Merujuk kepada artikel saya tahun lepas (5hb May
2011) tentang
hadith ini (sila lihat: http://abukhadeejah.blogspot.com/2011/05/untuk-makluman-semua-hadith-yang.html)
Saya telah menerima satu komen daripada
seorang yang tidak memperkenalkan dirinya, dan saya salinkan di bawah komennya
secara penuh:
Saya kata bahawa hadis ini
mungkin benar. Dan kalau diikutkan kata kunci hadis ini ialah:
1) Tahun berlakunya banyak gempa bumi. Kalau ikut kan ulama terdahulu yang hidup. Jarang berlaku gempa bumi yang banyak dalam masa setahun. Itu sebab ulamak terdahulu atau puak salafi beranggapan bahawa hadis ini lemah sebab mereka hidup ditahun dimana gempa bumi jarang berlaku atau tiada pada tahun itu. Gempa bumi banyak berlaku di tahun 2011, 2012 dan keatas. Kalau diikutkan sebelum tahun 2010 jarang berlaku gempa yang berpanjangan.
2) Kata kunci kedua ialah anda buka google blog search dan baca mimpi pasal kiamat yang ditulis. Disitu anda dapat simpulkan bahawa ramai orang bermimpi akan hadis ini. Ingat Sabda Rasullullah dalam hadisnya yang berbunyi: Bila hampir kiamat, Setiap mimpi orang beriman akan bermimpi benar, Dan orang paling soleh pada waktu itu adalah mimpi yang paling tepat.
Saya harap anda dapat fikirkan
Berikut adalah jawapan saya:
Saya faham maksud "anonymous" dengan
komennya ini, dan percaya niatnya baik.
Terdapat beberapa persoalan yang perlu
dibahaskan tentang komen ini.
Persoalan Pertama:
Adakah hadith ini sahih?
Jelas daripada artikel yang disebutkan di atas
bahawa hadith ini tidak sahih menurut kaedah-kaedah ulama Hadith dalam
penilaian sanad bagi hadith tersebut.
Persoalan Kedua:
Bolehkah hadith ini digunakan mengikut pendapat
sebahagian ulama bahawa hadith lemah boleh digunakan dalam bab Fadha'il A'mal
(Fadhilat2 Amalan)?
Menurut ulama yang membenarkan hadith lemah
dalam bab Fadha'il A'mal, mereka tidak bermaksud semua hadith lemah boleh
digunakan sedemikian. Mereka sebenarnya maksudkan hadith-hadith yang lemah dari
segi sanadnya tetapi tidak teruk kelemahannya, dan mereka jauh sekali daripada
menerima pakai hadith-hadith yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang berdusta
atau dituduh berdusta. Dan jelas daripada keterangan ulama bahawa hadith ini
diriwayatkan oleh perawi yang berdusta, bukan hanya lemah dari segi ingatan.
Persoalan Ketiga:
Adakah kemungkinan sesuatu hadith yang dihukum
sebagai lemah sebenarnya telah disebutkan oleh nabi?
Ya, memang ada kemungkinan itu. Namun, kita
tidak boleh menggunakan kaedah seperti ini sebagai alasan untuk beramal atau
menerima pakai hadith-hadith yang lemah. Ini adalah kerana:
1.
Di penghujung
sesuatu kajian tentang sesebuah hadith adalah pengesahan bahawa nabi pernah
bersabda sedemikian dan ini bukannya sesuatu yang kita boleh lakukan
sewenang-wenangnya, tanpa kaedah-kaedah yang tetap. Lebih2 lagi apabila ianya
ada kaitan dengan agama.
2.
Seringkali dijumpai
bahawa hadith yang dijumpai lemah pada sanadnya, ianya juga bercanggah dengan
al-Quran atau hadith yang sahih, sekaligus menunjukkan bahawa kaedah-kaedah
penilaian ulama hadith adalah berkesan dan sangat tepat.
Persoalan keempat:
Adakah kemungkinan bahawa fakta yang disebutkan
di dalam sesuatu hadith yang lemah adalah benar?
