Halaman

Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 27, 2014

5S MEMULAKAN HARI ISNIN KITA




1. SYUKUR 

Mulakan hari kita dengan pernyataan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas setiap kurniaanNya kepada kita. Bermula dari kita membuka mata dan terjaga dari tidur, sehinggalah kita kembali nanti, dengan ikrar setiap yang kita lakukan adalah tanda ibadah kepada Allah swt.
Oh ya, ucapkan terima kasih juga kepada mereka yang banyak membantu kita secara langsung mahupun tidak ya!

2. 'STRETCH'

Aktiviti regangan yang boleh dilakukan senantiasa. Ketika bangun dari tidur, semasa di pejabat, bahkan ketika berjalan sekalipun, regangan akan membantu menurunkan kadar tekanan mahupun menambah tenaga untuk bekerja. Hanya sedikit gerakan jemari tangan dan kaki, gerakan tangan, gerakan kaki akan membantu mencerdaskan diri.

3. SARAPAN/ SAHUR

Cukup penting dalam membantu kita fokus terhadap tugasan seharian. Bagi yang berpuasa, tentunya sahur juga akan sangat banyak membantu. Ambillah makanan pagi yang bersesuaian dan tidak secara berlebihan. Awas! Memilih makan secara berlebihan boleh mengundang ngantuk yang tidak berkesudahan

4. SET dan SENARAI

Catatkan perancangan kita sepanjang hari (sebaiknya dari hari Jumaat) - 'things to do list TODAY' - akan membantu memandu kita melunaskan amanah dan tugasan seharian kita. Susunkan mengikut senarai keutamaan yang perlu didahulukan dan seterusnya. Mempunyai senarai tugas juga akan mengelakkan kita dari mempunyai tugasan tertangguh dan membantu kita menyusun masa dengan baik.

5. SENYUM

Akhirnya, mulakanlah hari Isnin kita dengan senyuman. Ingat, kita tidak perlu ceria untuk menggembirakan orang lain. Boleh jadi dengan menggembirakan orang lain, kita akan turut gembira. Memohon maaf dan memaafkan orang lain juga akan membantu kita senyum dengan lebih manis pastinya!

Selamat meneroka hari Isnin baru dalam hidup kita! Semoga hidup kita juga bermanfaat kepada orang lain.


Sumber : FB ABIM Pusat

Polemik I Want To Touch A Dog: Sejahterakan Malaysia Dengan Dakwah



Oleh: Amidi Abd Manan, Presiden ABIM        

Program ‘I want to touch a dog’ merupakan program ulangan. Satu perdebatan berkaitan dengan perihal jilatan anjing telah berlaku di negeri Kelantan pada tahun 1937. Perselisihan pandangan atau pendapat ini bermula dengan Hj. Nik Abdullah b. Hj. Wan Musa, seorang ulama muda ketika itu yang kemudiannya diteruskan oleh ayahandanya Hj. Wan Musa b. Hj.Abdul Samad yang pernah menjadi Mufti Kelantan dari 1908 hingga 1916.

Perbezaan ini bermula dari tahun 1936, apabila Hj. Nik Abdullah dipanggil oleh raja Kelantan ketika itu YM Tengku Ibrahim ibnu Sultan Muhammad IV ke istana bagi meminta pandangannya berkaitan hasrat baginda untuk memelihara anjing. Hj. Nik Abdullah menjawab jika ada keperlun seperti menjaga keselamatan maka ia adalah diharuskan. Berkaitan perihal jilatan anjing pula beliau memberikan dua pandangan menurut mazhab Maliki dan Mazhab Syafie. Baliau menyatakan jika terdapat lebih dari satu pandangan maka diperbolehkan untuk umat Islam beramal dengan mana-mana pandangan tersebut. Pandangan ini sampai kepada Hj. Ibrahim b. Hj. Yusof yang merupakan Mufti Kelantan ketika itu.

Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Hj. Nik Abdullah yang mahukan agar rakyat Kelantan beramal menurut Imam Syafie dan disokong oleh beberapa ulama’ lain seperti Hj. Ahmad Mahir b. Hj Ismail, Hj. Abdullah Tahir b. Hj. Ahmad dan lain-lain lagi. Umur Hj. Nik Abdullah tidak panjang. Beliau meninggal tak lama selepas itu. Ayahnya yang merupakan bekas Mufti Kelantan, meyakini kebenaran pandangan anaknya bertindak mempertahankan pandangan anaknya dalam kuliah-kuliah pengajian yang dikendalikannya.

Pertelingkahan ini berpanjangan dan semakin membesar dalam masyarakat sehingga menarik perhatian Sultan Kelantan ketika itu iaitu DYMM Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Baginda memanggil kedua-dua belah pihak ke Istana Jahar untuk mendapatkan persepakatan dan seterusnya menghentikan polemik yang sedang hangat dalam masyarakat Kelantan. Usaha baginda menemui jalan buntu dan gagal mendapat persepakatan pihak-pihak yang berselisih pandangan. Masyarakat terus dengan polemik berkaitan perihal jilatan anjing ini. Usaha pihak istana tidak terhenti disitu, YM Tengku Ibrahim merancang untuk membuat satu perdebatan berkaitan hal ini yang melibatkan lebih ramai ulama’ di Istana Sri Cemerlang.

Perdebatan itu turut melibatkan Hj. Abas Taha (Kadi Besar Singapura) dan Dr. Burhanudin al-Helmi (S/U majlis Ulama’ Singapura), yang menyebelahi Hj. Wan Musa. Sultan Ismail bertindak sebagai hakim. Namun seperti sebelumnya, Sultan Ismail tidak dapat membuat keputusan dan menyerahkan kepada rakyat untuk beramal dengan mana-mana pandangan yang diperdebatkan. Sekembalinya dari perdebatan itu Hj. Abas Taha menulis satu kitab yang berjudul Risalah Penting, yang mengumpulkan pandangan ulama’ yang menyokong pendapatnya termasuklah Mufti Mesir seperti yang dicatatkan Maulana al-Sheikh al-Marori.

Tidak cukup setakat itu, Raja Kelantan, Tengku Ibrahim turut menghantar 3 soalan kepada Sheikh al-Azhar ketika itu Syed Mohd. Mustapha al-Maraghi, yang menyokong pendapat Hj. Nik Abdullah. Jawapan tersebut telah diterima pada 1 April 1937. Jelas dicatatkan dalam sejarah, orang Melayu telah berbincang berkaitan hal ini kira-kira 90 tahun yang lalu. Oleh itu hasrat Sdr. Syed Azmi al-Habshi selaku penganjur program ‘I Want to touch a dog’ tidak lebih dari sekadar mengulang kisah lama. Jika mahu diukur dari sudut keupayaan dan potensi terhadap impak menukar persepsi orang Melayu khususnya terhadap makhluk Allah yang kita namakan sebagai anjing, jelas perdebatan tahun 1937 jauh lebih berupaya kerana melibatkan istana dan kelompok ulama’ berpengaruh.

Natijahnya, tiada pun keluarga Hj. Nik Abdullah yang memelihara anjing sehingga kini dan masyarakat Melayu terus kekal sebagaimana asalnya. Oleh itu, ia merupakan polemik yang sia-sia dan tidak membawa perubahan dalam masyarakat. Begitu juga dengan ulama’ Melayu dahulu, tidak pula melabelkan Hj. Nik Abdullah dan ayahandanya Hj. Wan Musa sebagai tokoh liberalis kerana perbezaan pandangan feqah dalam hal ini.  Mereka boleh berlapang dada kerana itulah sikap yang dituntut kepada seorang ulama’. Jika perdebatan ini diperpanjang, maka kekeliruan akan bertambah teruk. Pertembungan akan semakin parah sehingga boleh menjejaskan kesatuan umat Islam di Malaysia.                                                   Jika ia berpunca dari kekeliruan, kejahilan dan salah tanggapan, maka yang diperlukan adalah pendidikan dan penjelasan, bukan kutukan dan sindiran yang menyakitkan hati. Kembalilah kita kepada asas kesejahteraan ummah iaitu dakwah. Sejahterakan Malaysia Dengan Dakwah.

Isnin, Julai 09, 2012

"Kenapa aku susah sekali untuk melakukannya?"


"Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan). 

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul ...serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan. 





Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan. 

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan. 

Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu. 

Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu. 

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik. 

Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat. 

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti .a, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami. 

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal. 

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh. 

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran. 

Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat." Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu 'Alam. 



cc: http://www.hanan.com.my/

Selasa, Januari 03, 2012

2012 dan Isinya

Menyoroti kembali kisah hidup kita pada tahun 2011, sudah tentu banyak kisah suka dan duka yang telah mewarnai kehidupan. Selayaknya seorang hamba Allah, menyambut pemergian tahun 2011 dengan penuh keinsafan. Menginsafi kekhilafan kita yang lalu dan berazam untuk tidak melakukannya lagi.




