Kerana dirimu amat berharga

Saturday, October 31, 2015

Destinasi Terakhir

GPS banyak membantu perjalanan kita. Tetapkan destinasi, ia akan menunjukkan laluan yang terbaik berdasarkan pilihan kita. Andai ada jalan yang sesak, laluan alternatif dicadangkan. Destinasi tujuan tetap sama. Jikalau tujuan tidak ditetapkan, ia sekadar peta jalanan.

Begitu juga hidup kita. Tetapkan destinasi terakhir, dah berusaha untuk sampai ke sana. Peta ada di tangan, buatlah jalan pilihan, untuk sampai ke Taman yang dijanjikan. Al-Jannah.

Kenapa Jannah? Kerana ia simbol keredhaan Allah.



Tuesday, September 15, 2015

Pantun tak boleh tidur

Hendak gugur gugurlah nangka,
Jangan ditimpa si daun pauh,
Hendak tidur tidurlah mata,
Jangan dikenang orang yang jauh.

Sedap sedap si ikan kelah,
Sedap lagi si ikan pari,
Minum sudah mandi pun sudah,
Kenapa mata tak lelap lagi.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Izinkan saya pergi beradu,
Agar esok tak kesiangan.

Saturday, June 13, 2015

NASI LAGI DAN LAGI

Hari semalam dimulakan dengan sarapan pagi. Setambung nasi lemak buat menemani pak mentua.

Sebelum solat Jumaat, ada jemputan potluck sempena nak sambut puasa. Ada 3 jenis nasi kot. Haruslah saya ambil briyani. Err... sikit jer...

Selepas solat Jumaat, jemputan farewell party pula. Dihidangkan nasi arab. Saya kata 'stop' pada sudipan kedua ketika nasi disendukkan. Mana tidaknya, kambin golek need some space. Err tapi saya tak sentuh ayam langsung, dessert pun tidak.

Balik rumah petang. Si dia menyuarakan hasrat nak makan masak lemak asam buat berbuka. Sebagai suami penyayang, saya buatkan. Tergoda dengan aromanya, makan lagi menemani si dia.

Malamnya muhasabah. Insaf. Takpa, Ramadhan is just around the corner.

Pagi ini bangun, sarapannya nasi (lagi) goreng yang sedap, hasil tangan si dia.

HAPPY WEEKEND!!


Wednesday, April 15, 2015

No matter how bad the day before, we always have another chance to smile again, even brighter, on a new day...

الحمد لله

:: RISE AND SHINE ::






Sunday, January 25, 2015

Passion Fruit

Weekend ni ada 8 kuntum bunga markisa yang kembang. Harapnya adalah yang lekat menjadi buah kali ni. Sebelum musim tengkujuh dulu dah mula berbunga beberapa kuntum, tapi tak lekat. Buang buruk, baru nak belajar barangkali.

Wangi bunga markisa semerbak. Buka saja pintu rumah harum baunya.



Pada pokok limau kasturi pula ada beberapa ekor beluncas. Biasanya saya biarkan sampai menjadi kepompong, niat sedekah saja sedikit daun2 yang dimakan mereka. Panjang umur dapatlah ia bertukar menjadi rama-rama yang indah, kalau tidak menjadi mangsa korban semut israel yang suatu masa dulu banyak menyerang.

Thursday, January 15, 2015

Hari ini bonus masuk

Ditanya: Bonus macamana? OK?
Terjawab: Setengah bulan saja. Ada orang dapat sampai 2-3 bulan kan. Seronoknya...

Ya Allah ... Hilangkanlah sifat wahan dalam hati.

Aku la tu. Mungkin juga ramai antara kamu... :/

اللَّهُمَّ أعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ



Berhantu


Kenangkan mangsa banjir. Kalau dapat banyak boleh bagi lagi banyak.

Friday, January 2, 2015

NEW YEAR 2015

Sebagai acara pembuka tirai 2015, kami ke Farm in the City, sebuah taman alam yang terletak di Puchong. Sila google untuk maklumat lanjut.

Ini lah Gagak Putih
Merenyut ikan merebut makanan.
Aiman's doing what he likes; hand-feed the animals.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails