Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

dan; pencarian itu tidak akan pernah berakhir.

salam alaikum.

bertarung dengan diri sendiri.

ingin meletakkan Dia yang teratas!

di hati ini hanya ingin ada Dia!

ya Tuhan, bimbing aku, please.

''ALLAH mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. dan Dia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan. dan Allah sentiasa mengetahui segala [isi hati] yang terkandung dalam dada.''
[at-taghabuun, 64:4]

apa yang ada dalam hati ini, hanya Dia yang lebih mengetahui. sedangkan saya juga keliru dengan apa yang dirasa. stress pekse mungkin?! argh-itu-alasan-sematamata.

selama ini, pernah merasai perasaan yang sama iaitu perasaan aku-tak-tahu-apa-aku-rasa-sekarang. kosong mungkin? mana mungkin! kalau hati itu kosong, maknanya, tak ada allah! maknanya syaitan akan mengisi!

ya allah, mungkin hati ini sedang takut. takut semakin jauh daripada-Mu.

ingin sekali air mata ini dialirkan.
ingin sekali empangan ini dipecahkan.

tetapi, risau. gusar. air mata itu bukan kerana cinta kan Allah.
khuatir butir-butir air mata itu bukan sepenuhnya kerana rindukan syurga-Nya.
adakah air mata itu bernilai untuk memadamkan api neraka di akhirat kelak?

adakah hati ini benar-benar penuh dengan cinta kepada Allah?
atau sudah mula beralih pada cinta lain. dunia mungkin? [tak nak!!!]

kerana tak mungkin ada dua cinta dalam satu hati!

''Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya;...''
[al-ahzab,33:4]

justeru, saya mengelak daripada membicarakan tentangnya.
bertahan daripada bertanyakan manusia tentangnya.
ingin mencarinya sendiri. ingin merasai semula cinta itu sendiri. walaupun susah. kerana saya yakin, yang susah itulah, kita akan ingat... insha-allah.

sepanjang masa itu, cemburu saya melihat dia yang bicara tentang cinta allah. cemburu saya mendengar kata-kata dia tentang syurga. cemburu! ya! saya jeles! kerana saya mahu rasa itu. saya mahu! saya mahu rasa itu kembali.

sehingga buku ''HATI SEBENING MATA AIR'' oleh Amru Khalid dibaca oleh ahlul bait sebelum solat maghrib ditunaikan.

sehingga seorang hamba 'dikirimkan' untuk menangis di hadapan saya kerana rindukan allah, rindukan syurga.

akhirnya, rela saya biarkan ia mengalir. kerana saya ingin air mata itu betul betul kerana Dia. bukan main-main suka hati nak menangis. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. ya allah, semoga apa yang saya rasa ini adalah benar. benar. benar kerana-Mu.

semua manusia boleh menangis. semua manusia boleh kata dia menangis kerana allah. semua manusia boleh kata dia cinta kan allah. tapi sejauh mana pembuktian?? tidak mahu menjadi golongan yang syok sendiri dalam cinta. katanya, CINTA... cintakan allah... tetapi amal seharian tidak merefleks lansung kata-katanya. 

''katakanlah [muhammad], ''apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? [iaitu] orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya. mereka itu adalah orang yang mengingkari ayat-ayat #tuhan mereka dan [tidak percaya] terhadap pertemuan dengan-Nya. maka sia-sia amal mereka, dan Kami tidak memberikan penimbangan terhadap [amal] mereka pada hari kiamat.''
[al-kahf, 18:103-105]

apa khabar... encik Qiam?
apa cerita... encik Furqan?
lama tak dengar celoteh... encik istighfar.
cik sadaqah... sunyi sepi... hurm...
itulah dia, MUTABAAH AMAL. pernah kita bertanya khabar kepadanya?

doakan saya. doakan kami.
perjuangan tidak akan pernah selesai, sehingga islam itu berada di paling atas. sehingga hak Allah untuk disembah oleh semua hamba itu tertunai! si pejuang ini masih mentah dalam memburu redha dan cinta-Nya. doakan saya. ingin terus bergerak, sehingga kaki ini terhenti di dalam syurga.

T_T

kini, hati ini... rindukan syurga. rindukan Dia. [dan saya yakin dengan kata-kata ini.]
Allah.
please redha dengan saya.
ameen...


The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Monday, August 22, 2011

apa baginda akan buat jika...

salam a'laikum.

penat kan?

Lokasi: Stesen KTM Serdang
Masa: 8.15 pagi [tatkala ramai gilerz manusia sedang menanti ktm yang lambat, siput laju lagi!]

pagi itu, ayahanda terhensem di dunia telah menjadi sungguh baik hati kerana bersetuju untuk menghantar saya ke stesen ktm serdang. alhamdulillah. perancangan asal ingin tiba di sana sebelum jam 7.30 pagi, bagi mengelakkan kesesakan nafas kerana macam sardin-basi di dalam tren tersebut akibat kerakusan manusia menyumbat-nyumbat diri ke dalam koc walaupun sudah super padat. apakah kamu tak faham tren ni tak muat daaaaaaaaaahhh?? [ok, emo. stop.] akan tetapi, atas izin allah juga, saya tiba jam 8.00 pagi.

