bukannya mandi manda sgt pun, dpt basah2 sket cukupla kan. rendam-rendam kan badan. mmg sedap la. rasa fresh sgt.


mana yang tak familiar or jarang-jarang ke sini, tak tau lokasi frim ni kat mane, ni leh gps kat mana location dia. GPS Coordinate: (3.236497648345289, 101.63186073303222) dekat area Kepong, Selayang tu la. tak susah pun nak cari. ok :)

Tuesday, May 31, 2011

so sweet..[picture]

suddenly miss my parents, padahal tinggal bawah ketiak mak. hahahhahaha

Tuesday, May 10, 2011

Saya Anak Bongsu

err...bukan bapak saya nama bongsu. kui3x. gni, tadi melawat blog Kak Jemah, pastu meleret2 ke adek beradek beliau, lalu singgahla ke sepet. terbacala satu entry si sepet ni --> Bongsu?????

terusla teruja..dah nama pun anak bongsu mestila excited lebih bila de benda2 yg berkaitan kan?? hehehe. ada org mengklarifikasikan anak bongsu seperti yang dinyatakan dalam ciri 1 - 10 tu. meh kita tgk tepat ke tak dgn ciri saya sebagai anak bongsu yang sebenar.


1.Paling Manja dengan ibunya!
tak sangat. rasa lagi manja ngan abah. sebab abah selalu panggil saya 'si bongsu'. teeeheee.

2. Paling pendiam dan suka memendam rasa kecuali pada ibunya.
pendiam tu tipula. sebab mulut saya rasanya senyap time tido je. hahaha. sometimes mmg selalu gak memendam rasa, tp sy pun jarang cerita2 kat mak. certain2 thing yes, but a few things lg selesa share dgn kawan-kawan. makan dalam wooo.

3. Penceria dalam adik beradik.
of coz..sampai ada yang nangis2 bila kena sakat. kikiki

4. Suka menurut perintah abang dan kakaknya.
takdela terima arahan sangat pun. sebab biasanya saya ni ringan tulang. omg

5. Bijak juga tetapi terkebelakang sedikit dari angahnya.Lebih suka be...rsuka ria. 
angah?? kalau ikut study sama je bijak, tp acu dh de master la. oppss.. tp kalau bab hidup mmg respect la kat angah. pengalaman dia tak ternilai. tp kalau ikut kaya, angah lagi kaya la. bersuka ria tu mmgla. kalau boleh 24/7 nak karok, nak tgk wayang, nak lepak, nak futsal, nak holiday.

6. Paling lama nak berpisah atau tidak sekatil dari ibunya.
Umur 10-12 tahun baru berpisah dari tempat tidur ibunya.Manja katakan.HeHeHe
tak igtla yg ni. tp rasanya umur 4thn lagi dh tido dengan adik beradik. see..i ni takdela manja mane pun.

7. Suka buat abang dan kakak mereka jeles dengan apa yang mereka miliki.
oh!! memang!!! yg ni mmg tepat sekali. contoh terbaik yg baru berlaku recently; i bought new scholl, then time beli tu angah cakap dia pun akan pastikan dia akan beli gak nnt, and yesterday kak long ckp, she's already got her new one. and i asked about the price, and she said "mane leh kalah dengan acu.." pffttt. oh my beloved two sis. hahaha.

8. Tetapi ramai yang tidak tahu,golongan bongsu sangat hidup berdikari walaupun mereka manja kepada ibu dan ayah mereka.Kalah abang dan kakak mereka.Yelah mahu menunjukkan bahawa diri mereka juga boleh berdikari seperti abang mereka.
yg ni mmg tepat sekali..act, selain nampak seorang yg manja tp sebenarnya saya sangat berdikari. oohh. anything semua nak buat sendiri, tanak nyusahkan mak bapak.

9. Tak semestinya abang/kakak mereka berjaya dalam hidup,mereka juga menuruti jejak langkah mereka.Dan tak juga abang/kakak tak berjaya dalam hidup,mereka juga tak berjaya seperti mereka.Tidak.

boleh disimpulkan my kakak2 semuanya berjaya. and honestly i envy with 'em.

10. Paling cepat menyusuaikan diri dengan keadaan hidup yang baru dan mencabar.Tapi anak bongsu paling cepat putus asa.Betulkah?
mmg takde masalah bila nak sesuaikan diri, mulut ringan and sentiasa nk bertegur sapa dgn org. but i hv to admit mmg adakalanya cepat give up, cepat fed up, cepat mengaku kalah. it sucks. luckily i have family which is always support me during 'that' time.

proud to be bongsuians..hahahaha. and muaz pun dah pandai sebut 'acu'. yeaa~ tak kesahla korang anak bongsu ke tak, yg penting masing-masing ada tanggunggjawab masing-masing kan?



hidup bongsu ever!

