click! click! click!

Friday, March 25, 2011

Live from klia...

As salam...
Now at klia, mak n ayah blk dr umrah, flight ke trg kul 7.. so, sempat r borak2 n mengutip hsl belian... ekeke...
Ahnaf lk trs lyn menan dr mekah..

Wednesday, March 23, 2011

Testing...

Assalam....
Kembali bersiaran.... cubaan pertama update blog from hp... kita tgk berjaya ke x yer..

Saturday, November 20, 2010

~ Kelahiran Putera ke-2 ~

Salam....

Dah lama kutinggalkan blog kesayangan yg menyimpan segala suka dan dukaku ini.. Bukan tak sayang, tetapi masa tidak mengizinkan ku untuk meninggalkan sesuatu di dalam blog ini. So, sementara ada sedikit masa ni, aku ingin meninggalkan sesuatu buat kalian yg sudi membaca blog ku ini... Hari ini merupakan hari ke-43 aku berpantang, barula ada sedikit kesempatan untuk menceritakan kisah kelahiran putera ke-2 yg ku namakan AJWAD...

08 Nov 2010 :

Sejak malam kelmarin lagi aku dah start sakit. Tapi light2 jela. Sepjg minggu memang aku asyik sakit belakang je. Memandangkan due date aku ada lg 2 minggu, aku tak amik kisah sangat la. Aku berusaha siapkan segala kerja yg harus aku tinggalkan. Boss aku tu kan cerewet nak mampos. Tu pun, aku nak start cuti 15 nov dia ckp awal lg. Huhu...

Pagi Jumaat aku tetap g keje memandangkan banyak lagi kerja nak disiapkan. Abang dh ckp just amik mc je. Sampai2 opis lak, boss aku ajak g Kompleks Kerajaan Jalan Duta, settle saman psl slh ptg tax.. Huhu... Aku nak je ckp aku dh sakit, tp kang dia cakap apa lak. Aku pun agree jela. Dahla keje kat opis melambak lg. Yang aku tambah malas nk g, dia siap suh aku mengaku aku yg slh kira, padahal ptg2 tax tu x de kena mengena lgsg ngan aku.

Dahla x de parking, terpaksa menapak jauh, sakit makin kerap. Tp bila jalan, dia hilang, so, aku anggap dia acah2 jela. Tambah bengang bila x leh nak byr terus, yela, dh kes mahkamah, mn leh settle camtu je. Aku dah ckp awal2 coz before tu aku pernah tny pegawai yg bertugas.. Boss aku ni degil nak mampos... Huhu..

Sia2 jela menapak jauh2.. Last2 tetap kena naik mahkamah gak.. Balik opis, aku siapkan keje. Ingat nak stay la petang tu.. Tp x jd, coz tb2 rombongan saman MPPJ datang lak. Nak trn msk coin je mls la plak nak naik blk. Huhu.. so, nak tak nak, sempat kemas ckit2 je brg2 atas meja aku tue.

Sampai umah tb2 rs sakit makin bertambah lak. Aku msj abg ckp x lrt nk msk.. Lepas maghrib, abg sampai umah, aku ckp sakit sgt, cam nak beranak. Terus abg cal bbsitter Ahnaf coz nak tumpangkan Ahnaf jap. Petang tu sempat aku kemas apa yg patut coz nnt kuar dari hospital terus pantang kat umah abg aku. Nasib baik beg aku n bb yg nak bwk g hospital mmg dah stanby dlm keta..

Abang ajak g terus, tp aku nak tunggu Isyak dulu. Lepas je solat Isyak, kitaorg terus g hospital. Sedih giler masa nak hantar Ahnaf g umah bbsitter dia.. :( Abg ajak g hosp sg.buloh je sebb dekat. Tp aku tetap nk g HKL gak..

8.40 malam - kitaorg bertolak ke HKL, nasib baik jalan x jem.. Masa dalam keta aku dah stanby pegang plastik sebb bila time sakit, rasa nak muntah..

