Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Monday, August 29, 2011

just let your heart melt out of love for Him

salam a'laikum.

ehem.. ehem...

ini surat <3 mereka. kita punya mana??!!!

ini; ayat-ayat cinta buat Tuhan. =,)

Pecinta Allah: Man Bai
[Kau Ilhamku]

Beribu bintang dil angit kini menghilang. Meraba aku dalam kelam. Rembulan mengambang kini makin suram. Pudar ilhamku tanpa arah. Sedetik wajah-Mu muncul dalam diam, ada kerdipan ada sinar. Itukah bintang atau rembulan? Terima kasih kuucapkan.
 
Pecinta Allah: irfan Makki 
[I Believe]

When you’re searching for the light and you see no hope in sight, be sure and have no doubt. He’s always close to you. He’s the one who knows you best. He knows what’s in your heart. You’ll find your peace at last. If you just have faith in Him.

Pecinta Allah: Sami Yusuf
[You Came to Me]

You came to me in that hour of need. When I was so lost, so lonely. You came to me took my breath away... showed me the right way, the way to lead. You are my One True love. Taught me to never judge. Now all I want is to be with You.

Pecinta Allah: Zain Bikha
[Allah Knows]

When you feel all alone in this world and there’s nobody to count your tears, just remember no matter where you are... Allah knows. Every grain of sand in every desert land, He knows. Every shade of palm, every closed hand, He knows. Every sparkling tear on every eyelash, He knows. Every thought I have and every word I share, He knows. Allah knows.

Pecinta Allah: Nazrey Johani
[Mengemis kasih]

Tuhan dosaku menggunung tinggi tapi rahmat-Mu melangit luas. Harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi. Tuhan walau taubat sering ku mungkir... namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi. Bila selangkah ku rapat pada-Mu...seribu langkah Kau rapat padaku. Ya Allah… 

Pecinta Allah: al-habib
[Talib al-habib]

and stand before allah like nothing else exists, and worship him like you are seen. yet when you master all of this, forget not your neediness. were it not for allah's grace, none of this can be achieved. so be humble as the lonley earth, that all creatures walk up on. be the slave of the most merciful, take your light from al habib. so shine your mercy like the sun, send your light across the earth. let your kindness flow like rivers, quench the thirst of all who come. and let mountain strong your spirit be, let your heart melt out of love for Him. take the road that leads to Him, may you be with al-habib.

Pecinta Allah: Dai'e Nada
[Sejuta Harapan]

Tanpa rahmat ampun-Mu, tanpa kasih sayang-Mu... hampa terasa hidupku. Ya Allah, terangilah gelap hitam hatiku. Ya Allah, sucikanlah hati ikhlas untuk-Mu.

Pecinta Allah: Mestica
[Rahamt Ujian]

Segala takdir terimalah dengan hati yang terbuka. Walau terseksa ada hikmahnya. Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan. Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi segala ujian diberi. Maka bersyukurlah selalu... =) 

***************************************

kita selalu lupa kan? yang kita pernah jatuh cinta dengan Allah. kita pernah jatuh cinta dengan Muhammad s.a.w. [sila ingat semula detik-detik perkenalan masing-masing dengan Allah, walaupun detik itu tiba pada usia 18 tahun... =,( ]. sebab kita tak betul-betul kenal siapa Allah dan Rasul-Nya itu. dan perasaan superb awesome itu... perlu selalu direfreshkan. jangan nak perasa superpower lah boleh maintain sayang itu kalau tak buat apa-apa untuk memperteguhkan perasaan mahal itu. sebab apabila perasaan itu hilang, baru kita akan mula mencari-cari. dah jumpa!!! pastu, hilang balik. jumpa! hilang... and everything berulang-ulang kembali. ish. stress tahu tak?!

hurm... saya kira, sudah lama juga saya "duduk-relex-bestbest" dan suka sangat "lepak-tak-sedar-diri". sebab itu, perasaan cinta itu datang dan pergi. tak mahu stay, duduk diam-diam. setelah di'sepak' kuat-kuat beberapa hari yang lalu, dan memikirkan di mana silap diri ini... saya faham sudaaaahhh [senyum sampai telinga =) ]... saya perlu mula "BERLARI"! 

selama ini perasan dah lari laju gilerz, padahal... aish... rupanya saya hanya "berjalan-jalan" ala-ala bersiar-siar tepi pantai portdickson. diri ini bakal meneruskan kerja di sana. kau jangan main-main lagi lah, keberkatan!!! mohon doakan kesuperpoweran kami semua dan agar cinta ini terus segar bugar menjadi penerang jalan ke arah pertemuan dengan-Nya, suatu hari nanti. insha-allah.

pssstt.. pssstt... ramadhan ini seronok. kenapa? 3 words. Allah-kan-ada. ^_^

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Monday, August 22, 2011

apa baginda akan buat jika...

salam a'laikum.

penat kan?

