Menghitung Usia Md Al Fateh

Followers





Showing posts with label Novel 'Mia Love Story'. Show all posts
Showing posts with label Novel 'Mia Love Story'. Show all posts

Novel Mia Love Story 'Kerana Dia Untuk Ku" -> EPISOD 28

Sunday, 20 November 2011


EPISOD 1 HINGGA EPISOD 27 
BOLEH DIIKUTI DI LINK BAWAH INI

Tika mata diuji manisnya senyuman. Terpamit rasa menyubur harapan..dan seketika terlontar ke dunia khayalan. Hingga terlupa begitu singkatnya perjalanan. Deestinasi penghujung April mendatangi ruang waktu.

Tersedar aku dari terlena....sesekali aku dibuai lembutnya belaian cinta. Rela aku pendamkan segala impian tersimpan di sebalik warkah diari lama. Bingkisan diari menyelak suka duka semalam....enggan aku keasyikan..gusar keindahannya merampas rasa cinta....biarkan pada Dia yang lebih sempurna.

Berada di tepian tasik di Hutan Bandar, Johor ini sungguh mendamaikan jiwa. Melihat anak-anak bermain berkejaran di laman permainan berdekatan menghimpit rasa ria....Menyaksikan pasangan berlari anak bersama-sama di kawasan larian joging menerbitkan rasa cemburu....betapa gempitanya hati. 

Penantian demi penantian sms dari lelaki itu terkadang begitu menyeksakan sanubari. Namun monolog hati sering berkata :-
"Mia....kau mesti jadi srikandi maqsurah yang tabah,"

Itu selalu yg aku pesani diri. Kuatkah aku mengharunginya. Berjauhan dengannya ibarat menyulam warna warni air. Bisa keruh...Seketika bisa jernih. 

Ya Allah semoga aku kuat semangat !


" Assalamualaikum..," suara yang begitu akrab meniti di sisi laman taman awal petang itu.

" Waqalaikumussalam....Warda...," Bagaikan ingin menjerit sambil memeluk sahabat akrabku itu. Sudah beberapa lama kami tidak berjumpa.
"Hai, sorang ja ke,Warda...mana Sarah..kata nak datang sama," kataku meninjau. Pelik kerana Maisarah sahabat sekumpulan kami tidak bersama petang itu.

"Sarah minta maaf tak dapat join kita petang ni....ustazah tu kan sibuk sokmo dengan program kemasyarakatannya tu," jelas Warda.

Amat aku fahami kesibukan gadis celik seusia Sarah yang bergelar Pegawai Masyarakat itu....program demi program mendatangi diri mencuri masa nya. Itu lah kerjaya namanya.

"It's ok...kau datang dengan sapa ni Warda," 

"Kau nak suruh aku fly ke,Mia," Ada seloroh pada kata-kata Warda.

"eleh...drive kan..macam aku tak tahu," Sengaja aku bertanya.

"Dah tahu...kenapa tanya..aku kan driver ko arini..hehe," 

"Saja...ingat ko datang dengan zauj ko ke? takut kacau masa lak," kerisauan hati bertapak juga kerana khuatir menganggu masa Warda dan suami.

"Ala..awal-awal lagi aku dah counting dengan dia...dengar je aku nak jumpa ko Mia..greenlight baik nya la...lagipun kami ni kan kawan Adin gak..dont wori la..dia faham...tak kan dia nk kurung aku 24 jam kot..,"

Ketawa aku dengan Warda..suka benar buat aku senyum petang-petang begini.

"Ha, yang kau ajak aku petang ni...mesti nak gimana ni...kan..kan?," Bagai teruja Warda bertanya.

Macam dia tau aku nak ajak dia ke somewhere. Aduh, Warda ! Kau memang sahabat baik aku betul la..Isi hati aku selalu kau tahu.

"Ehem...pantang aku ajak ko keluar ye Warda," suaraku menyuakan sandwich yg sempat aku bawa pada bekal.

"erm..sedap..boleh kalah abang adin ko la lepas ni memasak," sempat lagi Warda menyuarakan.

