The company of a good friend is like an owner of musk; if you don’t buy anything, you will get the smell of it. The company of a bad friend is like the blacksmith’s bellows; if you are not affected by its black dirt, you will be touched by its smoke.

Showing posts with label ISU PERPADUAN. Show all posts
Showing posts with label ISU PERPADUAN. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

PENGETUA HINA KAUM DALAM UCAPAN DISIASAT

Sunday, August 22, 2010
Bookmark and Share
Berita Harian Online
www.bharian.com.my
Oleh Azrina Ahzan dan Sazarina Shahrim
bhnews@bharian.com.my
2010/08/21

Jawatankuasa kumpul fakta sebelum ambil tindakan

PUTRAJAYA: Pengetua sebuah sekolah menengah di Kulai, Johor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman pada sambutan perayaan bulan kemerdekaan sekolah itu, 12 Ogos lalu diberikan cuti sementara sehingga jawatankuasa yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran selesai menjalankan siasatan kejadian berkenaan.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat kes itu, diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran, Rosli Mohamed untuk mengumpul fakta berikutan wujud pelbagai maklumat mengenai kejadian terbabit.

“Sebarang tindakan terhadap pengetua itu hanya akan ditentukan selepas laporan terperinci jawatankuasa diterima. Bagi pihak kementerian, kita perlu berlaku adil sebelum mengambil sebarang langkah susulan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan, di sini semalam.

Muhyiddin yang menyerahkan kepada polis untuk menyiasat laporan dibuat beberapa pihak terhadap pengetua berkenaan, berkata sebarang tindakan yang perlu diambil ke atas pengetua itu selepas ini adalah tertakluk kepada peraturan dan peruntukan undang-undang.

Sebelum ini, media melaporkan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra itu didakwa menyampaikan ucapan berbaur perkauman dan menghina kaum India dan Cina, tetapi Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, kelmarin dilaporkan berkata insiden itu hanyalah salah faham dan sudah diselesaikan.
Mengenai mesyuarat pembangunan modal insan, Timbalan Perdana Menteri berkata, satu Jawatankuasa Induk Pembangunan Pembelajaran Sepanjang Hayat peringkat kebangsaan ditubuhkan dalam usaha meningkatkan keupayaan modal insan negara melalui inisiatif di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Inisiatif itu, katanya, akan melaksanakan pelbagai program mengikut Pelan Induk Pembangunan Pembelajaran Sepanjang Hayat (2010-2020) selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan konsep pembelajaran itu sebagai tiang ketiga pendidikan negara yang turut memerlukan peranan aktif sektor swasta.

Beliau berkata, jawatankuasa terbabit juga bersetuju dengan penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia bagi mengiktiraf tenaga kerja terlatih dan menerima pakai Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Industri Kreatif Negara
_________________________

Saya rasa ini bukan pertama kali insiden serupa ini berlaku. Cuma sama ada isu itu mendapat liputan akhbar atau tidak. Mungkin bagi sekolah yang 40% pelajarnya bukan Melayu, isu sebegini dan seumpama dengannya akan cepat tersebar dan seterusnya menjemput pengamal media campur tangan. Malah isu sebegini akan terus berlaku apabila mana-mana kaum tidak menghormati kaum yang lain. Justeru, apabila perasaan marah telah meluap-luap... apa-apa juga kelemahan atau pekung kaum yang lain akan digunakan sebagai senjata bagi "menikam" mereka.

Jika diteliti trend yang berlaku sejak mutakhir ini, isu peprpaduan semakin hangat diperkatakan. Bahkan isu tersebut seperti api dalam sekam... sentiasa merebak. Sesekali muncul menjadi api... Justeru, sampai bila dan apa kesudahannya episod isu perkauman akan berlanjutan di negara kita? Sampai berulang sekali lagi kah episod hitam 13 Mei 1969 kah baru reda?

Sebagai rakyat marhaien seperti saya, tiada banyak upaya untuk mengatasi masalah ini. Sekadar menyatakan beberapa idea untuk dikongsi dengan rakan-rakan pembaca.