YA ALLAH, baru pukul LAPAN, dah ramai gilerz orang kaaa?? [oh, lupa. itu hari khamis. hari bekerja. sila ketuk kepala sekarang.]

dalam kalangan selautan manusia tersebut, ada seorang wanita mungkin baru sahaja berkahwin beberapa bulan yang lalu [sukatihakuje] sedang berdiri menunggu tren sambil bersandar pada sebatang tiang. apa yang menyepak-nyepak hati dan perasaan saya ialah, wanita tersebut [mungkin boleh panggil kakak kot], ok... kakak tersebut sedang sarat mengandung.

yes, ooemjeee!! kakak mengangung berdiri, kakak-kakak super model dan brader-brader gagah perkasa tak mengandung duduk dengan selesanya di atas kerusi yang tersedia. saya macam, apakah kakak super model dan brader gagah perkasa itu tidak nampak kakak yang bakal jadi mommy itu?

eh, husnuzhon... mungkin... kakak mengandung itu halimunan, sebab itu kakak super model dan brader gagah perkasa itu tidak nampak kesusahannya dan kesengsaraannya bertahan berdiri untuk masa yang lama. [yo bro! ktm lambat kotttt!!! tak punctual! ok jangan emo sangat.]

saya melihat, hanya melihat. tiba-tiba teringat pada satu rancangan tv di TV al-Hijrah, "Lau Kana Bainana" [Seandainya Baginda Bersama-sama Kita]. terdetik di hati, kalau nabi ada lagi hari ini kat ktm serdang ini, mesti baginda dengan cool lagi macho meminta kakak super model ataupun brader gagah perkasa untuk memberi tempat duduk mereka kepada kakak mengandung itu. jam kini menunjukkan 8.30 am. [mana tren???!!!!]

oleh itu, saya pun mendekati kakak super model itu dan bercakap dengan sopansantun, "assalamualaikum, cik. boleh tak bagi kakak mengandung tu duduk. kesian dia saya tengok. dari tadi dia berdiri. terima kasih ye cik."

maka, kakak mengandung itu pun duduk dengan gembira. bibirnya kini mengukir senyuman. [seronok ye akak, dapat tempat duduk? hehehe...]

hampir jam 8.45 pagi, tren pertama tiba. setengah jam menunggu, sudah pasti jumlah manusia di stesen itu semakin membuak-buak!!! apakah bakal nasib kakak mengandung itu?

kakak tersebut berada di bahagian belakang sekali, mungkin takut untuk berpusu-pusu di hadapan pintu ktm. risau akan keselamatannya dan kandungannya. sekali lagi saya teringat, apa nabi akan buat kalau baginda nampak apa yang saya nampak??? komfem baginda akan tolong kakak itu.

maka dengan itu, saya mengambil risiko menjadi superhero kakak mengandung itu. "Erm... saya rasa elok kita beri laluan kepada kakak yang mengandung ini untuk masuk dahulu." suara saya begitu cute untuk didengari. oleh itu, saya menggunakan suara ala-ala ramli sarip. "excuse me, kat belakang ni ada wanita SARAT mengandung, boleh bagi laluan tak?!!! please and tengkiu." alhamdulillah, laluan diberikan dan wanita tersebut selamat mendapat tempat di dalam tren itu. 

kemudian, saya ternampak seorang manusia chromosome XY di dalam koc wanita. kamu bayangkan, dah la koc tu sesak, tambah dengan lelaki pula! pakah pakcik itu tak nampak sticker kaler pink pada pintu masuk koc itu ataupun sticker itu tiba-tiba menjadi colourless di saat pakcik itu mengambil keputusan untuk melangkah masuk ke dalam koc yang TRANGtangtang sarat dengan wanita bekerjaya, kakak pekerja Guardian, nenek tua dan cucunya, serta makcik yang suka bercakap telefon kuat-kuat dalam koc macam-nak-cakap-dengan-semua-orang-dalam-koc-itu.

dalam hati berkata, "pakcik maafkan saya ya." maka, saya terus berkata-kata dengan hebat dan super tak tahu malu walaupun dalam hati begitu berdebar-debar, "Uncle, ini koc wanita sahaja uncle." pakcik itu seperti ada masalah pendengaran mungkin. mungkin dia bekerja di kuari. tak pe, cuba sekali lagi dengan senyuman dan mata yang bersinar-sinar. "excuse me uncle, ini koc wanita sahaja [sambil jari menekan-nekan sticker pink itu]."

kemudian saya....

tiba-tiba saya tersedar dari lamunan, staff ktm yang bertugas membuat pengumuman bahawa tren akan tiba dalam masa 10 minit lagi. rupanya itu semua angan-angan dan harapan saya sahaja.

rupa-rupanya, kak mengandung itu masih berdiri. kakak super model itu masih duduk di bangku kerusi. brader gagah perkasa itu masih merokok. tren ktm itu masih belum tiba. jam itu sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi.

lama betul kakak mengandung itu berdiri. kenapa tak ada sesiapa kisah? kenapa saya tak bertindak? aduh~~  itu persoalan yang sampai ke hari ini berada dalam otak saya.

instead of berjumpa dengan kakak super model itu meminta berikan tempat kepada kakak mengandung itu, saya telah memilih untuk melihat dari jauh dan berdoa agar kakak mengandung itu tabah dan terus kuat.

instead of meminta orang ramai memberi laluan kepada kakak mengandung itu untuk menaiki ktm, saya telah memilih untuk melihat dari belakang dan berdoa agar allah menyelamatkan kakak mengandung itu dari segala musibah. 

instead of menegur pakcik takfahamstickerpink itu, saya memilih untuk melihat dari luar pintu masuk dan berdoa agar pakcik itu punya kesedaran diri bahawa dia bukanlah wanita. mungkin personality disorder. semoga pakcik sembuh cepat.

sepulun minit kemudian, tren ktm sudah tiba. tren sudah penuh. kakak mengandung itu terpaksa menunggu tren yang seterusnya, yang mana mungkin akan tiba dalam masa 20 ke 30 minit lagi. saya pun sama. [padan muka kamu, keberkatan!].

