click! click! click!

Monday, September 28, 2009

~ Kronologi Perjalanan Raya ~

Salam All...
Selamat kembali bertugas setelah menghabiskan cuti raya di kampung halaman.. Bagi aku sekeluarga, raya kali ni bermakna sangat.. Yelah, raya bersama2 keluarga n anak tersayang. Ahnaf pun dah besar tahun ni.. syok la dia.. Meh ikuti perjalanan raya kami di 3 negeri.. gambo2 next entry ler yer coz aku lum habis cilok lagi.. Almaklumlah, camera x de.. so, tumpang2 camera orang jeler.. sob sob sob..

19 Sept 2009 :

Kami sekeluarga bertolak balik ke Bandar Seri Putra dalam kul 12. Tu pun, lepas siap kemas umah. Yelah, nak balik kg, umah kena bersih n kemas jugak. Nasib baik la tak jem jalan. Cuma kat tol sg.besi jela. Sampai2 umh PIL je, dah terbau rendang n kuah kacang. Aku kan tak pose, so, aku la yg tukang rasanya. Kenyang rasa je. hehehe

20 Sept 2009 :

Pagi raya yang syahdu. Aku bangun awal tuk tolong k.rona siapkan juadah raya. Pagi tu MIL aku wat nasi ayam, lontong, rendang n nasi himpit seperti biasala. Lepas siapkan my hubby tuk g solat raya. Aku g mandi sunat n siapkan si kecik tue. Punya la excited dia. Lepas dorang balik solat raya, kitaorg bermaaf-maafan dulu sesama kami. Sob sob sob... terkeluar segala air mata..Huhu.. Dalam kul 11, kitaorg gerak g Gombak. Family belah MIL aku besar, penuh satu umah dengan anak, menantu, cucu n cicit Maktok n Tok Abah.. hehehe.. Riuh rendah.. kitaorg stay kat situ sampai malam. Ahnaf lak satu hari tak tdo. Last2 malam tu dia leh tertdo sendr ms landing atas sepupu abang.. Letih sangat la tue. Hari tu memang letih teramat sangat coz x de masa nak baring. Asyik makan n chit chat je..

21 Sept 2009 :

Masing2 lepas subuh, tdo balik. Yelah, ngantuk + letih giler. FIL dah bgtahu before 10 am nk kena gerak balik Johor. So, lepas breakfirst, kitaorg gerak balik. Konvoi 2 kereta. Tapi, kitaorg yg sampai dulu. Hehehe... Sampai2 je, diaorg tgh bakar sate. Apalagi, dah la lapo, bedal jela sate. Ahnaf lagi suka, sebab kat ramai kakak2 n abang2 yg duk layan dia. Kadang2 dia yg jd ketua..wakakaka..

22 Sept 2009 :

Petang tu dalam kul 2 kitaorg balik KL dulu. PIL balik hari Rabu. Kitaorang sengaja balik awal coz leh la berehat jap rabu coz khamis aku dah start keje. Nasib baik jalan clear je. Ahnaf sepanjang jalan, terbongkang je. Aku pun melelapkan mata gak. Sedar2 je dah sampai kat R&R Ayer Keroh. Ramai giler orang. Sampai2 umah. Masukkan baju kotor dalam machine, trs msk tdo..

23 Sept 2009 :

Mula2 aku ingat nk g keje, tapi badan aku rasa penat giler.. Kalau aku g keje, leh la cuti tu aku bawak ke hari jumaat. Abg pun cakap x yah la g keje. Alang2 dah bercuti, kitaorg plan la nk g beraya. Mesej kawan2 sume kat kg lg. So, tgh hr tu g umah Pak Ngah kat Greenwood n lepak umah Maktok. Petang tu g beraya umah membe aku lak kat Subang. Lama giler tak jumpa membe aku n bb dia. Setahun x jumpa. Last jumpa time raya last year. Comelnyer Oomyra.. Balik dari Subang, trs tdo.

