Showing posts with label 6. Mari Membaca dan Menulis. Show all posts
Showing posts with label 6. Mari Membaca dan Menulis. Show all posts

11 December 2011

Dunia... dalam 2-3 patah perkataan

Tadi  masa kuliah tokguru cerita berkenaan alkisah dahulukala tentang definasi “Dunia”.

Satu hari raja muda menjemput bijak pandai untuk bercerita “Apakah dunia?”. Maka berconference dan berbincanglah bijak pandai untuk menjawap soalan ini. Setelah berapa lama, siaplah buku menjawap soalan untuk diserahkan kepada raja ini. Tetapi bukunya terlalu banyak hingga memerlukan 50 ekor unta membawanya.
Berkata raja, “Manalah sempat beta baca semua buku ni. Bolehkah kamu ringkaskan?”

Maka bersidanglah lagi bijak-pandai negara tersebut untuk kali kedua. Setelah berbincang dan debat. Maka mereka tulis buku-buku meringkaskan lagi. Walaupun ringkas, masih lagi memerlukan seekor unta untuk untuk membawa buku2 ini. Bila diserahkan kepada raja (baru naik tahta), “Beta terlalu sibuk untuk baca buku2 ini, boleh kah kamu ringkaskan lagi?”

Bersidanglah lagi ahli bijak pandai ni. Diringkaskan cerita, buku2 tersebut menjadi sebijik buku tebal. Bila dibawa kepada Raja, “Kamu tengoklah beta sudah tua, mana ada masa boleh baca buku tebal2 ini. Boleh kamu ringkaskan lagi”. 

Bersidanglah lagi pakar bijak pandai ini. Hinggalah mereka ringkaskan buku tadi kepada risalah kecil. Dibawa kepada raja yang sudah tua, baginda kata “beta sakit, mana mampu baca risalah ini. Boleh diringkaskan lagi?”.

Berhimpunlah lagi pakar-pakar ini. Hinggalah mereka meringkaskan jawapan tersebut kepada 2-3 patah perkataan. Bila tiba saat ini, raja sudah sakit kuat kerana sudah tua. Bijak pandai ini hanya boleh berbisik ke telingga raja untuk memberikan jawapannya.




Perkataan yang diucapkan oleh bijakpandai ni ialah, "dunia ni susah!"




Antara doa Rasulullah SAW Bersabda, maksudnya :
‘Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan susah menjadi mudah dengan kehendakMu’
(Hadis Riwayat Abu Daud)

14 December 2010

Undergrad: Lagenda Budak Malas Baca Buku


Zaman dulu
Jika kita masih ingat zaman undergrad dulu kita hanya salin sahaja nota yang pensyarah tulis di papan hitam (dulu mana ada white board). Ada yang salin guna kertas putih kertas A4, ada salin guna buku macam nota budak sekolah tu dan ada juga tak salin apa2! Yang malas ni cuma tunggu mana2 kawan yang tulisan cantik untuk di photostat.
Masa dulu setiap pensyarah akan nyatakan buku rujukan utama untuk dibawa setiap masa kuliah. Walau bagaimana pun tidak semua pensyarah ada buku rujukan utama. Jika kami tidak sempat salin, boleh baca terus dari buku. Kebanyak kita photostat buku dan tidak pernah beli pun.
Itulah akan berlaku sampai ke exam final, nota kuliah dan buku akan ada bersama. Jarang2 ada pensyarah buat soalan exam final sebijik dari nota kuliah. Kalau ada cuma separuh dari nota kuliah, separuh lagi.... lu pkir lah sendiri (maknanya bacalah buku banyak2).

Sekarang
Masa berubah, manusia juga berubah. Dari zaman kesusahan kepada zaman semuanya dihujung jari. Semua mudah sampai belajar pun nak cari jalan mudah. Dengan kata mudah budak2 universiti kata, “Dr bagi je soalan final.. then kita bincang. No need to teach us everything lah”.
Disebabkan ada pelbagai gangauan hiburan dari PC, pelajar sudah beranjak dari membaca buku kepada mengadap depan PC. Ada yang hobinya tengok DVD, ada taksud dengan Online Game (itu pun cuma nak lawan member sebelah bilik sahaja), ada yang giler FB dan macam2 lagi boleh jumpa orang giler2 ni (crazy but not stupid).

Nota Kuliah
Nota kuliah juga berubah selari dengan Moore’s Law. Dari nota kuliah kertas kuning berubah kepada power point presentation (ppt). Bagi pensyarah baru, textnya mesti banyak dari Figure, takut terlupa Figure ini itu pasal apa. Bagi yang sudah 5 tahun mengajar kebanyakkan text akan berkurangan, ini menunjukkan mereka sudah boleh menerangkan Figure tanpa membaca text.
Bagi sesetengah pensayarah yang sangat rajin mereka akan update selalu nota kuliahnya. Kalu dahulu 50 ms sekarang sudah jadi 150 ms. Boleh dikatakan semua benda ada dalam nota kuliah ni, cukup dengan text dan Figurenya. Baguslah jika pensyarah buat seperti ini, daripada buang masa lepak sana-sini, baik jaga betul2 periuk nasik. Mana tau nanti boleh dibuat buku.
Jadi, apa masalahnya? Cuba bayangkan jika semua sudah ada depan mata, mestilah pelajar akan fokus di sini sahaja,
“ko hafal je note ni pasti dapat A final exam nanti... kalau susah nak hafal, celup dalam air dan minum airnya!”
Pasti semua pelajar akan baca nota ini sahaja.
Masalahnya pelajar tertanam sifat malas baca buku! Jangan harap mereka pergi pinjam buku. Library pun sekarang sudah sunyi. Kalau ada pun mereka yang datang untuk baca nota kuliah!

