Selain coklat, cheese adalah salah satu benda yang susaah untuk ditolak. Oklah, at least for me and my sisters. Di suatu hari yang hening, terciptalah sejarah di mana sebiji cheesecake dibuat untuk hidangan berbuka puasa. Walaupun ini adalah first time membuat cheeesecake tapi seriously rupanya taklah susah mana pun. Jadi, silalh mencuba ye wahai semua. :P Mungkin boleh dihidang di hari raya untuk tetamu-tetamu yang hadir.
INGREDIENTS
Untuk base
10 pcs Mcvitie's Digestive biscuit
1/4 cup sugar
1/4 cup melted butter or margarine
Untuk filling
8oz cream cheese
2 eggs
Vanilla essence
1/2 cup sugar
Lemon
Paling penting
1 tin (5oz) strawberry filling (boleh didapati di kedai-kedai menjual bahan kuih & kek)
DIRECTIONS
- Dengan menggunakan blender kering, blend kesemua biskut sehingga halus. (Kalau taknak halus, cuma pecah-pecahkan sehingga rasa suka. Boleh tambahkan biskut or kurangkan biskut ikut ketebalan base yang anda suka)
- Campurkan biscuit crumb, gula dan butter sehingga sebati.
- Tekankan campuran tadi di dalam loyang 9 inci shingga padat.
- Letakkan 1/3 daripada strawberry filling di atas base yang sudah mampat tadi.
- Untuk filling; Pukul kesemua bahan (cream cheese, telur, sedikit vanila, gula dan sedikit perahan lemon) sehingga kembang dan sebati.
- Tuangkan filling di atas strawbeery filling.
- Bakar pada 180 degree celcius selama 20-25 minit atau sehingga masak. Sejukkan pada suhu bilik.
- Apabila sudah sejuk, taruh lebihan 2/3 strawberry filling di atas kek.
- Sejukkan di dalam peti ais dan letak whipping cream sekiranya mahu
lebih gemuk. - Sedia untuk dimakan.
Selamat Mencuba!
Regards,