Sewajarnya tahun baru menjadi detik merenung kembali perjalanan dilalui setahun berlalu dan menilai kembali aspek yang perlu dipertingkatkan serta perkara yang harus ditinggalkan. Muhasabah ini perlu untuk melahirkan umat Islam yang memiliki keperibadian cemerlang.

Malangnya, saban tahun sambutan tahun baru di Malaysia dicemari dengan program-program maksiat dan kemungkaran . Masyarakat Islam dihidangkan dengan hiburan-hiburan yang melalaikan. Konsert, kelab malam, hiburan dan pelbagai lagi bentuk maksiat mewarnai sambutan tahun baru yang sepatutnya menjadi titik tolak kepada perubahan dan muhasabah buat umat Islam. 

Lebih malang lagi apabila majoriti mereka yang terjebak dengan perkara ini majoritinya anak-anak muda yang beragama Islam. Golongan yang kita harapkan menjadi pemimpin dan perubah masyarakat pada masa hadapan. Akhirnya, sambutan tahun baru berlalu bukan sahaja tanpa ada sebarang resolusi , malah dicemari pula dengan aktiviti-aktiviti maksiat yang sudah tentu mengundang murka Allah S.W.T.





Keraian Dan Hiburan
Saidatina Aisyah r.a. menceritakan : “Abu Bakar masuk kepadaku sedang bersamaku dua orang budak perempuan Ansar yang sedang menyanyi dengan syair/ungkapan yang saling diucapkan (antara dua puak) Ansar (yakni ‘Aus dan Khazraj) dalam peperangan Bu’ats. Aisyah menerangkan; mereka berdua bukanlah penyanyi. (Melihat hal tersebut), Abu Bakar lantas berkata; “Apakah serunai-serunai syaitan di rumah Rasulullah?”. Hari itu adalah hari raya. Maka Rasulullah s.a.w. berkata; “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita”.
                                                                                            (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Menyambut keraian dengan hiburan tidak salah di sisi agama Islam, namun bentuk hiburan yang bertepatan dengan syara’ sering disalah tafsir. Budaya hiburan melampau atau lebih dikenali sebagai Hedonisme menjadi alat syaitan untuk menyesatkan umat manusia. 

Dari hiburan yang melampau melarat pula kepada masalah pergaulan bebas, manusia semakin terhakis pegangan agama dan akhirnya membawa kepada kerosakan masyarakat Islam. Hiburan adalah satu fitrah yang wujud dalam diri setiap manusia. 

Siapa yang tidak suka kepada perkara-perkara yang menyeronokkan? Namun, fitrah yang tidak terkawal akan melahirkan manusia yang menjadi hamba kepada hawa nafsu. Maka, disinilah peranan agama Islam dalam mengawal fitrah manusia berlandaskan syariat yang telah Allah tetapkan.




Malangnya, seringkali mereka yang mengaku pejuang agama hanya bertindak reaktif dengan menyalahkan anasir-anasir yang menyerang umat Islam tanpa menyelidik apa alternatif dan benteng untuk menangkis serangan identiti ini. Tanpa alternatif hiburan yang islamik, manusia akan memilih hiburan melalaikan yang begitu banyak tersedia melalui konsert, radio, televisyen dan lain-lain.

Selasa, Februari 08, 2011

Siri 4 :TANGKAPAN ISA TERHADAP PEMIMPIN ABIM – SATU REFLEKSI PERJUANGAN

Gerakan Reformasi - Dilema Presiden ABIM!

‘Ana baru dari rumah Anwar!, ramai yang hadir. Laungan Reformasi dah mula bergema. ABIM tak nak sambut ke?’ Begitulah nada talipon dari seorang ahli yang baru pulang mengikuti ceramah Anwar mengenai sebab sebenar beliau dipecat. Katanya, jumlah yang hadir menjangkau ribuan orang dari pelbagai lapisan masyarakat, berbagai bangsa dan keturunan.

Sejak Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998, beliau telah berpindah semula ke rumahnya di Setiamurni, Bukit Damansara. Di sanalah beliau memulakan ceramah setiap malam menerangkan isu-isu yang berkaitan dengan pemecatannya dan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan.

Sebagai Presiden ABIM yang baru diamanahkan tanggungjawab ini setahun yang lalu, sudah tentu peristiwa besar ini menuntut sesuatu tindakan yang juga besar. Pemecatan seorang Timbalan Perdana, mantan Presiden ABIM atas tuduhan meliwat adalah amat mengejutkan dan amat payah untuk diterima oleh sesiapapun.

Siapa yang tidak kenal Anwar Ibrahim? Semangat kental beliau memperjuangkan Islam sejak tahun penubuhan ABIM dan memimpin PKPIM sudah menyejarah. Bila berbicara mengenai sejarah ABIM, Anwar Ibrahimlah yang menjadi paksinya. Inilah hakikatnya. Sebagai Presiden ABIM yang setahun jagung, sudah tentu peristiwa ini amat berat untuk menghadapinya.

Apakah tindakan yang paling wajar yang perlu dilakukan ABIM sebagai sebuah Gerakan Islam yang sentiasa melaungkan perjuangan kebenaran dan keadilan? Apakah ahli ABIM yang kebanyakannya bekerja dengan kerajaan akan mampu menghadapi risiko sekiranya ABIM kembali lantang sebagaimana di awal tahun penubuhannya? Bagaimanakah nanti sekiranya ABIM diharamkan? Inilah beberapa persoalan yang menjadi dilema saya sebagai Presiden ketika itu.

Sementara itu sudah terbentuk tiga pandangan di kalangan ahli tentang bagaimana sebaiknya pendirian ABIM. Masing-masing menyatakan pendirian masing-masing secara langsung dan juga tidak langsung kepada saya. Ada yang sudah komited dengan pendirian masing-masing dan begitu emosional mempertahankannya.

Pendirian pertama adalah seperti mana dalam perbualan talipon tadi, iaitu ABIM harus ‘seize the moment’ dalam erti kata tampil segera memimpin gerakan perubahan ketika momentum perubahan sudah bermula. Mood rakyat inginkan perubahan kepemimpinan negara. Isu 3K iaitu Korupsi, Kolusi dan Kroni yang menyebabkan kejatuhan Rejim Suharto di Indonesia pada Jun 1998 sedikit sebanyak mempengaruhi rakyat di Malaysia. Akibat terlalu lama memerintah, sensitiviti Sang Pemimpin terhadap rakyat terbanyak semakin pudar. Begitulah yang terjadi pada Presiden Suharto. Rakyat bangkit mencetuskan Gerakan Reformasi yang akhirnya menjatuhkan Rejim yang selama ini dianggap kebal dan berkuasa. Dr.Mahathir pula yang menjadi Perdana Menteri Malaysia sejak Julai 1981 telah 17 tahun memerintah. Isu-isu antara keduanya hampir sama.

Pendirian kedua pula ialah ABIM tidak harus masuk campur dalam krisis ini. Ini adalah krisis politik dalaman UMNO yang mana ABIM tidak tahu akan sepak terajangnya. Isu Anwar Ibrahim dengan UMNO, ABIM tidak perlu campur. Lagipun takkanlah Anwar tidak mempunyai kekuatan dalam UMNO untuk memperjuangkan nasibnya. Selama 16 tahun dalam UMNO, sudah tentu Anwar tahu akan selok belok politik UMNO. Dia tidak memerlukan ABIM. Lagipun sejak 16 tahun dalam UMNO, dia semacam ingin menjarakkan diri dari ABIM untuk menggelakkan timbul sebarang fitnah. Dia pun tidak langsung melibatkan ABIM dalam sebarang percaturan politiknya. Jadi apakah wajar untuk ABIM mempertaruhkan segala kredibilitinya untuk mempertahankan Anwar. Berlaku adillah kepada ABIM. Begitulah antara hujah-hujah bagi mempertahankan pendirian agar ABIM jangan terlibat.

Adapun pendirian ketiga ialah ‘tunggu dan lihat’. ABIM jangan gopoh dalam menentukan pendiriannya. Kalau silap langkah, ABIM akan merana nanti. Saya masih ingat ada seorang ahli dengan begitu emosional memberi amaran kepada saya, ‘Kalau ABIM diharamkan nanti, ana tuntut dengan anta di Yaumul Mahsyar!’ Betapa berangnya dia bila dia mendengar ada ura-ura ABIM akan mencetuskan reformasi. Saya mengurut dada dengan banyak beristighfar. AstaghfiruLlah……. Pening kepala di buatnya. Ketiga-tiga pendirian ada alasan yang kukuh dan wajar. Apakah ijtihad politik ABIM kali ini?