Ya Allah, saya bukan bisu untuk tidak berkata-kata. saya bukan tak ada tali pinggang hitam untuk tidak menjadi gagah menegakkan keadilan dan membela mereka yang lemah. saya bukan kejam untuk tidak berasa simpati. saya bukan kurang bijak untuk tidak membuat keputusan yang betul. tapi kenapa saya memilih untuk berpeluk tubuh. nabi tak akan buat macam ini!!!

kemungkaran dan kezaliman saya cegah dengan hati saja? sungguh tidak hensem!

kakak yang bakal jadi mommy, kalau kamu sedang membaca ini [possible kah? ya Allah, tolong bagi kakak itu baca. please...] saya mohon maaf kerana bersikap pengecut untuk membela hak kakak. sampai ke hari ini saya menyesal. mula-mula saya menyalahkan fizikal saya yang kurang tinggi ini berbanding kakak super model dan brader gagah perkasa itu untuk tidak membela kakak, kerana saya super fobia dengan orang tinggi. AH! ITU ALASAN. fobia itu penipu! semoga anak kakak itu, akan menjadi seorang pejuang agama allah yang akan membela nasib golongan yang patut dibela. maaf kakak.

adik, nanti sila jadi superhero tau! takmolah ladi superzero. hampes!

ya Tuhan, pertemukanlah aku lagi dengan kakak itu, agar aku boleh memohon maaf daripadanya.

kamu, sila jangan jadi loser macam saya. ini reminder terhebat. kalau nampak apa-apa yang TAK BETUL di sekeliling kamu, sila lah berfikir "apa Nabi akan buat?" dan sila tolong bertindak.

kalau lah Nabi muhammad nampak apa yang saya TAK BUAT hari itu, apa baginda akan cakap kepada saya ya? [wuuuuuu... sedihnyaaaaaaaaa!!!! mesti baginda keciwa, tapi kekal cool]

apabila membaut refleksi diri [muhasabah], mengapa Allah tidak menggerakkan hati saya untuk membuat semua angan-angan itu? ha! sebab Allah nak saya rasa betul-betul betap ruginya saya tidak berbuat demikian. wakeceksamalu, memang rugi!!! dah la bulan puasa, tak buat kebaikan pula tu. rugi rugi rugi... [sila menangis sepower air terjun Niagara sekarang] .

p/s: jangan meratapi keadaan iman yang sedang futur, jangan melayan sekiranya cinta hakiki itu hilang sebentar. tetapi berdiri gagahperkasa dan terus berlari mengejar redha ilahi. kerana itu ujian sebentar. diri ini, hati ini, cinta ini, masih belum sembuh sepenuhnya, tapi saya tak akan mengalah! insha-allah. seronok dapat menulis. tengkiu Allah. ^_^ saya ada surat cinta untuk Allah, kamu tak nak buat surat cinta juga? ^_^ [hati bunga-bunga]

bayangkan betapa besarnya surat cinta saya?! [angkat kening sebelah] hehehe....

KH Rahmat Abdullah berkata
Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

sedetik "wajah-Mu" muncul dalam diam
ada kerdipan ada sinar
itukah bintang ataupun rembulan
Alhamdulillah kuucapkan.
The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Wednesday, August 10, 2011

budak kecik tak nak pergi terawih.

salam a'laikum.

sudah beberapa hari, Yusrina, kembar Yusri tidak ke masjid untuk solat isya' dan terawih berjemaah. 

"asal Yusrina dah tak gi terawih?" soal Addy dengan nada yang alahai penyayang.

"Imam tu baca panjang sangat la, akak. orang tahan je masa berdiri tu. tahan marah kat tok imam," gomel Yusrina sambil melipat sejadah yang bertebaran di atas lantai.

"Ye ke?" balas Addy sambil mencari-cari idea yang super nova untuk betulkan keadaan yang kurang seronok itu. [sebab pergi masjid ramai-ramai dengan adik-beradik seronok kan?!]

"pastu, panas la..." tambah Yusrina mengemphasizekan ketidakseronokannya ke masjid yang kaya dengan kipas dinding tetapi masih belum kaya untuk menanggung kos pendingin hawa.


Addy masih berhempas pulas berfikir. tegang urat otak nak cari idea. [haha, ini over!]

akhirnya...

"Yusrina, tahu tak kat ahirat nanti... matahari tu sejengkal dari kepala kita?" Addy memulakan jarumnya.

"tahu! cikgu sains orang ada pernah cakap. eee.. panas kan nanti! mesti berpeluh-peluh gile!" 

"ha! betul... segala mak nenek peluh akan keluar. sampaikan kita akan lemas dalam peluh kita sendiri. ala.. macam Yusrina pernah nak lemas masa swimming pool hotel tu," Addy cuba mengimbau tragedi super-dahsat itu.

"yeke? orang tak nak lemas lagi! tak best! tak best!

"ha! sahabat akak cakap... siapa-siapa yang banyak sangat berpeluh kat dunia ni sebab dia buat baik, beribadat kat Allah... nanti kat akhirat nanti peluh dia keluar sikit je. sebab dah keluar banyak masa kat dunia ni. so, tak lemas la!" Addy memetik kata-kata sahabatnya yang kini berada di kedah.

"eh, tipu lah. tak nak percaya!" balas Yusrina dan terus berlalu ke bilik.

dua hari kemudian.

di meja makan, sengaja Yusrina mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Addy.

dengan nada yang comel serta perlahan-gile-sebab-tak-nak-mommy-dan-daddy-dengar Yusrina membisik di telinga Addy. [duh~~ bisik kat meja makan, obvious kot!]