Kesan
Apabila pelajar malas ‘mencari yang lain daripada yang disediakan’ kreativiti dan usaha mereka tidak dipupuk, malah dimati. Mati dibunuh oleh bukan orang lain tetapi, cikgunya sendiri. Hidup mereka menunggu untuk disuap sahaja. Tidak perlulah kita bising dalam Mesyuarat Majlis Peperiksaan kata, “...budak2 malas membaca buku, budak2 terlalu bergantung kepada nota kuliah, makan bersuap...bla...bla”.
Makna belajar bagi mereka ialah hafal, bukannya untuk faham. Nak tau betul atau tak kenyataan ni? Mudah sahaja, cuba ubah sedikit soalah yang sudah ada dalam nota kuliah dan letak untuk final exam nanti. Agak2 mereka boleh jawap?
Mereka tidak pernah merasai susah memcari sesuatu, maka mereka tidak akan menghargainya. Cuba tanya makcik yang jual nasi lemak tepi jalan, susah ke dapat RM1. Atau cuba tanya tokey saham, senang ke dapat RM1k? Agak2 siapa akan menghargai RM1, penjual nasi lemak atau tokey saham?
Kesan yang paling ketara sekali ialah apabila mereka mula membuat Master dan PhD nanti. Disebabkan pengajian postgrad memerlukan mereka ‘berdikari’ bukannya ‘berdiri atas kaki penyelia’, pasti penyelia marah,
“woit... apasal ko pijak kaki aku?”
Itu baru terpijak kaki penyelia, belum lagi berdiri atas kakinya!
Pasti ada pelajar yang terbabas. Mereka tiada pengalaman think out of the box, problem based learning, dan pelbagi lagi perkataan yang diberikan oleh orang education.

Open Book
Cara atasi masalah ini banyak. Bergantung kepada rajin atau malas pensyaran (bukan sahaja budak2!). Antaranya ialah ‘open book’ kuiz dan ujian.
Untuk permulaan ‘open book’ ini bukanlah yang betul2 ‘open book’ yang biasa dibuat. Jika betul2 ‘open book’ pasti sebulan belum tentu pelajar boleh jawapan. Kita cuma buat ‘open book’ yang jawapannya sudah ada dalam buku rujukan utama. Ini hanya untuk mengalakkan pelajar membaca buku.
Bila membuat ‘open book’ pastikan ini kerja individu dalam kelas. Apa akan jadi jika ‘open book’ dibuat dalam kumpulan? Pasti akan ada pelajar meniru atau hanya seorang berfungsi yang lain meniru sahaja.
Paling kecewa ialah apabila kita buat ‘open book’, pelajar hanya bawa lecture note, buku tidak pernah dibawanya. Apabila kita memperkenalkan individual ‘open book’, barulah ada usaha nak bawa buku. Ya lah nak tiru siapa, kawan2 duduk jauh2.
Setelah memperkenal ‘open book’, barulah ada pelajar tanya di mana nak beli buku? Atau kita sudah tengak ada buku atas meja. Alhamdullilah!

Garisan Bawah
Kalau lecturer pun malas baca... apa jadi?

23 July 2010

Kenapa Penerbitan? Part 5 - Kenaikan pangkat

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ramai orang yang kusut masai lagi berdebu serta berpakaian compang-camping dan tidak ada perhatian orang lain padanya, tetapi apabila ia bersumpah atas nama Allah, pasti sumpah itu dilaksanakan” (Riwayat oleh Thabrani)

Apabila kita sentuh bab penerbitan, isu naik pangkat pasti akan datang bersama. Ini terjadi kerana elemen-elemen penerbitan dan sekutu dengannya merupakan elemen pertama yang dikira untuk kenaikan pangkat. Tak kisahlah untuk pengesahan jawatan Pensyarah, Pensyarah Kanan, Profesor Madya atau Profesor penuh. Dengan kata mudah, siapa banyak penerbitan cepatlah dapat profesor!

Permulaan Kerjaya

Tahukah kita bahawa untuk mengisi borang jawatan profesor semua penerbitan akan diambil kira. Jika semasa tadika pun kita ada penerbitan juga, pasti akan dikira! Walaupun pihak JK Kenaikan Pangkat kata hanya selepas berhidmat di universiti. Tetapi hakikatnya apa yang ada kita masukkan dalam borang. Sebab itulah kita selalu pesan kepada pelajar, kerjaya (career) mereka bukannya bermula pada hari pertama mereka melapor diri di universiti, tetapi apabila mereka mula menulis!