Lokasi: Stesen KTM Serdang
Masa: 8.15 pagi [tatkala ramai gilerz manusia sedang menanti ktm yang lambat, siput laju lagi!]

pagi itu, ayahanda terhensem di dunia telah menjadi sungguh baik hati kerana bersetuju untuk menghantar saya ke stesen ktm serdang. alhamdulillah. perancangan asal ingin tiba di sana sebelum jam 7.30 pagi, bagi mengelakkan kesesakan nafas kerana macam sardin-basi di dalam tren tersebut akibat kerakusan manusia menyumbat-nyumbat diri ke dalam koc walaupun sudah super padat. apakah kamu tak faham tren ni tak muat daaaaaaaaaahhh?? [ok, emo. stop.] akan tetapi, atas izin allah juga, saya tiba jam 8.00 pagi.

YA ALLAH, baru pukul LAPAN, dah ramai gilerz orang kaaa?? [oh, lupa. itu hari khamis. hari bekerja. sila ketuk kepala sekarang.]

dalam kalangan selautan manusia tersebut, ada seorang wanita mungkin baru sahaja berkahwin beberapa bulan yang lalu [sukatihakuje] sedang berdiri menunggu tren sambil bersandar pada sebatang tiang. apa yang menyepak-nyepak hati dan perasaan saya ialah, wanita tersebut [mungkin boleh panggil kakak kot], ok... kakak tersebut sedang sarat mengandung.

yes, ooemjeee!! kakak mengangung berdiri, kakak-kakak super model dan brader-brader gagah perkasa tak mengandung duduk dengan selesanya di atas kerusi yang tersedia. saya macam, apakah kakak super model dan brader gagah perkasa itu tidak nampak kakak yang bakal jadi mommy itu?

eh, husnuzhon... mungkin... kakak mengandung itu halimunan, sebab itu kakak super model dan brader gagah perkasa itu tidak nampak kesusahannya dan kesengsaraannya bertahan berdiri untuk masa yang lama. [yo bro! ktm lambat kotttt!!! tak punctual! ok jangan emo sangat.]

saya melihat, hanya melihat. tiba-tiba teringat pada satu rancangan tv di TV al-Hijrah, "Lau Kana Bainana" [Seandainya Baginda Bersama-sama Kita]. terdetik di hati, kalau nabi ada lagi hari ini kat ktm serdang ini, mesti baginda dengan cool lagi macho meminta kakak super model ataupun brader gagah perkasa untuk memberi tempat duduk mereka kepada kakak mengandung itu. jam kini menunjukkan 8.30 am. [mana tren???!!!!]

oleh itu, saya pun mendekati kakak super model itu dan bercakap dengan sopansantun, "assalamualaikum, cik. boleh tak bagi kakak mengandung tu duduk. kesian dia saya tengok. dari tadi dia berdiri. terima kasih ye cik."

maka, kakak mengandung itu pun duduk dengan gembira. bibirnya kini mengukir senyuman. [seronok ye akak, dapat tempat duduk? hehehe...]

hampir jam 8.45 pagi, tren pertama tiba. setengah jam menunggu, sudah pasti jumlah manusia di stesen itu semakin membuak-buak!!! apakah bakal nasib kakak mengandung itu?

kakak tersebut berada di bahagian belakang sekali, mungkin takut untuk berpusu-pusu di hadapan pintu ktm. risau akan keselamatannya dan kandungannya. sekali lagi saya teringat, apa nabi akan buat kalau baginda nampak apa yang saya nampak??? komfem baginda akan tolong kakak itu.

maka dengan itu, saya mengambil risiko menjadi superhero kakak mengandung itu. "Erm... saya rasa elok kita beri laluan kepada kakak yang mengandung ini untuk masuk dahulu." suara saya begitu cute untuk didengari. oleh itu, saya menggunakan suara ala-ala ramli sarip. "excuse me, kat belakang ni ada wanita SARAT mengandung, boleh bagi laluan tak?!!! please and tengkiu." alhamdulillah, laluan diberikan dan wanita tersebut selamat mendapat tempat di dalam tren itu. 

kemudian, saya ternampak seorang manusia chromosome XY di dalam koc wanita. kamu bayangkan, dah la koc tu sesak, tambah dengan lelaki pula! pakah pakcik itu tak nampak sticker kaler pink pada pintu masuk koc itu ataupun sticker itu tiba-tiba menjadi colourless di saat pakcik itu mengambil keputusan untuk melangkah masuk ke dalam koc yang TRANGtangtang sarat dengan wanita bekerjaya, kakak pekerja Guardian, nenek tua dan cucunya, serta makcik yang suka bercakap telefon kuat-kuat dalam koc macam-nak-cakap-dengan-semua-orang-dalam-koc-itu.