"akak, hari ni ni akak tak yah pergi masjid boleh? orang nak solat terawih tapi orang tak nak solat kat masjid. akak jadi imam orang boleh?"

Addy senyum sinis sambil mengangkat sebelah kening.

"tapi akak. baca surah pendek-pendek tau. macam kita dah bincang semalam. start dengan surah paling last kat dalam quran tu. ingat tau!" penekanan diberi.

Addy memberi signal thumbs up.

mereka sekeluarga menjamah juadah berbuka dengan penuh seronok serta bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan. dan si kakak yang sedang berbunga-bunga dengan kesyukuran kepada Allah kerana membuka hati adiknya, senyum dan rasa macam nak menangis terharu-biru. tapi, maintain.. control hemsem di meja makan ya! 

Ya Allah, aku nak masuk syurga. Please.


Rasulullah bersabda bermaksud: “Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu imam yang adil; pemuda yang selalu beribadat kepada Allah; orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid; dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; seorang lelaki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah."; lelaki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya serta seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah
(berzikir) di tempat yang sunyi sehingga mengalirkan air mata." (Hadis riwayat Bukhari).

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Monday, August 8, 2011

anugerah-Nya, yang tiada penghujungnya.

salam a'laikum.
finally, graduated from IB.

alhamdulillah.

sabtu lepas baru sahaja selesai majlis graduasi diploma IB di PICC. mengimbau kembali kenangan lama... fuh~~  tak sangka diri ini mampu bertahan sehingga ke semester 4. kehidupan yang super mencabar di tengah-tengah ladang kepala sawit itu akhirnya menjadi kenangan terindah dalam otak dan hati. bukan lagi mimpi-mimpi ngeri yang menghantui malam hujung minggu dan cuti sekolah yang sarat dengan ketegangan urat otak.

news feed di facebook memang penuh dengan gambar-gambar ceria serta berbahagia sahabat-sahabat dengan jubah graduasi dan jambangan bunga yang ada antaranya mencecah harga 100 hengget malaysia. subhanallah, apa la sangat bunga tu sampai mahal nak pengsan?! saya juga dibelikan, sila beri perhatian ya, DIBELIKAN [saya tak minta ye!!] oleh bonda terchenta kerana kasih sayang yang melimpah ruah terhadap anak yang hemsem ini. [ahaha]. yang mana bunga-bunga tersebut bakal menjadi penanda buku saya.

sedang scroll down news feed yang tak putus-putus dengan gambar-gambar berbahagia itu, saya terberhenti pada status seorang sahabat,

"Graduation day... finally it's worth two years of struggling..."

betul katanya. it is worth it. sejujurnya, saya bukanlah pelajar yang genius lagi berotak cair serta mempunyai kebolehan menjawab soalan secara hebat dan me-le-tops.

oh itu stress buat diri yang pernah lembik ini [waaa// nak kata sekarang dah gagah perkasa laaa]. sedari semester 1 sudah terasa ancaman terhadap kebahagiaan hidup, kamu bayangkan apatah lagi tiga semester yang berikutnya. pernah sampai satu tahap di mana, kalau bukan kerana Allah suruh belajar... tak mungkin saya nak keluar dari bilik hostel itu! subhanallah... tapi, alhamdulillah... saya masih hidup.

erm, pada hari graduasi itu, ada juga penyampaian anugerah buat para pelajar yang cemerlang super hebat yang mendapat point 42 ke atas. [kamu tak perlu tahu macam mana nak kira pointer IB, pening nanti. ^_^]. melihat sahabat-sahabat naik ke pentas menerima anugerah, saya berbangga mempunyai sahabat sebegitu. jujur saya katakan, terdetik juga di hati... rasa cemburu melihat kejayaan mereka kerana saya hanya menjadi pemerhati dari bawah pentas. ahah! sorry to say... saya manusia biasa. [senang nak jeles ok! sekejap je. =P]

tapi, apabila difikirkan semula... siapa kata saya tak dapat anugerah special?! oh, itu tipu! saya dapat laaa. sebelum hari graduasi lagi saya dah dapat. sebelum ambil periksa IB lagi saya dah dapat. oh, macam mana saya boleh terlupa? [sila, ketuk kepala sekarang.] 

anugerah terhebat di alam semesta ialah... anugerah mengenal siapa Allah. ini anugerah paling superb pernah saya dapat. [ceh, macam banyak sangat dapat anugerah]. ya Allah, bagaimana aku boleh terlupa akan nikmat terbesar-Mu ini? sungguh aku ini pelupa dan tidak bersyukur.

Engkau menghantar seseorang yang tidak pernah aku kenal sepanjang hidupku, untuk membimbing aku mengenal-Mu. sememangnya pelik jika tidak dilihat dari kaca mata cinta-Nya. baru berkenalan selama setahun, aku rasakan seperti aku sudah lama mengenalinya. sedikit demi sedikit, ego yang tinggi ini, rebah hancur jatuh ke bumi tatkala dipanah rasa cinta kerana Ilahi. entah apa magic yang digunakan untuk menarik aku mengenal-Mu. Engkau jualah yang membenarkan hatiku yang kosong ini diisi dengan pertemuan-pertemuan yang sarat dengan pengetahuan dan kesedaran tentang betapa baik dan betapa cintanya Engkau itu kepada aku. kenapa aku tidak nampak itu semua sebelum ini?

