Ashraf Azman

Perkongsian Hadis
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”

Kisah Abang dengan Adik Bahagian 1

November 26, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Daripada Miqdam bin Ma’di Kariba r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

“Apabila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya.”

Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi

Penulis merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik-beradik.

“Oh, mesti anak manja ni..”

Cuba kita buka kotak minda, anak mana yang tidak mahu bermanja dengan ibu bapa mereka? Tidak sayangkah kita kepada ibu bapa kita? Atau kita terlalu ego lantas malu untuk menunjukkan rasa kasih? Mengaku sajalah. Hidup yang serba lengkap dengan gadjet-gadjet duniawi yang kita jalani ini semuanya kerana manjanya kita kepada orang tua kita. Kita semua manja. J

Entri kali ini adalah sekadar perkongsian penulis mengenai cerita hubungan antara seorang abang dengan adik.



Penulis ada seorang abang, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Nama panggilannya di rumah ialah Abg Boy. Nama sebenarnya Ahmad Firdaus. Hairan juga macam mana nama panggilan itu boleh timbul. Penulis sendiri tak tahu setinggi mana sebenarnya tahap ‘kerapatan’ kami. Amat jarang sekali untuk kami berbual bersama, bahkan boleh dikira dengan jari berapa kerap situasi itu berlaku dalam setahun. Setiap hari, apa yang diucapkan hanyalah ayat-ayat suruhan dan perkara-perkara yang penting. Ops, tapi jangan salah sangka. Abg boy tetap orang yang baik J

Ayat biasa Abg boy kepada penulis:

“Kim*, tolong angkat kain. Dah nak hujan tu.”

“Kim, tolong kemas dapur. Bersepahlah.”

“Kim, pinjam laptop.”

*Nama panggilan penulis di rumah: “akim”


Ayat biasa penulis kepada abg boy:

“Abg boy, talipon!”

“Abg boy, akim nak kluar jap.”

“Abg boy, mama suruh (apa-apalah)…”


Itulah antara ayat-ayat biasa antara kami. Amat susah untuk dengar ayat-ayat mesra diluahkan kepada satu sama lain, apatah lagi gurau senda atau lawak antarabangsa. Bosan kan? Kadang-kala, cemburu juga bila melihat hubungan abang dengan adik lelaki orang lain begitu mesra. Minat dan hobi mampu dikongsi dan dilakukan bersama. Apa pun, bukan kami pinta hubungan sebegini. Buat pengetahuan pembaca, faktor utama situasi ini timbul adalah kerana perasaan takut dan hormat oleh penulis sendiri terhadap dia, sebab abg boy seorang yang sangat GARANG.

Nak tau garang macam mana? Nantikan bahagian 2.

BERSAMBUNG…J

Awak Delete Saya?

November 20, 2010


Assalamualaikum w.b.t.
Bacalah dengan nama tuhanmu, Maha Suci Allah, tuhan sekalian alam yang menjadi miliknya segala yang di langit dan di bumi. Alhamdulillahi rabbil alamin.
Tajuk yang signifikan bukan? Rasanya majoriti daripada anda tahu apa yang ingin penulis rungkaikan dalam entri kali ini. Bagi yang belum dapat ‘tangkap’ tidak mengapa, jangan gusar.  Hal ini bukanlah satu perkara yang anda wajib tahu. Cuma kebelakangan ini situasi yang kononnya dianggap musibah ini tiba-tiba diperbesarkan, jadi penulis rasa terpanggil untuk menjelaskannya. Walaupun hanya dari perspektif diri, penulis harap entri kali ini dapat menerangi pandangan-pandangan gelap sesetengah pihak.
Di“delete” oleh seorang sahabat dalam facebook
Penulis tahu, sedih, pilu, kecewa, gusar dan seangkatan dengannya terasa dalam sanubari bila sahabat kita lakukan sedemikian. Manakan tidak, ribut petir tiada, halilintar pun tiada, kenapa tiba-tiba kita di-delete? Entah apa salah diri ini ya. Beribu-ribu persoalan menjengah diri tatkala seorang sahabat tiba-tiba buat macam tu (di facebook).

Husnul Dzon (bersangka baik)
Wops! Jangan terus lompat ke konklusi, atau dalam bahasa inggerisnya, ‘jump into conclusion’. Seorang khalifah Allah (kitalah, siapa lagi) tidak seharusnya menilai perbuatan seseorang mengikut hawa nafsu, kerana selalunya keputusan yang dicapai seringkali dipengaruhi oleh perasaan berkecamuk atau marah. Bersangka baiklah, dan siasat jika anda ‘anxious’ sangat. Jagalah ikatan persahabatan yang Allah kurniakan. Bersyukurlah kerana masih ada manusia yang ingin berkawan dengan kita. Kenapa mesti kita rapuhkan dan keruhkannya dengan mempercayai tipu helah syaitan yang lemah itu? Anda lebih percaya syaitan daripada sahabat sendiri?

“Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga”
Nauzubillah min zalik.

Berbalik kepada situasi kita..
Perspektif penulis sebagai seorang sahabat lelaki
Bukan sekali dua perkara ini berlaku kepada penulis. Bahkan banyak sangat kalinya. Pada mulanya, memang sukar untuk penulis faham motif mereka yang main delete-delete ini. Makan tak kenyang, tidur tak lena memikirkan apa khilaf diri. Tapi sekarang tidak, sebab penulis ada perspektif tersendiri dalam hal ini.

Besar sangatkah halnya kalau seorang muslimah delete kita di facebook?
Hinakah kaum kita bila seorang muslimah delete kita di facebook?
Rugi besarkah kaum kita bila seorang muslimah delete kita facebook?
Bagi penulis, TIDAK to the power of 3.

Pernahkah kita terfikir yang kita sebenarnya tiada hak  walau untuk berkata-kata pun kepada seorang wanita?
Hatta, pernahkah kita menghormati hak mereka sebagai seorang muslimah?

Silap besarlah kita kalau muslimah itu yang kita salahkan. Mereka bukan hak kita! (dan begitulah sebaliknya). Jangan dipersoalkan “mengapa” apabila seorang muslimah yang dulunya mesra menyabung comment di facebook kita kini sudah remove kita. Fikirkanlah, mungkin sudah sampai hidayah Allah kepadanya agar dia mula menyekat pergaulannya dengan kaum bertentangan.
Dalam hal ini, lebih rasional sekiranya kita bersyukur atas rahmat yang Allah beri kepada sahabat kita, daripada mencaci serta menghina apa yang telah dilakukannya. Mahukah kita melihat sahabat yang disayangi terus-menerus terjerumus dalam pergaulan bebas? Cerminlah diri sendiri, keimanannya sudah melangkah ke tahap yang lebih tinggi. Kita, bila lagi? Memang tidak dinafikan hidayah itu milik Allah. Namun jangan jadikannya sebagai alasan bahawa masih belum tiba hidayahNya untuk kita.KITA SENDIRI YANG PERLU BERUSAHA DALAM MENCARI SINAR HIDAYAHNYA.
Ya, Allah mencipta kita agar kita saling kenal-mengenal dalam surah Al-Hujuraat, ayat 13. Namun, ingatlah bahawa niat tidak pernah menghalalkan cara. Taaruf itu sendiri pun ada batasannya. Bersama kita ingat bahawa jangan sewenang-wenangnya membenci orang yang berniat baik.
Ingatlah, kita tiada ikatan dengan mereka dan begitu juga sebaliknya. Jangan samakan hal ini seperti seorang isteri yang bercerai dengan bekas suaminya. Itu dah ke laut.
Sesungguhnya Allah merahmati manusia yang menjaga batas-batas pergaulannya dengan manusia lain. Apatah lagi antara lelaki dan perempuan.

Sekadar perkongsian.
Ashraf Azman

Warkah Buat Muslimah

November 16, 2010

Assalamualaikum

Alhamdulillah, jom! kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas segala-segalanya.  Terlampau banyak nikmat yang telah diberiNya, baik yang kita minta mahupun tidak. Sesungguhnya, hanya Dia  Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi Maha Kekal.

Coretan buat kaum hawa.


Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:

”Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.”


Wahai Muslimah,
Ciptaan Allah khas buat hamba-hamba lelakiNya. Penuh dengan kelembutan, keindahan, keayuan, dan yang paling utama, memberikan kebahagiaan kepada setiap insan yang bergelar lelaki. Kehadiranmu di muka bumi ini benar-benar mengindahkan lagi ciptaan Ilahi yang sememangnya tiada cacat-celanya ini. Bertuahnya lelaki kerana dipasangkan dengan sebaik-baik kejadian ini.

Tapi...

Wahai Muslimah,
Auratmu dicipta bukanlah untuk menjadi tatapan dan sajian orang ramai. Simpan, dan tutuplah dengan baik perhiasan diri dan lirik suara yang merdu itu. Mudah bukan? Aku pasti, tiada seorang pun daripada kaummu yang mahu sebarang pandangan liar mengekori setiap langkahmu. Oleh itu, jangan sekali-kali menzalimi diri sendiri dengan membiarkan insan selain suami menikmati keindahan yang Allah kurniakan kepada dirimu.