Untuk menambah penerbitan dan mencantikkan CV, pelbagai cara kita jumpa di Jabatan. Ada yang cuba tumpang2 kertas-jurnal pensyarah lain. Sedangkan sumbangan sendiri tidak seberapa, malah tiada langsung. Dimarah pensyarah baru kerana tidak meletakkan namanya. Terpaksalah pensyarah baru letak namanya, takut tidak disahkan jawatan kemudian hari atau akan disisih dari arus perdana jabatan. Paling teruk sekali ada yang mengambil data2 orang lain, kemudian terbit kerja-jurnal.... apabila tuannya dapat tahu, dengan tanpa segan malu dia kata

“Aku ingat ko tak nak publish... so aku hantar la...”

Ada juga manusia macam ini. Lambat laun kita juga akan jumpa orang macam ini ataupun kita juga jadi macam ini?

Di jabatan, ada juga dikalangan profesor yang berhati mulia menolong pensyarah lain naik pangkat bersama. Pasti ada dikalangan pensyarah tidak mempunya ‘core’ penyelidikan. Mereka bagaikan tidak tahu apa yang patut dibuat, walaupun sudah 7 tahun tetapi masih lagi pensyarah biasa. Jadi profesor tadi akan ‘menarik’ pensyarah ini kedalam kumpulan penyelidikannya. Dikenal pasti bahagian mana yang boleh disumbangankan. Apabila bahagian tertentu dikenal pasti, mula lantik dia sebagai penyelia bersama dan seterusnya membuat penerbitan bersama.

Isi Borang

Dalam perjawatan awam khususnya kategori pensyarah, kenaikan pangkat mestilah dipohon. Perubahan gred gaji tidak datang melompat begitu saja. Memohonlah jika kita rasa kita 'benar2' layak. Apabila kita mencapai tahap 'profess' dalam bidang kita. Tidak perlu terikut2 orang lain, hampas pun takda, siang-malam memikirkan mencukupkan elemen2 pengisian tempat kosong borang naik pangkat. Kerja-kerja yang tidak memberi markah naik pangkat, akan ditinggalkan.

Jika kita bandingkan dengan profesor-profesor yang kita tengok CVnya dalam internet, dengar dan jumpa semasa persidangan, sumbangan mereka kepada ilmu amat ketara. Walaupun terkenal dengan penyelidikan hebat, sumbangan terhadap pelajar undergrad tetap tidak dilupakan. Boleh dikatakan setiap 3-5 tahun ada sahaja buku dihasilkan. Malah buku2 ini amat sesuai untuk dijadikan text dalam kelas peringkat sarjana muda. Buku dihasilkan amat bermakna kerana ditulis oleh ‘orang betul-betul faham’ ataupun orang yang dah lama ‘makan garam’ tentang bidang tersebut.

Ya, siapa tidak mahu jadi profesor, gaji besar (profesor kanan = RM20k-30k sebulan). Walaupun kita kelentong sana sini orang tetap dengar. Orang kampung tengok lagi terpegun... bila profesor balik kampung naik Mercedes!

‘Fuyoo... dulu tangkap puyu sepat dalam sawah dengan aku, sekarang profesor .... hebat... hebat.... kawan aku nih’

Itulah sebab semua orang berebut hendak dapat cepat. Rata-rata sasarkan sebelum umur 40 mesti Profesor C (VK7). Paling hebat masing-masing cuba memecah rekod universiti, dapat profesor paling muda. Kalau dapat profesor awal, maknanya sempatlah makan gaji Profesor Turus lama sedikit. Biasanya Profesor Turus dapat dekat2 dua tiga hari lagi nak pencen.

Sasaran Terbabas

Jika permohonan untuk pangkat profesor ditolak, pasti kita merasa kecewa. Sangat kecewa sebab sasaran utama telah terbabas. Mulalah kita datang kerja lewat, selalu ponteng mesyuarat, semua kerja pentadbiran dielak, selalu menghilang dan kerja hakiki (berkaitan dengan pelajar sarjana muda) dibuat gitu2 sahaja.

Perasaan kecewa juga dilahirkan dengan mengutuk tempat kerja sendiri. Setiap hari ada sahaja benda tidak betul tentang tempat kerja. Sebaliknya semua kerja pejabat dibuatnya tidak tahu. Email tidak dibuka, jauh sekali reply. Soalan peperiksaan sentiasa siap selepas vetting. Markah kerja khusus dan peperiksaan terpaksa Ketua Jabatan minta beberapa kali. Tetapi bila gaji kita lewat sehari... kita bising satu pejabat!

Paling kesian ialah pelajar pasca-siswazah dibawah selian kita. Mereka bagaikan anak ayam kehilangan ibu, tidak tahu di mana hendak mengadu. Terkejar sana sini, mencari sesiapa boleh bantu. Datang untuk belajar, tetapi terpaksa survive sendiri, 100% sendiri! Penyelidikan macam tiada arah tujuan. Data pelajar PhD tiada beza dengan tesis budak FYP. Sentiasa susah jika ingin membuat temujanji. Pintu bilik penyelia sentiasa tertutup. Notis atas pintu, kekal di situ walaupun sebulan pelajar telah letak di situ. SMS tidak pernah dibalas, no hp selalu bertukar... bagaikan lari daripada Along. Jika semak tesis FYP dan MSc/PhD dibaca bagaikan guna sebelah mata.