9.10 malam - sampai HKL.. abg drop aku kat pintu depan Hospital bersalin. Masa tu tb2 aku jd blur, guard tu tny " Nak bersalin ke? " Aku jawab la " Aaah..." Pastu aku duduk je kat tempat duduk depan tue. Sampaikan guard tu datang blk kat aku, ajak aku g kat tempat checkup.. Masa tu aku still lg blur2.. Huhu... Sampai sana, nurse check buku checkup aku n suh tunggu doc.

Masa tu ada doc cni laki sorang. Aku dah cuak, klu blh, x mo la doc laki check. Tak lama pastu, br ada doc perempuan masuk. Syukur Alhamdulillah... Tapi bengang gak la.. Dalam masa dia check aku tu, sempat lg dia bersms.. Huhu.. dah la aku tgh menahan sakit... Seluk punya seluk, dah 3cm, ntah btl ke x, wallahualam coz doc tu pun cam x sure sgt. Tp yg pastinyer, aku kena msk ward dulu la..

10.30 malam - aku naik wheel chair ke ward. Sedih lak, ingatkan Ahnaf. Abang ckp Ahnaf tdo umah bbster dia je malam ni, coz dah lambt nak amik. Sampai kat ward, tukar baju sume, abg balik umah. Kesian tgk dia. Yela, br je blk keje, x sempat nak rest n makan, trs berkejar kat ward. Lgpun doc x sure bila aku bersalin.

Masa dalam ward, nurse ckp nk wat ctg bb 20 minit je. Last2 dekat sejam br dia cabut. Aku cuak gak coz lepas sorang2 check graf pastu muka berkerut. Masa tu mmg aku dah x leh baring terlentang. Dah la aku dgr OT.. huhu.. Last2 aku tny kenapa, diaorg ckp jantung bb x stabil, kejap naik, kejap turun, lg la aku cuak. Nasib baik ada sorang tu cakap, maybe dah nak bersalin.

Sakit jangan ckp la, plastik sentiasa di tgn aku. Dtg je sakit, mesti nak termuntah. Padahal x de apa2 pun.. Huhu... Plg aku cuak, tiap kl sakit, rs mcm terkencing.

11.15 malam - dtg nurse, dia ckp klu makin sakit, gtau. Aku pun ckp la mmg makin sakit n rs mcm aku terkencing. Dia pun suh masuk bilik rawatan. ngan kain dah basah..Huhu.. Nasib baik dekat je bilik tu ngan bed aku.

Seluk lagi.. dia ckp dah 6cm, panggil doc tuk confirmkan, doc trs suh g LR. Kuar bilik rawatan terus naik katil untuk ke LR. Brg2 kat bed aku pun nurse yg amikkan. Masa atas katil tu lagi byk air kuar. Sementara tunggu ditolak ke LR, sempat la aku cal abg suh dtg. Diaorg ckp tu bknn air kencing, tp air ketuban aku dah pecah.. Mana la aku tau. Biasa aku bc, siap ada bunyi pop la.. Tp aku ni, dia kuar ms tiap kl contraction. Kain aku mmg dah basah hbs. Paling byk kuar, dalam lif.. lencun giler kain yg aku pakai..

11.30 malam - masuk LR. dah la bilik paling hujung, sejuk giler lak tue.. Ada la sister datang prepare brg2. Masa tu aku mmg x thn dah. Rasa nak meneran time tu jgk. Tp sister tu thn. Kan rabak lak dia ckp. huhu... Doc masuk check, dia ckp br 6, aku berdoa byk2 supaya percepatkan bukaan. Minyak selusuh lak dalam ward.. Mmg terlupa giler..

Nasib baik abg sempat msk LR. Masa aku sakit giler2 tula doc nak cr line tuk msk drip. Byk kl gak la aku suh dia stop.. Sorry doc.. Lepas drip, makin sakit.. Sister tu ckp dia x gunting.. Bila aku ckp dh x thn n rs nk meneran, dia suh teran.

