Petikan daripada laman web arkib negara:
"Masjid Ubudiah yang terletak di bandar Kuala Kangsar, Perak merupakan di antara sebuah masjid yang terindah di zamannya dan juga sekarang. Masjid ini dibina di atas titah Sultan Idris Mursyidul Azam Shah, Sultan Perak Ke- 28, kerana menunaikan nazar baginda. Masjid yang mempunyai pengaruh seni bina `Saracenic' (Islam-India) ini telah direka bentuk oleh A.B. Hubback, seorang arkitek kerajaan. Sementara kerja-kerja perlaksanaannya telah diletakkan di bawah kelolaan Caufield, Ketua Jurutera Negeri Perak. Pada 26 September 1913, satu upacara perletakan batu asas bagi masjid ini telah diadakan. Sultan Idris telah menyempurnakan majlis ini, yang turut dihadiri oleh Sir Arthur Young, Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan pembesar-pembesar lain."
Sepanjang musim persekolahan 1992-1994, masjid inilah menjadi tempat kunjungan untuk solat...
Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. |
Gambar di atas merupakan wajah baru Masjid Ubudiah setelah direnovasi beberapa tahun lalu. Asalnya beranda sekeliling tidak ada, dan masjid yang bersegi lapan ini dikelilingi tangga marmar hitam. Kolah tempat mengambil wuduk juga telah tiada. Pagarnya juga baru. Ada masa nanti saya scan gambar bentuk asal masjid ini masa zaman saya bersekolah dulu.
Saya dan kawan-kawan pernah menaiki tangga pusing kenuju ke atas menara. Rasanya ke-empat-empat menara pernah kami tawan. Pemandangan memang cantik dari atas sana, dapat tengok bandar KK, lengkok Sg. Perak dan Istana Iskandariah. Tapi tu lah, zaman tu tak berapa pandai nak mengambil gambar, tak teringat pun. Filem mahal pulak tu. Haritu pegi jenguk2 jugak pintu kecik untuk ke atas bunbung tu, tapi la ni pengawal masjid sentiasa ada di situ. Ye lah, dah jadi pusat pelancongan.
Aiman, kat sini la babah dok berlari-lari dulu dengan kawan babah masa babah budak kecik =) |
Bahagian dalam juga sudah berwajah baru dengan warna cat yang baru. Carpet sudah berganti dengan yang lebih lembut dan gebu, siap ada air-cond lagi (tido makin nyenyak le bebudak ni time Jumaat). Mimbar dan grandfather clock masih maintain yang lama.
Ruang solat. |
Perbezaan ketara ialah siling di bawah kubah nya. Dulu simple saja, seingat saya ada macam penyangkut dan tali/rantai panjang ditambat di tepi dinding. Namun kini bercorak indah, siap dengan chandeliar yang lip-lap berkilat.
Tiang-tiang dan coloured glass masih maintain, cantik. Tiap kali masuk masjid ni saya memang suka melangut ke atas, dok mencongak berapa banyak bintang agaknya di atas tu. Bezanya cuma sekarang ni bintang-bintang itu berwarna.
Twinkle-twinkle little stars... |
Di tepi masjid terletaknya makam diraja Perak. Kawasan ini juga telah habis kami jelajahi masa budak-budak dulu, melawat raja-raja Perak yang terdahulu yang dimakamkan di situ.
Yang di balik sana pagar itu lah makam diraja. |
Kalau diingatkan, kampung-kampung sekeliling juga dah habis kami jelajah, time petang-petang keluar berjogging. Makan kat gerai kampung, kutip petai belalang buat ulam, makan buah letup-letup, tengok tempat orang buat keris tradisional, macam-macam lah. Tempat-tempat lain yang menarik di Bukit Chandan ni ialah Istana Iskandariah, Istana Kenangan atau Istana Kuning dan rumah-rumah lama, ada yang masih maintain dan ada yang menanti rebah.
Sesekali singgah ke tempat yang pernah kita diami memang menggamit memori. Kuala Kangsar terletak dalam perjalanan setiap kali nak balik Taiping, maka boleh lah singgah-singgah. Tapi Klang is out of the way, maka saja-saja nak menyinggah ke kisas dan tengok-tengok kawasan sekolah termasuk Masjid Sultan Sulaiman yang tak kurang juga indahnya tu tak tau lah bilanya...
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
At-Taubah: 18
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.