dalam hati berkata, "pakcik maafkan saya ya." maka, saya terus berkata-kata dengan hebat dan super tak tahu malu walaupun dalam hati begitu berdebar-debar, "Uncle, ini koc wanita sahaja uncle." pakcik itu seperti ada masalah pendengaran mungkin. mungkin dia bekerja di kuari. tak pe, cuba sekali lagi dengan senyuman dan mata yang bersinar-sinar. "excuse me uncle, ini koc wanita sahaja [sambil jari menekan-nekan sticker pink itu]."

kemudian saya....

tiba-tiba saya tersedar dari lamunan, staff ktm yang bertugas membuat pengumuman bahawa tren akan tiba dalam masa 10 minit lagi. rupanya itu semua angan-angan dan harapan saya sahaja.

rupa-rupanya, kak mengandung itu masih berdiri. kakak super model itu masih duduk di bangku kerusi. brader gagah perkasa itu masih merokok. tren ktm itu masih belum tiba. jam itu sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi.

lama betul kakak mengandung itu berdiri. kenapa tak ada sesiapa kisah? kenapa saya tak bertindak? aduh~~  itu persoalan yang sampai ke hari ini berada dalam otak saya.

instead of berjumpa dengan kakak super model itu meminta berikan tempat kepada kakak mengandung itu, saya telah memilih untuk melihat dari jauh dan berdoa agar kakak mengandung itu tabah dan terus kuat.

instead of meminta orang ramai memberi laluan kepada kakak mengandung itu untuk menaiki ktm, saya telah memilih untuk melihat dari belakang dan berdoa agar allah menyelamatkan kakak mengandung itu dari segala musibah. 

instead of menegur pakcik takfahamstickerpink itu, saya memilih untuk melihat dari luar pintu masuk dan berdoa agar pakcik itu punya kesedaran diri bahawa dia bukanlah wanita. mungkin personality disorder. semoga pakcik sembuh cepat.

sepulun minit kemudian, tren ktm sudah tiba. tren sudah penuh. kakak mengandung itu terpaksa menunggu tren yang seterusnya, yang mana mungkin akan tiba dalam masa 20 ke 30 minit lagi. saya pun sama. [padan muka kamu, keberkatan!].

Ya Allah, saya bukan bisu untuk tidak berkata-kata. saya bukan tak ada tali pinggang hitam untuk tidak menjadi gagah menegakkan keadilan dan membela mereka yang lemah. saya bukan kejam untuk tidak berasa simpati. saya bukan kurang bijak untuk tidak membuat keputusan yang betul. tapi kenapa saya memilih untuk berpeluk tubuh. nabi tak akan buat macam ini!!!

kemungkaran dan kezaliman saya cegah dengan hati saja? sungguh tidak hensem!

kakak yang bakal jadi mommy, kalau kamu sedang membaca ini [possible kah? ya Allah, tolong bagi kakak itu baca. please...] saya mohon maaf kerana bersikap pengecut untuk membela hak kakak. sampai ke hari ini saya menyesal. mula-mula saya menyalahkan fizikal saya yang kurang tinggi ini berbanding kakak super model dan brader gagah perkasa itu untuk tidak membela kakak, kerana saya super fobia dengan orang tinggi. AH! ITU ALASAN. fobia itu penipu! semoga anak kakak itu, akan menjadi seorang pejuang agama allah yang akan membela nasib golongan yang patut dibela. maaf kakak.

adik, nanti sila jadi superhero tau! takmolah ladi superzero. hampes!

ya Tuhan, pertemukanlah aku lagi dengan kakak itu, agar aku boleh memohon maaf daripadanya.

kamu, sila jangan jadi loser macam saya. ini reminder terhebat. kalau nampak apa-apa yang TAK BETUL di sekeliling kamu, sila lah berfikir "apa Nabi akan buat?" dan sila tolong bertindak.

kalau lah Nabi muhammad nampak apa yang saya TAK BUAT hari itu, apa baginda akan cakap kepada saya ya? [wuuuuuu... sedihnyaaaaaaaaa!!!! mesti baginda keciwa, tapi kekal cool]

apabila membaut refleksi diri [muhasabah], mengapa Allah tidak menggerakkan hati saya untuk membuat semua angan-angan itu? ha! sebab Allah nak saya rasa betul-betul betap ruginya saya tidak berbuat demikian. wakeceksamalu, memang rugi!!! dah la bulan puasa, tak buat kebaikan pula tu. rugi rugi rugi... [sila menangis sepower air terjun Niagara sekarang] .

p/s: jangan meratapi keadaan iman yang sedang futur, jangan melayan sekiranya cinta hakiki itu hilang sebentar. tetapi berdiri gagahperkasa dan terus berlari mengejar redha ilahi. kerana itu ujian sebentar. diri ini, hati ini, cinta ini, masih belum sembuh sepenuhnya, tapi saya tak akan mengalah! insha-allah. seronok dapat menulis. tengkiu Allah. ^_^ saya ada surat cinta untuk Allah, kamu tak nak buat surat cinta juga? ^_^ [hati bunga-bunga]

bayangkan betapa besarnya surat cinta saya?! [angkat kening sebelah] hehehe....

