Buku ini adalah antara buku Sirah Nabi yang sangat baik ditulis. Jika sebelum ini buku2 agama banyak ditulis dalam Bahasa Indonesia yang susah untuk orang kita nak faham, jauh sekali nak 'feel'.
Tetapi buku ini ditulis oleh pensyarah2 universiti yang sememangnya orang Malaysia. Kita juga takut membaca buku2 agama yang ditulis oleh orang2 yang kita tidak kenal, takut dipesongkan cerita.
Jika dibaca awal2 lagi kaedah penceritaannya hampir sama yang dengan Sirah Nabawiyah disampaikan oleh pakar2 berdasarkan tulisan Prof. Dr. Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti.
Jika kita betul2 ‘kenal’ Muhammad Bin Abdullah semestinya air mata akan keluar tiba2, ataupun sekurang2 kita sebak membaca halaman akhir (ms 466) apabila Bilal tidak mampu menghabiskan azan!