Mula2 tu 2 org je. Doc belah kiri, sister belah kanan. Abg lak kat kepala aku. Sedaya upaya gakla aku push... Kepala bb still in out.. Datang sorang lg sister, ditekan2nyer perut aku, dia tolak kebawah.. Tepat kul 12.32 pagi, 9 Nov 2010, dgr la bb nangis.. Lega giler2.. Time dia letak atas dada.. SUbhanallah.. Tak terkata apa..

Ajwad kuar2 je nangis, tak cam Ahnaf, dia kuar bersin.. Hihi.. Lepas abg azan, sister bwk bb kuar.. Time tuk kerjakan aku lak. Lepas je uri kuar, aku kena jahit, sebb terkoyak.. Dalam 3 lapisan la. Kali ni aku dapt dua bius, satu inject kat bawah, satu lg sedut gas, tp cam x de gas je.. Huh..

Siap sume, dorang bwkkan Ajwad tu breastfeed. Lama gakla kitaorg duk dalam LR tu, dah la sejuk giler. Kul 3 br dorang bwk g ward. Abg tgg kat luar. Tq so much cayang!!!! Bila aku dah siap msk ward br abg blk. Dah la bed belakang lak.

Bila hbs je bius, Ya Ampun, sakit giler... Duduk serba x kena, tp nasib baik Ajwad tdo je.. x bgn nyusu lgsg. Leh la aku rest... Esoknyer mmg aku duk static je. Sampaikan kena makan ubat thn sakit.

Apapun, Alhamdulillah, semalam je aku duk hospital. Aku discharged petang sabtu, tupun sebb Ajwad lmbt berak n kencing. Masa nk blk, siap doc bekalkan ponstan.. Sakit koyak lg sakit dr digunting. Kalau tau dr awal, aku lebih rela digunting..

Begitula kisah kelahiran putera ke-2ku....



Nama : Ajwad
Berat : 3.36 Kg

" Semoga Ajwad menjadi anak yang soleh "








Thursday, October 7, 2010

~ Nak Facial Free x?? ~

Salam olls...

Sapa nak wat facial free ??? Sila angkat kaki... Hihi...
Pernah dgr sal Cres Wellness x? Act, last week, aku dapat cal dari Cres, dia offer 1 sesi free tuk facial. Mula2 aku blur gak.. Tp bila recall balik, br ingt, hr tu masa jalan kat blog VP, aku ada click website Cres ni n submit form tuk dapatkan free facial.

Dalam pada fkr punya fkr, aku pun trs set appointment Isnin lepas. Nasib baik outlet kat Metro Prima Kepong je, x yah la nak g jauh2. So, time lunch tu, aku g survey dulu tempat dia ngan opismate. Sebbnya appointment aku kul 5.30 ptg. Takut lambat lak.

Before pergi, aku dah kuatkan azam. Tak mo terpedaya dengan segala macam hasutan. haha.. Dulu, aku pernah terpedaya wooo ngan New York. Konon2 free facial, mmg r free facial, pastu dia suh amik package lak sekali. Aku lak bila dgr dia ckp kulit aku bermasalah la, apa la, konon2 ms tu fkr nak lawa je.. Terus la amik package tue. Melayang la.. Tp okla, dapat 10 sesi. Cumanya, jauh la. Kat MV tue. Kesan dia nak ckp nampak sgt tu, x de la sgt kot. Sebabnya aku just pakai cleanser dia je.. Yang lain x pakai pun.. Hihi

Ok, berbalik pada Cres td, lepas je hbs opis. Terus g sana. Ngam2 je 5.30.. Sampai2 je, dia bg form suh kita isi. Kiranya maklumat diri, product apa kita pakai, kesihatan, alergi n mcm2 la. Sambil2 tu dia bg la segelas air suam. Kat cni x de scan kulit. Masa New York dulu, dia akan scan dulu tuk tgk masalah kulit kita. Tp consultant Cres ni ckp, kulit aku mmg kering. Nak2 time peknen.