KH Rahmat Abdullah berkata
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

sedetik "wajah-Mu" muncul dalam diam
ada kerdipan ada sinar
itukah bintang ataupun rembulan
Alhamdulillah kuucapkan.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Wednesday, August 10, 2011

budak kecik tak nak pergi terawih.

salam a'laikum.

sudah beberapa hari, Yusrina, kembar Yusri tidak ke masjid untuk solat isya' dan terawih berjemaah. 

"asal Yusrina dah tak gi terawih?" soal Addy dengan nada yang alahai penyayang.

"Imam tu baca panjang sangat la, akak. orang tahan je masa berdiri tu. tahan marah kat tok imam," gomel Yusrina sambil melipat sejadah yang bertebaran di atas lantai.

"Ye ke?" balas Addy sambil mencari-cari idea yang super nova untuk betulkan keadaan yang kurang seronok itu. [sebab pergi masjid ramai-ramai dengan adik-beradik seronok kan?!]

"pastu, panas la..." tambah Yusrina mengemphasizekan ketidakseronokannya ke masjid yang kaya dengan kipas dinding tetapi masih belum kaya untuk menanggung kos pendingin hawa.


Addy masih berhempas pulas berfikir. tegang urat otak nak cari idea. [haha, ini over!]

akhirnya...

"Yusrina, tahu tak kat ahirat nanti... matahari tu sejengkal dari kepala kita?" Addy memulakan jarumnya.

"tahu! cikgu sains orang ada pernah cakap. eee.. panas kan nanti! mesti berpeluh-peluh gile!" 

"ha! betul... segala mak nenek peluh akan keluar. sampaikan kita akan lemas dalam peluh kita sendiri. ala.. macam Yusrina pernah nak lemas masa swimming pool hotel tu," Addy cuba mengimbau tragedi super-dahsat itu.

"yeke? orang tak nak lemas lagi! tak best! tak best!

"ha! sahabat akak cakap... siapa-siapa yang banyak sangat berpeluh kat dunia ni sebab dia buat baik, beribadat kat Allah... nanti kat akhirat nanti peluh dia keluar sikit je. sebab dah keluar banyak masa kat dunia ni. so, tak lemas la!" Addy memetik kata-kata sahabatnya yang kini berada di kedah.

"eh, tipu lah. tak nak percaya!" balas Yusrina dan terus berlalu ke bilik.

dua hari kemudian.

di meja makan, sengaja Yusrina mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Addy.

dengan nada yang comel serta perlahan-gile-sebab-tak-nak-mommy-dan-daddy-dengar Yusrina membisik di telinga Addy. [duh~~ bisik kat meja makan, obvious kot!]

"akak, hari ni ni akak tak yah pergi masjid boleh? orang nak solat terawih tapi orang tak nak solat kat masjid. akak jadi imam orang boleh?"

Addy senyum sinis sambil mengangkat sebelah kening.

"tapi akak. baca surah pendek-pendek tau. macam kita dah bincang semalam. start dengan surah paling last kat dalam quran tu. ingat tau!" penekanan diberi.

Addy memberi signal thumbs up.

mereka sekeluarga menjamah juadah berbuka dengan penuh seronok serta bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan. dan si kakak yang sedang berbunga-bunga dengan kesyukuran kepada Allah kerana membuka hati adiknya, senyum dan rasa macam nak menangis terharu-biru. tapi, maintain.. control hemsem di meja makan ya! 

Ya Allah, aku nak masuk syurga. Please.


Rasulullah bersabda bermaksud: “Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu imam yang adil; pemuda yang selalu beribadat kepada Allah; orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid; dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; seorang lelaki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah."; lelaki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya serta seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah
(berzikir) di tempat yang sunyi sehingga mengalirkan air mata." (Hadis riwayat Bukhari).

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Friday, August 5, 2011

oh ini hati, bermasalah lagi?

salam a'laikum.

kita manusia tak pernah berjaya dengan cemerlang untuk menjaga hati kita sebaik-baiknya kan? ada sahaja masalah-yang-tidak-diundang akan menjadi penjajah-tak-bertauliah. hati kita akan jadi macam mereng+sakit+senget untuk suatu ketika. ada sahaja "suatu ketika" itu ambil masa dua jam, mungkin 5 minit. tapi ada juga sampai berhari-hari, minggu-minggu, bulan-bulan, dan BERTAHUN-TAHUN. huish.. masalah betul!

bila kita rasa hati ini dah suci berseri serta bebas dari jangkitan kuman, kita berkata kepada diri sendiri.