Siapalah kita

Jadi ... biarlah tujuan penerbitan bukan untuk naik pangkat. Kita letak pada numbor terakhir dalam senarai sasaran kita. Kita buat dulu kerja-kerja kita sebagai pensyarah atau lebih baik lagi sebagai pendidik. Didiklah pelajar supaya menjadi macam kita atau lebih baik daripada kita. Semoga dengan tunjuk ajar kita, mereka akan berjaya walaupun kerjaya mereka selepas itu bukan dalam bidang akademik.

Biarlah dalam keseronakan kita menulis kertas jurnal, kerja hakiki sebagai pensyarah tidak terabai. Kita anggapkan naik pangkat ialah bonus. Jika semua kerja-kerja dibuat dan KPI tercapai, insya-Allah akan diberi bonus. Tiada bonus pun tidak mengapa. Kita tetap bersyukur kerana gaji pada 24th setiap bulan adalah betul-betul hasil titik peluh kita. Semoga halal dan berkat.

Mungkin Allah swt telah memberikan ‘kenaikan pangkat’ dalam bentuk lain, dengan kesihatan yang berpanjangan, ketenangan dalam kekalutan keluarga, masa terluang yang banyak walaupun sibuk, harta bertambah hanya dengan sedikit usaha dan selalu bernasib baik walaupun setapak terselamat dari malapetaka... inilah yang paling baik dari naik pangkat?

Garisan bawah

Ku bukan seorang jutawan yang sebagaimana engkau inginkan, ataupun seorang cendekiawan yang dapat mendidik seribu insan (alleycats).....


14 July 2010

Kenapa Penerbitan? Part 4 - Bertambah Ilmu



Kenapa tesis pelajar lebih baik dari tesis penyelianya sendiri? Kenapa citation kertas-jurnal yang dihasilkan oleh penyelia semasa PhD (jika ada) semakin hari semakin dikejar oleh pelajarnya sendiri?

Oklah kita tanya, kita juga kena jawap ... mestilah kerana pertambahan ilmu. Ilmu hari ini bertambah dari semalam dan semalam lebik baik dari hari sebelumnya. Dulu penyelia baru ada sedikit ilmu (separuh dapat daripada penyelianya dan separuh lagi daripada usahanya sendiri). Setelah kita menjadi penyelia, ilmu ini pula dibahagikan kepada pelajar kita, jika pelajar nak lebih ... kenalah usaha sendiri!

Penyelia sepatutnya bukan sahaja pandai mengarah pelajarnya berusaha, tetapi penyelia sendiri pun mesti sentiasa mengatasi pelajarnya sendiri. Jangan jadi penyelia yang hilang respect dari mata pelajarnya sendiri. Contoh penyelia diperbodohkan oleh pelajar sendiri, apabila pelajar bagi draft, tiada satu pun komen daripada penyelia (sebab penyelia tak tau nak komen)!

Untuk mengelakkan benda ini berlaku, kita sebagai penyelia mesti sentiasa sibuk dengan kelas, kerja pentabiran etc. Jadi cara terbaik untuk jadi yang terbaik ialah hadkan bidang penyelidikan. Cuba fokus selebih2nya tiga bidang utama. Tidak perlulah semua benda 'from land, sea to space' nak buat (details we will discusse in next entry). Bagi pelajar pula, janganlah semua mesin di makmal ingin diuji. Biarpun guna satu alat tetapi semua tau!

Pengalaman yang bergerak walaupun sikit2, pasti dapat membantu. Semua pengalaman dan ilmu terkini akan dicurahkan kepada pelajarnya secara iklas dan jujur akan meningkatkan kualiti kertas-jurnal pelajar. Ada kalanya kita sendiri tidak sedar bahawa pelajar ini dulunya merangkak, tapi kini cuba mengejar penyelianya sendiri ... maknanya kita sudah berjaya.

Buka buku SPM

Kesibukan kerja2 harian menyebabkan kita banyak lupa atau tidak sempat revise ilmu asas dalam bidang kita. Mujurlah dengan dorongan (atau paksaan) menulis kertas-jurnal jurnal dan menjawap soalan2 killer daripada penilai kita terpaksa membaca buku asas.

Kadangkala kita terpaksa buka buku SPM yang telah dilupakan. Ataupun masa inilah kita mencari balik buku tahun satu, yang pernah kita belajar dan mengajar. Dalam kita membelek mencari jawapan, mungkin secara tidak langsung terjumpa ilmu yang lain.

Dari jurnal ke nota kuliah

Antara kebaikan pensyarah membuat penyelidikan dan mengajar dalam bidang sama ialah serapang dua mata. Baca satu kertas-jurnal, tetapi boleh manafaat dua tempat. Satu untuk pelajar pastgrad dan satu lagi untuk undergrad.

Dalam banyak2 kertas-jurnal yang dibaca dan dianalisis mesti ada sebahagiannya menyentuh atau mengimbas kembali konsep asas sesuatu bahan atau device. Konsep asas ini biasanya letakkan pada bahagian Introduction.

Manakala kertas-jurnal Review banyak konsep asas akan ditulis sekali lagi di permulaan. Sebab itulah kertas-jurnal Review perlu dibaca dahulu oleh pelajar untuk melihat gambaran kasar fokus penyelidikan mereka.