meskipun hamba yang dititipkan Allah itu, tidak lagi berada hampir dengan saya dan mungkin juga susah untuk bersua muka, sehinggakan rasa rindu untuk duduk sekali dan mendengar kata-katanya tentang Allah terlalu kuat. apakan daya, bukan takdir saya untuk bertemu dengannya di bumi aussie. mungkin mustahil untuk berjumpa kerana perbezaan cuti yang ketara. tapi, kerinduan itu diubati Allah dengan menghantar seseorang dari bumi uk dan berkata,

"walaupun tidak berjumpa, tapi kita punya 'roh' yang SATU."

dua tahun, cukupkah untuk membentuk seorang hamba yang sedar erti kehambaan? hurm... hamba Allah itu berkata lagi,

"Moga terus berlari untuk dakwah ini kerana kita telah jatuh cinta dengan Allah dan Rasul-Nya dan kerana kita telah terlanjur cinta pada jalan ini."

insha-allah. Ya Tuhan, izinkan aku.

akhir kata, meskipun graduasi itu saya tidak pulang dengan apa-apa anugerah special secara zahir dan fizikal... tetapi saya pulang dengan penuh rasa bersyukur kerana saya ada anugerah yang terhebat ini, anugerah tarbiyah. alhamdulillah...

kepada IB survivors, ini bukanlah pengakhiran. perjuangan kita baru sahaja bermula. di medan yang baru. dengan masyarakat yang baru. tapi, ingat... Tuhan kita masih yang Satu.



The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Sunday, July 31, 2011

jangan nak rakus sangat khatamkan quran tu....

salam a'laikum.

oh, anak sapa la niii.... ^_^

selesai solat maghrib berjemaah. seorang adik berusia 10 tahun mengambil al-qurannya di rak buku bersama-sama dengan rehal plastik warna kuning.

sambil membuat isyarat tangan dengan kening yang terangkat sebelah beserta muka ala-ala muka budak-IB-berjaya-mendapat-weekend-yang-kosong-tanpa-sebarang-labreport-yang-perlu-disiapkan.

"hari ni, Yusri nak baca 2 muka surat," katanya dengan penuh semangat proton saga.

Addy hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju. sebelum ini, adiknya hanya bersemangat hangat-hangat  hangus untuk membaca satu muka surat sahaja. itupun terpaksa diingatkan setiap hari.

alhamdulillah... perkara yang sama berulang hari demi hari.

tibalah masa Addy untuk ke suatu tempat yang agak jauh di Ulu Sepri, Negeri Sembilan. satu pre-depature programme buat para pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di luar negara. Kem tersebut memakan masa selama 3 hari. kemudian dia meneruskan perkhemahannya di Ulu Yam, Selangor pula untuk 3 hari lagi. hampir seminggu jugalah dia tidak berada di rumah yang berbahagia itu.

satu kesilapan yang rasa nak hempuk kepala kat tembok besar China, Addy terlupa untuk talipon rumah  [kringgggggg keringggggggg....] bagi mengetahui updates keluarganya. [line tak clear la kat tengah-tengah hutan ulu-ulu tu... -_-' ok, ini alasan!]

6 hari kemudian.

selesai maghrib. Yusri mengambil mushaf al-qurannya.

dengan nada yang super nova berlagak dia berkata,

"sekarang, orang nak baca 5 muka surat!" menayang-nayangkan tapak tangannya.

Addy kagum. alhamdulillah...

tatkala Yusri membuka helaian qurannya,

"what! asal kat muke surat yang sama?!!! kau tak bace ke quran time aku takde kat umah?"

yusri senyum-senyum kambing gurun yang dah tak mandi untuk selama-lamanya.

dalam hati, Addy beristighfar panjang.

esoknya.

"akak, orang nak baca enam muke surat boleh?" Yusri takut-takut buat permintaan tak besalah.

menjeling sambil buat muka tak puas hati untuk tiga saat, dan senyuuuummmmmmmmm.  [gile apa?]

"sodaqallahulazeem.."

"akak, tak de ape2 cerite ke pasal bacaan orang? kan akak selalu terangkan apa yang orang bace..."

".............[diam].............."

"eh akak, berangan keRRRrrrr?" tanya Yusri dengan penuh rasa ingin kena penampar jepun.

"yusri, sebenarnyakan... Allah tak tengok banyak mana kita baca quran dalam setiap hari. Semua orang boleh baca beratus-ratus muke surat, tapi tak semua orang boleh istiqamah baca satu muka surat dalam beratus-ratus hari. biarlah kite bace satu ayat pon, asalkan kita tak tinggalkan amalan kita. nak bonus?!"

yusri menutup quran dan merenung Addy.

"kita fahamkan apa yang Allah cube sampaikan kat kite. kalau bace lime nam page pon, tapi tak faham buat pe."

"abeh tu, ta leh bace banyak-banyak?" soalanYusri menempah maut.

Addy menggigit kain telekungnya menahan marah yang dah nak sampai takat didih.

"relek la bro..." Yusri menyemarakkan lagi semangat Addy untuk menyepaknya keluar dari rumah.

Addy teringat pesan nabi, "La Taghdob", jangan marah. orang yang paling kuat ialah orang yang berjaya dengan flying colours menahan amarahnya.

"oh, saya kuat. saya hemsem. sila tahan marah," katanya dalam hati. "sape kata salah.... tak de pon dosanya baca banyak. kan akak cakap BONUS tadi... nak baca satu quran terus, no problemo. just that, nak bonus pahala... fahamkan laa.. baru lagi seronok, BRO!"