"huh~~ Hati, sila jangan ulangi kesilapan yang sama. kesilapan itu sesungguhnya sangat tidak membahagiakan saya dan kamu."

tapi.. kenapa lama kelamaan.... kita akan ulang juga kesilapan itu. stress betul!

hasad dengki... 
"waaa.... dia ada beg merah baru... ai pon nak satu jugak!"

tak puas hati...
"alaa... dia dapat offer dari uni tu sebab ada orang dalam la tuuu..."

khianat... 
"siapla kau... nanti aku bakar rumah kau sebab tak bagi aku pinjam pembaris kau tadi."

riak... 
"oh, biasalah... aku kan pandai lagi bijaksana sebab tu aku tahu 1+1 = 2. duh~~ "

sombong... 
"erh, kau ni siapa? do ai know yu?" [padahal itulah satu-satunya kawan yang nak kongsi lunch masa sekolah rendah dulu-dulu]

putus asa... 
"inilah nasib badan... nak buat macam mana lagi... aku dah malas nak usaha lagi. buat penat je!"

dan macam-macam lagi.

jadinya, macam mana perkara sebegini-kurang-bertamadun boleh berlaku?

hurm... tatkala hati ini tidak  diisi dengan cinta dan rindu serta peringatan tentang cinta teragung kita iaitu, Allah... maka syaitan akan datang berlepak dan berkelah serta beriadah sesuka jiwa raganya di hati kita.

bila kita dah terlupakan Allah, mula lah kita rasa dunia ini tak adil. kita akan mempersoalkan kenapa orang itu dapat macam itu, kita tak dapat pon.

bila kita dah mengkaburkan hati kita dengan cinta dunia, mula lah kita nak komplen pasal ketidaksempurnaan diri ini. "why hidung ai ni tak mancung macam hrithik roshan hah?"

semua perkara ini terlahir secara sengaja mahupun tidak atas sebab kita sudah mula melupakan siapakah Tuhan kita.

yang mana satu kita ya?

cuba tengok gambar ini.

kalau gelas itu kosong, tak ada air, udara akan mengisi gelas itu. betulkan? samalah dengan hati kita. kalau hati ini tidak dipenuhkan dengan Allah, maka hati itu akan dipenuhi dengan panahan-panahan syaitan. kalau hati kita separuh penuh sahaja dengan Allah, maka separuh lagi akan dipenuhi oleh syaitan, lah!

selalunya, masalah ketiadaan Allah dalam hati ini timbul apabila kita ada banyak masa yang berlopong-lopong. maka dengan itu, masa tersebut tidak digunakan dengan super saiya untuk kembali kepada Allah. malah, masa tersebut dikhianati oleh kita dengan dibuang begitu sahaja... berangan nak jadi kaya [tapi tak berusaha pun], fikir pasal kemewahan dan kebahagiaan orang lain, sibuk stalk facebook orang [last-last dia yang frust menonggeng sebab orang buat profile private].

"Wasting time is worse than death, because death separates you from this world whereas wasting time separates you from Allah."- Ibn al Qayyim
 padahal, banyak saja benda lain yang boleh dibuat. baca quran beserta maknanya, pergi lawat orang sakit, bagi kucing kat belakang rumah makan, tengok awan berkepul-kepul sambil nyanyi puji-pujian kepada Allah, khatamkan buku-buku fikrah yang dah dibeli tapi masih clean and clear, dengar nasyid [tapi please bukan nasyid pasal cinta manusia ya. stress saya dengar nasyid macam itu, cinta islamik la konon. sorry okay! there is only satu cinta sejati iaitu cinta Allah! and all others cinta come from Him], mathurat baca 3x [bukan senang nak dapat baca 3x kat KMB tu kan?], nyanyi asmaulhusna sambil buat kek cokolat, dan macam-macam lagi.

pokoknya, sila buat apa-apa sahaja yang kita mampu untuk memadatkan hati kita ini dengan kalimah Allah, dengan cinta Allah. hurm... Allah memang dah lama cintakan kita. Dia Maha Pengasih Maha Penyayang kan. ar-Rahman ar-Raheem. kita ni saja yang tak sedar-sedar diri... belum tibakah masanya untuk kita cintai Allah sepertimana Dia cintakan kita?

prevention is better than cure. sila lah prevent hati kita daripada sakit. bila dah jatuh sakit, memerlukan effort yang super untuk sembuhkan dengan izin Allah... jagalah hati jangan kau kotori. 