Aurat bukanlah isu kejujuran mahupun hipokrit. Aurat itu isu akidah. Baik atau tidak perangai seseorang itu adalah topik yang berbeza. Jika tertutup auratnya, maka terlepaslah dia daripada dosa.

Arahan menutupnya termaktub dalam Al-Quran, surah An-Nur, ayat 31:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumur (kain penutup kepala)nya ke dadanya”

Benarkah dikau betul-betul  jadikannya sebagai panduan hidup? Atau sekadar perhiasan kata semata-mata?


Wahai Muslimah,
Allah tidak menilai sedikit pun jerawat, calar mahupun parut ditubuhmu di akhirat kelak, melainkan setiap amal kebaikan dan kebajikan yang engkau lakukan sewaktu hidupmu dimuka bumi ini.

Kejelitaan adalah hak milik setiap insan

Jadilah engkau orang yang jelita jiwa dan akhlaknya. Kita hamba yang fakir lagi miskin. Tiada apa pun di langit dan di bumi ini yang akan kekal selain Allah. Lambat-laun segalanya akan dikembalikan jua kepada pemilik sebenar semua ini.

Jagalah hubunganmu dengan tuhanmu, nescaya Allah akan menjagamu.

Wahai Muslimah,
Jagalah tutur katamu. Rendahkan suaramu dan ucaplah perkataan yang manis serta sopan. (Ops, tapi bukan kepada lelaki ajnabi) Jangan dibualkan perkara sia-sia yang hanya akan menarik diri ke lembah neraka. Apa faedahnya mulut yang ‘non-stop’ berkata-kata? Apa yang banyak sangat untuk diperkatakan?

Ingatlah, segala yang kita ungkapkan mahupun kita coretkan, segalanya bakal mendatangi kita kembali di akhirat kelak. Pertanyaan demi pertanyaan bakal dihadapkan oleh tuhan sekalian alam. Jika buruk perkataan kita itu, mampukah kita menahan azab yang dijanjikanNya nanti?

Wahai Muslimah,
Usah dikau terkial-kial mencari teman hidupmu. Rancangan Allah adalah rancangan yang Maha Agung, jangan sekali-kali meragui rezekiNya. Apa yang insan bernama kekasih mampu berikan kepadamu? Kalau setakat mendapat panggilan-panggilan manis, menjadi insan pelepas pelukan rindu dan masalah kewangan.. Hentikanlah. Perlakuanmu itu hanya mengundang dosa dan kemarahan tuhan Yang Maha Memberi, jadi mengapa perlu engkau mengulangi malah mempromosikannya lagi?

“In a relationship with …”

Segalanya di facebook.

Apa semua ni? Kawallah pergaulanmu. Malu itu mahkota iman. Jika hilangnya rasa malumu kepada Allah, maka hilanglah imanmu terhadapNya.


Salam.
Ashraf Azman

CINTA.. Siapa Lebih Tahu Nilainya?

July 3, 2010

Salam.


Syukur.Syukur.Syukur.
Alhamdulillah, kebelakangan ni mncurah-curah pulak semangat untuk update blog. Semuanya atas izin Maha Pencipta. Sementara ilham dan ilmu yang diperoleh ini masih segar dalam ingatan, lebih baik diluahkan dan dikongsi, kan? Tiada manfaatnya untuk kita kedekut2. Bukan kita punya pun.. smua milikNya. Sedarlah, kita sebenarnya hamba yang amat miskin, segala yang kita miliki semuanya pinjaman semata-mata.

Apa lagi? Jom bersyukur!




CINTA
Secara jujurnya, penulis bukanlah jenis orang yang berkobar-kobar atau minat sangat dalam hal macam ni. Dulu adalah, tapi cinta monyet (dasar kanak-kanak..huhu, kesal betul). Walaupun banyak kali rakan2 suggest, tengok cerita-cerita macam Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih,  etc (semua yang cinta2 lah), novel kisah2 CINTA, buatlah macam mana pun, percikan perasaan minat pada CINTA sedikit pun tidak muncul menyergah jiwa. Malah perbualan yang berkisarkan CINTA pun jarang2 sekali dapat menarik minat hati ni. Kalau ada pun, yang memang menariklah.  Mungkin itu petanda dari Ilahi bahawa diri ini masih belum bersedia untuk semua ni. Alhamdulillah, kurang satu gangguan atau 'distraction' dalam pembelajaran. yeay!

Banyak kali penulis mengingatkan diri;


"Cinta pada Ilahi & RasulNya belum kukuh pun lagi. Macam mana nak bercinta sampai ke syurga kalau macam tu?"




