click! click! click!

Monday, April 19, 2010

~ Double Celebrations~

Salam,
Bulan April ni mmg merupakan bulan yang ditunggu-tunggu setiap tahun.. Tau sebab apa? sebabnya, bulan ni merupakan besday aku n my lovely husband.. Sama bulan yer, n sama2 dibawah zodiak Taurus.. Hihi.. Cumanya aku tua 3 hari je dr husband ku. Sebab tula tajuk entry ni double celebrations iaitu celebrate my besday n my husband besday. Act, minggu ni br besday kitaorg tp disebabkan lepas ni aku akan mula bz tuk exam, so, no more outing ler.. Sebab tu wat in advance + aku mengidam nak makan seafood.

First Celebration
Place : Bagan Lalang Seafood

Act, idea ni datang on da spot, hari tu mmg aku x msk sebbnya bz kemas umah, so, kitaorg melantak apa yg ada kat umah je. Bukan la x msk lgsg, aku just msk mee hailam. Selebihnya makan buah m ice krim. Ptg tu perut tetiba dah berkeroncong balik. Aku suggest la ajk g mkn seafood. Saja2 je, tp disebabkan x tau jln, kitaorg jenuh la google map. Last2 cal membe abg ajak g sekali. Bkn tak pernah pergi tp ms 1st pergi dulu, malam, so gelap gelita la. Berangkat la kami berempat ke Bagan Lalang, konon2 g awal sebab leh lepak2 kat pantai dulu. Tapi on da way tu hujan punyala lebat. Akhirnya sampai malam gak. Nasib baik org x ramai lg, so, sng la dapat tempat. Tapi yang x beshnyer, dah nk hbs 1/2 pinggan makan pun, air x sampai2 lg. Nsb baik x tercekik.. Makanan mmg mabeles. Menu malam tu Ketam Masak Cili, Pahat Masak Cili, Ikan Bakar, Udang Bakar n Sayur Campur dimakan bersama Nasi Lemak. Memang melantak x ingt la malam tue. Lepas tu bersin2 la plak..Aduh.. Lepas sesi melantak, kitaorg lepak kat pantai jap. Tak nampak apa pun, golap jo..


Second Celebration
Place: Cozy Corner Ampang Park

Yang ni pun on da spot, sebabnya ada org x peknen mengidam nak makan Sharkfin Soup. Mula2 dah nk terbatal coz cousin abg ajak makan stimbot kat Subang. Aku dgrnya stimbot trs je setuju. Last2 cancel sebbnya ms kitaorg br kuar umah, dorang dah start makan. Kalau nk tunggu ktorg sampai sana, lama lak dorang nunggu, so, trs dgn plan pertama. G Cozy Corner. Hari ni no more seafood, dah muak rsnya.. hahaha.. Menu tuk hari ni Black Pepper Chicken, Nasi Goreng Bandung n Sharkfin Soup.




Friday, April 9, 2010

~ Rumahku dimasuki... ~

Salam...
Sebenarnya ni alkisah semalam. Oleh kerana semalam byk sangat urusan yg aku nk selesaikan, aku decide tuk amik cuti, sama gak ngan abg. So, pagi2 lagi, kitaorg dah keluar rumah. Destinasi pertama, ke Shah Alam, settle urusan di sana, menghala ke Kajang lak, before tu, kitaorg sempat membedal Beriani Gam Putrajaya. Yelah, dari pagi tak makan lg kan.. Lepas tu kitaorg ke KWSP KL, nsb baik x ramai, sempat la settle semuanya dalam masa sehari. Tapi penamaan KWSP aku x sempat wat, kesnya malas nak g photostat IC.. hihi..

Dalam keletihan, kitaorg pun balik la umah. Hari tu sebenarnya J Card Day Jusco Metro Prima. Nak g terus, letih + kesian lak Ahnaf. So, kitaorg decide balik umah dulu, rest. Masuk2 umah jer, terperanjat giler aku, tengok dapo bersepah giler.. Terus aku tgk comp, alhamdulillah, ada.. abg masuk umah, check dlm bilik, ada apa2 yg hilang tak.. Tapi yg pastinya pencuri ni ada tinggalkan kesan.. Check punya check, rupa2nya...
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
MONYET yang masuk!!!!! Bengang giler aku. Sepjg lbh kurang 2 thn lbh duk situ, x pernah lak alami keadaan camni.. Huhuhu.. Habis semua kena bedal. Tapi yg beshnyer, pandai dia pilih. Adala cheese tart satu tupperware, tp aku x ttp rapat coz panas lg ms tue, hbs satu tupperware dia bedal.. Bersepah2 sekeliling dapo.. Lagi satu yg aku geram, hr rabu tu abg ada beli famous amos tuk aku, x sempat pun makan lg, dia bedal jugak. Padahal ada seplastik keropok tepi dinding, tak berusik pun.. Very da moden la monyet ni. Puncanya, dia masuk ikut sliding window dapo, selama ni pun tak terttp. Huhu... Bawang putih, merah, kunyit, lengkuas, satu bakul habis, dia jatuhkan.. Aku sengaja letak kat situ nk jemur.. Aduh..hampeh tul la..