satu perkongsian, kadang-kadang kita rasa hati kita ini dah busuk hitam buruk sangat... sampai kita rasa malu nak kembali kepada Allah. saya faham. hati ini juga sangat susah untuk dijaga. perasaan begitu juga selalu menghantui saya. tapi insha-allah selagi mana nyawa masih dikandung badan, pintu taubat masih terbuka luas. diri ini sendiri masih berusaha untuk membersihkan hati yang sudah sekian lama terjatuh dalam lumpur yang busuk dan kutus. 

bulan ramadhan ini, marilah kita ambil kesempatan atas ketidakhadiran "penghasut hati" untuk berusaha membersihkan hati kita. supaya dalam 11 bulan yang akan datang, hati kita akan kebal dan bebal serta tebal daripada ditembusi oleh bisikan-bisikan halus yang siki-sikit menarik kita ke neraka jahanam. ayuh!

cinta dunia dan kemewahan tak ke mana bro!  cintailah Allah, insha-allah everything will be okay.

segala yang berlaku adalah ujian. masalah hati pun adalah ujian. hasutan syaitan pun adalah ujian. yang penting, kita harus yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Allah itu tak akan menzalimi kita. sebab Dia saaaaaaaaaaaayyyyyyyaaaaaaaaaang kita. [senyum sampai telinga].

terimalah, 


The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Tuesday, August 2, 2011

melangkah dengan penuh semangat. YOSH!!!

salam a'laikum.

adik manis... mahu pergi mana, adik maniiiisss.. [hehehe]

"Akak, mommy kata kite kene jalan kaki gi terawih," Yusri membuat laporan ringkas.

"oh man..." abang Yusri, Ahmad, yang bakal menduduki UPSR tak lama lagi berkata sambil membuat lakaran kat atas pinggan yang berisi sia-sia kuar laksam.

bersiap-siap...

"songkok orang mana?!!!" pengumuman satu rumah dibuat oleh Yusri.

"sapa amek selipar orang!!!" Ahmad pula mempergunakan loudspeaker.

Addy diam, dan diam. lantak korang la. cari sendiri.

"ok, dah jumpe... Jom, lets go to the masjid, akak."

berjalan-jalan...

"Akak, pagi tadi ustazah cakap setiap langkah kita ke masjid kan... dapat pahala," kata Ahmad dengan penuh bangga sambil membulatkan mata serta membuat muka aku-tahu-segalagalanya-mwahahahahah.

"oh yeah?" Addy membalas ala-ala terkejut aku-tak-tahu-apaapa-weyh. 

p/s: well, kalau budak kecik bercakap sesuatu dengan expressi muka seperti Ahmad itu, layan lah, bagi mereka rasa bahagia. well, they are kids.

sambil melihat kaki yang melangkah, "camni eh?! setiap langkah. tet, tet, tet...," Yusri mengambil langkah kecil. sekecil yang dia boleh. semut api pun langkah besar lagi.

"hey, kalau langkah 'besar' tu, bile mananye nak sampai masjid?! cepat siket," gertak Addy.

"akak, orang nak pahala laaaaaa...," balas Ahmad. 

"Please...," sambung Yusri.

"ha, sukati korang lah. asalkan korang sampai masjid tu," Addy mengalah sambil mempercepatkan langkah sepantas flashman. [ini over ok!]

"beres akak! c yu at masjid!" serentak menjawab.

Ahmad dan Yusri berlari-lari anak. tapi langkah mereka masih sekecil tapak tangan tikus. nak pahala la katakan. tapi tak nak kena tinggal juga. gelap... dah la ada pokok pisang. uuuuu~~~  [wahahhaa.. ok ini khurafat ok!]

mencabut selipar crocs dan meletakkannya santek-santek di rak kasut.

"Fuh~~ abang, banyak kot pahala kita!" kata Yusri sambil buat gaya atromen tiga.

"Dah sampai pun. Penat lari?" perli Addy di tepi rak kasut.

"Eh, terkejut ai, akaQ!" konon-kononnya terkejut si Ahmad itu.

"Hebat la korang, pahala berbukit-bukau. bergunung-ganang," kata Addy sambil menepuk-nepuk belakang Ahmad.

senyum bangga berbunga-bunga.

"Biasalah akak... dalam hati ada taman," masih senyum bangga, sampai telinga.

"tapi, ingat pesan mommy. niat tu kena betul. kalau korang niat nak datang masjid ni untuk jumpe kawan-kawan pastu main kejar-kejar buat bising time orang tengah solat, burn la korang punya pahala tadi..." sedikit ceramah sebelum solat untuk adik-adiknya yang super hyperactive.

"Hoh? boleh ke?"

"Boleh la..."