  1. Jahilnya rakyat Malaysia dengan sejarah negara. Selepas pakatan murni (kontrak sosial) dimeterai antara 3 kaum terbesar di negara kita untuk mencapai kemerdekaan, dua perkara perlu difahami dengan jelas. Iaitu berkaitan perkara 153 perlembagaan berkaitan dengan hak keistimewaan Melayu dan perkara 14 berkaitan dengan kewarganegaraan atau kerakyatan. Boleh dikatakan wujudnya perkara 153 itu disebab wujudnya perkara 14. Iaitu, apabila orang-orang melayu menerima kaum bukan Melayu sebagai rakyat di Tanah Melayu, maka bagi menjamin orang-orang Melayu agar tidak merempat di bumi sendiri maka beberapa hak keistimewaan orang Melayu diwujudkan dalam perlembagaan. Jadi, selepas itu... sepatutnya setiap kaum menjaga kontrak tersebut dengan rapi agar jangan ada mana-mana pihak dalam mana-mana generasi sehingga kiamat mempersoalkan kedua-dua perkara tersebut. Jika berlaku juga... dan tidak segera diredakan... maka terjadilah seumpama peristiwa 13 Mei 1969.
  2. Dasar pendidikan negara yang sedia ada juga berperanan menjadikan rakyat tidak faham sejarah negara. Kebanyakan topik yang sensitif tidak diajar dalam bilik darjah. Mana ada dari ting katan1 hingga tingkatan 6, membincangkan peristiwa 13 Mei! Sehinggakan ada yang ingat tarikh tersebut adalah hari perayaan! Keadaan ini akan lebih bahaya apabila generasi yang pernah melalui peristiwa tersebut telah tiada. Sementelahan pula, peristiwa tersebut tidak berlaku secara meluas. Ia berlaku di beberapa buah bandar besar seperti Kuala Lumpur.
  3. Mengapa tidak didedahkan aspek-aspek penting dalam perlembagaan negara kepada para pelajar sekolah? Katanya, melentur buluh biarlah dari rebungnya...
  4. Sistem persekolahan vernakular sekarang ini patut dihapuskan. Sampai bila kita hendak biarkan sistem pendidikan negara berteraskan perkauman terutama di peringkat sekolah rendah. Di situlah semangat perkauman diapi-apikan. Terutama di sekolah jenis kebangsaan. Sehingga apa-apa juga dasar tempelan untuk menambah baik perpaduan negara gagal. Sebagai contoh, sekolah wawasan. Apa sudah jadi dengan sekolah wawasan? Berenti setakat enam buah sekolah dan itupun kita tidak dihebahkan dengan berita-berita yang berlaku di sekolah-sekolah tersebut.
Sekian adanya...
BACA LAGI...