Monday, January 17, 2011

Happy Birthday Abah

thx for everything abah...

moga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..

HAPPY 60 BIRTHDAY
 sweetheart

Sunday, January 16, 2011

alhamdulillah..no more dub dab dub dab

let me start this entry dengan penuh rasa kesyukuran ke atas Illahi. syukur tak terhingga pada Mu Ya Allah kerana Kau masih menyayanginya..


a beautiful charming lady is my mom.. last wednesday, badan mak tak berapa sedap. demam and batuk2 sket. so we just bagi paracetemol and ubat batuk tuk kurangkan rasa tak selesa tu. tapi it tooks few days jugalah nak recover. jadi on Friday, we (acu n angah) decided to bawa mak pergi klinik.
nape nak tunggu jumaat?? nape tak pergi terus klinik awal2 tu??

sebabnya, nak tgk maybe after mkn ubat boleh reda sket. tapi mmg reda pun. hari jumaat pergi check pun badan dah tak panas pun. but coz ckp dgn dr mak demam dah dua hari so dr decided tuk amik darah. mak pun bila dr ckp mcm tu terus rasa nervous. mmg nampak sgt. teeheee. biasalah ada darah gemuruh sket.

bila result ujian darah keluar, dr xde ckp byk la cuma dia kata ok je tapi esok kena dtg lg untuk amik darah. hoho. part ni i don't like. mula2 ckp takde pape tup tup kena dtg semula tuk amik darah lagi. xpela, kitorg pun ikut jela. so esoknya dtg lagi skali klinik tuk buat test yg sama. mak masa tu muka mmg risau je. pegang tgn dia pun sejuk je. we just act cool supaya mak tak bertambah2 risau. pas result darah keluar, dr ckp platlet dlm darah berkurang compared yesterday, disebabkan mak ada demam hari tu maka dr suspect dengue. oh no! mintak jauhkanlah. so, the dr ask to come again tomorrow to do blood test again. sucks. me yg accompany mak masa tu dlm hati mmg berdebar2 btl. but it just suspect, not confirm yet. tp bila dah dr kata gitu mesti berderau gak darah kan.

balik tu, muka mak pun sugul je. mmg risau yg teramat2. so ubatnya, saya telah memaksa menyuruh mak tuk minum air banyak. hoho. ada kuasa veto di sini. saya isikan air dlm botol tupperware yg 1L tu and ask her to habiskan air tu dlm beberapa jam. she had to. hehehhe. every few minutes i keep remind her suh minum air. sebab mak mmg kurang minum air masak. jadi inilah cara terbaik tuk memastikan dia sihat kembali. so, bila habis satu botol, saya isi lagi. hehehe. mlm tu, angah ckp kat mak minum air zam zam. kebetulan still ade lagi air zam zam masa saya pergi umrah dulu.

the next day, kami pergi hospital serdang tuk buat blood test lagi sekali. kesian jugakla kat mak, 3 days in a row amik darah. after few hours waiting, dr panggil balik tuk explain result blood test tadi.
bacaan semua normal mcm biasa. platlet pun dah naik. confirm clear dari dengue. alhamdulillah. dr kata tak payah risau2 makcik. xperlu dah amik darah lagi. lega. act, takde simptom2 dengue kat mak cik pun mcm batuk berdarah, sesak nafas, muntah-muntah, cirit-birit cuma sebab bilangan platlet tu kurang that's why kena buat blood test banyak kali. just nak pantau tahap kesihatan je, takut kalau ada benda lain pulak. even, platlet kurang pun, tp takdelah kurang sgt. so, xde pape pun sbnrnya.

cuma dr kat klinik XYZ tu je yg ckp mak suspect dengue. mak pun dah leh senyum sket. baru nampak ceria balik. pastu kitorg semua terus berdesup ke Sate Kajang. hehehehe.



tuk semua, amalkanlah minum air banyak setiap hari!! tak susah pun.

note:
  • dengue = denggi
  • dengue dapat dicegah dengan meminum air yang banyak (if warded, dr akan masuk air je. xde ubat lain dah)
  • kalau xde dengue pun, make sure minum air banyak setiap hari.