InsyaAllah, mungkin satu hari nanti terbukalah pintu hati penulis untuk semua ni.  Doakan ye :P 

Baru-baru ni ada terbaca kisah pendek yang menarik mengenai siapa yang lebih tahu nilai CINTA yang sebenar. Kebetulan ramai sahabat-sahabat penulis yang ghairah (wahaha word choice yang amat pedas) dengan soal CINTA , jadi rasanya tak salah jika cerita ni dikongsi. Enjoy!


Alkisah di sebuah pulau kecil, tinggallah berbagai macam hidupan abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.





Mereka hidup mesra,  berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu hari, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan hampir menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau pun cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.




CINTA jadi bingung dan cuak sebab dia tak pandai berenang dan tak mempunyai perahu. Dia berdiri di tepi pantai cuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong saya!" teriak CINTA.

Lalu KEKAYAAN jawab;
"Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN.



"Perahu saya dah penuh dengan harta benda saya. Kalau saya bawa awak bersama, nanti perahu ini tenggelam. Lagipun sudah tak ada tempat lagi untuk awak duduk di perahu saya ini.

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA.



* * *
*SELINGAN PERINGATAN: KEKAYAAN YANG SEBENAR

Daripada Abu Hurairah r.a.,  Rasulullah s.a.w pernah bersabda;



"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa"



Riwayat al-Bukhari & Muslim
* * *

CINTA sedih dan  kecewa dengan sikap rakannya, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN dengan perahunya.


"KEGEMBIRAAN! Tolong saya!", teriak CINTA.



Namun, KEGEMBIRAAN yang terlampau gembira atas kejayaannya mendapatkan perahu untuk dirinya  langsung tidak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.

* * *
*SELINGAN PERINGATAN : HARGAI SEGALA NIKMAT ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a.,  Rasulullah s.a.w pernah bersabda;

"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah"

Riwayat Muslim
* * *

Tak lama datang pulak KECANTIKAN dengan perahunya yang cantik bak namanya.



"KECANTIKAN! Bawalah saya bersamamu!", teriak CINTA.

KECANTIKAN melihat CINTA lalu menjawab;

"Wah, CINTA, kamu basah dan kotor! saya tak mahulah bawa awak. Nanti awak kotorkan pulak perahu saya yang indah ini."



* * *
*SELINGAN PERINGATAN : BERWASPADA DARIPADA TERLEKA DENGAN SUATU YANG TIDAK KEKAL

Daripada Abdullah bin al-Syikhir r.a., Nabi s.a.w. bersabda;

"Wahai anak adam! adakah kamu memiliki daripada harta kamu melainkan apa yang engkau makan lalu engkau menghabiskannya, atau engkau memakainya lalu engkau melusuhkannya, atau engkau bersedekah lalu engkau kekalkannya (pada hari pembalasan)"
Riwayat Muslim


* * *

CINTA sedih bila mendengarnya. Kecewa lagi. CINTA mula menangis teresak-esak. "Apa salah saya?, mengapa semua orang melupakan saya?" bentak hatinya.

Pada saat itu tiba-tiba KESEDIHAN lalu dengan perahunya.Lalu CINTA merayu;



 "Oh, KESEDIHAN, bawalah saya bersamamu", kata CINTA.

Lalu KESEDIHAN berkata; 



"Maaf, CINTA. saya sedang bersedih dan saya ingin bsendirian.", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya, dengan sedih.

CINTA dah mula berputus asa. Air semakin naik dan tak lama akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap agar dirinya dapat diselamatkan. Lalu dia berdoa kepada Tuhannya;



"Oh tuhan tolonglah saya, apa akan terjadi kepada dunia tanpa saya, tanpa CINTA?" 


Pada saat genting itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"



CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Dengan segera CINTA naik ke perahu si tua tersebut, tepat sebelum air menenggelamkannya. Apabila sampai di sebuah pulau terdekat, si tua itu menurunkan CINTA dan segera berlalu dari situ tanpa sebarang bicara.





Pada saat itulah baru CINTA sedar bahawa dia langsung tidak kenal siapa si tua baik hati yang menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.



"Oh, orang tua tadi? Dia adalah WAKTU" kata penduduk tua pulau itu.



CINTA berasa pelik lalu bertanya lagi; 

"Tapi, mengapa beliau selamatkan saya? Saya tak kenal pun dia. Bahkan teman2 yang kenal saya pun enggan menolong saya, kenapa dia mahu pula?", tanya CINTA hairan.



"Sebab,"

kata orang itu;

 "hanya WAKTU yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"

Begitulah kisahnya. menarik tak? ahahaha, anda nilailah sendiri.
Sekian sahaja untuk entri kali ini.

SALAM :)
-Ashraf Hakim Dzulkarnain Bin Azman

Piala Dunia atau Piala Akhirat?