"oo sebab tu, masa orang baca satu muka surat dulu, akak ceritakan maksud ayat-ayat tu. ooo... baru orang perasan. hehehe... bile dah banyak sangat page orang baca, akak tak larat da ek nak cerita panjang-panjang...?" sambil senyum sinis-rasa-macam-nak-kene-rasengan-je.

Addy stress melayan karenah adiknya, terus berlalu pergi selepas bersalaman. namun, dalam hatinya dia berdoa agar Allah memberikan nikmat tarbiyah kepada adiknya itu, sepertimana Allah kurniakan kepadanya, malah lebih super lagi. insha-allah...

****************************
cerita di atas ada kaitan antara yang masih hidup. saya sudah putar terbelit sedikit, sebab tak nak watak sebenar dalam kehidupan seharian terasa hati dan rasa macam nak-halau-saya-keluar-dari-malaysia. ^_^ tapi jangan risau. keoriginalannya masih ada, insha-allah.

allah nak tengok siapa antara kita yang lebih BAIK amalannya, bukan yang lebih BANYAK amalannya.

budak sepuloh tahun boleh faham dengan jelas terang dan nyata [mungkin...], kita pula?

 ****************************

ramadhan = 30 hari
al-quran = 30 juzuk
satu juzuk = 20 muka surat
satu hari = 5 waktu solat wajib

sila tekan GDC anda sekarang.
"jadinya, setiap kali solat baca 4 muka surat. dalam masa sehari boleh habis satu juzuk. YES! dalam ramadhan ni boleh khatam!!! [oh yeah, sila buat tarian singa.] lepas tu, syawal... zulQaedah, zulHijjah, muharran, safar.... tak payah baca lagidah. tunggu ramadhan berikutnya."

geleng kepala... geleng kepala...

"membaca satu muka surat al-quran sehari beserta fahami maknanya lebih super daripada berjaya mengkhatamkan al-quran dalam masa sebulan tanpa fahami maknanya." 
[sifu]

moga-moga ramadhan kali ini memberi barakah kepada semua, dan moga-moga kita menjadi orang yang bertaqwa. insha-allah.

JOM menjadi super saiya RAMADHAN, syawal, zulQaedah, zulHijjah, muharram, safar, rabiulAwal, rabiulAkhir, jamadilAwal, jamadilAkhir, rejab, sya'ban. [hahaha... saya tahu mesti kamu tengah nyanyi nasyid raihan tu kan kan?] ^_^[senyum sampai telinga]

wooot woot!! terawih!!!!!!

eh, adik comel... jangan pandang kemere lah. solat.. solat...

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Saturday, July 2, 2011

hang nak pi utagha ka?

salam alaikum.


tiba-tiba rasa nak dengar orang cakap utagha. ha ha ha... semoga umurku masih panjang untuk kembali ke sana. [ok, ini berangan sekejap]

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

"semakin kita ke utara, semakin kita jauh dari selatan."

SAYA faham ayat ini. memang lah. ini dikira opportunity cost. kita tak boleh nak dua-dua. pilih satu antara dua. jangan nak tamak habola.

situasi kita sekarang, penuh pancaroba. dunia fana yang menggoda-goda. menarik-narik untuk berhibur tak kenal erti hamba.

kalau kita semakin dekat dengan jahiliyah, maka semakin jauhlah kita dengan Allah.
kalau kita semakin dekat dengan Allah, maka semakin jauhlah kita dengan jahiliyah.

haa... [sambil angkat kening sebelah], kamu nak yang mana satu?

pagi tadi, sekali lagi saya diberi reminder terhebat dari Allah melalui seorang kakak. kami tadabbur surah al-hadid, 57:16-24. tapi mungkin saya hanya ceritakan ayat 16 dan 17.

"Belum tibakah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka."

belum tibakah lagi masanya? hey, come one la. hidup sudah berapa tahun? nasik dah makan berapa pinggan? baju dah beli berapa kontena? ilmu agama belajar sejak umur tujuh tahun. tak cukup lagi ke?

kejap.. kejap... saya ada banyak kerja la. nanti-nanti boleh? bila-bila saya free,  saya buat la...

oooo... jadi nak tunggu masa free baru nak ingat Allah? nak tunggu jadual tak packed baru nak luangkan masa untuk Allah? ooo... maknanya, nak 'infakkan' masa hampas la kat jalan ini? ish ish ish.... sedikit sunnguh kita bersyukur.

dikatakan oleh Allah bahawa hati menjadi keras itu adalah sunnatullah. dari dulu sampai sekarang memang akan ada manusia yang hatinya menjadi keras. kalau zaman-zaman dulu, ada satu masa yang mana Allah tak mengutuskan seorang pun nabi atau rasul kepada umat manusia. dan jangka masa itu sangat pangjang. maka... ramailah yang keras hatinya kerana tidak ditarbiyah.

dan perkara yang sama berlaku dalam masyarakat kita sekarang bukan? saya juga rasakan perkara yang sama. tatkala diri merasakan serba cukup [istaghna], alaa... bole laaa... cuti ni no hal laa... saya boleh maintain...., maka sedarlah diri bahawa di saat itu kita sedang bertuhankan nafsu.

ada dua perkara yang membuatkan hati kita menjadi keras:
 1. masa yang panjang. yakni jangka masa tanpa tarbiyah.
 2. berubah kehidupan. yakni suasana yang kita sedang hidup dulu dan kini.

tapi... kalau Allah dah bagi signal bahawa hati itu sudah keras... silalah beri perhatian kepada hati itu.
tapi saya malu... saya dah jauh melencong... hati ini dah tak mampu nak bersih balik.

hurm....apa Allah kata pada ayat ke-17?

"Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya."