Thursday, December 10, 2009

KE KEPONG

Thursday, December 10, 2009
Bookmark and Share
Menghadiri sesuatu aktiviti atau program di Kuala Lumpur atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya bukanlah kegemaran aku sejak sekian lama. Jika terpaksa, apa boleh buatlah. Redah semacam saja.. Kalau rasa-rasa dah sesat, carilah petrol stesyen... silap-silap yang jaga ptrol pump mat Bangla.. Ampeh dia tak tau!
Kini, selagi GPS aku berfungsi dengan baik, aku sudah berani menjelajah kota metropolitan itu.. Hehe.. Beberapa hari lalu aku ke Kepong. Lokasinya berhampiran dengan FRIM. Buat apa kat situ... Dah nama cikgu, kerja-kerja cikgu lah, apa lagi... Jadi kalau orang bukan cikgu kata cikgu nih rehat memanjang bila time cuti sekolah... bagi aku tak lah.. Ni pun tengah buat kerja-kerja cikgu... bila ada masa senggang, aku menghilangkan rasa ngantuk dan tegang (stress) dengan berblolg...
Aku keluar rumah agak awal walaupun dalam GPS aku, lokasi yang aku tuju tu taklah jauh mana... tak sampai 1 jam perjalanan... Tapi lumrah di kawasan KL, masalah traffic jam pun kena ambik kira gak... jadi aku kluar rumah sekitar 6.45 pagi. Pun begitu, aku singgah dulu kat petrol stesyen di Hulu Bernam sebelum masuk ke tol Hulu Bernam.
Sepanjang perjalanan ok, ikut jer kanan kiri..., tanjakkan... dan sebagainya. Jadi aku sampai kat situ sebelum pukul 8.00 pagi. Aku ada banyak masa untuk releks dan untuk mengisi perut yang berkeroncong... Urusan yang aku perlu hadir hanya pada pukul 9.p00 pagi! Kiranya aku nih terawal sangat sampai lah..
Di seberang jalan aku nampak ada deretan warung... Risau gak kalau termasuk ke warung yang tak sepatutnya kerana kawasan tu memang seluruh Malaya tahu majoriti kaum Cina.. Kalau kita singkap cerita sejarah silam, kawasan nih memang agak kuat chauvinisme... Setelah aku perati dari jauh seorang mamak sedang menebar roti canai, aku mulai yakin sikit...
Sedang aku melangkah menghampiri persimpangan jalan, aku dikejutkan dengan bunyi kenderaan berlanggar... Memandanglan simpang empat yang agak padat lalu-lalangnya, kemalangan memang mudah berlaku kalau kita tidak berwaspada. Tapi, kalau orang lain langgar kita macam mana pulak... sedangkan kita sudah cukup berhati-hati? Itulah namanya nasib... Kesian gak kat dua orang penunggang motorsikal yang mungkin terpaksa membuat brek mengejut yang akhirnya menyebabkan motorsikal yang mereka naiki itu terjatuh... Tiada tanda mereka melanggar kenderaan lain... Mungkin juga motorsikalnya itu mengalami maslah enjin sebab mereka terpaksa menyorongnya untuk menyeberang jalan yang sedikit jam itu...
Aku terus melangkah masuk ke kawasan warung yang aku katakan tadi... Dari hujung ke hujung aku tengok semua pekedainya bukan Cina... Tak tahu lah kalau mata aku yang tak perasan.. Maklumlah dengan pakaian yang begitu formal, terlebih-lebih tinjau nanti mereka ingat aku pegawai kesihatan datang nak semak kebersihan kedai... Aku pun masuk ke kedai nombor dua... Aku dapati ada tiga orang pekerja perempuan dan seorang lagi lelaki. Aku tak nak fikir lama-lama, aku terus memesan nasi lemak dan Holick panas. Memandangkan meja yang ada tidak banyak, aku meminta izin untuk duduk di sebelah seorang lelaki yang nampak agak lebih muda daripada aku.
Sambil mengunyah nasi lemak serta telur masak mata kerbau, aku terpandang pada dua orang apek yang sedang minum berdepan denganku walaupun sebenarnya dia makan di kedai sebelah.. Aku tak faham apa yang mereka bualkan... Cuma, aku agak tersentuh dengan senario tersebut. Sambil makan, menghisap rokok, berbual dengan rakannya di sebuah gerai bukan Cina. Sedangkan mereka boleh ke kedai Cina yang aku rasa tak jauh dari situ, malah merata-rata di kawasan tersebut. Dan, pengusaha warung makanan itu juga tidak rasa apa-apa dengan kehadiran warga emas kaum Cina tersebut yang aku rasa akan mengambil masa yang lama duduk dan bersembang dengan rakannya itu. Sesekali dia pandang pada aku. Mungkin mereka tahu aku sedang memerhatikannya. Aku balas dengan senyuman... Selain daripada dua orang apek itu, aku rasa ada seorang lagi pemuda Cina yang sarapan sambil membaca akhbar. Jauh lebih muda daripada apek tadi dan aku nampak dia agak tergesa-gesa nak menyiapkan sarapannya itu.. Mungkin nak ke tempat kerja barang kali.