Saya sebenarnya begitu bersyukur kerana mempunyai barisan Exco Kanan yang kuat dan mempunyai persefahaman yang tinggi ketika itu iaitu Ustaz Mokhtar Redzuan; Timbalan Presiden, Dr.Mohammad Redzuan Othman; Naib Presiden Antarabangsa, Abdul Halim Ismail; Naib Presiden Kebangsaan dan Saharuddin Badaruddin; Setiausaha Agung. Kami sentiasa merujuk antara satu sama lain dalam menentukan pendirian dan aksi. Walaupun masing-masing mempunyai pendirian dan pandangan tersendiri, tetapi setelah dirundingkan, kami sentiasa mendapat kata sepakat untuk bertindak.

Sebelum membuat sebarang keputusan kami sepakat untuk bertemu sendiri dengan Anwar Ibrahim bagi mendapatkan penjelasan beliau tentang segala pertuduhan terhadapnya. Bagi kami penjelasan ini amat penting bagi memutuskan tindakan yang paling wajar selepas ini.

Pada 4 September, saya bersama Halim, Redzuan dan Shaharuddin bergegas ke Setiamurni, mengharungi begitu ramai manusia yang menggerumuni rumah Anwar. Kami tiada masalah bertemu Anwar kerana ramai petugas adalah kenalan belaka dan juga ahli ABIM yang telah membuat pendirian. Mereka membantu kami bertemu Anwar. Anwar nampak begitu kepenatan. Suaranya sudah garau kerana banyak bercakap dan berceramah setiap malam di halaman rumahnya. Kak Wan, selain isteri juga seorang doktor sentiasa memastikan kesihatan Anwar terjaga. Ketika kami di situ, kelihatan beliau sedang membawa segelas air asam jawa untuk melegakan tekak Anwar. Ramai pemimpin NGO dan Pemuda UMNO sentiasa berada di rumah tersebut.

Anwar menjelaskan akan rentetan peristiwa khususnya dengan Dr.Mahathir sehingga akhirnya beliau dipecat pada 2 September. Harus diingat bahawa Dr.Mahathir membawa Anwar masuk selepas hampir setahun beliau menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981. Anwar menyertai UMNO pada 29 Mac 1982. Saham Anwar dalam membangun negara bersama Dr.Mahathir bukan sedikit. Begitu juga saham Dr.Mahathir membesarkan Anwar dalam UMNO juga tiada siapa yang boleh menafikannya. Apa yang pasti ada segelintir pemimpin UMNO yang tersisih sejak kemasukan Anwar dalam UMNO. Bagi Anwar, isu liwat adalah fitnah yang dijadikan senjata politik untuk membunuh karier politiknya oleh mereka yang tersisih selama ini. Setelah hampir setengah jam pertemuan berlalu, beberapa persoalan terjawab dan rasanya kami dah sepakat untuk menentukan pendirian ABIM dalam kes pemecatan Anwar Ibrahim.

http://ahmadazam.blogspot.com/

Siri 3 :TANGKAPAN ISA TERHADAP PEMIMPIN ABIM – SATU REFLEKSI PERJUANGAN


INTEROGASI BERMULA

Ketika masuk ke bilik interogasi, barulah gari dan cermin mata hitam saya dibuka. Ingin ditegaskan di sini bahawa cermin mata hitam yang dipakai telah dicat dengan warna hitam. Apa pun tak nampak. Masuk saja ke bilik tersebut, tercegat 3 orang pegawai yang tidak langsung memperkenalkan diri mereka. Mereka bertiga duduk di belakang meja panjang, dan saya disuruh duduk di kerusi plastik jauh dari meja. Bilik tersebut sangat dingin kerana penghawa dingin dipasang dengan kuat.

Ketua Interogasi, saya mengenalinya kerana dialah yang menangkap saya di Sekretariat ABIM, Taman Sri Rampai. Beberapa hari kemudian baru saya tahu namanya, Deputy Superintendent Police (DSP) Shukri. Saya pasti dia orang Kelantan kerana loghatnya pekat. Seorang lagi di kirinya, berpangkat Assistant Superintendent Police (ASP) saya agak berpendidikan jurusan Undang-Undang dan sebelah kanannya berpangkat Chief Inspector. Namanya sampai ke sudah saya tak tahu.

Sepanjang siri interogasi berjalan, masing-masing menjalankan peranan yang berbeza. Seorang berlagak sangat garang dan melayan saya sebagai penjenayah, seorang lagi selalu membuat provokasi, dan ketuanya sentiasa bersikap lembut dan berdiplomasi. Saya agak strategi ini adalah untuk menggelirukan OKT.

Sesi interogasi berjalan tidak mengikut masa. Kadang-kadang tengah malam, tiba-tiba dipanggil. Pasukan yang membuat interogasi juga kadang-kadang berbeza. Pernah sekali salah seorang daripadanya saya kenal sungguh kerana pernah bertemu ketika demonstrasi di Dataran Merdeka pada 20 September yang lalu. Wajah dan perwatakannya macam orang ABIM. Dia sentiasa mengikuti saya ke mana jua saya pergi, bertindak seolah-olah salah seorang penyokong Reformasi ketika demonstrasi sampai ke kemuncaknya di Dataran Merdeka.

Ketika bertemu di bilik interogasi, saya terkejut bertemunya. Dia hanya senyum lebar. ‘Tugas saya mengekori Cik Azam ketika itu’, katanya selamba. Namanya Cif Inspektor Amran.

Bab Polis Cawangan Khas mengekori suspek memang menarik. Saya teringat waktu pagi 21 September, sebelum penangkapan dibuat, saya lihat beberapa orang lelaki yang tidak dikenali datang ke kaunter pejabat. Saya sempat bertanya salah seorang darinya, ‘Dari mana Sheikh?’ Lantas dijawabnya, ‘Dari ABIM Pahang’. Saya pun terus berlalu tanpa terlintas bahawa mereka itu Special Branch. Mungkin mereka ini ahli baru yang nak mendaftar. Begitulah sangkaan baik saya ketika itu.

Hari pertama, sesi berjalan lancar kerana mereka ingin tahu apa yang saya buat sejak Anwar dipecat pada 2 September sehinggalah tertangkap pada 21 September 1998. Mereka hanya mencatat apa yang saya sebut dengan sekali sekala membuat provokasi agar saya mendedahkan segala-galanya. Mereka ingin tahu siapa-siapa yang terlibat dalam perancangan dan strategi Reformasi.

Sebelum bermula, ketika saya baru masuk bilik interogasi, pegawai berpangkat ASP menunjukkan ‘garang’nya. Dia minta saya berdiri di sepanjang interogasi berlangsung. DSP Shukri cepat membantah dan menegaskan agar saya harus dilayan dengan penuh hormat. Beliau minta saya duduk di kerusi. ASP tersebut terpaksa akur dengan protes. Sikapnya terhadap saya amat negatif dan meyakitkan hati. Soalan-soalannya terhadap saya semasa interogasi penuh dengan tuduhan-tuduhan sinis seolah-olah saya adalah seorang penjenayah yang terlibat di dalam aksi subversif yang mengancam keselamatan negara. DSP Shukri pula pandai mengambil hati saya dengan soalan-soalan yang penuh berhemah dan beradab.

Bila mengingatkan episod ini semula, terasa pula mereka ini seolah-olah berlakon, agar saya terus memberi kerjasama dengan memberi maklumat-maklumat penting dengan sukarela.

Sebelum ditangkap, selalu juga saya mendengar cerita akan siri penyiksaan yang dilakukan polis terhadap OKT untuk mendapatkan pengakuan bersalah dan maklumat penting. Cerita seperti duduk atas bonggol ais, disebat dengan hos getah, disuruh berbogel di bilik berhawa dingin yang dipasang kuat dan bermacam lagi kisah yang menggerunkan. Malah selepas keluar penjara, cerita yang saya terima dari rakan–rakan OKT juga bermacam-macam. Saya bersyukur kerana cerita-cerita gerun apalagi yang mengaibkan tidak berlaku pada saya. Alhamdulillah. Cuma tidak dinafikan tekanan mental akibat siri interogasi yang intensif tanpa mengira masa memang dideritai. Penderaan fizikal memang tidak berlaku.

Memasuki hari kedua, ketiga dan seterusnya, sesi interogasi menjadi bertambah payah dan intensif. Banyak maklumat yang saya beri pada hari pertama dipersoalkan kesahihannya oleh SB. Mereka telah membandingkan maklumat saya dengan Ustaz Mokhtar, Halim dan Saharuddin. ‘Awak jangan cuba menipu Zam! ‘tengking ASP garang tersebut. ‘Kawan awak cakap lain, awak cakap lain!’ ‘Jangan buang masa kami’, begitulah bentaknya. Saya tergamam seketika! Masing-masing kami tak tahu maklumat mana yang telah didedahkan… Tingkap sel penjara masing-masing pun dah ditutup selalu. Amat payah untuk berkomunikasi di waktu senggang yang semakin sedikit.