Dia menekakan di sini bahawa bumi yang dah mati, kering kontang itu... Dia mampu hidupkan balik... inikan pula hati manusia yang dah semakin jauh dari Rabbnya. Allah maha hebat. Dia mampu untuk suburkan kembali hati itu. hanya yang diperlukan ialah usaha hamba-Nya untuk kembali merelakan diri ditarbiyah.

acapkali kita cakap 'tak nak' kepada tarbiyah sebabkan EGO. hang nak tunjuk ego kat sapa? ego itu pembunuh paling kejam. kerana ego itu macam membunuh diri sendiri. berlagak hebat macam diri dia seorang sahaja yang betul, ORANG LAIN SALAH! rendahkan ego kita, hidup lebih bahagia wacakapsamalu!

memang kita akan rasa malu untuk kembali. tapi sanggupkah kita terus menyeksa hati kita? Allah sentiasa menantikan kita mencari-Nya dan memohon ampun dan maaf atas dosa-dosa kita. tidak lupa juga meminta ampun atas saat dan detik kita lalai mengingati-Nya.

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w. dalam suatu riwayat yang diceritakannya dari Tuhannya yakni Allah Ta'ala sabdanya:

"Jikalau seseorang hamba itu melakukan sesuatu dosa lalu ia berkata: "Ya Allah, ampunilah dosaku," maka berfirmanlah Allah Tabaraka wa Ta'ala: "HambaKu melakukan sesuatu yang berdosa, lalu ia mengerti bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu." Kemudian apabila hamba itu mengulangi untuk berbuat dosa lagi, lalu ia berkata: "Ya Tuhanku, ampunilah dosaku," maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: "HambaKu melakukan sesuatu yang berdosa lagi, tetapi ia tetap mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab maka karena banyaknya adanya dosa itu." Seterusnya apabila hamba mengulangi dosa lagi lalu berkata: "Ya Tuhanku,ampunilah dosaku," maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berfirman: "HambaKu berbuat dosa lagi, tetapi ia mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampuni dosa dan dapat pula memberikan hukuman sebab adanya dosa itu. Aku telah mengampuni dosa hambaKu itu, maka hendaklah ia berbuat sekehendak hatinya." (Muttafaq 'alaih)

subhanallah. pintu taubat masih terbuka. =,(

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Tuesday, June 28, 2011

c o m i c

salam a'laikum.

...................-_-........................

anyway,

do you love to read comics? manga?

naruto? detective conan? dan detective school?

yeah, i read those.

but not to the extend where everything else is neglected. no no no... [sikit,sikit sudaaa]

well, i found this awesome cool website for manga-addicts.

you might want to look at it, it makes you laugh and it makes you think, and it makes you realise that you are just His Servant.

this could be a nice one to start with.



but, don't get to indulge with it ok? be moderate. [huh... reminder reminder....]

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Monday, June 27, 2011

musleems, are meant to be the people of reflection

salam a'laikum.

being immobalize give me the opportunity to search for hundreds of motivational videos.
that explains the reason why recently every post had atleast one video in it.
-_-
well, i stand corrected.
everything happens for a solid reason.
^_^
this is one of them.
in this video might not be any actions or anything.
i didn't watch this video because of the beautiful coulds oppss clouds. [yeah, i'm obsess with coulds opss again.. i mean cLouds *jazakillah bella ^_^]
please, just spend 9 minutes or so to listen.
"muslims, are meant to be the people of reflection"


abdullah bin mas'ud people of badr 313ali bin abi talib umar al-khattab abu dzar fatimah khadijah abu bakar as-siddiq salahaddin al-ayubi 

"we remember these people but non of us aspires to be like them"

The one who speaks to the others is speaking to oneself.

Wednesday, January 19, 2011

siapa; kita?

salam a'laikum.

bismillah ar-rahman ar-raheem.

ingin saya katakan di sini, hati yang terluka tempoh hari, bukanlah sengaja ingin dicanang-canang di blog buat tatapan ramai. [ramai ke yang baca blog saya ini?] apa yang ingin saya kongsi adalah berkaitan ibrah [pengajaran] yang saya peroleh daripada peristiwa tersebut. dan kelukaan tersebut bukanlah disebabkan orang lain, malah merupakan hasil tindak tanduk saya sendiri yang lansung tidak berkait dengan suasana di KMB ini. harap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi [eceh!!]

alhamdulillah, saya masih lagi diberi peluang untuk terus menulis dan berkata-kata melalui dunia maya ini  dengan izin-Nya. sekadar ingin berkongsi perasaan saya tika saat ini. perasaan ini berbunga sejak hujung minggu yang lalu. dan saya sentiasa mendoakan agar ia terus mekar indah.
sangat indah hidup ini sekiranya kita sedar bahawa, segala yang berlaku pada diri kita, tidak kira kebaikan mahupun musibah, adalah ketetapan daripada Allah. dan yakinlah bahawasanya, Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu kita hadapi.

baiklah, perasaan yang saya nyatakan sebentar tadi adalah berkaitan dengan kesedaran bahawa saya ini seorang hamba kepada kuasa yang Maha Hebat.

siapakah saya ini?
apakah lebihnya saya berbanding orang lain sehinggakan Allah memilih dan memberi peluang kepada saya untuk berada di jalan ini?
saya bukanlah seorang hafizah, jauh sekali seorang yang pergi berperang jihad fisabilillah.
hanyalah seorang hamba yang hina di hadapan-Nya. 
tidak layak untuk dipandang sebelah mata pun.