"Bab tu aku kalah lagi dengan dia Warda...macam ko tak tau ....aku ni belajar memasak tahap biasa ja..mana nak sama dengan dia," Itu yang aku pasti.
"Aduh suka sangat nak merendah diri la ko ni,Mia...ko ingat aku tak tau ko rajin memasak dulu....kena kang dengan aku," Cubitan Warda mula nak menghinggap lengan aku. Dah tau minah sorang ni stail gini.hehe

" petang ni nak ajak ko teman aku shopping...ronda-ronda beli something," sengaja aku tekankan perkara ni menarik perhatian Warda.

"Ha..beli something?? ," Muka Warda bagai ayam berak kapur pulak!

"Ya la..tak kan nak pi jual ayam kot kat mall," geram buat-buat tanya lak Warda ni.

"haha....wait...wait...kau nak beli apa sebenarnya ni..better tell me awal-awal," Sudahnya Warda bab ni memang pandai nak meneka.

"Ko rasa?," Main teka-teki pulak kami petang ni.

"let me guess.......hadiah ek?," 

Aduh, pandai la pulak dia meneka..!!

"Boleh bagi bonus kat ko Warda...hehe," ketawa aku dengan gelagat Warda yang suka ria bagai kanak-kanak bila tepat meneka.

"Hadiah untuk siapa lak ni? Adin ye...ada apa ek...something nak di raikan ye?," Muka pelik Warda mula memenuhi suasana.

"aduh, banyak la ko ni tanya Warda..jom kte gi sekarang...," kataku setelah melihat bekal sandwich ku sudah habis dijamah kami sambil berbual tadi.

Menarik Warda untuk memandu ke Plaza Angsana Mall. Ke mana lagi kalau tidak ke Shopping Mall popular di Johor Bahru. Tempat cuci mata kami.

Sampai sahaja di lobi parking, secepatnya aku menarik Warda mencari sesuatu. Warda yang terkebil-kebil mengikut sahaja. Bukan dia tak kenal aku ni jenis shopping sekejap je...cari apa yang patut.

Sudahnya kami pulang lewat petang ke destinasi rumah masing-masing. Teruja rasa dapat jumpa Warda yang tak putus-putus ada di sisi aku waima sedih mahupun gembira. Tq Warda.

*****************************************

Desir angin malam yang mendatang menyaksikan bulan dan bintang bersatu. Namun hati ku kian mengorak canda tanya 'Bilakah hari yang ditunggu akan berlaku?," Membilang lagi beberapa hari yang tinggal..begitu mendebarkan hati. 

Ya, aku bukan seindah bidadari yang mungkin mampu berada di sisinya.
Meski terkadang mengharap cebisan kasih dan pemahaman agar dia menghargai detik masa bersama yang kian berlalu.

Entah kenapa....
Kian hari membilang sms dari zauj yang senyap sepi bagai tiada di depan diri. Hendak dikeluhkan ...tiada siapa yang memahami rintihan. Mungkinkah dia sibuk walhal hitung kerjaya sama seakan diriku. hm,

Butir-butir tasbih tetap kuhitung dengan sabar demi mengenangkan ibu mertua sedang berjuang kesakitan.

Ya Allah, berikan aku kekuatan menangani ujian ini !

Kilasan bicara lewat petang tadi saat keluar dr shopping mall seketika sepanjang jalan Warda menghantar aku pulang...seakan bagai air mata ini ingin pecah. Seboleh mungkin aku tak ingin Warda meneka lubuk hati yang kian parah. 

"Mia...boleh tak kau jangan buat aku menangis lagi kali ni tengok ko?," Seringkali itu yang Warda selalu sebutkan pada aku.

Warda...
Aku tak akan dapat sahabat yg memahami sepertimu. Dari awal tinta istana cinta..kau selalu ada dengan ku...Malu aku pada Warda.

"kenapa pulak ni..aku ok la," bersahaja aku menjawab dengan nada ria.

Ya Allah, janganlah kau biarkan Warda meneka segala isi hatiku kini.

"Are you serious to give that present to him," Kali ni sudah disangka Warda akan bertanya hal tersebut lagi.
Mungkin kerana edisi pencarian kad dan perbincangan hadiah ketika kami bicara kan di shopping mall tadi.

"Dia kan zauj aku....mesti la aku bagi....," Itu saja mampu aku kata kan pada Warda.