July 2, 2010

Salam.

Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu bersabda:

"Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan"

Riwayat al-Bukhari

*Ingat pesan Rasulullah s.a.w supaya tidak ghairah dengan dunia. Sebaliknya, tanamkan sikap zuhud.

Sbelum apa2, jom kita sama bsyukur kpd Allah s.w.t atas kesempatan yg diberikan kpd kita sehingga hari ni.. Alhamdulillah, oksigen masih ckup utk smua hidupan, sumber makanan & minuman pun masih mlimpah-ruah, negara kita masih lg aman damai walaupun ada sgelintir pihak yg trus-mnerus btikam-lidah, dan kita masih lg dalam keadaan sihat sejahtera, sempurna drpd sbrg kecacatan Alhamdulillah.


Anda smua mesti tau event dunia yg sdang berlaku skarang kan? *huh, sape xtau..zzz*




Yep, FIFA. Asyik btul dunia skarang ni dgn plawanan bola yg hangat blangsung di Afrika Selatan tu skarang ni... restoran2 mamak (da x pkai warung da... maju) sume siap psg projector, screen besa punya! fuuhh. abis meja sume penuh dgn pelanggan, sampaikan ada yg sggup dduk atas batu bata.. smuanya semata-mata nk tgk match bola, lebih2 lg kalau negara yg mereka sokong beraksi ketika itu. Malah faktor masa pun kdg kala tak dihiraukan sesetengah pihak. Kalau diperhatikan, ada plawanan yg bmula btul2 dkat dgn waktu maghrib. Tahniah buat anda jika anda pminat bola tp Solat Maghrib yg anda utamakan dahulu. Ada jugak yg bmula seawal 2.30 pagi.

"Diorang ni xtau nk tidur ke?" Bentak hati ini.

Bukan tu je, skarang bagaikan trend pulak utk die-hard-fan bola ni dapatkan jersi. Sanggup berhabis duit, pergi smp ke Padang Besaq nun utk cari jersi plg murah, bergadai nyawa (hamboih) smate-mate utk tnjk kat org laen, yg dia ade jersi negara 'hebat' tu. Macam sahabat kita yg sorg nih, status dia di Facebook : 

"Da dpt jersey Brazil.... Huhuhu..... ^-^"


Seronoknye dia. kalau ditanya, apa perubahan yg mampu jersi tu lakukan pd hubungan dia dengan Maha Pencipta, apa agaknya jwpn dia ye?

Pastu, ada pulak application yg boleh generate jersi negara pilihan, bertatahkan nama & nombor kesukaan pengguna facebook tsebut. Waaahh... bkan maen lg, smua abih pi tukaq gambo smangat palestin yg sbelum ni duk sebok di-google! Bila difikirkan balik, luculah telatah manusia ni. Berubah-ubah.. UNIK SUNGGUH CIPTAANNYA. SubhanAllah

TEGURAN UNTUK DIRI DAN SEMUA YG INGINKANNYA

Sememangnya, penulis pernah di-sound balik oleh seorg sahabat bila cuba mengingatkan dia pasal  LifeLineforGaza. Antara intipati kata2 dia;

"alah.. ko x minat bola, bolehlah cakap"

hrmm.. macam tu pulak pemikiran dia.

Memang x salah untuk kita minat pada sesuatu. (dalam kes ni, bola lah). Tapi, nasihat ikhlas dari penulis, bersederhanalah. Janganlah kerana Piala Dunia, kita sanggup bersengkang mata, pulun habis smp 3-4 pagi smate-mate kerana bola.. kan lg bgus klau kita spend masa utk bertahajjud, bertaubat dan muhasabah diri sendiri. Berserah diri, jiwa dan raga kepadaNya di saat manusia enak dibuai mimpi, di saat manusia lain leka dgn bolanya. Lebih baik sekiranya kita kejar Piala Akhirat. untuk kita jugak nanti!

Jaga pergaulan. Bila penulis memerhatikan keadaan di sekeliling restoran mamak, ramai jugak wanita yg tgk bola. *pergh... perempuan pun bleh minat =.="*. Masalahnya, mereka tanpa segan silu tlompat-lompat, tjerit-jerit, memekik sana-sini, tlolong (haha, lebih dah ni) tiap kali bola yg ditendang sana sini tu msuk ke gawang gol.
"Eh, apsal dia pulak yg Over? "
Malah dipengang & dipeluk-peluk kenalan berlainan jantina. Haih, malulah sikit. Kemana hilangnya rasa Izzah sbg seorg Islam?

