Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, June 15, 2015

Recipe : Tauhu Bunga

Helllooooo..

Takde angin takde ribut tetiba update recipe. Hahaha. Aku sebenarnya tak tau nak update ape wei. Makanya aku update resepi je lah buat warm up blog.

Hari ape tah aku lupa tapi pastinya weekend la, aku ngan akak aku buat tauhu bunga. Nak beli tapi macam campur delivery charges itu ini dah mahal nak mampuih..baik la buat sendiri. Lagi best sebab boleh letak inti sesuka hati aku nak banyak mana.


Bahan-bahan :
Tauhu goreng kering (yang selalu buh dalam mee kari)
Isi ayam/udang
Bawang putih 2 biji
Bawang besar 1 biji
Daun bawang/sup
Telur
Lada Sulah
Cili merah
Garam

Cara-cara :
Potong tauhu kering tu secara X cut bukan + tau kang takleh nak terbalik.


Pastu terbalikkan yang isi dalam keluar, bentukkan jadi cam mangkuk. Keluarkan isi tauhu untuk mixed ngan bahan inti jap lagi. Buat habis semua, set aside.

Untuk isi, blendkan isi ayam atau udang (kalau pakai chicken fillet la). Option lain boleh pakai minced chicken atau minced meat.

Chopped bawang, garlic, cili, daun sup daun bawang sume.

Gaul bahan yang dah chopped ngan isi ayam/daging/udang ngan telur, garam, lada sulah dan isi tauhu sampai sebati.

Sumbatkan dalam mangkuk tauhu tu. Dah siap sumbat, lepas tu boleh deep fry sampai agak-agak isi dalam tauhu tu masak.

Siap boleh cicah ngan sos cili ngan mayo.

Selamat mencuba.  :D

4 comments:

  1. mmg sedap...dah lama plak tak makan tauhu bunga ni..dlu kat rumah selalu buat....tapi ain x panggil tauhu bunga la...panggil tauhu terbalik...heheh..

    ReplyDelete
  2. Eh senang nau bunyinye. Cuma kalau org xseni cm aku, maybe aku sumbat je xyah potong x ke z ke hahahah

    ReplyDelete
  3. Haha miza ko siap lukis kan. Nanti rajin nak buatlah

    ReplyDelete
  4. haha rajinnya siap lukis...nmpk sedap! harus try nanti

    ReplyDelete

Oh hai,
sila komen jika anda mahu komen.
=)