Salah satu taktik SB untuk memujuk OKT supaya bekerjasama dengan mereka ialah dengan memberi tawaran kemudahan asas peribadi. Pendekatan ‘carrot and stick’ sentiasa digunakan. Sekiranya OKT memberi kerjasama yang baik, beberapa keistimewaan akan diberi. Pengawal yang mengiringi saya antara sel penjara dan bilik interogasi sentiasa membisikkan ke telinga saya, ‘Cik Azam, mintalah bantal, selipar, sejadah dan al-Quran pada SB tu!‘ ‘Dia akan bagi punya’ katanya lagi. ‘Ada OKT dah dapat semuanya, relaks saja dia’, tambahnya untuk meyakinkan saya.

Esoknya bila pulang dari bilik interogasi, saya terkejut kerana di atas tempat tidur terletak senashkah al-Quran, dan selipar. Saya bingung kerana saya tak pernah membuat sebarang permohonan pun. Namun jauh di sudut hati, bersyukur yang amat kerana al-Quran sudah berada di tangan. Bolehlah menelaah ayat-ayat suci bagi menambah kekuatan spiritual bagi menghadapi ujian berat ini. Terfikir juga di benak saya, apakah saya sudah dianggap memberi kerjasama yang baik untuk mendapatkan keperluan asas ini? Entah lah, saya jadi bingung.

Begitu juga ketika sesi interogasi menjadi tegang, terutama bila saya mempertahankan diri saya dari tuduhan liar berunsur provokatif, tiba-tiba DSP Shukri memberhentikan sesi. Dia tanya saya nak makan apa? Lantas saya berkata dengan nada menduga,’Kalau ada Koey teow baik juga Tuan!’ ‘Minum? ‘tanyanya balik, ‘Teh tarik’ jawab saya pantas. Lantas beliau mengarahkan Cif Inspektor untuk membelinya di Restoran berdekatan. Saya ingat dia ingin mempermainkan saya. Tapi memang benar, dia laksanakan apa yang saya minta. Hati saya bukan main seronok bila ‘melahap’ koey teow panas dan teh tarik panas. Dah lama tak dapat makan sedap macam ni. Makanan lazim di penjara dah tak larat nak makan.

Sambil makan, pihak SB sentiasa mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat tambahan dari saya.

Isnin, Februari 07, 2011

Siri 2 :TANGKAPAN ISA TERHADAP PEMIMPIN ABIM – SATU REFLEKSI PERJUANGAN




BERTEMU RAKAN ABIM DI BLOK PENJARA YANG SAMA

Setelah berehat beberapa ketika, saya terdengar orang membaca Al-Quran di sel sebelah. Mendayu-dayu bunyinya. Tapi suara tu biasa saya dengar. Setelah agak lama mendengar, barulah saya cam. Itu suara Cikgu Halim. Sekarang tahulah di sebelah saya, sel Cikgu Halim.

Sekitar jam 6.30 petang, pengawal menghantar bungkusan makan malam beserta teh ‘o’ melalui tingkap kecil. Alhamdulillah, perut pun dah lapar, elok sangatlah tu… kata di hati. Makanan di penjara, baik makan malam atau tengahari lazimnya ikan rebus masak kari atau ikan goreng, sayur tauge atau kobis. Minum pagi dua keping roti disapu dengan kaya. Itulah makanan penjara. Sedap tak sedap, bila dah lapar, makan aje la… Nak tambah, memang tak ada peluang. Lauk daging, jauh sekali.

Mandi di penjara memang mencabar. Terpaksa mencangkung dalam tandas yang juga bilik mandi pakai gayung. Bagi yang biasa mandi dengan air-panas, memang menyiksakan. Air paipnya sejuk yang amat, terutama di waktu pagi. Tuala ‘Good Morning’ langsung tak membantu untuk mengeringkan badan. Terlalu kecil dan tujuannya hanya untuk menggelap peluh, bukan untuk mandi.

Usai mandi, terus menunaikan solat Maghrib. Nasib baik penjara ini berdekatan dengan Masjid, boleh juga mendengar azan dilaungkan. Rupanya solat ketika susah dan apalagi berada di dalam penjara, memang senang khusyu’. Tenang penuh syahdu, mengharap hanya kepada Yang Esa. Tiada apa yang hendak dikejar. Begitulah resam manusia yang sentiasa lalai dan leka. Doa pun bukan main panjang.

Tak lama kemudian, tiba-tiba terdengar bunyi pintu blok penjara dibuka. Ahhh…tentu ada tahanan baru masuk.. detak hati berkata. Kemudian, muncul wajah Kamaruddin Jaffar di tingkap kecil sel saya. ‘Assalamualaikum’ ucapnya. Saya terkejut dan beristighfar panjang. ‘Astagfirullah! Anta pun kena Sheikh?’ Tergamam seketika. Dalam benak berkata, 'pemimpin ABIM yang dah masuk UMNO pun kena tangkap!’. Gawat ni….

Kami tak dapat menyambung perbualan kerana pengawal penjara terus membawa Kamaruddin Jaffar ke selnya, sebelah sel Halim Ismail. Kamaruddin Jaffar (sekarang Dato’) pernah menjadi bos saya semasa bekerja di Institut Kajian Dasar. Beliau adalah mantan Setiausaha Agung ABIM, mantan Setiusaha Agung PAS dan pernah menjadi Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Tun Ghaffar Baba. Sekarang beliau adalah ahli Parlimen PAS di Tumpat.

Setengah jam kemudian, sekali lagi pintu besi berdentam. Siapa la pulak kali ni?. Terdengar bunyi orang berjalan menuju ke arah sel saya. Pintu kecil dibuka, dan muncul pula muka Zambry Kadir (Sekarang Dato’ Seri Zambry Kadir, Menteri Besar Perak). ‘Apa khabar Sheikh?‘ katanya kepada saya. ‘Baik! ‘jawab saya dengan perasaan lagi terkejut. Kami memandang antara satu sama lain. Lidah kelu tak terkata. Tak tahu apa nak cakap. Masing-masing memandang penuh makna, cuba memahami apa hikmah sebenarnya disebalik penangkapan ini. Zambry terus dibawa ke selnya pula. Saya jangka pasti sebelah sel Kamaruddin Jaffar.

Saya mulai resah dan bimbang. Apakah semua pemimpin ABIM baik yang masih memimpin atau yang dah bersama Anwar dalam UMNO, semuanya ditangkap? Kalau begitu, nampaknya Dr. Mahathir nak melakukan pembersihan besar-besaran terhadap pemimpin ABIM di mana jua mereka berada. Apakah ABIM akan di haramkan? Persoalan-persoalan ini bermain di kepala. Bimbang, resah, mengharap, sedih. Perasaan ini bermain-main di hati. Di mana Ustaz Siddiq, Ustaz Muhammad Nur Manuty, Cikgu Sidek Baba, Redzuan Othman dan Exco ABIM yang lain. Kena tangkapkah mereka? Persoalan yang tak terjawab. Saya hanya mampu berdoa agar semuanya selamat. Lantas mengambil wudhu’ dan menunaikan solat Isya’ dengan penuh khusyu’ dan tawadhu’.

Malam itu saya cuba melupakan seketika apa yang berlaku dengan melelapkan mata dengan berbantalkan lengan sahaja. Lampu terus menyala menganggu mata yang keletihan. Namun, hasrat tersebut tak kesampaian. Nyamuk menghurung saya tanpa belas kasihan. Saya cuba berselimut seluruh badan, tapi hanya beberapa minit. Panas…. Ya, dalam sel tersebut, mana ada kipas angin. Bila panas, selimut dibuka, nyamuk menggigit. Bila berselubung, panas pula… Begitulah sepanjang malam. Sekejap berselimut, kemudian buka, lepas tu berselimut balik sampai ke siang. Waktu siang pula, labah-labah, semut, lipas, cicak berkeliaran.

Keesokan harinya, saya perasan sel bertentangan dan sebelahnya dah ada orang. Bila pengawal menghantar sarapan pagi melalui tingkap kecil, dia tidak menutupnya kembali. Saya menjengah ke sel bertentangan. Rupanya Saharuddin Badaruddin di situ. Beliaulah yang begitu semangat melaungkan Reforrrmasiiii…. ketika Forum Menanggani Gejala Fitnah anjuran ABIM, PKPIM, JIM dan ASASI pada 6 September 1998 di Pusat Latihan ABIM yang lalu. ‘Macamana anta? Ok?’ ‘Aku tak apa-apa’ jawabnya.