"kalau itu yang kau katakan Mia...aku harap dia tak kan buat kau menangis lagi..i hope so for you Mia," 

Sayu hati mendengar kata Warda. Aku tahu apa yang dirisaukan Warda. 

"Mia....aku satu-satunya sahabat ko yang tahu kisah cinta ko kan?i know you and him dr awal mula...aku tau apa pengorbanan ko setakat ni..aku tak nak dia sia-siakan pengorbanan ko...paling aku tak nak tengok ko menangis...aku yg jadi sahabat ko ni pun boleh terseksa tau...ish, kadang-kadang aku tak faham la...tahap sabar camne ko boleh kuat macam ni...aku pun tak mampu macam ko," Panjang lebar sekali luahan Warda.

"jangan risau Warda..trust me he is ok...dia tengah sibuk sebab mak dia sakit....ko faham kan keadaan kami," kata ku memintal pemahaman dr seorang sahabat.

"aku tahu tu..at least can he sms u for  a minute....care u for a some moment...aduh, aku tak tahu la nak cakap camne Mia....i'm so sori if hurting you,"

"doakan aku kuat ye Warda...," Itu yang mampu aku pinta pada sahabat sebaik Warda.

"aku harap dia hargai what you give to him for his birthday Mia....aku sendiri pun ..ups sori..jarang tau buat macam ni kat zauj.....lebih dr apa ko buat...bertuah dia dapat ko..kalau dia tak hargai....aku tak tau la Mia...," 
Aku bagai ingin menangisi kata-kata Warda. Namun bertahan semampu yang boleh. Ya, aku harus kuat membilang denai-denai ujian ini mesi terkadang kerapuhan bisa membatasi had diri.



Tittt.....dua sms meniti masuk kala lamunan lama ku di sisi tingkap bilik menggamit diri. 

hm, kak nina sms..ada rasa gembira meniti.

"mia...permintaan mia psl cupcakes tu insyaallah akan akak buat  dan make him surprise as mia nak.don't wori k...sekali dgn hadiah yg mia poskan baru ni,akak dah tolong balutkan,"

Oh terkejut....kerana hadiah travelog book yg aku kirimkan pos pada Kak Nina untuk disampaikan pada zauj sampai sudah pd pemberi hadiah serta cupcakes love tersebut. Terima kasih sesungguhnya kerana Kak Nina yg akan membuat cupcakes bakal merealisasikan hari bahgia itu. Ya, hari bahgia yang aku ukirkan untuknya.

Namun, adakah bahagia itu milik aku? 
Makin panjang untuk aku fikirkan saat ini.

Bahagia yg memerlukan seukir kata 'pengorbanan'
Bahagia yg memintal segenggam kata 'ketabahan'
Bahagia dalam hari-hari penuh merintih impian.

Sms kedua aku tatapi semula pada muka skrin handphone.

'Zauj'....setelah 3 sms aku 3 hari lepas tidak terbalas.......akhirnya dia muncul walaupun seketika. Isi sms lantas aku baca.
"Salam.....Mia..sori tak dapat sms mia....abang busy sungguh sejak akhir ini.mia ok?,"



Haruskah aku membalas sms ini? Akhirnya bendungan air mata pecah setelah sekian lama bertahan dan bertahan. Benar kata Warda,aku akan menangis lagi.

"Warda...aku ingin menangis di bahu kau tadi...tapi aku tak nak kau tengok aku menangis lagi seperti kejadian hari jadi sepertimana tahun-tahun kte bersama. Warda...aku tak ingin kau tahu aku sedang belajar bersabar menghadapi semua ini....Warda, aku ingin menangis dan menangis....tapi aku tahu Dia ada di sisi aku," 

Monolog hati kian berlagu sendu. Sendu dalam rancak lagu sayu membingkis hati lara. Pada siapa untuk aku mengadu....

Jawapan yang pasti...
Kepada Dia Yang Maha Esa.

"Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan? Mengapa pengorbanan itu buakn noktah sebuah cinta?Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimilki?Cinta umpama kota kristal,indah di penglihatan,derita di perasaan....,"



NANTIKAN SAMBUNGAN NOVEL MAYA MIA
EPISOD KE-29
"KERANA DIA UNTUK KU" 




Ilham Tinta Maya Bicara Hati,