Lepas dh siap isi form, dia bwk ke bilik facial. Nak amik gambo, tp segan coz beautician dia akan ikut je kita.. Tp dianyer environment mmg mendamaikan betul... Tuk free facial ni, aku dapat . Aeroless Lymphatic Detox Therapy. Tuk buang dead cell and realxation... Mmg btl2 relax..

Masa facial tue, fullamak.. hilang segala macam stress.. Sebb dia ada shoulder & head massage sekali. Siap tertdo lagi ms pakai mask.. Hihi.. Ntah berdengkur ke x.. x pasti.. Apa2pun, mmg besh sgt2..

Sedar2 dia ckp nk cuci mask. Lepas dah settle sume tu, dia wat lak massage sampai ke belakang. Lepas tu br jumpa consultant balik. Memang ada beza la dgn sebelum ni. Aku paling suka ms dia pakai vacuum tuk dead cell, sekali ngan firm kan muka kita. X rugi try, nama pun free kan. Cumanye, lepas tu, mcm2 la dia offer, cam aku, dia offer small package RM730, 2x facial, pastu ada tuk massage sekali ngan lepas confinement sekali. Iman aku masih kuat.. ekeke, aku just beli toner je. Tu pun sebb aku ni jenis malas nak pakai toner yg melibatkan kapas. Yang ni jenis spray, so, sonang baitu. Oh ya, dorang pakai produk Cellnique.

Gambar adala aku snap 2,3 je.. Masuk toilet pun, dia akan tunggu tau. Dianyer layanan memang bagus, cuma kadang2 merimaskan.. Hihihi.. Pic will upload later coz cabel x bwk lak.

Sapa2 nak try facial di Cres, leh click cni

http://www.techmondo.org/clients/cres/

n leh gak like facebook dorang

http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/Cres-Wellness/60419359320?__a=7&

klu sapa2 x nak wat facial free, leh je try 1st trial promotion diaorg.. Leh check promotion tu kat website dorang... Selamat berfacial !!!!



Monday, October 4, 2010

~ Check up 35, 37 & 38 weeks ~

Salam olls...

Rasa2nya dah habis kot entry raya... hahaha, amik ko.. sekali setahun nyer penangan.. Ada 6 part lg tue.. Ni tgl lg seminggu bulan syawal kan. So, agak2 nyer dh x de kot open house yg perlu di terjah.

Kali ni n3 sal checkup baby lak. Sian bb, hihi...

Alhamdulillah, saat entry ini ditulis, usia kandunganku dah pun masuk 38 weeks.. X lama je lg tue..Harap2 bb kuar time ibu dah settle last presentation yer.. date cantik tue.. 10/10/2010 @ 20/10/2010.. Excited nk pegang bb kecik lagi. Tp dalam ms yg sama, berdebar gak. nervous nk bersalin + exam. kuang kuang kuang ....

Ok la, entry ni sekali harung tuk 2 kl check up yg lepas yo... Jimat masa.. Ekeke

Check up 35 weeks :

BP : 100/60
KG : 61 kg
urine all clear

Check up 37 weeks :

BP :110/70
KG : 62.5 kg
urine all clear


Check up 38 weeks :

BP : 126/80
KG : 63.5 kg
urine all clear

Kedudukan bb pun dah menghala ke bawah cuma lum engaged.. Ada gak try tny doc, ada harapan x bb nk kuar awal. Doc ckp just wait n see.. Huhu..