"Abang, kita tak boleh main-main dah. nanti tak dapat masuk syurga," bisik Yusri sambil menyiku-nyiku Ahmad.
"Eh, mana ada.. abang tak main pun, abang solat..." balas Ahmad sambil buat muka kau-diamlah-jangan-nak-kantoikan-aku-depan-akak.

"udah le tu, gi masuk. nanti tunggu akak lepas abih nanti. kite balek sama-sama. jangan korang berani tinggalkan akak! chidori kakashi akak bagi nanti. tak puasa korang esok!" 

"uuuuu.. garangnyerrrr... ok, bye akak!"

sekelip mata, Ahmad dan Yusri hilang dari pandangan.

haish, budak-budak...

*******************************


oh ya! sedikit perkongsian yang cool giler.

[source : http://fajarkurnianto1983.blogspot.com/2011/01/keutamaan-pergi-ke-masjid.html]

Rasulullah bersabda, “Masjid adalah rumah bagi setiap orang yang bertakwa.” (HR Ath-Thabrani dari Abu Darda’)

Masjid adalah rumah Allah (Baitullah) bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh karena itu, orang yang bertakwa mestilah sering-sering datang atau ke masjid. Minimal, lima kali dalam sehari semalam, melaksanakan shalat wajib berjamaah. Rasulullah menyebutkan lebih kurang tujuh keutamaan pergi ke masjid ini.

Pertama, dia menjadi tamu Allah yang akan Dia muliakan. Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang berwudhu di rumahnya dengan baik, lalu dia mendatangi masjid, maka dia adalah tamu Allah, dan kewajiban orang yang dikunjungi untuk memuliakan orang yang mengunjunginya.” (HR Thabrani dari Salman)

Kedua, langkah menuju ke masjid terhitung sebagai sedekah. Rasulullah bersabda, “Setiap ruas dari tubuh manusia wajib dikeluarkan sedekahnya pada setiap hari di mana matahari terbit. Dan, setiap langkah yang dilakukan menuju shalat adalah sedekah.” (HR Muslim dari Abu Hurairah)

Ketiga, pahalanya seperti pahala orang berhaji. Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan telah bersuci untuk mengerjakan shalat wajib (di masjid), maka pahalanya seperti pahala orang yang sedang berhaji dalam keadaan ihram.” (HR Abu Dawud dari Abu Umamah al-Bahili)

Keempat, setiap satu langkah menuju ke masjid terhitung satu kebaikan dan dihapus satu kesalahan (dosa). Rasulullah bersabda, “Barang siapa pergi ke masjid untuk shalat berjamaah, maka satu langkah akan menghapus satu kesalahan, dan satu langkah akan ditulis sebagai kebaikan, baik ketika pergi maupun pulang.” (HR Ahmad dari ‘Amr bin al-‘Ash).

Kelima, Allah menyiapkan tempat singgh di Surga bagi orang yang pergi ke masjid. Rasulullah bersabda, “Barang siapa senantiasa pergi ke masjid, maka Allah akan menyiapkan sebuah tempat singgah baginya di Surga setiap kali ia melakukannya.” (HR Muslim dari Abu Hurairah)

Keenam, pada hari Kiamat kelak, Allah akan menerangi jalan orang yang pergi ke masjid. Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah akan menerangi (jalan) orang yang pergi ke masjid pada kegelapan malam dengan cahaya yang terang benderang pada hari Kiamat.” (HR Thabrani dari Abu Hurairah)

Ketujuh, Allah akan memberi naungan pada hari Kiamat. Rasulullah bersabda, “Ada tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; (di antaranya) seseorang yang hatinya selalu terkait dengan masjid.” (HR Bukhari dari Abu Hurairah). Wallahu a’lam. 


"The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Saturday, July 2, 2011

hang nak pi utagha ka?

salam alaikum.


tiba-tiba rasa nak dengar orang cakap utagha. ha ha ha... semoga umurku masih panjang untuk kembali ke sana. [ok, ini berangan sekejap]

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

"semakin kita ke utara, semakin kita jauh dari selatan."

SAYA faham ayat ini. memang lah. ini dikira opportunity cost. kita tak boleh nak dua-dua. pilih satu antara dua. jangan nak tamak habola.

situasi kita sekarang, penuh pancaroba. dunia fana yang menggoda-goda. menarik-narik untuk berhibur tak kenal erti hamba.

kalau kita semakin dekat dengan jahiliyah, maka semakin jauhlah kita dengan Allah.
kalau kita semakin dekat dengan Allah, maka semakin jauhlah kita dengan jahiliyah.

haa... [sambil angkat kening sebelah], kamu nak yang mana satu?

pagi tadi, sekali lagi saya diberi reminder terhebat dari Allah melalui seorang kakak. kami tadabbur surah al-hadid, 57:16-24. tapi mungkin saya hanya ceritakan ayat 16 dan 17.