‘Sebelah aku Ustaz Mokhtar Redzuan! ‘maklumnya kepada saya. Saya lantas berkata dengan sedikit menjerit, ‘ Assalamualaikum Ustaz Mokhtar, anta sihat ke?’ Tanpa diduga dia menunjukkan mukanya di pintu kecil selnya sambil berkata dengan wajah hiba, ‘Ana ok, Sheikh, tapi risaukan anak ana. Dia ada penyakit ‘down syndrome’. Kesian isteri ana nak jaga dia. Ana pun tak berapa sihat.’ Saya cuba menyabarkan Ustaz Mokhtar. Hati saya mulai berasa kesal kerana melibatkan Ustaz Mokhtar dalam Forum yang lalu sebagai Pengerusi Majlis. Andaian saya sekiranya Ustaz Mokhtar tidak dilibatkan, mungkin beliau tidak di penjarakan. Namun itu semua hanya andaian. Namun saya lihat beliau tabah dan redha menghadapi sa’atul usrah (saat getir) ini, Alhamdulillah.

Sekitar jam 10 pagi, saya dibawa pengawal keluar dari sel ke bilik interogasi. Tangan digari dulu, kemudian baru dibawa keluar. Ketika melalui sel hadapan sekali berdekatan pintu keluar Blok Penjara, sempat saya bertanyakan pengawal, 'siapa dalam sel itu?’ Dia lantas menjawab, ’Kamaruddin Md. Nor!’ Saya bungkam. Kamaruddin Md. Nor adalah pengasas ABIM, orang kanannya Anwar, bos saya ketika bekerja dengan World Assembly of Muslim Youth (WAMY) pada tahun 1987/88. Beliau menyertai UMNO tak lama selepas Anwar masuk UMNO pada tahun 1982. Saya menjengah ke dalam selnya. Beliau sedang tidur di atas simen kepenatan. Tak tergamak membangunkannya, lantas saya berlalu dengan tangan bergari dan bercermin mata hitam (gelap) meraba-raba dengan dipimpin pengawal ke bilik interogasi.

Siri 1 :TANGKAPAN ISA TERHADAP PEMIMPIN ABIM – SATU REFLEKSI PERJUANGAN

21 SEPTEMBER 1998

Hari ini genap 12 tahun saya dan teman-teman ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali sebagai ISA. Kami dituduh mencetuskan huru-hara dan mengganggu ketenteraman awam. Akta ISA ini membolehkan pihak polis menahan sesiapa saja dan ditahan maksima selama 60 hari tanpa dibicara, semata-mata kerana disyaki terlibat dalam kegiatan yang dianggap subversif.

Kami ditahan di pejabat ABIM, ketika itu di Taman Sri Rampai, Setapak sekitar jam 12.30 tengah hari ketika sedang bermesyuarat dengan beberapa pemimpin NGO lain. Perbincangan memfokus kepada post-mortem demonstrasi besar-besaran pada 20 September di Dataran Merdeka dan juga implikasi penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Roslan Kasim pada malam tersebut. (Sekadar untuk refleksi ingatan, demonstrasi besar-besaran bermula di Masjid Negara dan kemudiannya berarak dan berkumpul di Dataran Merdeka bagi menuntut reformasi akibat daripada pemecatan DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pemecatan beliau dilihat sebagai tindakan otokratik Dr. Mahathir dalam pemerintahan negara).

Hadir ketika itu ialah Ustaz Mokhtar Redzuan, Timbalan Presiden, Abdul Halim Ismail, Naib Presiden dan Shaharuddin Badaruddin, Setiausaha Agung. Pemimpin NGO lain yang turut hadir ialah Saari Sungib, Presiden JIM dan Mustafa Kamal Maulud, Presiden URUS.

Sedang masing-masing memberi penumpuan penuh pada perbincangan, tiba-tiba beberapa orang pegawai polis berpakaian preman telah menyerbu bilik mesyuarat dan meminta kami menunjukkan kad pengenalan. Saya tidak menjangka polis akan bertindak begitu cepat untuk menahan kami. Memang dalam beberapa hari sebelum ini telah ada desas-desus bahawa pemimpin ABIM akan ditahan di bawah ISA. Saya tidak menghiraukannya kerana yakin bahawa ABIM hanya menyatakan protes. Ternyata salah jangkaan saya.

Saya menjerit kepada polis Cawangan Khas, ‘kalau ye pun, buka lah kasut tu’. Pejabat ABIM memang mempunyai polisi tidak berkasut di dalam pejabat. Saya nampak mereka tergamam seketika, namun selepas itu tidak mempedulikan jeritan saya. Ternyata secara jelas bahawa polis hanya menghendaki pemimpin ABIM sahaja. Saya, Ustaz Mokhtar, Halim dan Shaharuddin ditangkap. Manakala Saari Sungip dan Mustafa Kamal Maulud tidak diganggu.

Keadaan pejabat menjadi agak kelam kabut. Ada staf yang lesap melarikan diri, ada pula yang menangis tergamam. Tapi ada juga yang marah dan bertindak berani melawan polis. Namun terus terdiam apabila digertak polis untuk ditangkap.

Tangkapan kami berempat berlaku dengan cukup pantas. Kecuali saya, semua telah dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk digelidah bagi mendapatkan bukti sebelum dibawa ke balai polis. Saya tidak dibawa ke rumah kerana semua bahan yang diperlukan ada di pejabat.Saya dibawa masuk ke bilik pejabat Presiden. Seluruh bilik digelidah. Beberapa buku dirampas. Hingga sekarang buku tersebut tidak dipulangkan. Saya terkejut melihat Cif Inspektor Suhaili yang selalu berhubung dengan saya. Dia memohon maaf kerana terpaksa menjalankan tugas. Saya kata padanya,’ kalau ye pun beritahulah dulu. Saya takkan lari.’ Dia menjawab, ‘Saya pun baru tahu yang nak ditangkap tu saudara’. Saya memang marah ketika itu, kerana selama ini saya sentiasa memberi kerjasama yang baik dengan pihak polis. Bagi saya, ABIM ini badan yang sah di sisi undang-undang. Tidak ada yang perlu ditakutkan.

Lantas saya digari dan dibawa dengan kereta Wira ke Balai Polis Setapak untuk diproses penahanan saya sebelum diserahkan kepada Pihak Penjara. Sementara itu saya mohon untuk melaksanakan solat Zohor. Surau yang ditunjukkan kepada saya itu kelihatan seperti tidak diurus dengan baik. Usai solat, saya diminta menanggalkan semua pakaian untuk diperiksa jikalau ada kecederaan di mana-mana untuk dicatit. Saya protes bila seluar dalampun diminta untuk ditanggalkan. Nasib saya baik, pegawai tersebut akur. Lega sungguh rasanya. Maruah saya sebagai Presiden ABIM harus dipertahankan.

Setelah selesai urusan polis, maka barulah saya diserahkan kepada pihak penjara. Saya dibawa masuk ke dalam van dengan tangan bergari dan disuruh memakai cermin mata hitam bagi mengelakkan saya tahu ke penjara mana saya akan dibawa. Sebelum itu saya diberikan burger McDonald dan minuman sebagai ganti makan tengahari.

BURUNG DALAM SANGKAR

Setelah berpusing-pusing sekitar 40 minit, pegawai pengiring bercakap melalui walkie-talkie. Katanya,’burung dah ada dalam sangkar’. Teringat saya akan buku yang pernah saya baca mengenai nasib tahanan ISA pasal burung dalam sangkar. Agaknya itulah kod untuk memberitahu bahawa OKT – orang kena tahan sudah ditangkap serta sudahpun sampai.

Sebaik tiba di penjara, dengan tangan bergari dan bercermin mata hitam, saya dibawa masuk ke bilik menyimpan pakaian dan barangan peribadi. Saya diminta menanggalkan pakaian dan diganti dengan pakaian penjara warna biru gelap. Semua barangan peribadi seperti dompet, jam tangan, kasut dan lain-lain direkod dan disimpan. Jumlah wang dalam dompetpun dikira. Kebetulan saya menyimpan wang tunai lebih seribu ringgit pada masa tersebut bagi keperluan kontigensi.

Gambar saya berpakaian penjara kemudiannya telah diambil dari pelbagai sudut. Depan, tepi, kiri, kanan, semua difoto. Nombor penjara saya cantik, 188/98. Banyak nombor lapan, mengikut kepercayaan orang Cina, orang itu ada ‘ong’ atau ada tuah. ALlahu a’lam.

Usai urusan mengambil gambar, maka saya digari lagi dan diminta memakai cermin mata hitam. Lalu di bawa dengan berkaki ayam ke sel penjara. 10 minit berjalan dengan dipimpin oleh pegawai pengiring, maka sampailah ke sel saya. Saya diberikan selimut, tuala ‘Good Morning’, berus gigi yang tangkainya telah dipatahkan, baldi kecil dan sabun. Rupanya berus gigi memang sengaja dipatahkan untuk mengelakkan OKT dari mengasahnya untuk dijadikan senjata membunuh diri. Begitu juga tuala ‘Good Morning’ yang hanya sesuai untuk mengelap peluh, dijadikan tuala mandi bagi mengelakkan kejadian menggantung diri. Bantal? Tidak ada.

