click! click! click!

Monday, June 22, 2009

~ Hepi Father's Day ~

Dalam kesibukan aku lalui ini, aku nak ucapkan kat semua bapa2 seluruh dunia.. Selamat Hari Bapa... semoga kalian dapat menjadi tonggak keluarga dan membina keluarga yang bahagia.. Teristimewa aku ingin ucapkan ucapan keramat ini pada Bapaku yang tercinta, bapa mertuaku dan ayah pada anakku, my hubby.. Kalian merupakan insan teristimewa dalam hidupku. Segala jasa kalian, tak terbalas olehku.

Ayah..
Adik sayang ayah sangat-sangat. Walaupun selama ni adik tak tunjuk sangat tapi hakikatnya, adik sayangkan ayah. Segala jasa ayah bersusah payah demi keluarga akan adik ingat sehingga akhir hayat. Semoga ayah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

Walaupun aku anak bongsu tapi aku tak manja sangat ngan ayah. Waktu kecik-kecik manja la tp bila dah besar ni tak la sangat. Nak-nak, sejak form 1 aku duk hostel sampaila ke IPT. Sambung lak aku keje, duk sendiri and now, aku dah kahwin. Lagi satu, aku dulu, sekolah kat kampung tau. Sebabnya, ada budak kelas aku ngorat aku time aku darjah 3. Hahahaha, lawak kan? Ntahla, time tu aku takut sangat, sebab kakak dia darjah 6 pun tau.. Mak dia pun selalu tegur aku, bagi makanan kat aku. Aku terus suh mak aku tukar sekolah kat kg. Duk ngan nenek and makcik aku.

Ayah mertuaku..
Terima kasih kerana membesarkan insan yang kini bergelar suamiku. Segala jasa papa dalam usaha menyatukan kami, tidak akan kami lupa...

Sayang...
Semoga sayang dapat menjadi bapa yang baik kepada zuriat2 kita. I love U so much. Kesabaran dan ketabahan sayang dalam menjalani dugaan dan melayani karenah Ahnaf cukup cayang kagumi.