"Belum tibakah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka."

belum tibakah lagi masanya? hey, come one la. hidup sudah berapa tahun? nasik dah makan berapa pinggan? baju dah beli berapa kontena? ilmu agama belajar sejak umur tujuh tahun. tak cukup lagi ke?

kejap.. kejap... saya ada banyak kerja la. nanti-nanti boleh? bila-bila saya free,  saya buat la...

oooo... jadi nak tunggu masa free baru nak ingat Allah? nak tunggu jadual tak packed baru nak luangkan masa untuk Allah? ooo... maknanya, nak 'infakkan' masa hampas la kat jalan ini? ish ish ish.... sedikit sunnguh kita bersyukur.

dikatakan oleh Allah bahawa hati menjadi keras itu adalah sunnatullah. dari dulu sampai sekarang memang akan ada manusia yang hatinya menjadi keras. kalau zaman-zaman dulu, ada satu masa yang mana Allah tak mengutuskan seorang pun nabi atau rasul kepada umat manusia. dan jangka masa itu sangat pangjang. maka... ramailah yang keras hatinya kerana tidak ditarbiyah.

dan perkara yang sama berlaku dalam masyarakat kita sekarang bukan? saya juga rasakan perkara yang sama. tatkala diri merasakan serba cukup [istaghna], alaa... bole laaa... cuti ni no hal laa... saya boleh maintain...., maka sedarlah diri bahawa di saat itu kita sedang bertuhankan nafsu.

ada dua perkara yang membuatkan hati kita menjadi keras:
 1. masa yang panjang. yakni jangka masa tanpa tarbiyah.
 2. berubah kehidupan. yakni suasana yang kita sedang hidup dulu dan kini.

tapi... kalau Allah dah bagi signal bahawa hati itu sudah keras... silalah beri perhatian kepada hati itu.
tapi saya malu... saya dah jauh melencong... hati ini dah tak mampu nak bersih balik.

hurm....apa Allah kata pada ayat ke-17?

"Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya."

Dia menekakan di sini bahawa bumi yang dah mati, kering kontang itu... Dia mampu hidupkan balik... inikan pula hati manusia yang dah semakin jauh dari Rabbnya. Allah maha hebat. Dia mampu untuk suburkan kembali hati itu. hanya yang diperlukan ialah usaha hamba-Nya untuk kembali merelakan diri ditarbiyah.

acapkali kita cakap 'tak nak' kepada tarbiyah sebabkan EGO. hang nak tunjuk ego kat sapa? ego itu pembunuh paling kejam. kerana ego itu macam membunuh diri sendiri. berlagak hebat macam diri dia seorang sahaja yang betul, ORANG LAIN SALAH! rendahkan ego kita, hidup lebih bahagia wacakapsamalu!

memang kita akan rasa malu untuk kembali. tapi sanggupkah kita terus menyeksa hati kita? Allah sentiasa menantikan kita mencari-Nya dan memohon ampun dan maaf atas dosa-dosa kita. tidak lupa juga meminta ampun atas saat dan detik kita lalai mengingati-Nya.

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. dalam suatu riwayat yang diceritakannya dari Tuhannya yakni Allah Ta'ala sabdanya:

"Jikalau seseorang hamba itu melakukan sesuatu dosa lalu ia berkata: "Ya Allah, ampunilah dosaku," maka berfirmanlah Allah Tabaraka wa Ta'ala: "HambaKu melakukan sesuatu yang berdosa, lalu ia mengerti bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu." Kemudian apabila hamba itu mengulangi untuk berbuat dosa lagi, lalu ia berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku," maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: "HambaKu melakukan sesuatu yang berdosa lagi, tetapi ia tetap mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab maka karena banyaknya adanya dosa itu." Seterusnya apabila hamba mengulangi dosa lagi lalu berkata: "Ya Tuhanku,ampunilah dosaku," maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: "HambaKu berbuat dosa lagi, tetapi ia mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu. Aku telah mengampuni dosa hambaKu itu, maka hendaklah ia berbuat sekehendak hatinya." (Muttafaq 'alaih)

subhanallah. pintu taubat masih terbuka. =,(

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Tuesday, June 28, 2011

c o m i c

salam a'laikum.

...................-_-........................

anyway,

do you love to read comics? manga?

naruto? detective conan? dan detective school?

yeah, i read those.

but not to the extend where everything else is neglected. no no no... [sikit,sikit sudaaa]

well, i found this awesome cool website for manga-addicts.

you might want to look at it, it makes you laugh and it makes you think, and it makes you realise that you are just His Servant.

this could be a nice one to start with.



but, don't get to indulge with it ok? be moderate. [huh... reminder reminder....]

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...