Konsep asas ini amat berkualiti dan kadangkala ditulis dengan senang untuk difahami. Boleh dikatakan konsep asas ini lagi baik daripada buku2 kerana ia telah dinilai oleh ramai penilai. Jadi ia boleh di masuk dalam nota kuliah untuk pelajar undergrad. Setidak2nya ia digunakan sebagai case study. Barulah nota kita berlainan setiap tahun. Ataupun boleh mengelak recycle soalan past year!

Garisan bawah

Siapa yang bertambah ilmu, pelajar atau penyelia?

09 July 2010

Kenapa Penerbitan? – Part 3 - Perkongsian Ilmu

Sayyidina Ali ra berkata ''Harta akan semakin berkurang ketika dibelanjakan sementara ilmu semakin bertambah saat diberikan kepada orang lain”

Kenapa kita boleh buat dan menyiapkan tesis? Tidak lain tidak bukan kerana adanya jurnal orang terdahulu. Tanpa jurnal mungkin kita terkial2 mencari hala tuju penyelidikan. Panduan daripada beberapa kertas-jurnal dapat memberikan idea memulakan kerja-kerja penyelidikan. Lebih menarik lagi kertas-jurnal lama yang ditulis sekitar 70an sangat penting kerana mereka menulis kerja-kerja makmal berasakan konsep asas dan mesin peralatan yang biasa.

Kita bukannya membuat penyelidikan yang komplek untuk jurnal Nature atau Science. Boleh dikatakan kerja penyelidikan kita ada persamaan (cuma tukar bahan baru) dengan kerja kertas-jurnal yang telah ditulis. Selepas siap eksperimen mesti timbul persoalan2 berkenaan data kita. Kadang kala memecah kepala. Data kita berbeza dengan orang lain. Setiap soalan yang timbul biasanya sudah ada orang jawap. Cuma kita belum jumpa atau memang kita malas mencari jawapan dalam kertas-jurnal berkaitan.

Mungkin kita pernah jumpa orang yang sangat cintakan ilmu. Mereka tidak mementing habuan daripada penyelidikannya. Tidak pernah terlintas menulis untuk royalti. Dia cuma ingin berkongsi ilmu. Masakan tidak, siang-malam duduk dalam makmal dan berfikir mencari jawapan yang komplek.

Itu belum lagi mendengar ulamak dahulu, biarpun tidak bergaji macam profesor, 3.00 pagi sudah bangun. Selepas solat subuh terus mengajar. Berterusan mengajar hingga lewat malam. Jika berhenti cuma untuk solat atau makan. Walaupun sibuk mengajar, buku/kitab tetap ditulis bertimbul2. Bila masa mereka menulis?

Walaupun tulisan Syeikh Daud Al Fatoni menggunakan bahasa lama, ia tetap digunakan sebagai buku teks di masjid2. Semasa menyusun Ihlya Ulumiddin Imam Al-Ghazali terus menerus mengedalikan nafsunya dengan kehidupan yang sangat serdahana makan-minum pun diminimumkan. Biarpun tulisan pemikirannya telah berusia 1000 tahun, tetapi ia kekal hingga hari ini. Ini antara bukti pengkongsian ilmu yang berjaya.

Penentuan aras sasaran

Jurnal juga menolong dalam pembaharuan penyelidikan. Jika kualiti device yang telah diterbitkan pada tahun lepas ialah 10%, mungkin device tahun ini telah naik kepada 12%. Ini memberi sasaran untuk kita membuat device lebih dari 12%.

Bayangkan jika kita tidak ada rujukan (jurnal, paten atau buku) pasti kualiti penyelidikan tidak akan berubah. Mungkin kita dah bangga apabila penyelidikan kita menjadi. Tetapi apabila kita jumpa jurnal (selepas 2 tahun buat kerja makmal) rupa2nya data kita sudah basi.... arrrr.. mulalah pening gelabah.

Walaupun ada juga perkembangan teknologi tanpa perlunya penerbitan. Ilmu penyelidikan R&I daripada kilang semuanya rahsia. Teras mereka adalah business. Penerbitan hanyalah dalaman sahaja. Paling tinggi pun mereka paten sahaja. Tetapi masih juga dinamakan penerbitan.

Mencari guru

Perkongsian ilmu juga melalui persidangan. Setiap persidangan biasanya memperuntukan 20-30 min sahaja. Jadi dalam masa singkat tidak sempat kita melihat keseluruhan kerja. Bagi penyelidik yang hebat mereka akan sertakan senarai penerbitan yang berkaitan untuk sesiapa yang berminat.

Disebabkan ingin menjawap soalan dari penilai kita terpaksa cari orang untuk kongsi ilmu. Kita sanggup datang dari jauh hanya untuk menanyakan jawapan. Mendapat penjelasan lisan daripada orang bijak lebih baik daripada membaca kertas-jurnalnya. Proses tanya-menanya berkongsi ilmu boleh perkembangan ilmu, menggelakkan silap faham tentang kerja kita.

Susah memdapat orang yang betul2 fokus di Malaysia. Hakikat sebenar memang susah memdapatkan orang betul2 menjawap soalan. Banyak yang jumpa yang kelentong sahaja. Maklumlah terlalu banyak bidang yang masuk.

Garisan bawah

Jawap yang dicari berada di hujung jari.

28 June 2010

Kenapa Penerbitan? Part 2 - Penilai dari jurnal terbaik

Sesuatu kerja dikatakan terbaik apabila diakui oleh kawan dan lawan. Mampu bertahan walaupun diuji dengan pelbagai kaedah. Jangan jadi macam pesilat tari pulut kuning. Hanya dimainkan hanya dalam majlis rasmi. Memang gerak langkah tari cantik. Tetapi cuba masuk ajak berlawan ... mesti lari punya. Mereka hanya diajar untuk bersilat sorang2, tidak untuk bergaduh. Silat sorang2 boleh la .... jadi boleh pakai ke silat ini?


Siapa Penilai?
Kebiasaan bilangan penilai kertas-jurnal ada banyak kemungkinan. Ada jurnal hanya bergantung kepada komen seorang penilai sahaja (sebab yang lain tak hantar komen). Walaupun bagaimanapun kebiasaannya dua orang penilai. Bagi jurnal yang IF tinggi, penilai sampai 5 orang pun ada.
Pernah kita dengar pensyarah takut dengan penilai. Mereka takut sebab penilai ialah sniper! kita tidak tahu siapa mereka, tidak tahu dari mana asalnya, tetapi pelurunya tepat kena ke jantung. Paling tidak tepat kena atas dahi kita.
Kenapa mereka bagaikan sniper? Mereka ialah orang sebidang (peer-review) dengan kita. Apa saja kita tulis tersurat atau tersirat mereka boleh agak. Kerja2 kita sekarang mungkin penilai telah buat 10 tahun dahulu. Jadi mereka sangat arif dalam bidang yang baru semalam kita buat. Sebab itulah ramai orang tidak mahu hantar kertas-jurnal sebab takut dikomen.

Anti penilai
Ada dikalangan kita tidak suka orang lain cabar kefahaman dan kehebatan dalam bidang tertentu. Semua idea orang lain tidak betul, semua salah, kita je yang betul. Melenting tung... tung ...bila orang tegur penyelidikan kita.
Inikan pula penilai entah datang daripada mana cuba komen kertas-jurnal kita.
'' ... kau sapa nak komen paper aku?''
''... bodoh betul reviewer nih''
'' ... BI kau pun tak betul, eh.. nak komen BI aku!!''
Pasti kertas-jurnal itu tidak akan dijawap, tidak dibuat pembetulan, yang buat cuma buat diam saja. Jadi? ... tiada kertas-jurnal lah sampai bila2.

Kebaikan Penilai
Pernah masa hantar kertas-jurnal ke Acta Materialia (IF2005 = 3.430) dulu, dapat komen lebih 4 muka surat daripada 2 penilai. Disebabkan komen2 terlalu banyak dan ingin menjaga status jurnal, editor mengambil keputusan menolak kertas-jurnal tersebut (biarpun penilai2 mencadangkan penambahbaikan, bukan ditolak terus).
Mula2 rasa sedih, yalah bukan senang nak buat, 6 bulan mau siap. Inilah pula terima 4 muka surat komen2. Mau seminggu berkabung. Tetapi setelah dibaca berulang kali komen2 tersebut... Terasa menarik pula. Lagi panjang komen, lagi baik!
Kenapa? Sebenarnya penilai menolong kita memahami konsep device yang kita buat. Apa yang kita tulis sebenarnya tersasar atau tersilap faham. Penilai menulis formula dan contoh pengiraan yang sebenar. Penilai juga mengajar kita kaedah menulis jurnal menggunakan format tertentu. Manakala kesilapan ejaan dan BI turut ditunjukan (maklumlah kita sekolah pondok saja, London tak pernah sampai).
Setelah kemaskini mengikut komen2 tersebut, kertas-jurnal ini dihantar ke Journal of Power Sources (IF2005 = 2.770), IF rendah sedikit daripada Acta Materialia. Alhamdullilah... akhirnya diterima di Journal of Power Sources [159 (2006) 752-757]. Jadi terima kasih penilai!!
Ada juga kita dapat komen2 penilai yang tidak professional. Mereka mengutuk kerja kita dan memperlekeh cara penulisan kita (maklumlah pertama kali menulis dalam BI). Mereka kata kaedah ini sudah ada orang buat (sambil menyenaraikan beberapa kertas-jurnal). Data ini telah pun ada masa zaman perang jepun!
Biarlah orang2 macam ni dengan labu2nya. Mereka selalu menganggap hanya kerja mereka yang terbaik. Paling teruk lagi penilai menolak kertas-jurnal kita kerana ingin meniru kaedah terbaru kita usahakan, kemudian dia keluarkan kertas-jurnal hampir sama dengan kertas-jurnal kita. Nilailah hasil kerja orang lain dengan penuh hekmah dan professional walaupun kita menolak penerbitannya.