Keadaan fizikal ku saat ini :

1) Kadang2 diserang sakit belakang yg teruk.. Macam dicucuk..paling x thn dia nyer menyucuk sampai ke leher... huhu
2) V area mmg dah rs ngilu2.. Nak2 bila nak bgn dr baring
3) klu panjat tgg umh tu, mmg 2,3 kl gak la stop, amik nafas dulu...
4) kaki nak kata bengkak, x de la sangat, cumanyer, tiap2 malam mesti cramp
5) klu dah baring tu rs sorga sgt2.. x mo dh bgn2 sebb seksa time nak bangun


Keadaan bb :

1) sekarang ni suka aktif time malam2 lak.. nak2 time ibu nak tdo, time tu la nak bergerak2.. jgn dh kuar nnt dia ajak berjaga malam udah ler
2) kedudukan mmg dh kebawah, so, doc ckp tunggu tanda je
3) pergerakan walaupun x de selincah dulu, tp selalu tb2 terbonjol lutut @ siku kat perut ibu..
4) alhamdulillah, heart beat sume ok..

Keadaan abg bb ( AHNAF ):

1) Makin ibu sarat, makin menguji ibu
2) Kadang2 ibu nampak Ahnaf matang sgt, pantang ibu bunyi sakit ckit, mesti dia dtg " Ibu akit?" pastu dia pegang perut, "Adik, ibu akit... " touching la plak..
3) Malam2 nk tdo, cium perut ibu n ckp, "semekom adik"
4) Makin manja ngan ibu, semua benda nak ibu watkan..
5) Malam2 nak kena hug, sejuk tp x mo selimut.
6) makin kuat merajuk! Tinggi sore ckit, mengalir air mata...
7) Kadang2 tgn ibu terlepas gak.. tp lepas tu, ibu sama2 mengalir air mata.. huhu

*** Kalau lum meletop lg, next week ada check up lg..

~ Aidilfitri 2010 - part 6 ~

Salam ollss...

Adoi la.. Belum habis2 lg cerita raya... Hihi.. So, before Syawal habis, better habiskan dulu bab ni.. Layan jela yer.. Sapa2 yg dah boring membaca tu, x yah baca. Tak de sapa suh baca pun.. Blog ni kan ikut hati aku la nak cite sal apa.. Ada aku kesah ko nak baca ke tak???

Ok, kali ni cite sal small openhouse. Bukan open house sgt pun. Kebetulan Ahad tu abg ada ride raya ngan gang2 forum motor dia. Kiranya diaorg g beraya dari satu umh ke satu umah la. Mula2 abg ckp x yah prepare apa2 sebb abg tau aku kan x larat. Tp cam x adil lak kan? So, aku just masak bihun goreng je. Tak de la ssh sgt kan.

Pagi Ahad tue, before abg kuar, dia angkat brg2 berat masuk bilik. So, aku just sapu, vacuum + mop lantai jela.. Siap kemas umah, kuar beli brg2 ngan Ahnaf. Adoi, menguji kesabaran tau. Berlari sana-sini, pastu tau lak menjerit pgl bila dah x nmpk.. Huhu.. Balik umah, prepare bhn2 masak. Ikutkan cakap abg, turn umah kitaorg dlm kul 1 lebih. So, aku terus masak. Tak pela masak awal, nnt panaskan je. Last2 tunggu nyer tunggu, kul 3 br sampai.

Adala dalam 10 org gang2 abang. Alhamdulillah, licin bihun goreng aku. Alang2 dah ada org dtg, aku suh abg cal bbstr Ahnaf n jiran2 suh dtg malam tue. Senang, sekali harung. Yela, nnt dorang dtg beraya gak kan. Menu tuk malam, menu yg sama. Hahaha.. Malas nak cr menu lain la. Bihun goreng paling senang. Lepas je gang2 abg balik. Kemas umah tuk session 2 lak. Bhn2 mmg dah prepare awal..So, senang la, nnt tgg masuk bihun je.

Tiba2 kul 7 anak bbstr Ahnaf lak dtg umah, cakap ayah ajak g umah 7.45.. Lepa maghrib siap2, terus g umah bbstr Ahanf, before tu, settle kat umah dulu. Yela, for sure lepas sana, sume serbu sini lak, untuk mudahkan keadaan, better prepare awal2..

