Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Tips: Cara Melukis Batik di Shortbread Marble

Kesinambungan daripada entri ini, ada jugak yang teringin nak buat Shortbread sebab katanya sangat senang. dan memang senang pun. Dan oleh kerana beliau duduk jauh di Bumi Kenyalang yang tidak mempunyai kedai menjual peralatan membuat biskut yang mencukupi, maka accessories membuat Shortbread terpaksa diimport dari Semenanjung dan beliau sangat tak sabar-sabar untuk membuat Shortbread. Jadi Kak Zai, entri ini didedicated unntuk akak seperti yang dijanjikan. :P 

Selepas menuang coklat ke atas biskut yang telah dibakar, dan setelah memasukkan coklat putih yang cair ke dalam piping bag, ini yang perlu dilakukan. Oh, sebelum tu potong hujung piping bag tu ye Kak Zai, tapi jangan besar sangat lubangnya, pastikan kecik je lubangnya. Jadi, mulakan dengan melukis garis-garis lurus di atas coklat hitam macam gambar di bawah ni;



Kemudian, dengan menggunakan lidi, tarik satu line dari kiri ke kanan. Line yang dibuat dengan menggunakan lidi adalah perpendicular dengan line yang dilukis tadi. Line guna lidi ni sepatutnya dibuat secara berselang seli. Let say, mula-mula tarik dari kiri ke kanan. then untuk line yang kedua, tarik dari kanan ke kiri pulak. Kalau tak faham sila refer gambar di bawah dan cuba fahamkan sendiri ye? *wink*


Itu jelah stepnya sebelum memasukkan pemotong kembali ke dalam acuan. Susah nak faham je, tapi caranya senang je. Cubalah. :P

Harap-harap dapat membantu. Ilmu tu kan pinjaman, jadi apa salahnya berkongsi, kan?



Regards,
Related Posts with Thumbnails