Sel penjara hanya seluas 5 kaki lebar dan 9 kaki panjang. Ada tandas dengan dinding dan pintu cukup untuk menutup orang mencangkung. Ada katil daripada batu yang disimen setinggi dua kaki,cukup untuk tidur. Tidak ada tingkap, kecuali ruang udara dan lampu ‘bulb’ yang sentiasa terpasang. Inilah tempat tinggal saya sementara melalui proses interogasi yang tidak menentu masanya. Waktu tidur juga pasti tidak menentu.

Setelah masuk sel yang kemudiannya dikunci oleh pegawai penjara barulah saya dapat merasai realiti bahawa saya telah dipenjara. Saya hanya mampu duduk termenung melihat pintu sel yang hanya mempunyai tingkap kecil muat untuk pegawai penjara meninjau dari luar , menghantar makanan dan ubat gigi. Tingkap kecil itu hanya boleh dibuka dan ditutup oleh pegawai penjara. Kalau dibuka, pasti boleh melihat OKT di sel bertentangan. Kalau ditutup, rasanya macam nak pitam. Saya kena penyakit ‘claustrophobia’ selama beberapa bulan selepas bebas dari tahanan. Penyakit ini ialah bila seseorang berada di dalam bilik tertutup, dia akan berpeluh dan sesak nafas. Inilah yang berlaku pada saya bila naik kapalterbang atau naik lif. Perasaan panik, berpeluh dan sesak nafas akan berlaku sehinggalah kapalterbang mendarat atau keluar dari lif. Kadang-kadang bila masuk bilik yang tiada tingkap pun, saya akan menjadi gelabah. Hanya setelah beberapa bulan barulah penyakit ini pulih sepenuhnya.

Sabtu, Disember 04, 2010

Media Alternatif Sebagai Alat Peyebaran Ilmu


Perkataan "media" berasal dari bahasa latin "Medius" yang secara harfiyah berarti “tengah”, perantara atau pengantar. Dalam bahasa Arab, media adalah perantara atau pengantar pesan dari pengirim kepada penerima pesan. Sementara Syaiful Bahri Djamarah dan Aswan Zein menuliskan bahwa media berasal dari bahasa latin dan merupakan bentuk jamak dari kata “Medium” yang secara harfiyah berarti perantara atau pengantar. Dengan demikian dapat difahami bahwa media merupakan wahana penyalur informasi belajar atau penyalur pesan.

Media Alternatif merupakan salah satu alat penyebaran maklumat dan komunikasi lebih-lebih lagi daripada penggunaan jalur lebar atau "Internet" yang begaimana kita ketahui lihat sekarang sangat digemari oleh masyarakat di Malaysia terutamanya generasi muda yang terhibur apabila menggunakannya seperti laman weblog, laman Facebook, twitter, Frindster dan lain-lain lagi.

Selain itu, terdapat juga laman-laman pecuma lain yang memberi berkonsepkan tempat simpanan gambar dan ada juga yang berkonsepkan himpunan dokumen-dokumen serta artikel yang membolehkan orang yang mengendalikan jalur lebar dapat melihat serta muat turun bahan-bahan tersebut.

Sebagai umat Islam yang diamanahkan untuk menyebarkan ajaran Islam di seluruh dunia seharusnya memanfaatkan media alterternatif ini sebaiknya sebagaimana firman Allah dalam surah Annahlu ayat 125 yang bermaksud : “Serulah (manusia) ke jalan (agama) tuhanmu dengan kebijaksanaan (hikmah) dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan (jalan) yang terbaik. Sesungguhnya tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Begitulah perintah Allah yang menyuruh menyebarkan dakwah atau ilmu pengetahuan dengan apa cara sekalipun mengikut kesesuaikan zaman dan inilah yang membuktikan bahawa Islam itu sesuai di setiap zaman, masa dan tempat.

Dalam penggunaan weblog merupakan alat yang baik untuk berkongsi ilmu kerana seseorang itu boleh memuatkan pelbagai artikel atau pengetahuan serta pengalaman yang berguna dan ini seharusnya dimanfaatkan oleh mereka yang berada dalam pelbagai sektor atau bidang bagi berkongsi ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bidang masing-masing lebih-lebih lagi yang boleh mengaitkan dengan Islam.

Satu lagi medium yang mendapat sambutan masyarakat hari ini disemua peringkat ialah Facebook yang membolehkan pengendali memaparkan sesuatu yang berkaitan dengan perkara hariannya atau mengkritik isu semasa, meluahkan perasaan dan lain-lain lagi kerana itulah mentaliti kebanyakan masyarakat kita hari ini. Laman Sosial ini harus banyak juga manfaat dalam menyebaran ilmu kerana kepantasannya menyebar maklumat dan ini juga harus diambil peluang untuk menyebarkan ilmu serta dakwah biarpun darisegi respon atau komen dari ahli-ahli tidaklah mendapat sambutan, tetapi yang maklumat itu sampai kemata mereka walau sepintas lalu.

Begitulah kita sebagai umat Islam seharusnya tidak hanya tahu menggunakan sesuatu tetapi mengambil menfaat dan tahu apa kelebihan alat tersebut yang seharusnya di gunakan untuk menyebar ilmu pengetahuan agar pembudayaan ilmu itu disemai dalam masyarakat dalam apa jua cara dan keadaan.

Mohd Syahiran Bin Muhammad
Exco Siswazah ABIM kelantan 2010/2011

Khamis, Julai 01, 2010

Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor (JUN 2001- JUN 2010)

Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditakfsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juag para Tabi’in. Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang.

Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah.

Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding .sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu.

( Ustaz Fadhil Nor: 1992)

Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’yang lain.

Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor.

Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini “Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini.

Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanapa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih.

Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi.

Latar belakang keluarga

Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam.

Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga beliau adalah pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah.

Pendidikan

Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel.

Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962.

Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur kebaktian di tanahair.

Perkahwinan

Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Kemudian setelah berkahwin, menemankan almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna’izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf.

Bakat Kepimpinan

Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Berada di Mesir ketika negara itu diterkam hebat oleh Isreal dalam perang Arab Israel pada tahun 1967, di zaman Gamal Naseer. Beliau juga menjadi saksi bagaimana zalimnya regim Mesir terhadap pejuang-pejuang Islam di negara tersebut. Universiti al Azhar pula tidak sunyi daripada kegiatan Islam yang memberikan pengalaman yang sangat berharga kepada ustaz Fadhil. ( Universiti tersebut masih mempunyai kebebasan kala itu ).

Perkhidmatan

Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978.

Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan.

Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS.

PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. PAS wajar ‘disuntik darah muda’ supaya kembali bertenaga, ditengah samudera juang yang memerlukan bahtera yang ampuh. (Pak Natsir jugalah yang menasihatkan ABIM pada ketika itu untuk menghantar Ust. Fadzil Noor kedalam PAS)
Aktiviti Kemasyarakatan

Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah.

Beliau pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami.

Fadzil Nor telah memegang jawatan timbalan Prsiden ABIM dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran.

Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang yang banyak dirujuk oleh Anwar dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO.


Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an.

Ustaz Fadhil sangat memerhatikan gerakan membina anak-anak muda dalam gerakan dakwah, beliau tokoh pembina yang penting di negara ini.

Oleh: Riduan Mohamad Nor (dengan sedikit suntingan).

Selasa, April 20, 2010

Lelaki pun Membuka Aurat

Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.

Dahulu kita sering melihat isu penutupan aurat ini kepada kaum perempuan, akan tetapi sejak akhir-akhir ini, kaum muda lelaki pula cuba memakai pakaian yang melanggar batas Syariat. Mungkin masyarakat kita telah terbiasa, jika masalah manutup aurat adalah kepada wanita sahaja sedangkan Islam juga telah menetapkan cara penutupan aurat bagi lelaki sebagai mana firman Allah yang bermaksud:

Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.(al-A`raaf 7:31)

manakala baginda Rasulullah SAW juga telah memberi pehatian akan penutupan aurat lelaki sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”
(Hadith Riwayat Aththahawi)

“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”
(Hadith Riwayat Bukhari)

Dalam Fiqh telah menetapkan bahawa aurat lelaki diantara "bawah luntut hingga ke atas pusat"dan persoalan disini adakah orang lelaki tidak digalakkan memakai baju? Jawapannya hendaklah memakai dengan sempurna untuk memenuhi adab dan juga menyempurnakan kelengkapan diri sebagaimana Islam itu bersifat cantik dan Allah SWT suka akan kecantikan dan keindahan sepertimana cintaan-ciptaan nya.