Ya, ini juga satu kemungkinan. Namun, kita
mesti bezakan antara kebenaran fakta kandungan hadith lemah dengan pengesahan
sesuatu hadith sebagai sabda nabi! Oleh itu, seringkali kita dapati ulama
mengatakan sesuatu hadith itu lemah, tetapi maknanya betul, menunjukkan hadith
itu tidak menepati penilaian hadith sekaligus tidak dapat disahkan sebagai
sabda nabi, tetapi makna hadith disokong oleh nas-nas al-Quran atau hadith yang
sahih, atau fakta-fakta yang sahih.
Persoalan Kelima:
Apakah yang mesti kita lakukan untuk
menggunakan sesuatu hadith?
Beberapa perkara mesti dilakukan untuk selamat
dalam menggunakan hadith:
1.
Gunakan
hadith-hadith di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, mengutamakan hadith yang
terkandung di dalam kedua-dua kitab, kemudian Bukhari sahaja, kemudian Muslim
sahaja.
2. Apabila menggunakan hadith daripada selain kedua kitab di atas,
dapatkan penilaian ulama hadith ke atas hadith itu samada dengan merujuk kepada
ulama-ulama hadith, atau kitab-kitab mereka, atau merujuk kepada ustaz-ustaz
yang boleh merujuk kepada ulama2 hadith atau kitab2 mereka.
3. Boleh mengambil hadith yang disebut oleh ustaz2 atau di dalam
kitab2 ilmu yang bukan hadith, dengan syarat kita kenal bahawa mereka atau
penulis kitab tergolong di kalangan orang-orang yang berhati2 dalam menggunakan
hadith.
4. Gunakan hadith sahih dan hasan sahaja.
5. Sekiranya hendak menggunakan hadith yang lemah, pastikan ianya
tidak diriwayatkan oleh seorang pendusta atau dituduh berdusta, dan isi
kandungan mempunyai sokongan daripada al-Quran atau hadith yang sahih atau
asas-asas Islam.
6. Sekiranya disebut hadith yang lemah, maka beritahu kepada pendengar
atau pembaca bahawa hadith itu adalah hadith yang lemah.
7. Sekiranya ingin beramal dengan hadith yang lemah, kerana sebahagian
ulama membenarkannya, maka janganlah ianya diamalkan atas dasar ianya sesuatu
yang sah dan sabit daripada nabi (sallallahu'alayhi wasallam).
8.
Sekiranya ingin
beramal dengan hadith yang lemah, amallah sebagai amalan peribadi, apabila
bersendirian.
Balik semula kepada komen
"anonymous" tentang hadith suara kuat malam jumaat ini, kita tidak
boleh mengesahkan hadith ini menurut kaedah2 ulama hadith, maka hadith ini kita
tidak boleh mengatakan ianya benar sebagai sabda nabi. Oleh iu perkara2 yang
dianjurkan di dalam kandungan hadith ini kita tidak boleh amalkan lebih2 lagi
kelemahan hadith ini sangat ketara.
Walaupun kenyataan di dalam hadith ini
sesuai dengan keadaan dunia sekarang ini seperti kejadian gempa bumi yang
ketara kebelakangan ini, ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mengesahkan
hadith ini sebagai sabda nabi.
Tetapi sekiranya timbul satu situasi ada
suara keras yang kuat lagi menakutkan, mungkin hari Jumaat, atau apa-apa hari
jua pun, saya rasa ramai akan lari masuk ke dalam rumah mereka, dan menutup
pintu2 mereka khuatir ada penjahat, atau pemberontak, atau sesuatu yang
merbahaya, dan sebagainya. Namun untuk mengamalkan Subhana al-Quddus, tidak
disyariatkan. Amalan2 yang ditetapkan al-Quran dan Sunnah yang Sahih sedia ada
dan banyak maka kita tidak perlu kepada hadith yang lemah, malah palsu, ini.
Manakala komen "anonymous"
tentang mencari kata kunci di google dan mimpi orangramai yang mengesahkan
kandungan hadith ini, saya kata yang berikut:
1.