Aku melihat senaro tersebut sebagai satu hakikat bahawa tanpa membincangkan soal perkauman yang sempit, sebenarnya semua kaum sudah boleh menerima rasa kepunyaan terhadap negara Malaysia ini. Mereka boleh bekerja sepejabat, tinggal setaman, makan setempat dan sebagainya. Cuma, setakat mana perasaan itu berakar umbi dalam diri? Setakat mana kefahaman mereka dengan persefahaman yang dimetarai sejak tahun 1956 yang melibatkan tiga kaum terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu. Kini, persefahaman tersebut dikenali sebagai kontrak sosial.
Satu kontrak persefahaman yang melibatkan dua pihak iaitu antara kaum Melayu dan bukan Melayu. Melayu sebagi penduduk asal Tanah Melayu dan bukan Melayu (Cina dan India) sebagai warga imigrant yang dibawa oleh Bitish ketika kawasan lombong bijih timah dan estet getah dibuka. Satu persefahaman bahawa kaum Melayu mengizinkan perkongsian Tanah Melayu dengan kaum bukan Melayu dan sebagai tanda terima kasih, kaum bukan Melayu diberikan hak untuk menjadi warga negara Tanah Melayu. Justeru apa yangterkandung dalam perlembagaan negara adalah menifestasi rasa persefahaman tersebut.
Namun, sehingga bila perasaan faham memahami ini akan berterusan. Setakat mana rasa taat terhadap isi kandungan perlembagaan akan kekal? Apabila golongan tua dalam kaum Cina dan India telah meninggal dunia, yang tinggal adalah golongan muda yang agresif serta melihat hanya kesaksamaan fizikal yang perlu ada dalam kalangan semua kaum di Malaysia.
Aku tidak berhasrat untuk menyalahkan golongan muda yang sememangnya begitu sifatnya. Kritis, analitis dan agresif. Cuma aku melihat betapa pihak kerajaan tidak mempunyai wawasan yang jauh dalam mewujudkan rasa persefahaman tersebut. Memang banyak yang kerajaan telah buat termasuk, Rukun Negara, Rukun Tetangga, Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya, namun ia dilihat bukan menjadi perkara dasar dalam memastikan perasaan persefahaman itu akan berpanjangan sampai bila-bila. Ia diibaratkan seperti kosmetik sahaja. Luaran nampak ayu dan tampan, tetapi hakikat dalamannya macam mana?
Kini sudah tiba masanya untuk memberi nafas baru terhadap kurikulum bagi mata pelajaran yang sesuai di sekolah. Apa yang aku nampak ialah kurkulum sejarah. Masukkan kembali semua peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku. Peristiwa 13 Mei 1969 umpamanya perlu dibincang secara rasional. Para pelajar harus tahu apakah punca tragedi tersebut berlaku, supaya tahu batas dan sempadannya agar persitiwa tersebut tidak berulang kembali. Hal ini penting kerana, sungguhpun kita sekarang dalam era gagasan idea 1 Malaysia, tetapi semua kaum harus tahu batas dan sempadan yang perlu dihormati terhadap kaum-kaum yang lain. Mereka tidak boleh semudahnya memperkatakan secara terbuka hal-hal yang melibatkan adat-istiadat dan agama sesuatu kaum.
Jelasnya, rasa perkauman tidak boleh dihindarkan daripada diri setiap individu kerana mereka adalah sebahagian daripada entiti sesuatu kaum itu. Ia bertambah mustahil untuk dielakkan kerana sistem politik yang dominan di Malaysia sememangnya berasaskan kaum. Justeru, apa yang kita boleh perbaiki hanyalah kefahaman setiap individu terhadap kepelbagaian kaum yang lain. Selama mana kita dapat menghormati kepelbagaian tersebut, sentimen perkauman yang keterlalun akan sentiasa ditolak oleh majoriti kaum di negara kita.
BACA LAGI...