Tesis dan penilai
Saya selalu bersepedapat (bertentangan pun banyak juga) dengan Prof. Kariem tentang perlunya penilai (bukan pemeriksa) untuk meningkatkan kualiti tesis. Apa pula kena mengena penilai jurnal dengan kualiti tesis?
Katakan semasa hantar tesis, kita sudah ada 4 kertas-jurnal. Katakan jurnal2 IF tinggi semuanya. Katakan lagi .... setiap kertas-jurnal dinilai oleh 2 orang. Ini bermakna tesis kita telah dinilai oleh 8 orang sebelum kita hantar kepada pemeriksa2 tesis!!
Dengan kata mudah; konsep, kaedah penyelidikan (research design) etc telah diakui atau diperbetulkan oleh orang2 pakar dalam bidang kita. Semasa viva, soalan2 yang ditanya oleh pemeriksa pasti boleh dijawap kerana kita sudah berhempas pulas menjawap komen2 penilai jurnal terdahulu.
Bayangkan kita tidak pernah terbit 1 kertas-jurnal pun, cukup sahaja 3++ tahun, hantar tesis. Agak2 apa akan jadi? Jika pemeriksa kata konsep penyelidikan salah? Jika pemeriksa kata data tidak betul? Adakah kita ada 3++ tahun lagi untuk membuat semula?

Garisan bawah
Dapat ilmu daripada orang kita tidak kenal!

27 June 2010

Kenapa Penerbitan? Part 1 - Kita Tidak Buat Sehingga Kita Terbit

Betul ke kita sudah buat?

Sesuatu perkara akan dikatakan menjadi apabila ia siap. Selagi tidak siap orang kata tidak sempurna atau tidak cukup ilmu untuk siapkan. Sama juga dengan penerbitan, ia dikatakan tidak dibuat sehingga ia diterima oleh penilai2, editor dan diterbitkan.

Kita kata kita buat banyak benda tetapi tiada bukti, adakah orang percaya? Atau perlu ke kita buktikan kepada orang lain bahawa kita memang buat?

Biasa kita jumpa orang kata dia buat banyak penyelidikan, banyak benda yang dibuat. Tetapi tiada satu pun penerbitan. Setiap hari di kedai kopi kata itu aku dah buat, ini bidang aku, aku pakar dalam bidang ini. Tetapi adakah orang percaya?

Bukti penyelidikan seperti kertas-jurnal penting dalam banyak perkara. senarai kertas-jurnal amat penting apabila memohon menyambung pengajian, biasiswa, geran penyelidikan dan kerja. Lagi panjang senarai, lagi baik. Tetapi pastikan penyelidikan itu kita buat, berkualiti yang banyak dirujuk oleh orang lain. Ia akan menunjukkan bahawa kita bukannya orang baru dalam bidang ini. Ataupun “I’m special one!”.

Masalah kita

Banyak kesimpulan boleh dibuat tentang penyelidikan tanpa penerbitan. Mungkin kita hanya main2 buat penyelidikan. Terpaksa buat penyelidikan atau ikut2 orang sahaja. Apabila orang buat ini, kita pun buat ini. Apabila orang buat itu, kita pun buat itu. Kerja2 seperti ini pasti akan dapat data2 yang biasa2 (surface) sahaja, data tidak cukup, data lompat2 (tidak menyokong antara satu sama lain). Data ini memang tidak boleh terbit, menulis nak siapkan satu perenggan pun pening.

Ada juga kita jumpa orang sangat pakar dalam bidangnya, tetapi gagal menggurus data seterusnya malas menulis. Cepat mengalah bila menaip dalam Word. Alahan tengok Excel. Itu belum lagi mengubah format EndNote.

Banyak kita jumpa pelajar yang amat bagus dalam kerja2 makmal dan boleh menjawab soalan2 yang ditanya tetapi gagal untuk menulis. Cara kerja tidak sistematik, menyebabkan banyak data berterabur dan tidak tersusun. Kreatif dalam cara kerja makmal dan bijak menulis adalah elemen2 terpenting untuk menjadi penyelidik cemerlang.

Begitu juga dengan pensyarah, semua BI sangat bagus (sebab semua grad London) tetapi tidak menulis. Tidak tahu apa masalahnya. Mungkin budaya menulis tidak sampai lagi.... menunggu beduk diketuk, baru nak tergadah. Biasa kita dengar bidang yang dibuat tidak dapat dibuat di Malaysia sebab tiada alat, bahan susah dapat, bahan kawalan bla..bla..bla... Maklumlah bidang kita Nuklear Fizik memang tak boleh buat di Malaysia pun. Mmm..... sampai bila2 pun tak boleh buat.

Jadi tidak perlu buat apa2 lah? Tidak perlulah menyalahkan keadaan, kita yang patut ubah keadaan. Kita pernah berada di tempat tinggi, maka mudahlah kita turun. Dari tempat penyelidik luar negara yang hebat ke tahap penyelidikan di Malaysia. Pasti kita boleh survive. Mungkin kita perlu 2-3 tahun untuk mengubah bidang. Tak apalah lewat bermula dan menulis untuk jurnal berimpak faktor rendah2. Sikit2 lama2 hantar ke Nature?

Teringat pesan Prof. Kariem dulu, “bila kau kerja di tempat baru nanti... mesti susah nak buat research. Alat tak ada. Tetapi jika ada FTIR pun sudah kira bagus. Kau buat je reseach macam Effect of Salt using FTIR.... Lepas tu hantar paper... tak kisah hantar ke jurnal bodoh2 pun .... yang penting kau tidak berhenti menulis. Bila dapat geran belilah alat lain pula”

Garisan bawah

Percaya tetap percaya ... Tapi perlu bukti.

07 January 2010

Kenapa Nak Buat Master & PhD?



