http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/restoran-terbuka-parlimen-kawasan-larangan-merokok-1.742579
Ramai yang tidak puas hati, kata kerajaan bertindak melulu, tidak mengkaji cara paling sesuai, dan sebagainya....
Teringat saya kepada peribahasa "Alah bisa tegal biasa"...
Kerajaan sudah sekian lama mengkaji, dan ambil langkah menasihati melalui mesej komunikasi visual... Itu semua dengan harapan dapat mengubah rakyat...
Tetapi kesannya hanya bersifat sementara.
Itulah yang disimpulkan oleh tiga orang pengkaji, Rusydi Mohamad Kamal, Abdul Latif Abu Bakar & Muhammad Hakimi Tew Abdullah dalam pembentangan mereka yang berjodol:
Kertas pembentangan mereka telah dibentang di prosiding International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013, pada 4-5 June 2013 di Pulau Pinang, Malaysia.
Adakah kerajaan mesti terus gunakan cara yang tidak efektif dan membiarkan rakyat merosakkan diri mereka dan ramai rakyat yang tidak merokok terkesan pula dengan asap-asap rokok di tempat-tempat awam?
Sekiranya para perokok melaungkan hak mereka untuk memilih... Adakah orang-orang yang tidak merokok kerana tidak mahu membinasakan diri mereka, mereka tidak mempunyai hak juga?
كُلُّكُمْ رَاعٍ
وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ
رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا
وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِي مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Daripada Ibn Umar (RA): Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda: "Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap
pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya. Seorang Imam
(Pemimpin Negara) adalah pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan
atas
rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan
atas
keluarganya. Seorang isteri adalah pemimpin di dalam urusan rumah tangga
suaminya, dan akan dipertanggungjawabkan atas
urusan rumah tangga tersebut. Seorang pembantu adalah pemimpin dalam urusan
harta tuannya, dan akan dipertanggungjawabkan atas urusan tanggung
jawabnya tersebut."
[Sahih al-Bukhari]