Anak-anak muda sekarang suka berseluar pendek dan berbaju ketat dan ia sudah menjadi fesyen. Apakah salah jika lelaki itu berbaju ketat dan berseluar pendek jika ia bawah luntut dan atas pusat? Memang tak salah dan ada hikmah mengapa banginda sendiri menyempurnakan pakaian nya dengan melabuhkan jubahnya hingga ke buku lali ini.

Apabila seseorang itu memakai pakaian seluar pendek di masa dia berdiri memanglah berkeadaan menutup luntut akan tetapi bagaimana keadaan bila di sedang duduk dan tunduk, seluar akan menjadi singkat naik keatas dan akan terlihat luntut manakala seluar yang menutp pusat tadi akan turun kebawah dibahagian belakang akan menmpakkan sedikit pinggul dan baju yang singkat juga akan singkat keatas. Ini akan menyebab kan aurat lelaki terbuka.

Ada yang mengatakan, aurat lelaki terbuka orang tak rasa apa pun bila melihat. Persoalan ini terjawab kenapakah timbulnya budaya "Gay"? mereka suka ini mencari mereka yang berwajah "Jambu" dan sedikit "lembut" untuk dijadikan pasangan kerana mereka ini kelihatan menarik dan pakaiannya juga ketat.

Manakala perempuan juga bila melihat lelaki yang membuka aurat dan melihatkan susuk tubuhnya akan menarik perhatian perempuan biarpun kita melihat perempuan itu kelihatan biasa sahaja, dan ini terbukti kerana niafsu perempuan lebih baripada lelaki.


Oleh yang demikian fesyen sebegini harus dikawal kerana ia akan membawa kemudaratan kepada kita sebagai umat Islam dan menunjukkan imej pelapis umat Islam yang begitu simple dalam berpakaian seperti anak-anak muda barat yang tleh banyak meruntuhkan akhlak anak muda Islam.

Mohd Syahiran Bin Muhammad
Ketua Biro Siswazah
ABIM Kelantan 09/10

Wong Fei Hung : Pejuang Islam Di China


Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas. Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

berkongsian dari : http://hannanfarhana.blogspot.com/

Sabtu, Februari 27, 2010

Nikmat Adalah Ujian Adalah Nikmat


Nikmat adalah pemberian Allah swt kepada seluruh makhluknya dengan sifatnya yang maha pengasih lagi maha penyanyang (Arrahman & Arrahim). Nikmat ini diberi ketas semua hambanya tidak kira ia beriman atau tidak, bezanya kita orang Islam ini nnnikmat yang disertakan keberkatan daripadanya.

Ujian adalah suatu cobaan daripada Allah kepada hambanya dengan pelbagai perkara yang melibatkan sesuatu yang kita sayangi, yang kita miliki atau yang kita tidak duga. Ujian ini dijalankan ketas setiap manusia bagi menguji hati-hati manusia adalah ia bertaqwa kepada Allah yakni dengan maksud seseorang itu patuh kepada perintah Allah dengan takut akan azab nya dan adakah dia mengakui bahawa Allah itu yang mengawal kita bermula dari kelahiran sehingglah ke akhir hayat.

Nikmat adalah sesuatu yang kita suka akan tetapi ia juga merupakan ujian kepada kita adakah kita ini bersykur kepada nya atau merasakan manusia itu yang memberi nikmat tersebut sebagaimana firman Allah swt dalam surah surah an-Nisa’, ayat 79 yang bermaksud :-

“Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).”

Sebagaimana juga dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud :-

“Sungguh Allah akan menguji kamu dengan berbagai cubaan, sebagaimana kamu menguji (membakar) emas dengan api. Ada orang yang keluar (dari ujian tersebut) seperti emas murni, orang itulah yang dilindungi Allah dari kejelekan; ada juga orang yang keluar seperti emas yang tidak murni, orang itu masih dipenuhi keraguan; dan terakhir ada orang yang keluar seperti emas hitam, orang itulah yang terkena fitnah (siksa).”
(HR Al Hakim dalam al-Mustadrak dan dia menganggapnya shahih no 7878.
Hadits ini diriwayatkan juga oleh ath-Thabrani dalam al-Mu’jam)

Ada mereka yang mendapat nikmat ini seperti kenaikan pangkat dan merasakan ia adalah hasil dari usahanya tersendiri dan bukannya daripada Allah. Ada juga nikmat seperti mereka yang bergelar seorang pemimpin seperti Perdana Menteri, Menteri Benar atau Presiden, jawatan itu adalah nikmat dan dalam masa yang sama ia adalah ujian yang akan melihat adakah mereka ini menjalankan tugas dengan amanah dan melaksanakan hukum Allah atau tidak. Ada juga nikmat terhadap suami isteri yang baru mendapat cahaya mata, anak itu adalah anugerah Allah dan juga ujian nya adakah dapat mendidik anak itu menjadi manusia yang bertaqwa kepada Allah dan menjadi harapan dalam negara.

Sepanjang hidup kita, Allah swt tidak pernah memutuskan nikmatnya seperti selera makan, nikmat tidur, nikmat buang air, nikmat keamanan, nikmat kasih sayang dan lain-lain lagi sebagaimana firman Allah dalam surah Arrahman dimana Allah SWT sentiasa mengulanginya yang bermaksud :-

"Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"

Ujian dalam hidup menjadi pemuhasabah kepada kita semua kerana kadang-kadang kita alfa dan tidak kurang juga yang terjerumus keleambah kemungkaran. Ujian ini sebagai penilai terhadap diri kita adakah kita terhadap tahap keimana yakni kepercayaan kita kepada Allah.

begitulah Nikmat tidak semudah-mudah Allah bagi kepada kita jika tidak disertakan dengan analisa keihlasan hati hambanya. Berhati-hatilah kita terhadap segala nikmat kita nikmati..wassalam

Mohd Syahiran Bin Muhammad
Ketua Biro Siswazah Muda
ABIM Kelantan

Jumaat, Oktober 23, 2009

Penduduk Islam dunia kini 1.57b | Tapi Kita Bagai Buih


NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.


Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.

Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.

Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.

Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.

Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.

Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

Sumber : [ Utusan Malaysia ]
___________________________________

Hakikatnya telah pun diisyaratkan , peringatannya adalah jelas, tanpa keraguan. Jelas tanpa kekaburan. Terang tanpa terselubung kabus yang menutup pandangan.

Dalam hadis dari Tsauban r.a. maula Rasulullah s.a.w. ketika beliau berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda:

* “Hampir terjadi keadaan yang mana ummat-ummat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya. “Salah seorang sahabat berkata; “Apakah karena sedikitnya kami ketika itu?” Nabi berkata: Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa’ (buih kotor yang dihanyutkan air ketika banjir). Pasti Allah akan cabut rasa segan yang ada di dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn. “Kata para sahabat: “Wahai Rasulullah, apa Wahn itu?
* Beliau bersabda: “Cinta dunia dan takut mati. “
* (HR Abu Daud no. 4297, Ahmad 5/278, Abu Nu’aim dalam At Hilyah m.s. 182 dengan dua jalan dan dengan keduanya hadis ini menjadi shohih)

Huraian Hadis [ sumber : blog mavourneen]

Hadis ini yang menceritakan tentang wahn itu menunjukkan keadaan ummat Islam.

Pertama:
Musuh-musuh Allah dari kalangan tentara Iblis serta pendukung syaitan selalu mengintai-ngintai perkembangan ummat Islam serta negara mereka. Kerana mereka telah melihat penyakit wahn ini telah merasuki kaum muslimin. Penyakit ini telah menyembelih leher-leher ummat Islam. Maka mereka menerkamnya dan menyembunyikan sisanya.

Kaum kuffar dan musyrikin ahlul kitab selalu melakukan hal demikian sejak munculnya fajar islam. Dan ini berlaku ketika daulah Islam yang murni yang diasaskan dan dikukuhkan oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah dan sekitarnya.

Ini ditegaskan dalam hadis yang menceritakan tiga orang yang sengaja tidak ikut berperang (HR Bukhari Muslim), sebagaimana dikatakan oleh Ka’ab bin Malik r.a. : “…Ketika aku berjalan di pasar Madinah, tiba-tiba ada seorang petani dari petani-petani negeri Syam yang membawa makanan untuk dijual di Madinah berkata: Siapa yang boleh menunjukkan Ka’ab bin Malik kepadaku? Maka orang ramai memberitahunya , lalu dia datang kepadaku dan menyerahkan kepadaku sepucuk surat dari raja Ghassan. Dan aku adalah seorang yang pandai membaca, maka aku baca surat itu yang tertulis: Amma ba’du, telah sampai kepada kami berita bahawa teman-temanmu bersikap keras kepadamu. Dan Allah tidak akan membiarkanmu berada di negeri yang penuh dengan kehinaan dan kesempitan, maka datanglah dan bergabunglah dengan kami, kami akan melindungimu”

Perhatikan, wahai saudara muslim yang bijaksana dan cuba renungkan, wahai saudara yang dikasihi, bagaimana orang-orang kafir selalu mengawasi berita-berita daulah Islam. Bila ada kesempatan, mereka akan menerkamnya dari segala penjuru. Itu juga dijelaskan dengan:

Kedua:
Sesungguhnya ummat-ummat kafir saling membantu dan bergabung untuk menyerang Islam, daulahnya, pemeluknya dan para da’inya.