Dalam keadaan letih tue.. TERPAKSA RELA la membersihkan sisa2 makanan n kesan2 kotor dia.. Lagi satu, ada hati tau nak amik selimut dalam bakul kotor, cuma x leh nk kuarkan je kot.. Tersangkut kat grill tu. Geram giler hati aku.. Paling aku geram, terpaksa bgn pg td tuk wat order hr ni.. Klu tak, dh ok pun.. ish.. Baju2 yg dijemur pun nak kena basuh balik...

Wednesday, April 7, 2010

~ Leganya hati ~

Salam..

Hari ni aku rasa sedikit lega selepas berbual ngan K.eyna.. Rupa-rupanya situasi yg kami alami sama saja.. Huhuhu.. Lepas dah luah apa yg terbuku dihati, rasa beban yg ada kurang sedikit.. Terima kasih kak, kerana sudi berkongsi pengalaman yg ada.. So, lepas ni mari la kita sama2 pekakkan telinga untuk mendengar kata2 sumbang yer.. hihi...



Friday, April 2, 2010

~ Aku di TAG!~

TAG SEPULUH- K.Ayu


Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya
Wokeh... Akn ku jwb sepenuh hati yer.. ( Cam nk jwb soklan final la plak.. )

[1] Siapakah diri anda di rumah?

Saya seorang isteri, ibu, tukang masak, tukang kemas umah, tukang basuh baju dan sebagainya la jika berada di rumah sendiri. Tapi jika berada di rumah ibu saya, saya seorang anak yg baik dan manja.. Ekekeke..


[2] Siapakah diri anda disamping rakan?

Erm.. saya seorang yg suka menolong kot.. hihi.. Bukan nak msk bakul n angkat sendiri tau. Sebab masa kolej dulu, kawan2 saya selalu ckp camtu, sampaikan diri yang rugi.. Huhu.. Terlalu baik hingga abaikan diri & perasaan sendiri..


[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Oh, banyak sekali benda2 idaman saya... nak kena listkan ke? erm.. okeylah.. wat masa ni adalah benda2 alah ni.. :-
1) buah salak
2) kereta idaman saya - dulu saya idamkn Satria GTi, sek dah tukar kepada Civic @ City..
3) Rumah idaman - saya mau rumah yg ada halaman tuk anak2 bermain
4) Kerja tetap yg bagus - ada benefit.. ( masih mencari, sesiapa ada keje kosong, sila inform yer )
5) Jeruk Penang ( sapa2 yg duk penang klu baik hati tlg poskan leh :) )

[4] Siapakah nama pasangan anda?

Mohd Khairil Anuar

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

i- Pasangan saya sangat bertanggungjawab

ii- Pasangan saya pandai masak ( kadang2 dia masak lg besh dr saya )

iii- Pasangan saya pandai nyanyi & main gitar ( teringat zaman dating... )

iv- Pasangan saya sentiasa akan cuba penuhi keinginan saya

v- Pasangan saya sentiasa menyayangi saya dan anak kami

[6] Bila tarikh anda couple?

Kami berpacaran pada 10 November 2003

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Aduh... malas la nak ingat kenangan Pahit ni... terlalu banyak dugaan buat kami sebelum dapat bersatu dulu... Harap ia x kan berulang lagi

[8] Lagu tema cinta anda?
If you're not the one - Daniel Bedingfield

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Saya hanya ingin melihat suami saya berhenti merokok. (copy paste k.ayu sebb benda yg sama )

[10] Tag 10 rakan ada yang lain
- K.faridah Ibu Irfan & Irsyad
- K.Munira Ummi Rayyan
- K.T Ibu Aqil
- K.Yatie Mama Irfan
- Ieda Ibu Arissa
- Intan Mama Hadif
- K.ziela Mummy Haziq
- K.ejja Ibu Aloy, Yie N Elys
- K.Eyna Mama Alisya N Adelia
- K.Liza Ibu Humaira

Thursday, April 1, 2010

~ Suprise yang tak menjadi ~

Salam All...
Semalam, aku n hubby sama2 amik cuti  mc. Bukan sengaja tau tp bersebab. Oleh kerana semalam beberapa malam sebelum tu aku tak boleh tido lena diserang virus flu, dan tak leh amik sebarang ubat, pagi semlm aku pun g la ngadu  mintak ubat ngan doctor. Doc lak baek hati bagi aku mc.. (sukernyerrr.... ) hihi

Dari tak de apa2 plan.. Abg ajak aku balik umah MIL coz semlm adalah hari tua lahir MIL.. Aku on je la. Tapi tak beli hadiah @ kek pun. Abg just beli nasi arab kat Cyberjaya.. Yang suprisenyer sampai2 umh x de org.. uwaaaa... cl Mil ckp ada kt h.serdang coz adik ipar aku ada appointmnt ngan doc.. dh la lapo+letih, nk tk nk terpksa la g h.serdang. konon2 nk suprise, last2 ktorg yg kena suprise... Sampai hosp, trs bwk kuar nasi satu bungkus, mkn kt tmn mainan. dh lapo glr. siap jumpa doc, grk blk umh lk.. huhu.. Lepak la jap kt umah tue, after maghrib baru kitaorg gerak blk. Coz ada org nk tat esoknyer.. 

Walaupun x g keje, tp ttp letih.. huhu.. letih travel...