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga"

Riwayat al-Tirmizi

Peringatan: kita ni sentiasa dibawah pngawasanNya. Siapa kate xde siapa nmpk dosa kita yang kita buat?
Syukurlah bahawa Allah telah menerangi kita dgn rahmat-Nya. Semoga kita tidak terjatuh ke dalam kancah yg sama dgn mereka yang tidak diredhaiNya. Sebaik-baiknya, tontonlah dgn rakan sejantina. Kan lebih selamat? :)

Isu Palestin, Gaza & kapal2 yg mmbawa brg2 utk mereka bagaikan debu. Hilang tatkala ditiup angin FIFA.. Takkan da lupa, dulu bukan main semangat lagi, join demonstrasi sana-sini, hadir ceramah itu ini. Jangan buang masa mendoakan negara yg bakal memenangi FIFA tuh.. Sebaliknya, ingatlah kpd saudara mara kita yang bermati-matian berperang demi Islam. Kita sebuk bsenang-lenang disini... mereka? Apa signifikannya kalau kita tlampau asyik dgn perkara yg melalaikan?  "Khaibar Khaibar Ya Yahud!"

Apelah sangat Piala DUNIA tu kalau nk dibandingkan dengan Piala AKHIRAT.. kan?


Akhir kata, tahniah  kepada smua lepasan program MUFY yg berjaya ke Monash. Dalam gembira2 tu, jangan lupa doakn kpd rakan2 yg tidak berjaya. Bsyukur dgn nikmatNya, anda telah tpilih utk dapat rezeki tu, itu yg paling penting. Semoga trus maju melangkah di alam degree nti, insyaAllah.

SALAM :)

-Ashraf Hakim Dzulkarnain Bin Azman

Takdir-Nya Menemukan Kita

June 17, 2010

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama skali, ingin ana memanjatkan stinggi-tinggi kesyukuran kpd Ilahi. Disebabkan rahmat-Nya, manusia masih lg dapat merasai nikmat iman & islam, dapat mghirup udara dibumi-Nya, dan  masih bpeluang mghayati segala keindahan yg dicipta oleh Yang Maha Kuasa. Bangkitlah dari tidur kita, dan kembalilah kepada-Nya sbg hamba yg bersyukur.

Utk post kali ni, ana ingin berkongsi sdikit dgn antum sekalian mngenai pengalaman time skolah rendah & reunion ana dgn sahabat2 skolah rendah ana dlu.

*haha, mcm susah nk percayakan? Siapa sangka, 7 tahun berpisah, pastu Allah telah temukan kami kembali*

7 taun lpas.. (2003 la..zzz)

Ni gamba darjah 6. Ana yg dlm bulatan tu. Hak3... time tu mmg seriously pendek..kecik je. Pergi skolah pon tiap2 ari pakai songkok. Rata2 classmate ana ni smuanya satu klas sejak dari darjah 1. Klau ada pun yg klas lain, mgkin sorg dua je. Waktu ni kanak2 lg en, so perangai smuanya kbudak-budakan. Macam-macam hal..
                

Ana pnah bgaduh dgn rakan rapat ana disebabkan perempuan. Smuanya bmula dgn pbualan kosong yg akhirnya menyebabkan ana dipaksa utk “confess” siapa yg ana suka dlm klas. Secara jujurnya, mmg ana x berminat pada sesiapa pun. Percayalah. Suke sikit2 tu biasalah, tp tidaklah smp ingin bkepit 24 jam, jmpe sikit malu, cakap sikit malu.. ceyh. Tp disebabkan ana dipaksa, ana tanpa bpikir pnjg pkai sebut je lah nma sorg sahabat prempuan ana. Terlupe plak yg saudari sorg ni da bpunye..adoi. maklumla, orgnye sopan, baik, manis, pandai pulak tu. Sape xnak? Hahaha *maaf* Tsebar satu batch pasal ‘false confession’ ana nih. X pasal2, ana dgn rakan paling rapat ana ni bgaduh smp la abis darjah 6.. isk3.. sedih. Serius sedih.  Utk pengetahuan antum sekalian, kami bertiga dtg time reunion bru2 nih.. pandai2 la teka siapa diorg dua ye J
                

Ade lagi satu kesah. Ingat lg exam PTS? Exam ni same mcm upsr/pmr/spm gak, & student2 yg lahir tahun 1991 dan msuk darjah 3 tahun 2000 mrupakan batch terakhir yg amik exam ni sbb exam ni kmudiannya da dimansuhkan. Alhamdulillah, ana dpt straight A dlm PTS nih. Sbb straight A ni lah, ana x pernah rasa naik Darjah 4, sbb lpas abis darjah 3 ana straight msuk darjah 5. Hahah, gatai sgt nk lompat...  amik. Msuk2 je klas darjah 5, BLUR. Kui3, pengenalan ape smuanya x blajar, da trus blajar sains, kajian tempatan, ngan math yg advance punye. Ana mmg struggle utk catch up, sbb sgale basic yg spatutnya kita master time darjah 4, ana xde. Natijahnya, result pun sedikit merundum... smp ana kne ulang darjah 5 tahun berikutnya. Elok2 da stahun di hadapan sahabat2 sama umur, skang sma balik ngan diorg..haha