Wednesday, September 29, 2010

Pergi..

begitu pantas beliau meninggalkan kami semua. tidak sangka syawal yang lalu merupakan kali terakhir kami bersamanya. walaupun riak wajahnya cuba menunjukkan muka kegembiraan, namun jauh di lubuk hati saya terdetik mengapa Mak Long tidak seceria selalu, dlm hati berfikir "oh mungkin kerana anaknya beraya di Ampang, mungkin sebab tu la mak Long tak berapa happy mcm selalu." kami ttp berbual seperti biasa, bergurau spt selalu. Mak long sepanjang hayatnya beliau merupakan seorang yang ceria, wajahnya sentiasa mengukir senyuman, keramahannya menyebabkan dirinya sentiasa disenangi. Mulutnya sentiasa mengeluarkan kata-kata nasihat buat kami anak-anak buahnya, sentiasa berpesan supaya jangan tinggalkan solat, belajar setinggi yang boleh. Kata-kata perangsang darinya sentiasa tersemat di hati kami tiga beradik. Dari kami kecik hinggalah sekarang Mak Long tidak putus-putus memberi nasihat yang berguna. beliau seorang yang pemurah, sentiasa memberi sumbangan tiap-tiap kali kami berjaya melanjutkan pelajaran. bila tiba hari raya jangan cakapla, duit raya drpd beliau sentiasa mencatatkan jumlah tertinggi berbanding yg lain. alhamdulillah. Kami beruntung kerana adanya beliau. 

Selepas ni, saya tidak akan lagi mendengar panggilan drpd beliau. Beliau the one and only person yang call my name "anne". "anne, buat apa skrg ni???", "anne, dah makan belum?", "anne, dah ada boyfriend ke?" terngiang-ngiang rasanya suara Mak long di gegendang telinga saya ni. Rasanya saya mungkin bertuah kerana dapat mengiringi beliau ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah baru-baru ni. Baru sangat rasanya kami bersama-sama, makan sama, ke masjid bersama, tidur bersama, sepanjang berada di sana banyak kisah-kisah keluarga yang Mak Long cerita, banyak pengalaman beliau yang dikongsi, banyak nasihat beliau curahkan. Kadang-kadang tak tertahan-tahan perut bila dgr cerita kelakar beliau. hik3x. Mak Long mmg seorang yang ceria, sebab tu la ramai org tidak sangka yang beliau sudah berumur 71thn padahal kebanyakan org menganggap Mak Long dalam lingkungan awal 60-an. 

kenangan manis bersama beliau

Kini, beliau tiada lagi. kami redha atas pemergiannya. Cuma beliau pergi terlalu pantas. Mak Long jatuh dari bilik air menyebabkan terdapat 6 blood clot di kepalanya. Ya Allah, saya dapat bayangkan betapa sakitnya Mak long ketika itu. Pada pagi kejadian, beliau bersiap-siap mandi untuk balik ke KL (Mak Long tinggal di Batu Gajah, Perak bersama anaknya Kak Ida). Sejurus menerima panggilan dr Kak Long Watie, kami terus ke Hospital Batu Gajah untuk melihat keadaan Mak Long. Akibat terlalu kritikal, maka beliau terus dirujuk ke Hospital Ipoh. Namun, doctor pakar yang merawatnya masih tidak dapat berbuat apa2. Kecederaan di kepala beliau begitu serius sehinggakan sebarang pembedahan tidak dapat dilakukan. Sewaktu sampai, saya terus ke Zon Kritikal, ICU untuk melihat mak Long. Air mata memang tidak dapat ditampung-tampung lagi. berjujuran sedih, sayu melihat keadaannya dengan alat bantuan pernafasan. Namun, wajahnya sangat tenang seolah-olah beliau sedang tidur lena tanpa berasa sebarang kesakitan. Kami sekeluarga berusaha untuk memindahkan Mak long ke Ampang Puteri, namun doctor seolah-olah tahu yang beliau sudah tidak mempunyai masa yang lama dan pihak hospital tidak membenarkan memandangkan beliau terlalu kritikal. Kami terus berdoa dan berdoa, namun Allah lebih menyayanginya. Petang Ahad sekitar 5.50pm, mak long menghembuskan nafas terakhirnya di samping Abg Iju (sepupu). Mungkin ini jalan yang lebih baik buat beliau. 

rupanya ada maksud yang mendalam yang tersirat di situ. Hajat beliau ingin balik ke KL telah pun terlaksana, kini beliau telah bersemadi selamanya di Kampung kami di Bt 9 Cheras. Semoga Mak Long tenang di sana. InsyaALLAH, kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Mak Long. 

