Assalamualaikum
Alhamdulillah, jom! kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas segala-segalanya. Terlampau banyak nikmat yang telah diberiNya, baik yang kita minta mahupun tidak. Sesungguhnya, hanya Dia Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi Maha Kekal.
Coretan buat kaum hawa.
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:
”Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita.”
Wahai Muslimah,
Ciptaan Allah khas buat hamba-hamba lelakiNya. Penuh dengan kelembutan, keindahan, keayuan, dan yang paling utama, memberikan kebahagiaan kepada setiap insan yang bergelar lelaki. Kehadiranmu di muka bumi ini benar-benar mengindahkan lagi ciptaan Ilahi yang sememangnya tiada cacat-celanya ini. Bertuahnya lelaki kerana dipasangkan dengan sebaik-baik kejadian ini.
Tapi...
Wahai Muslimah,
Auratmu dicipta bukanlah untuk menjadi tatapan dan sajian orang ramai. Simpan, dan tutuplah dengan baik perhiasan diri dan lirik suara yang merdu itu. Mudah bukan? Aku pasti, tiada seorang pun daripada kaummu yang mahu sebarang pandangan liar mengekori setiap langkahmu. Oleh itu, jangan sekali-kali menzalimi diri sendiri dengan membiarkan insan selain suami menikmati keindahan yang Allah kurniakan kepada dirimu.
Aurat bukanlah isu kejujuran mahupun hipokrit. Aurat itu isu akidah. Baik atau tidak perangai seseorang itu adalah topik yang berbeza. Jika tertutup auratnya, maka terlepaslah dia daripada dosa.
Arahan menutupnya termaktub dalam Al-Quran, surah An-Nur, ayat 31:
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumur (kain penutup kepala)nya ke dadanya”
Benarkah dikau betul-betul jadikannya sebagai panduan hidup? Atau sekadar perhiasan kata semata-mata?
Wahai Muslimah,
Allah tidak menilai sedikit pun jerawat, calar mahupun parut ditubuhmu di akhirat kelak, melainkan setiap amal kebaikan dan kebajikan yang engkau lakukan sewaktu hidupmu dimuka bumi ini.
“Kejelitaan adalah hak milik setiap insan”
Jadilah engkau orang yang jelita jiwa dan akhlaknya. Kita hamba yang fakir lagi miskin. Tiada apa pun di langit dan di bumi ini yang akan kekal selain Allah. Lambat-laun segalanya akan dikembalikan jua kepada pemilik sebenar semua ini.
Jagalah hubunganmu dengan tuhanmu, nescaya Allah akan menjagamu.
Wahai Muslimah,
Jagalah tutur katamu. Rendahkan suaramu dan ucaplah perkataan yang manis serta sopan. (Ops, tapi bukan kepada lelaki ajnabi) Jangan dibualkan perkara sia-sia yang hanya akan menarik diri ke lembah neraka. Apa faedahnya mulut yang ‘non-stop’ berkata-kata? Apa yang banyak sangat untuk diperkatakan?
Ingatlah, segala yang kita ungkapkan mahupun kita coretkan, segalanya bakal mendatangi kita kembali di akhirat kelak. Pertanyaan demi pertanyaan bakal dihadapkan oleh tuhan sekalian alam. Jika buruk perkataan kita itu, mampukah kita menahan azab yang dijanjikanNya nanti?
Wahai Muslimah,
Usah dikau terkial-kial mencari teman hidupmu. Rancangan Allah adalah rancangan yang Maha Agung, jangan sekali-kali meragui rezekiNya. Apa yang insan bernama kekasih mampu berikan kepadamu? Kalau setakat mendapat panggilan-panggilan manis, menjadi insan pelepas pelukan rindu dan masalah kewangan.. Hentikanlah. Perlakuanmu itu hanya mengundang dosa dan kemarahan tuhan Yang Maha Memberi, jadi mengapa perlu engkau mengulangi malah mempromosikannya lagi?
“In a relationship with …”
Segalanya di facebook.
Apa semua ni? Kawallah pergaulanmu. Malu itu mahkota iman. Jika hilangnya rasa malumu kepada Allah, maka hilanglah imanmu terhadapNya.
Salam.
Ashraf Azman
7 comments:
pendapat psl isu terbaru? psl remove2 fren kat Fb ni..rasa camne?
mmg ingat nk masukkan skali kat perenggan terakhir.
tp xpe, insyaAllah akan ade post khas buat isu tu :P
kenapa ngn remove2 fren?
apa pdpt?
entri yg bagus... manusia, sekejap lena sekejap sedar..
bila dah lena tu yg dia buat salah. jadi kena sedarkanlah.
ikut pndapat sendri, rasenye itu perkara yg ptt dbanggakn. bsyukur sbb rakan dikurniakan hidayah, dan mula menyekat pergaulan dgn kaum berlainan.
cume hairan skit sbb ada stengah pihak yg kne delete tu anggap pbuatan tu sbg satu penghinaan kpd kaum mereka.
mungkin kurang faham agknya
makanya, amatlah diharapkan, rakan2 yg memahami dapat memahamkan rakan2 yang tidak memahami. kasihan gak kat rakan2 yg berniat baik tapi disalah anggap.
insyaAllah. mungkin memerlukan masa. x smua mampu digest tarbiyyah dgn sekali lalu.
sampaikn kpd mereka, jangan pedulikan kata manusia. peduli kata Allah. x perlu rasa bersalah atas perkara yang haq
insyaAllah... dakwah fardhiah tu kan berperingkat...
akan sampai masanya mereka dpt terima tarbiyah tu...
semoga tetap istiqamah.
Post a Comment