Cerita 1
Pada awal Jun hingga akhir Julai 09, company air minuman A, ni ada menawarkan 2000 dulang tin , utk satu peraduan, yang tiada diketahui macamana rupabentuk dulang tersebut , waima bulat ke , bujur ke, petak ke, lonjong ke …dan ianya menjadi teka –teki kepada para pengumpul barangan ni, termasuk akulah tu.
Nak dijadikan cerita, pada satu malam di bulan Julai, semasa kami sedang minum di kedai mamak di kawasan The Mines (dekat rumah Dato Chua), beliau telah tunjukkan gambar perempuan memegang air minuman yg di print atas dulang…katanya keluaran syarikat air minuman syarikat A tersebut. Pada masa tu kami tak tahu apa tujuan, sebab musabab, asal usul serta sejarahnya.
Setelah gambar didalam handphone tadi di close up dan di zoom kan maka terpaculah gambar pompuan seksi, tiada lah pula kelihatan tulisan melayu atau apa-apapun yg boleh dikaitkan dgn tanah melayu atau semenanjung malaysia di dulang tersebut, melainkan yg kami boleh sahkan ianya adalah kemungkinan keluaran luar negara dan utk pasaran disana. Eropah macam bunyinya... Maka tiadalah STIM dan tiada lah dimabil PORT (diambil pusing) oleh kami pengumpul barangan malaysia, kerana seperti melihat dulang eropah lainnya, berlambak di pasaran. Jadi cerita tentang Dulang ni di kafankan…AMIN..Cerita 2
Tiba –tiba sekitar bulan ogos 09, sebelum Bro Nazrin a.k.a cokecollector, a.k.a. Bro Big Coke, berangkat ke Brunei dan masih belum balik-balik lagi sampai sekarang…Dis 09, aku dikejutkan oleh dato chua, ‘dulang ada list sana mudah, seller kat Penang’. Apalagi setelah menghubungi seller jawapan standard diterima , sudah SOLD OUT… Yang aku nak tergelak, masa seller tu mula mula list harga murah, bawah 50, katanya dah sold out tapi dia list balik (change price) lebih 50, pun sold out jugak.. Arghh tak pe kata aku, seller nak muck up harga. Kalau ada luck tak kemana. Waktu ni aku punya tahap STIM untuk memburu dulang nie, tak naik mencanak lagi, pasal story sebenar dulang nie masih kabur…
Lama lepas tu , gamaknya adalah lebih kurang sebulan , kisah pencarian dulang ni terhenti, terima lagi lagi panggilan dari Dato Chua, Dulang ni list balik dari kat Mudah, Dato Chua telah berjaya membelinya dari satu seller di Kajang (sangat murah..untung la hang Dato Chua). Setelah di interview seller ni mengakui Dulang nie beliau dapat dari Peraduan yg dianjurkan oleh syarikat minuman A tersebut. Pada masa ni aku pun ada gak menghubungi seller ni kot-kot beliau ada extra, jawapan diterima ..HAMPA dan HAMPAS…Tiada xtra..melepas la lagi …macam lagu S.M.Salim .
Setelah mendapat kisah sebenar mengatakan dulang ini adalah utk pasaran Malaysia, maka tetiba keghairahan aku mencanak naik tahap 100 darjah, terus masuk gear 5 dan aku isytiharkan mulai dari saaat nie PEMBURUAN aku pun bermula… tetapi ,hari hari bertukar minggu , minggu minggu bertukar bulan tapi sebelum sempat bulan bertukar tahun, akhirnya hari ini 29/11/2009 setelah berpurnama aku memburunya tanpa henti, berjaya juga aku menjejakinya dan mendapatnya dari seller di Amcorp Mall. Maka habislah duit dan habislah air liur semasa proses tawar menawar dilakukan. Pinjam kata KING Daud ‘kena KITAI’ gak aku ….
Cerita 3
Mr Lee seller dulang tersebut, menyatakan dulang ni beliau dapati dari satu promosi Brrrrr di Bangsar minggu lepas. APA?????????
Apa yg menjadi kemuskilan aku , nak dijadikan cerita aku ada jugak meng SMS peraduan tersebut dgn harapan dapat salah satu dari 3 hadiah yg ditawarkan tak dapat baucar, dapat dulang atau alas pemegang peti ais waima RM100,000 pun ok lah… tapi sampai hari ni satu habuk hadiah pun tak nampak…jadi apa di tunggu lagi, Dulang dah di depan mata, sambar jelah, pasni boleh tidur lena, dato Chua ada cakap ini malam boleh tidur sama amoi lor..
Kepada pemburu yg lainnya selamat berburu….
SEKIAN