saya berasa begitu rendah diri dan rasa tidak layak untuk menerima kasih sayang-Nya yang super hebat ini. jika hendak dibandingkan kurnia-Nya dengan perjuangan saya di jalan ini, hati terdetik. "abid, khalifah. sudah sempurnakah tugas aku itu? sudah cukupkah perjuagan aku ini?"

tika sujud pada rakaat terakhir, saya lamakan sujud kerana terasa begitu dekat dengan Allah. bayangkan, Allah yang berada di arasy-Nya di langit yang tertinggi, mendengar tangisan dan adu domba hamba-Nya yang sedang meletakkan kepalanya di tempat paling rendah. betapa sayang-Nya Dia kepada hamba-Nya.

namun, nak dikatakan malu dan hina diri di hadapan allah, lidah saya kelu, hati saya cair, mengenang dosa-dosa yang tinggi menggunung. siapalah saya untuk meminta daripada-Nya? acapkali mulut ini mengata orang lain, acapkali hati ini ingin memberontak, acapkali mata ini tidak menjaga pandangan. hanya air mata yang mampu berkata-kata. 

ingin meminta ampun. saya malu dengan dosa.
ingin meminta panjangkan umur. saya malu dengan dosa.
ingin meminta permudahkan urusan. saya malu dengan dosa.
ingin meminta diselesaikan kekusutan otak dan hati. saya malu dengan dosa.
ingin meminta, meminta, dan meminta. saya teramat malu untuk terus meminta.

sujud yang dipanjangkan diakhiri dengan salam pertama beserta;
"Allahumma inna nas aluka ridhoka waljannah"
[ya allah, kurniakan kami keradhaan-Mu dan syurga]

sekali lagi, kerongkong saya bagaikan tersumbat seekor anak gajah. [wow!]. bila kita faham maksud sesuatu ayat itu, kita akan betul-betul merasai getaran jiwa. saya begitu malu untuk meminta lagi. minta dan terus meminta. tidak dapat saya menghabiskan ayat seterusnya untuk salam kedua;

"wa na'uzubika min sakhotika wan naar"
[aku berlindung pada-MU dari kemurkaan-Mu dan neraka]

asif, post kali ini agak panjang. biasalah, perasaan yang terkubu dalam hati ini sudah lama ingin meletop. di saat menadah tangan untuk berdoa, lidah saya bagaikan sudah hilang kemampuan untuk berfungsi. betapa saya seorang hamba yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang telah saya kecapi. tidakkah saya sedar saya ini hamba? hamba bukan kerjanya meminta tetapi memberi!

namun, Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. hanya kata-kata kesyukuran yang berjaya dilahirkan dari hati. ya, itulah kata-kata yang dicari selama ini.

ya allah, aku bersyukur kerana masih dikurnakan nikmat eman dan islam.
ya allah, aku bersyukur kerana Engkau meminjamkan kepadaku ibu bapa dan adik-beradik yang sangat mengasihiku.
ya allah, aku bersyukur kerana Engkau meletakkan aku dalam kalangan sahabat-sahabat yang menerima aku seadanya dan menegur seandainya aku tersilap langkah.
ya allah, aku bersyukur kerana Engkau tidak menyekat saluran pernafasanku dan membenarkan aku untuk terus hidup sebagai hamba-Mu untul hari ini.
ya allah, aku bersyukur kerana memberi aku peluang untuk bertemu dengan rakan-rakan aku pada hari ini.
ya allah, aku bersyukur kerana dipermudahkan temuduga aku pada hari ini.
ya allah, aku bersyukur aku masih mampu berjalan.
ya allah, aku bersyukur kerana memiliki tubuh badan yang sihat.
ya allah, aku bersyukur atas ukhuwah yang Engkau kurniakan.
ya allah, aku bersyukur aku tidak jatuh longkang pada hari ini.
ya allah, aku bersyukur kerana diberi kekuatan untuk terus thabat di jalan ini.

betapa banyak perkara yang seharusnya kita bersyukur. tapi sedarkah kita? mana lagi banyak? kita bersyukur atau kita meminta? tepuk dada tanya iman.

Allah itu Maha Besar, Maha Berkuasa. Dia tidak memerlukan kita, tapi kitalah yang memerlukan-Nya.

"Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kembalimu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu."
[az-zumar,39:7]

tapi tak bermakna kita tidak boleh meminta. mintalah, tapi sedarlah bahawa kita ini adalah hamba, dan kalau meminta daripada-Nya, saya suka memohon agar dijadikan seorang hamba yang bersyukur setiap masa. insha-allah....
The one who speaks to the others is speaking to oneself.
[p/s: syukran farah, you are my grammar teacher now n forever. insha-allah]

Friday, December 24, 2010

paling hampir?

salam a'laikum.




alhamdulillah, finally.
my promise can be fulfilled.
i know it is for beginners.
well, i am a beginner.
dear roommate, wait for this song.
although it might sounds, like... bleeerrrgh!!
insha-allah. you'll like it.

bilamana hari lahir seseorang tiba. ucapan semoga panjang umur sering disampaikan kepada yang sudah meningkat dewasa itu. tapi sedarkah kita bahawa usia kita sebenarnya semakin pendek? as if like, kematian semakin hampir.

teka teki imam ghazali,

1. apa yang paling dekat dgn diri kita di dunia ini?
2. apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
3. apa yang paling besar di dunia ini?
4. apa yang paling berat di dunia?
5. apa yang paling ringan di dunia?
6. apa yang paling tajam sekali di dunia?

ha, jawab-jawab...

1. ajal [3:185]
2. masa lalu
3. hawa nafsu [7:179]
4. amanah [33:72]
5. meninggalkan solat
6. lidah

p/s: sedang muhasabah diri.

open new tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...