Pengesahan hadith tidak boleh dilakukan dengan fakta-fakta betul, apatah
lagi dengan mimpi-mimpi.
2. Mimpi-mimpi hanya boleh disahkan sebagai
mimpi benar sekiranya kandungan mimpi benar-benar terjadi. Oleh itu, selagi
ianya tidak terjadi lagi, kita tidak dapat mengesahkan mimpi2 itu adalah benar,
kerana di dalam hadith yang sahih nabi menyebutkan bahawa mimpi ada tiga jenis:
a. Mimpi solehah
b. Mimpi daripada syaitan
c. Mimpi yang merupakan bisikan jiwa seseorang.
Bagaimana kita hendak mengenali di antara mimpi2 ini, tergolong dalam
jenis yang mana satu?
Ada kemungkinan bahawa Syaitan yang menyebabkan mimpi-mimpi ini untuk
menyebabkan orangramai keliru dan percaya dengan hadith palsu ini! Sekiranya
kita percaya dengan cara “kemungkinan”, maka ini adalah satu kemungkinan yang
mesti diambil kira.
Yang jelasnya, hanya selepas terjadinya sesuatu kejadian baru kita tahu
bahawa sesuatu mimpi itu adalah mimpi solehah.
Tentang komen “anonymous” yang mengatakan
“Itu sebab ulamak terdahulu
atau puak salafi beranggapan bahawa hadis ini lemah sebab mereka hidup ditahun
dimana gempa bumi jarang berlaku atau tiada pada tahun itu.”, ini adalah alamat yang tidak sihat, pada pendapat saya:
1.
Kita tidak pertikaikan penilaian ulama terdahulu terhadap hadith
dengan hujjah ini, kerana mereka menggunakan kaedah2 yang sama dalam penilaian
hadith dengan ulama2 sekarang. Kaedah penilaian tidak berkait dengan waktu atau
zaman.
2.
Sekiranya ini dijadikan hujjah, maka akan berleluasalah fahaman2 sesat
seperti Muktazilah dan sebagainya kerana mereka juga berhujjah di zaman sahabat
mereka tidak secekap zaman kemudian dalam menggunakan akal dan lojik akal.
3.
Digunakan perkataan “atau puak
salafi” yang mempamerkan salah faham beliau,
kerana “salafi” bukan puak. “Salafi” bermaksud seorang muslim yang mengikut
jejak langkah, sikap dan cara memahami agama ulama2 as-Salaf as-Soleh.
Persoalan:
a.
Adakah golongan as-Salaf as-Soleh golongan yang tercela atau sesat?
Jauh sekali, malah
golongan ini yang terdiri daripada sahabat-sahabat nabi, generasi yang seterusnya,
dan yang seterusnya, telah dipuji oleh nabi dalam hadith2 yang tidak boleh
diragukan, iaitu hadith bertaraf mutawatir.
b.
Adakah salah mengikut golongan as-Salaf as-Soleh?
Mana mungkin ianya
salah, sedangkan kita disuruh mengikut jejak langkah orang-orang soleh.
c.
Adakah kita diperintah untuk mengikut golongan as-Salaf as-Soleh?
Ya! Kita diperintah oleh Allah dan RasulNya untuk mengikut golongan ini.
Bukankah Allah menyatakan redhaNya kepada sahabat2 dan sesiapa yang mengikut
sahabat? Lihat surah at-Taubah:100. Bukankah nabi pernah mengatakan umat Islam
akan terbahagi kepada 73 pecahan, dan yang selamat adalah mereka yang mengikut
jalan Rasulullah dan sahabat2nya?
Oleh itu, “salafi” bukanlah suatu puak, tetapi mereka adalah
sesiapa sahaja yang mengikut jejak langkah as-Salaf as-Soleh dalam memahami
agama, baik perkara2 ibadat, muamalat, akhlak, lebih-lebih lagi Aqidah. Sesiapa
yang menganggapkan dirinya salafi seperti satu kumpulan politik, atau jemaah
yang mengatur ahli2nya seperti Ikhwan al-Muslimin, maka dia sudah jauh
menyimpang daripada kefahaman sebenarnya.