Ashraf Azman

Perkongsian Hadis
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”

CINTA.. Siapa Lebih Tahu Nilainya?

July 3, 2010

Salam.


Syukur.Syukur.Syukur.
Alhamdulillah, kebelakangan ni mncurah-curah pulak semangat untuk update blog. Semuanya atas izin Maha Pencipta. Sementara ilham dan ilmu yang diperoleh ini masih segar dalam ingatan, lebih baik diluahkan dan dikongsi, kan? Tiada manfaatnya untuk kita kedekut2. Bukan kita punya pun.. smua milikNya. Sedarlah, kita sebenarnya hamba yang amat miskin, segala yang kita miliki semuanya pinjaman semata-mata.

Apa lagi? Jom bersyukur!




CINTA
Secara jujurnya, penulis bukanlah jenis orang yang berkobar-kobar atau minat sangat dalam hal macam ni. Dulu adalah, tapi cinta monyet (dasar kanak-kanak..huhu, kesal betul). Walaupun banyak kali rakan2 suggest, tengok cerita-cerita macam Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih,  etc (semua yang cinta2 lah), novel kisah2 CINTA, buatlah macam mana pun, percikan perasaan minat pada CINTA sedikit pun tidak muncul menyergah jiwa. Malah perbualan yang berkisarkan CINTA pun jarang2 sekali dapat menarik minat hati ni. Kalau ada pun, yang memang menariklah.  Mungkin itu petanda dari Ilahi bahawa diri ini masih belum bersedia untuk semua ni. Alhamdulillah, kurang satu gangguan atau 'distraction' dalam pembelajaran. yeay!

Banyak kali penulis mengingatkan diri;


"Cinta pada Ilahi & RasulNya belum kukuh pun lagi. Macam mana nak bercinta sampai ke syurga kalau macam tu?"




InsyaAllah, mungkin satu hari nanti terbukalah pintu hati penulis untuk semua ni.  Doakan ye :P 

Baru-baru ni ada terbaca kisah pendek yang menarik mengenai siapa yang lebih tahu nilai CINTA yang sebenar. Kebetulan ramai sahabat-sahabat penulis yang ghairah (wahaha word choice yang amat pedas) dengan soal CINTA , jadi rasanya tak salah jika cerita ni dikongsi. Enjoy!


Alkisah di sebuah pulau kecil, tinggallah berbagai macam hidupan abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.





Mereka hidup mesra,  berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu hari, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan hampir menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau pun cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.




CINTA jadi bingung dan cuak sebab dia tak pandai berenang dan tak mempunyai perahu. Dia berdiri di tepi pantai cuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong saya!" teriak CINTA.

Lalu KEKAYAAN jawab;
"Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN.



"Perahu saya dah penuh dengan harta benda saya. Kalau saya bawa awak bersama, nanti perahu ini tenggelam. Lagipun sudah tak ada tempat lagi untuk awak duduk di perahu saya ini.

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA.



* * *
*SELINGAN PERINGATAN: KEKAYAAN YANG SEBENAR

Daripada Abu Hurairah r.a.,  Rasulullah s.a.w pernah bersabda;



"Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa"



Riwayat al-Bukhari & Muslim
* * *

CINTA sedih dan  kecewa dengan sikap rakannya, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN dengan perahunya.


"KEGEMBIRAAN! Tolong saya!", teriak CINTA.



Namun, KEGEMBIRAAN yang terlampau gembira atas kejayaannya mendapatkan perahu untuk dirinya  langsung tidak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.

* * *
*SELINGAN PERINGATAN : HARGAI SEGALA NIKMAT ALLAH

Daripada Abu Hurairah r.a.,  Rasulullah s.a.w pernah bersabda;

"Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah"

Riwayat Muslim
* * *

Tak lama datang pulak KECANTIKAN dengan perahunya yang cantik bak namanya.



"KECANTIKAN! Bawalah saya bersamamu!", teriak CINTA.

