Showing posts with label peraduan. Show all posts
Showing posts with label peraduan. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

jom teka dan menangi sebiji pinggan coca cola

Bagi memeriahkan lagi trade fair yang akan berlangsung pada minggu ini 08.08.2010, blog En Mat akan menghadiahkan sebijik pinggan kepada sesiapa yang dapat meneka dengan tepat berdasarkan soalan yang diberikan:-

SOALANNYA MUDAH SAHAJA:-

diatas apakah tulisan Ice Cold ini di cetak.

Contoh jawapan yang diterima: dicetak di peti ais, dicetak atas basikal (ini bukan jawapan sebenar).
Jawapan seperti : dicetak diatas besi /zink akan ditolak.


Hadiah Utama : Sebiji pinggan putih Coca Cola ,akan menjadi milik anda jika berjaya menjawab dengan tepat dan sekiranya tiada yang menjawab dengan tepat jawapan yang hampir tepat akan berjaya mendapatkan pinggan tersebut.




Peraduan ini akan berakhir pada hari sabtu jam 12.00 tengahari 07.08.2010. hadiah boleh dituntut semasa trade fair pada 08.08.2010, dan bagi yang jauh akan di poskan secara percuma. Peraduan ini terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja. Semua jawapan hendaklah diberikan di dalam ruangan comment (jawapan melalui chat box akan dibatalkan). Cepat, siapa yang dapat jawab dengan tepat dan cepat akan menjadi pemenangnya.


Seorang bloggers layak meneka sekali sahaja , kasi can la orang juga ye....
gambar & jawapan kepada soalan-baldi besi

tahniah kepada UJIE dan hadiah telah dituntut semasa trade fair pada 08.08.2010

Tuesday, July 14, 2009

BARCELONA 1992

RAIKAN SEMANGAT SUKAN OLIMPIK BARCELONA 1992












1. Macamana aku boleh nak bercerita tentang peraduan Barcelona 1992 nie. Semalam kat pejabat, aku terima surat dari Chua , kat dalam tu dia hantar label pet botttle 1.5 ml tahun 2001-2002 pelbagai peraduan dan aku terfikir dgn pelbagai peraduan yg coca cola adakan sekarang (tahun 2009) boleh kata tiap-tiap bulan , so aku rasa baik aku buat cerita pasal peraduan coca cola old skool yg pernah coca cola malaysia adakan, so aku pun teringat lah yg aku ada simpan satu poster peraduan barcelona 92 old skool, buat share dgn korang. Tapi kalau korang ada info peraduan coca cola malaysia tahun sebelumnya bagitau le aku, macam LA Olimpik 1984, Seoul Olimpik 1988 atau Piala Dunia Italia 1990.

Pelbagai label Pet Bottle 1.5 ml peraduan pada tahun 2001-2002 yg chua poskan kat aku - woiiii chua nie berapa aku nak kena bayar nie....he he he harga cincai cincai dah le....




























































2. Poster Peraduan Coca Cola barcelona 1992. Dah 17 tahun wooo....












3. Diumumkan hadiah tempat pertama - suzuki grand vitara. Waktu tu siapa le yang menang gamaknye...











4. Hadiah tempat kedua - suzuki v100 scooter. PAKCIK MENANG MOTORRRR...











5. Hadiah ketiga - 20 basikal boleh lipat. Nie kena rujuk kat bloggers basikal tua nie, kot diorang boleh carikan basikal nie lagi.











6. Hadiah saguhati - 1000 x jam tangan coke/olimpik. ha ha ha , jam ni pernah nampak kat dalam Mudah.my tapi harga dia ... pergh ...5 star.. tak silap heeping chua seller die kot...












7. Nie cara-cara nak menyertai peraduan tu. Dari cap liner coke & sprite, kedai yg mengambil bhg aje dan last sekali dari label pet bottle 1.25 L atau 2 liter shj.












8. Cara nak membeli baju coke dan beg coke barcelona 1992.