Tuesday, October 6, 2009

PERPADUAN SEMAKIN RAPUH?

Tuesday, October 6, 2009
Bookmark and Share
Isu perpaduan dalam konteks negara berbilang bangsa bukan satu isu picisan. Malah, isu tersebut telah sekian lama menjadi isu perbincangan sama ada antara kaum ataupun intra kaum.
Apabila kita melihat perpaduan atau integrasi nasional dalam perspektif nasional, ia melibatkan usaha bagaimana hendak menyepadukan rakyat yang pelbagai kaum, agama, dan dialek dalam satu gagasan kesatuan fikiran yang sama. Iaitu, berfikir melampaui kepompong atau tempurung masing-masing ke arah kepentingan bersama.
Justeru, sepatutnya apa yang tercerna dalam minda setiap warga Malaysia ialah bagaimana hendak memastikan keharmonian dan kesentosaan ini dapat dipertahankan selama-lamanya. Jika adapun yang terasa hati akibat perlakuan sahabat-sahabatnya, ia diharap akan segera mengendur dan tidak pula menjadi sebab perbalahan yang lebih besar.
Lantaran itu, saya melihat gagasan Satu Malaysia (1 Malaysia) yang menjadi slogan terkini bapak PM kita, merupakan satu idea ke arah menyimpulkan suatu usaha perpaduan yang telah sekian lama terhurai dan sesekali bersimpul-simpul di hujungnya. Tetapi, ia bukan pula satu slogan yang telah mencairkan sempadan kaum yang sememangnya diakui secara kontrak sosial sejak zaman berzaman.
Maksudnya, Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum yang lain masih kekal dalam sumur budaya dan adat resam masing-masing sambil menghargai dan menghormati sumur budaya kaum-kaum lain. Dan. pada masa yang sama jika ada perbalahan atau pergeselan pendapat antara kaum, maka kepentingan nasional mestilah diutamakan.
Itulah apa yang saya faham tentang 1 Malaysia yang semakin jelas dicanang di sana sini. Cuma, bagi saya itu semua bukanlah jawapan yang tuntas dalam menangani isu perpaduan nasional. Kita tidak boleh mengharapkan kepada kanak-kanak agar faham sendiri tentang kegunaan pisau atau senjata tajam. Atau, setelah sekian lama bebas menggunakan senjata api, tetapi pada detik dewasanya, mereka diminta agar memikirkan kepentingan awam dan tidak boleh lagi menggunakan senjata  api tersebut.
Justeru, untuk menjelaskan konsep perbezaan dalam kesamaan bukan suatu konsep yang mudah difahami. Lebih mencabar lagi apabila formula perpaduan yang diwarisi sejak zaman berzaman di negara kita tiada "sifirnya" di negara-negara lain. Oleh itu apabila suasana yang berlaku di negara kita ini dipadankan dengan "sifir" yang ada di luar negara, ia tidak akan menjadikan perpaduan di negara kita bertambah baik.
Apa yang terbaik bagi saya ialah, ia perlu dijelaskan dan dihuraikan secara sistematik dalam konteks pendidikan. Perlu dimasukkan dalam sukatan pelajaran tentang apakah kontrak sosial antara tiga orang pemuka Tanah Melayu sewaktu mahu menerima syarat kemerdekaan daripada pihak Inggeris.Begitu juga dengan isu-isu sensitif seperti tragedi 13 Mei 1969 dan insiden Jalan Kelang Lama pada tahun 2002.
Seumpama sebidang tanah yang disempadani dengan tanah-tanah orang lain. Sebaik-baiknya, sejak kecil lagi anak-anak telah diberitahu tentang batas sempadan tersebut agar kelak apabil generasi tua telah tiada, tiada yang menugal di tanah orang lain. Justeru, bukan nama tuan tanah sahaja yang perlu dikenali, malah karektor tuan tanah juga mesti dikaji. Apa yang dia suka dan sebaliknya.Melalui kefahaman yang sebegitu rupa, bukan sahaja hubungan baik dapat dibina malah sifat kemesraan akan dapat dipupuk. Pada ketika itu, biarpun tanah mereka tidak sama besar, hasil-mahsul yang dituai tidak sama banyak, saiz rumah yang tidak sama bentuk tidak lagi menjadi masalah untuk saling hormat mengjormati.
Tetapi sebaliknya berlaku. Jika generasi tua tidak mengajar anak-anak tentang peri pentingnya menjaga perasaan jiran, menghormati kekayaan tetanggannya, perasaan cemburu dan iri hati akan datang meluap-luap. Apatah lagi dengan tidak tahu di mana batas sempadan tanahnya itu, jiran tetangganya pula dituduh mengambil tanah dan haknya.
Oleh itu, jadikan anak-anak di sekolah lebih bertanggungjawab terhadap masa hadapan negaranya. Kembalikan semua episod suka duka sejarah negara ke dulang santapan minda untuk diteliti sebab akibat, sesuatu peristiwa itu berlaku. Apa yang kita bimbangkan ialah, apabila pelajar di sekolah tidak mendapat gambaran yang jelas tentang sesuatu isu, maka jika ada sesuatu bahan yang tidak bertanggungjawab meracuni mindanya, nescaya mereka akan mudah terpedaya kerana dalam mindanya tiada neraca kebenaran yang menjadi mengadil atara fakta dan auta!
BACA LAGI...
 

ADUHAI SAGA BLM...

17 Februari 2010 - Booking di Maha Mega Sdn.Bhd.,Tg.Malim

17 Mei 2010 - Terima. Alarm tidak berfungsi. Rujuk ke Karang Saujana, Tg.Malim. Tak terima sebab belum servis pertama.

26 Mei 2010 - 1st service & Repair alarm system - 2 jam. Karang Saujana, Tg.Malim. Ganti Eng.Oil, oil filter & Drain nat(?) Total = RM114.20

2 Jun 2010 - Repair water pipe ring - 3 Jam Karang Saujana, Tg.Malim. Total = RM5 (Ring tak masuk dalam warranty)

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN, KPM

Perkhidmatan Pelajaran

PENGAJIAN AM 900

LAMAN PRA UNIVERSITI SMK KHIR JOHARI, TG.MALIM

TRAFIK

free counters

PERSPEKTIF CIKGU MALEQUE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template