KECANTIKAN melihat CINTA lalu menjawab;

"Wah, CINTA, kamu basah dan kotor! saya tak mahulah bawa awak. Nanti awak kotorkan pulak perahu saya yang indah ini."



* * *
*SELINGAN PERINGATAN : BERWASPADA DARIPADA TERLEKA DENGAN SUATU YANG TIDAK KEKAL

Daripada Abdullah bin al-Syikhir r.a., Nabi s.a.w. bersabda;

"Wahai anak adam! adakah kamu memiliki daripada harta kamu melainkan apa yang engkau makan lalu engkau menghabiskannya, atau engkau memakainya lalu engkau melusuhkannya, atau engkau bersedekah lalu engkau kekalkannya (pada hari pembalasan)"
Riwayat Muslim


* * *

CINTA sedih bila mendengarnya. Kecewa lagi. CINTA mula menangis teresak-esak. "Apa salah saya?, mengapa semua orang melupakan saya?" bentak hatinya.

Pada saat itu tiba-tiba KESEDIHAN lalu dengan perahunya.Lalu CINTA merayu;



 "Oh, KESEDIHAN, bawalah saya bersamamu", kata CINTA.

Lalu KESEDIHAN berkata; 



"Maaf, CINTA. saya sedang bersedih dan saya ingin bsendirian.", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya, dengan sedih.

CINTA dah mula berputus asa. Air semakin naik dan tak lama akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap agar dirinya dapat diselamatkan. Lalu dia berdoa kepada Tuhannya;



"Oh tuhan tolonglah saya, apa akan terjadi kepada dunia tanpa saya, tanpa CINTA?" 


Pada saat genting itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"



CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Dengan segera CINTA naik ke perahu si tua tersebut, tepat sebelum air menenggelamkannya. Apabila sampai di sebuah pulau terdekat, si tua itu menurunkan CINTA dan segera berlalu dari situ tanpa sebarang bicara.





Pada saat itulah baru CINTA sedar bahawa dia langsung tidak kenal siapa si tua baik hati yang menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.



"Oh, orang tua tadi? Dia adalah WAKTU" kata penduduk tua pulau itu.



CINTA berasa pelik lalu bertanya lagi; 

"Tapi, mengapa beliau selamatkan saya? Saya tak kenal pun dia. Bahkan teman2 yang kenal saya pun enggan menolong saya, kenapa dia mahu pula?", tanya CINTA hairan.



"Sebab,"

kata orang itu;

 "hanya WAKTU yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"

Begitulah kisahnya. menarik tak? ahahaha, anda nilailah sendiri.
Sekian sahaja untuk entri kali ini.

SALAM :)
-Ashraf Hakim Dzulkarnain Bin Azman

10 comments:

. said...

mana dapat cerita ni?
buat sendiri?
agak menarik.... best jugak.
yg penting banyak pengajaran... ^__^

Unknown said...

terbaik

Unknown said...

besh2!!
keep it up~

Ahd Azman said...

syazana: cerita ni actually cerita pendek (sgt2 pendek), dpt dari sorg kenalan. ni aku dah olah supaya jd lebih menarik & sesuai dgn peringkat umur & gaya bahasa kita

alyaa & syah: alhamdulillah, mekasih. insyaAllah, akan cube sedaya upaya hasilkan penulisan yang lbih menarik

. said...

peringkat umur? hehehehe....

Ahd Azman said...

ahahaha.. ya, peringkat umur. kita sekarang berada di peringkat dimana soal hati dan cinta bakal menerjah hati dan membuatkan kita perlu membuat keputusan yang rasional

Muhammad Irfan said...

gler ah bila ashraf berbicara tentang cinta.. jiwaku hampir terkesima.. wahh!! mke xcited*

Ahd Azman said...

ahahaha. sampai umah nti siap ko pang

Azman A.A said...

salam acap,nak copy eh.syukran.=)

Ahd Azman said...

silakan2.