Sunday, September 26, 2010

redha

dari Allah kita datang, dan kepadaNya kita kembali...

Mak Long meninggal dunia ptg tadi dalam pukul 5.50pm.

Bertahan ye Mak Long...

dear my lovely readers, assalamualaikum..

Please pray for kesejahteraan mak long saya. She was state unconsiousness and has been on the ventilator till now. Bertahan ye Mak Long. We all love you very very much.

Sunday, September 19, 2010

Muaz 1 tahun

hari ni 19.09.10 genap muaz setahun. yeaaa. besar suda. makin manja. teeheee. baru sorang boleh la ko nak manja2 eh. acu pun rajin gak la nk melayan. kikiki. 

memandangkan muaz dah setahun, so adala kami buat celebration sket. tp untuk kami2 ahli keluarga je la. just a simple majlis. ada kek sebijik, pizza sket ngn air minum. boleh la kan. demi muaz, sumenya boley..birthday acu pun xde sesape nak sambut gini. tsk tsk tsk :(

the foods...tp muaz tak mkn pun..kikiki

birthday boy - muhammad muaz 19.09.09

kami penyeri majlis..teeeheeee

yeaaa.. selamat sudah birthday party muaz. act, kami celebrate awal sehari. sokay la kan. muaz pun nak balik putrajaya petang tu. best giler muaz beraya seminggu bersama acu. kesah raya tak update-update lg. nnt la yek. besok dah isnin, hmmm.. back to normal, angah pun nk balik pilah jap g. huhu. tinggal la kami bertiga seperti sediakala. isk isk isk. takpela. pasni nak siapkan mane-mane yang patut, nk polish mane-mane yang perlu. HAPPY BIRTHDAY MUAZZZ!!! jd anak yang soleh k ;)) love u lotssssss

Monday, August 16, 2010

Happy Birthday Mak

Dedicated to my beloved mother :))

Happy 60th birthday MAK
We all love you very much!!!
Thx for everything..
Moga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..





Apa yang menarik psl mak saya..
  • mak saya garang..hik hik..ya betul..
  • mak saya pandai masak..psl tu sy kusss semangat..
  • mak saya cantik mcm heroin filem hindustan..sebab tu la saya pun menawan
  • mak saya suka shopping..maka diturunkan juga pd saya.
  • mak saya rajin..like mother like daughter..
  • mak saya suka berkemas..sy pun..
  • mak saya suka berjalan...psl tu la kaki sy berotot..
  • mak saya sume la, mcm-mcm la
  • mak saya mak yang terbaik di dunia!!
  • tiada galang gantinya..

Thursday, August 12, 2010

Dua hari sebelum Ramadhan

sebelum Ramadhan menjelang haruslah ada aktiviti makan-makan bersama keluarga. destinasi pilihan Sate Samuri Kajang. terletak lebih kurang 15 minit dari rumah, xjauh pun kan. After Maghrib, terus pergi. Kenapa pilih Sate Kajang?? sebab nya dah lama mak ajak nk mkn sate, so by the time angah ada kat rumah, so wajib la pegi. satu perkara yang saya sangat respect kat my parents adalah if diorang nak makan sedap-sedap, maka harus dan wajib la kesemua anak-anak kesayangan mereka ada except yg dah kahwin la. yang tu dah ada keluarga sendiri, susah la pulak kan. Unless, kalau nak buat makan-makan tu mestila semua anak-beranak ada. 



Tak ramai org pun waktu kami sampai, lgpun weekdays kan, so tak de sesak sangatla mcm weekend. Sate pun cepat sampai. saya 7 cucuk je, surrender. hehehehe. mak 5, angah 10 fuuyoooo, abah 10 gak. hehehhe. Bagi saya, sate Kajang ni biasa2 je, cuma yang sedap kuah dia je la. yg lain, sama je mcm sate-sate jual kat tempat lain. Anda rasa bagaimana?

Monday, June 21, 2010

happy father's day

hye semua,

hari ni aku just nk wish selamat hari bapa buat ayahanda tersayang Muhammad Hashim bin Abu. adik doakan agar abah dikurniakan kesihatan yg baik, umur yg panjang, serta sejahtera dan selamat di dunia dan di akhirat. thanks for everything.


selagi ada, selagi terdaya, akan ku jaga sampai bila2..insyaALLAH..

HAPPY FATHER'S DAY ABAH