24 Sept 2009 :

Nasib baik terkejut pagi td. yelah, dah biasa lepas subuh tdo balik. Tak ada mood langsung nk keje. Tiba2 aku dapat mesej dr abg ajak balik Trg malam tu gak. Ikutkn plan, balik malam esok pas keje. Aku pun setuju je, terus isi borang cuti tuk jumaat. hehehe.. Balik umah, siap2 barang. Lepas maghrib trs bertolak. Singgah gombak tuk dinner n g klinik. Settle sume, kul 10 br lps tol gombak.

25 Sept 2009 :

Aku on da way tu kejap tdo, kejap jaga. Awal2 aku dah pesan kat abg, klu ngantuk, berhnt dulu. Dah la salah jalan. Adoi la.. Aku tgh tdo masa tue..

Hubby : Yang, ikut Kuantan ek?
Aku : Erm.. aah.. ( dalam mamai tdo )
Hubby : Asl cam lain je yang.. x mcm biasa pun..


Aku pun bangun la jap.. Bila tgk keadaan sekeliling..

Aku : Alamak! kita dah salah jalan la yang..Ha, tu ada signboard Kuala Terengganu..

Ikut punya ikut signboard tue, sampai la kitaorg ke highway balik. Adoi la..Sepatutnya amik kiri, bukan kanan. huhuhu.. Sebenarnya kitaorg biasa balik lalu ikut Jabor, tapi saja la, dah balik time pagi malas nk ikut Jabor. Sebab jalan dia sunyi, kawasan ladang lak tue. Tgk jam baru kul 2, klu trs balik umah, kesian lak. So, aku suh abg stop kat mana2 Petronas tuk rest jap. Rupanya2 byk yg tutup daa.. Last2 jumpa la satu petronas kat area Marang. Masa tu kul 4.. So, kitaorg pun lelapkan mata jap.. Kul 6 terkejut dgr azan n Ahnaf merengek. Rupa2nya dia u'uk. Huhu.. Nasib baik bekalan tisu lembap ada. Kul 7.30 br la sampai ke kg aku. Lepas breakfirst, sambung tdo balik. Konon2 nk g majlis pertunangan membe aku la, nk g beraya la, tapi semua terpaksa dibatalkan..

26 Sept 2009 :

Baru la rasa segar ckit. Sempat la beraya ke rumah sedara mara kat kampung aku. Tapi kitaorg beraya berdua je la sebab keadaan Ahnaf tak mengizinkan.. Huhu.. yang selebihnya, lepak je kat umah mak aku melayan si kecik tue.. Sory la kawan2, xleh kuar beraya n jumpa korang semua.. Malam tu lak, kitaorg tdo umah nenek lak.

27 Sept 2009 :

Tepat kul 5.30 pagi, mak aku kejut coz kitaorg dah rancang nk balik kl pagi ni. Sengaja nak keluar awal coz takut jem lak lambat2. Kul 6.30 kitaorg pun bertolak..Sedihnyer. Mak bekalkan kitaorg nasi dagang.. TQ mak. Jaln pun clear je. Sampai Gombak kul 10.30. Bila cal ayah cakap dah sampai gombak, terkejut ayah aku. yelah, 4 jam je. hahaha. lepak2 umah maktok coz sepupu n makcik abg ada lg kat sana. Malam lak, kuar makan sate Hj Samuri.

28 Sept 2009 :

Saat dan tika aku taip blog ni, aku rasa nk balik sek jugak. Mood keje belum datang la. Tapi nak wat cmne.. Terpaksa la.. Dah la sorang staff cuti seminggu coz chicken pox. Nampak gaya, semua keje dia aku kena amik alih. Adoi la.. Boss oi, tolong la amik lg sorang staff. Huhu.. Alangkah indahnyer klu diurut sambil betulkan urat2 ni..


Buat semua teman2ku.. jemputla bertandang ke teratak ku... Tapi cal la dulu ye.. Mana tau kitaorg x de ke time tue..