Act, last week ada undangan dr bbstr Ahnaf gak. Maybe x jadi kot.. sebb tu dia wat malam tu gak. Siap2 makan umh bbstr Ahnaf, kitaorg blah dulu. Sempat panaskan bihun jap. Lepas dorang serbu umah, barula lega. Berakhirnya episod 'open house'.. haha. nasib baik pinggan + gelas polisterin. X yah ssh nak basuh. Air pun segera mari..

Ahnaf lak faham2 jela.. mentang2 ada org..Dia pun sama sibuk angkat ais.. Huhu.. Sudahnyer malam tue, kong kong kong...






Thursday, September 30, 2010

~ Aidilfitri 2010 - part 5 ~



Salam...

Selasa, Rabu keje, Khamis cuti, Jumaat keje.. Huhu.. Penatkan? Kalau la leh cuti seminggu direct... Memang sorga.. Tapi nak wat camne.. cuti x de.. terpaksa la camtu.. So, Jumaat lepas keje, sambung balik aktiviti beraya.. haha.. Lum habis tau.. ngan family mertua pun lum beraya lagi. So, lepas je keje Jumaat tu, pack2 barang, terus gerak balik umah PIL kat Seri Putra. Sebelum tu singgah Salak Tinggi dulu coz makcik abg wat open house. Kitaorg adalah tetamu terawal yg sampai.

Sementara tunggu family member yg lain datang, kitaorg lepak kat luar dulu. Sebabnya kat dalam dah penuh ngan kawan2 makcik n pakcik abg. Ahnaf lak nampk je raket, terus excited.. x padan ngan berbaju melayu bersampin lagi.

Dalam kul 9 lebih barula PIL sampai, uncle abg sampai. Bila dah family membe berkumpul, macam2 cerita yg dibincangkan.. Topic utama semestinya pasal pembunuhan Sosilawati.
Malam tu lepak sampai kul 1 pagi. Budak2 pun dah menguap.. nak wat camne.. tuan umah yg x kasi balik awal2..

Last2 sampai umah PIL dekat kul 2, lap2 bdn yg melekit ckit, tuko baju, terus bum.... Pagi esok lepas subuh, msg2 pengsan balik. Kul 9 bgn, abg g beli roti canai. Maid mil balik cuti kat Indon lak..

Tengah hari, Along ajak dtg raya umah dia. Mula2 sume nak g, last2 kami bertiga + adik ipar sorang je g sebabnya adik ipar lg sorang br bgn n ada org dtg repair aircond. Melantak bihun sup lagi umah Along. Siap tambah2 lagi tue. Mula2 nak gerak awal sebbnya dorang nak kuar g Seremban. Last2 dorang yg x kasi gerak awal. Lepas melantak bihun sup, melantak lak kuih raya yg super duper besh..

Lepas tu gerak balik umah PIL balik coz nak g Alamanda tuk celebrate besday adik ipar. Tengah siap2 nak kuar, jiran depan umah datang. Alang2 tu tunggu jela lepas maghrib. Before g Alamanda, g makan dulu kat Tasik Idaman, Bangi. Masa sampai tue, hujan lak, nasib baik x lebat. Disebabkan kitaorg terawal, x sempat la tgk sesi karaoke.

Bila dah perut kenyang.. terus g Alamanda.. Bukan nak wat pe pun.. Besday boy nak g karaoke. So, layan jela. Nasib baik bilik senang dapat. Yang nyanyinyer 3 org jer.. Abg, adik ipar n papa. Aku, mama n hakim layan je. Ahnaf lak sibuk nak rampas mic org..

Lepas karok, terus balik umah. Esoknyer, abg ada program raya ngan kawan2 dia..

~ lepas makan.. sempat amik gambo kat port karaoke Tasik Idaman ~

~ Aksi2 Ahnaf time karok... ~