Siapa yang membaca sejarah perang Salib, akan memahami hakikat ini. Dimana Bani Ashfar mempersiapkan pasukannya untuk membinasakan daulah khilafah. Telah jelas hal ini seperti jelasnya cahaya matahari ditengahhari.

Dan mereka menyempurnakannya dengan membentuk “Kelompok”, kemudian ‘Badan Organisasi”, kemudian “Dewan”, kemudian “Organisasi dunia”, untuk membakar semangat mereka dengan slogan-slogan. Juga:

Ketiga:
Negeri-negeri Islam adalah sumber-sumber kebaikan dan berkah. Maka ummat-ummat kafir ingin menguasainya. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. menyamakannya dengan makanan yang lazat yang membuka selera, maka mereka menyerbunya, dan setiap dari mereka seolah macam singa ingin mendapat bahagiannya.

Ke empat:
Orang-orang kafir membuat negeri-negeri Islam menjadi kelompok yang terpecah-pecah dan terpisah-pisah, sebagaimana dalam hadis Abdullah bin Hawalah r.a.: Rasulullah s.a.w.:

“Nanti kamu akan menjadi pasukan yang berpuak-puak. Satu kelompok di Syam, satu kelompok di Iraq, dan satu kelompok di Yaman.” kata sahabat: Berilah pilihan, wahai Rasulullah. Maka beliau bersabda: “Pilihlah yang di Syam, siapa yang enggan, maka yang di Yaman. Dan hendaklah dia minum dari airnya, kerana Allah menjaminkan untukku negeri Syam dan penduduknya. “

Rabi’ah berkata: Aku mendengar Idris Al Khaulani menyampaikan hadis ini dan berkata: “Dan siapa yang dijamin Allah tidak akan rugi.

Bukankah ini realiti umat Islam masakini? Mereka menjadi negara-negara yang terpisah. Tidak punya wibawa.Tidak mempunyai kuasa untuk mengurus samada di dalam dan di luar negerinya dengan bebas. Semuanya diatur oleh orang kafir. Hanya Allah yang kita minta pertolongannya dan kepadanya kita bertawakkal.

Ke lima:
Kini, orang kafir tidak hormat lagi kepada kaum muslimin, kerana mereka (kaum muslimin) sudah kehilangan wibawanya di hadapan urnat-umat lain. Yang mana suatu ketika dulu wibawa itu membuat gementar lutut dan sendi-sendi orang kafir dan pasukan Iblis. Ini adalah kerana senjata pemusnah milik kaum muslimin tidak lagi ditakuti oleh orang kafir.

Allah berfirman:

“Akan Kami lemparkan dalam hati orang-orang kafir rasa takut akibat mereka menyekutukan Allah. ” (Ali Imran: 151)

Rasulullah s.a.w bersabda;

“Aku ditolong Allah dengan musuh mengalami rasa takut, padahal aku masih sebulan perjalanan ke sana. “

Ke enam:
Unsur-unsur kekuatan ummat Islam bukan pada ramai jumlahnya dan kekuatannya, pasukan tempurnya dan kesombongannya, pasukan infantrinya dan para komandannya, tapi pada aqidahnya dan manhajnya. Kerana umat ini adalah umat tauhid dan pendokong panji-panji tauhid.

Apakah engkau tidak dengar sabda Rasulullah s.a.w ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat tentang jumlah: “Bahkan kamu ketika itu banyak !” ?

Perhatikan pengajaran dari perang Hunain, akan engkau dapati dia menjadi contoh di sepanjang masa.

“Dan hari Hunain ketika kalian merasa takjub dengan jumlah kamu yang banyak, tapi itu tidak berguna bagi kamu sedikitpun. ” (QS At Taubah:26)

Ke tujuh:
Kedudukan umat Islam ticlak dihiraukan sedikitpun di kalangan bangsa-bangsa di muka bumi, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: “Akan tetapi kamu bagai buih, seperti buih banjir.”

Sabda ini menjelaskan beberapa hal:

a. Buih yang mengalir membawa banyak kotoran bersamanya. Begitu juga umat Islam, berjalan bersama kotoran umat Kafir

b. Banjir membawa buih yang tidak bermanfaat bagi manusia. Begitu juga umat Islam, tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap bangsa-bangsa lain, iaitu Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.

c. Buih akan segera luput. Dan kerana itu Allah akan mengganti siapa yang berpaling dan menguatkan kelompok yang bermanfaat bagi manusia di muka bumi.

d. Buih yang dibawa banjir bercampur dengan kotoran tanah. Begitu juga pemikiran majoriti ummat Islam telah dikotori dengan sampah filsafat dan budaya yang rosak.

e. Buih yang dibawa oleh banjir tidak tahu akan berakhir di mana kerana dia berjalan bukan atas keinginannya. Dia seperti orang yang menggali kuburnya dengan kukunya. Begitu juga umat Islam, tidak tahu apa yang sedang direncanakan musuh-musuhnya ke atas diri mereka. Anehnya, mereka masih saja membebek dan mengikuti mana yang lebih keras laungannya dan bersikap bagai pucuk lalang yang bergerak kemana angin meniupnya.

Ke lapan:
Umat Islam menjadikan dunia sebagai matlamat utamanya. Matlamatnya ketika menuntut ilmu. Oleh kerana itulah mereka menjadi takut mati. Cinta dunia kerana mereka memeriahkan dunia hingga lupa kepada kampung akhirat.

Rasullullah s.a.w telah mengingatkan hal yang bakal menimpa ummatnya.
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: “Bila Parsi dan Rom ditakluk, di kaum mana kamu? Abdurrahman bin Auf berkata: Kami akan berposisi seperti yang Allah perintahkan kami (iaitu akan memuji-Nya, bersyukur kepada-Nya dan meminta tambahan dari nikmat-Nya. (Lihat An Nawawi 18/96),

Kata baginda: Jangan sampai selain itu, iaitu kamu akan saling berlumba-lumba, kemudian saling mendengki, kemudian saling membelakangi, kemudian saling membenci -atau yang sejenisnya ¬kemudian kamu berjalan di hadapan muhajirin yang miskin dan sebahagian kalian memakan sebahagian. “(HR Muslim no_ 2962)

Oleh kerana itu ketika diserahkan perbendaharaan Parsi, Umar bin At Khaththab r.a. menangis dan berkata: “Sesungguhnya harta ini jika dibukakan kepada suatu umat, Allah jadikan permusuhan di antara mereka.”

Ke sembilan:
Orang-orang kafir tidak akan mampu menghancurkan umat Islam, walau mereka bersatu dari segala penjuru -dan mereka memang sudah bersatu-, sebagaimana dinyatakan dengan jelas dalam hadis Tsauban r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah melipat bumi ini bagiku, maka aku melihat bahagian timur dan baratnya. Dan umatku akan sampai kekuasaan mereka seperti yang ditunjukkan kepadaku. Aku juga diberi perbendaharan merah dan putih (emas dan perak yang itu adalah harta benda kerajaan Parsi dan Rom) dan aku meminta kepada Allah untuk umatku agar tidak dibinasakan dengan kelaparan setahun yang membinasakan mereka. Dan agar jangan sampai mereka dikuasai musuh selain diri mereka sendiri hingga akan dihancurkan mereka hingga akar-akarnya. Dan Allah telah berfirman :

“Wahai Muhammad, Sesungguhnya Aku bila menetapkan suatu ketetapan, maka itu tidak mampu ditolak. Aku memberikan bagi umatmu untuk tidak dibinasakan dengan kelaparan setahun. Dan Aku tidak jadikan berkuasa mereka satu musuhpun selain diri sendiri yang akan menyerang mereka sendiri walau musuhnya sudah bersatu dari berbagai penjuru. Hingga d iantara mereka sendiri yang saling menghacurkan satu dengan lainnya (HR Muslim no. 2889)

Maka apa yang mampu membuat sebuah pohon yang teguh yang akarnya menancap ke bumi dan cabangnya mencakar ke langit menjadi sia-sia?!

"Menaladani Qudwah, Membina Generasi".

MOHD FAIZUL AFZAN BIN MAMAT
Penolong Setiausaha
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Negeri Kelantan