Tu la antara kisah yg ana bleh kongsikan utk waktu ni... nk tau lg, meh le dtg umah. :D haha


Gamba Reunion

Ni gamba kitorg time reunion kat time square rabu lpas.x ramai yg dapat hadir. xpelah, mgkin bukan rezeki kami utk bjumpe time ni. Smuanya da tgi, da hensem (sdg refer kpd kwn2 ana), da matang. Blajar pun smua kos2 yg hebat2 blake, ade yg da keje pun.. Alhamdulillah, smuanya mmbesar dgn baek :P Yg dtg ni pun antara sahabat2 rapat ana time skolah dlu. Masing2 tekejut bila tgk perubahan diri rakan2 laen. Mne taknye...7 tahun, bkan lah satu jangka masa yg pendek. Aktiviti? X bnyk, kitorg sempat utk main bowling & makan tengah hari je, sbb ada yg tpakse blk awal..

Apepun, ana amat bsyukur sbb Allah msih lg mmbenarkan kami utk bjumpe lg stelah lama terpisah, dan mgizinkan kami utk mrapatkan kembali ukhuwah yg terbina lbih 10 tahun lalu. Harap ini bukanlah pertemuan terakhir ana dgn mereka. InsyaAllah.

-UHIBBUKUMFILLAH-

SALAM

Pertemuan Yang Singkat

May 14, 2010

"Ok, Kitorg da nk blk dah nih.."

"Ok, Paklong bawak keta tu elok2. Nti da sampai, msg yeh..jgn lupe. Oh2, lagi satu.. Nana! heheh, krim salam kat Abg Epul! hehe :P "

"erk.. haha.. insyaAllah..nti Nana bgtau die yeh. hehe"

"nti dtg lagi tau! BYE!!"

Ni pbualan ana dgn kakak sedara ana, Nana kira-kira 2 tahun lpas. Kami mmg rapat, slalu bgurau tiap2 bjumpe.. Dia anak Paklong ana yg kedua. Ana mmg slalu bgurau dgn dia pasal teman lelaki dia.. Abg Epul, atau nme sbenarnye, Lt. Shaiful B. Mejar Mansor keje sbg tentera dan ditugaskan kat Miri, Sarawak. Alhamdulillah, nseb baek Nana x pernah terasa hati skali pun wlaupun da bnyk kali ana usik diorg dua..

http://emo.huhiho.com


Dah lame jugak Nana dgn Abg Epul kenal, tp ana x sure brape lame. Ana sendri pun x pernah jumpe langsung  dgn Abg Epul.. Ana slalu jugak tnye kakak sedara ana pasal dia, hehe, sebok nk meng-update-kan diri pasal hubungan diorg. Pada ana, Abg Epul sgt2 bertuah sbb dapat bkenalan dgn kakak sedara ana. Makluma lah.. Nana atau nme panjangnye Nursyazana ni bagi ana mcm perempuan melayu terakhir...
Sopan-santun, lemah-lembut, rajin..mcm2 lagi! 

MasyaAllah. Ana mmg syg sgt dgn kakak sedara ana yg sorg ni..

http://emo.huhiho.com http://emo.huhiho.com

* * *

26 Disember 2009

Dengan izin Allah, akhirnya Nana dgn Abg Epul selamat diijab-kabulkan.. Alhamdulillah, ana rasa bsyukur sbb akhirnya hubungan diorg smp jugak ke jinjang pelamin. Ana buat pertama kalinya jumpe Abg Epul time akad nikah beberapa hari sbelum tarikh ni.. Bleh tahan orgnya, tentera la katekan.. Tegap, tegas..
Tp ramah!

"Pandai nana pilih jodoh" pikir hati ana..


Mmg terselah rse bahagia Nana pada hari tu.. Muka nana berseri-seri sbg seorang pengantin baru... Majlis bsanding buat dkat Melaka, umah Abg Epul. Penuh dgn adat istiadat askar.. Berarak dgn pedang, kawad, even potong kek pon dgn pedang! mmg GRAND.. SUPERB. Ana mmg enjoy giler wedding kakak sedara ana nih :)





pengantin sewaktu bsanding (maaf gamba ni je yg ade buat mase ni)


Beberapa hari slepas perkahwinan diorg.. ana dgn family ade melawat Nana dkat umah die di Balakong. Ana sempat bjumpe dgn Abg Epul, tp x sempat nk bbual panjang, sbb malam tu Epul sibuk mnguruskan bbq. Epul tpakse kembali btugas di Miri, sbb dapat cuti 5 hari je..(sabo je la, kesian isteri beliau). Nana masih mcm dlu, x brubah wlau sikit pun.. mesra dan suke bgurau..haha

~~~Bahagianya si pengantin baru~~~

* * *

14 Mei 2010

Selesai solat isyak, ana dgn akh Najmi pegi makan kat kdai mamak... Biasenye ana mmg xkan bawak phone ke surau..takut mgganggu ana atau jemaah lain solat. Abis je makan, ana trus balik smbil bniat nk study math dgn english skit. Esoknya ade trial subjek2 ni, so..biase la, habit ana sbg seorg student yg suke study last minute mmg sukar nk buang.


Sampai je rumah, handphone ana mrupakan bnde pertama yg ana cari. Xtau knape.. tibe2, tgk ade dpt msg:

"Salam. Abg Epul passed away - accident" dari ibu ana.

"LA ILA HA ILLALLAH!!" jerit ana..

itu la pkataan pertama yg terpacul kluar drpd mulut ana sebaik saje ana bace msg tu.. Alangkah tkejutnya ana bile dpt tau perkara ni..mmg x dijangka~

INNALILLAHI WA INNAHILAI HIRA JI'UN


Ana trus mluru ke bilik dan call ibu ana.. katanye, Abg Epul tlibat dlm kemalangan jalan raya di Perak rabu (12 Mei 2010) lpas... Kereta arwah terbabas sbb cube mngelak dari tlanggar blakang lori yg berhenti. Arwah koma sbelum menghembuskan nafas terakhir jam 4 petang khamis esoknya...

Ana langsung xde kudrat nk bckap spanjang malam tu, bjurai-jurai air mata mngalir malam sbelum trial tu.. Tlampau bnyk sbb yg mmbuatkan ana x tahan sebak di dada nih.. Ana terpikir, mcm mne agaknya perasaan kakak sedara ana skarang ni? Hanya doa kpd Yang Maha Esa dapat ana sampaikan, agar dia tabah mghadapi dugaan Ilahi yg pada ana agak berat bg seseorang yg masih baru bergelar isteri.. SubhanAllah


Siapa sangka, pertemuan ana dgn arwah Abg Epul merupakan pertemuan yg amat2 singkat~


ana sedih sebab belum sempat ana mengenal hati budi Abg Epul, Allah telah memanggilnya dahulu..
Apepun, ana redha dgn sgale yg Allah takdirkan..
InsyaAllah, pertemuan yg pasti akn blaku jua di akhirat kelak.. ..

* * *

15 Mei 2010

Alhamdulillah, trial hari ni bjalan dgn lancar... wlaupun soalan agak susah (bukan agak, mmg susah) tp ana dan ikhwah yg laen bjaya jugak mnempuhi hari ni dgn baik.. Ibu ana btolak ke Melaka 7 pagi td, pg mnziarahi kluarga arwah Abg Epul. Ana rse sgt2 down sbb x dpt join, tp apakan daya.. Sudah takdir-Nya ana x dpt ziarah kluarga arwah Abg Epul utk kali ni. InsyaAllah, laen kali pasti ade rezeki.

Ana msih lg tertanya-tanya, mcm mne agaknye kakak sedara ana skarang ni... risau dibuatnya. Sepanjang hidup ana, ana xpernah tgk Nana bersedih. Kalau ade pon pkare yg buat dia sedih, effectnye mmg skejap sgt smp kdg2 ana x prasan pon sme ade die sedih atau x..


Nasihat seorg akh sbelum paper English td kpd ana buat ana bfikir sejenak.. 



katenye; "Maut mmg xde sape dpt jangka bila.."

..::syukran akh atas pringatan::..




Mmg btul ckap dia. Bila dipikirkan balik...

ingatkah ana kpd maut?

cukup ke amalan ana utk hadapinya?


WALLAHUALAM.


InsyaAllah, ahad ni ana akan ke Melaka mghadiri majlis tahlil utk arwah Abg Epul.. Doakan perjalanan ana selamat. Doakan juga agar kakak sedara ana, Nana diberi semangat dan kekuatan utk hadapi dugaan ni...


AL-FATIHAH UNTUK 
LT. SHAIFUL BIN MEJAR MANSOR

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT, DAN DITEMPATKAN DI ANTARA ORG2 YG BERIMAN..
 ~ INSYAALLAH ~


- Jazakallah -
Salam.