“Ilmu itu umpama ladang, maka berbanggalah kamu dengan ilmu. Dan jangan sampai kamu kehilangan ladang kebanggaan itu. Ketahuilah! Ilmu tidak akan dapat diperolehi oleh orang-orang yang hanya mementingkan makanan dan pakaian. Ilmu akan datang kepada orang-orang yang hidupnya sederhana. Tuntutlah ilmu sebanyak-banyak! Walaupun terpaksa berkorban dan menderita. Mungkin suatu hari nanti, bila engkau menghadari suatu majlis dan engkau yang memimpinnya, maka engkau akan menjadi kebanggaan majlis itu” – Imam Syafie

Mungkin sudah terlebih jauh kita pergi, terlupa nak tanya kenapa kita nak buat Master/PhD? Soalan ini senang dijawap, tetapi cuba kita fikir baik-baik kenapa?
i. Adakah selepas berkali-kali minta kerja, semua tidak dapat, kemudian kita buat keputusan nak buat Master/PhD?
ii. Adakah kerana tempat kerja kita (Universiti, Pusat Penyelidikan, Jabatan etc.) suruh buat Master/PhD, terpaksalah ikut arahan bos?
iii. Adakah kerana kita ingin lari dari beban tugas sekarang yang banyak, sudah boring dengan kerja sekarang, kemudian memohon cuti belajar?
iv. Adakah disebabkan malu apabila semua kawan/ahli keluarga kita ada MD/Master/PhD dan kita ambil keputusan hendak mengikut jejak mereka?


Kalau jawapannya “Ya”, lebih baik tak perlu buat atau berenti Master/PhD sebelum terlambat. Tidak perlu, cukuplah menyusahkan diri sendiri, keluarga, penaja, etc! ... eik .... terlupa... penyelia anda pun lagi susah!!


Kalau anda kata “aku memang nak buat Master/PhD... masa tadika pun dah cakap kat cikgu nak buat PhD!”. Oppss.. tunggu dulu, cuba jawap soalan-soalan bersifat akademik ini:
i. Tahukah kita menyesuaikan diri berdepan dengan kawan-kawan kita yang semuanya berijazah 1st Class, otaknya hybrid, ketelitiannya nano, rajinnya seperti semut dan BInya macam Shakespeare? Sedangkan kita dapat tawaran membuat Master/PhD setelah dua kali rayuan kepada Dekan.
ii. Mampukan kita bertahan selama 3++ tahun, hari-hari dimarah oleh penyelia kerana kebodohan/kesilapan kita? Ya memang kita akui kita banyak kekurangan, tetapi berilah sedikit peluang.
iii. Tidak terasakah kita bila penyelia kata “awaklah pelajar paling bodoh pernah aku jumpa”? Tetapi esok terpaksa datang lagi ke biliknya.
iv. Pernahkah kita terketar-ketar melihat data kita tidak menjadi? Sedangkan kawan kita telah siap menulis kertas jurnal keduanya.
v. Cantikkah kertas jurnal kita yang dihantar kepada penyelia untuk semakan, tetapi diconteng-conteng (diedit) oleh penyelia dengan tulisan pen merahnya melebihi apa yang kita tulis? Sedangkan kawan kita telah bersedia menyerahkan tesis dengan 4 kertas jurnal yang semuanya berkualiti 10% teratas dalam bidang-bidang yang dikategorikan oleh ISI.
vi. Tidak kecewa kita untuk terbit kertas jurnal pertama dalam hidup walaupun impak faktornya 0.200 sahaja, tetapi setiap penilai (reviewer) menembak bertubi-tubi dengan sniper rifle sambil mengejek-ejek kerja-kerja kita? Sedangkan kertas2 jurnal dalam jurnal tersebut pun entah apa-apa datanya.
vii. Marahkah kita apabila projek perintis rekaan kita menjadi, tetapi diberikan projek ini kepada pelajar lain? Sedangkan kita sudah setahun tidak cukup tidur, tidak sempat main futsal kerana tiada masa. Memikir projek yang penyelia sendiri tidak tahu, tidak peduli pada awalnya.


Dan sila jawap soalan sifat-sifat kemanusiaan atau teknikal seperti ini?
i. Sanggupkah kita tangguh makan sarapan ke makan tengahari dan makan tengahari dibawa ke makan malam? Sebab tiada duit. Berjimat kerana terpaksa membayar yuran sendiri.
ii. Bertahankah kita berada/tidur dalam makmal membuat kerja kuli penyelia (laporan geran, marking tutorial, marking laporan makmal, persiapan persidangan etc) sedangkan pelajar lain tidak disuruhnya?
iii. Tidak tergugatkah nilai-nilai murni dan kemanusiaan kita, apabila pelajar lain menabur fitnah, tikam belakang, membaja racun di pingiran ladang ilmu kepada penyelia kita? Mereka sentiasa memukul gendang silat, memainkan irama persengketaan dengan pelajar-pelajar lain.
iv. Bolehkah kita bertimbang rasa dalam perebutan alat-alat di makmal, apabila tempahan kita dipotong/dipadam oleh kawan kita sendiri? Sedangkan kita terpaksa berulang-alik ke hospital kerana ada keluarga tersayang sangat memerlukan kehadiran kita disisinya.
v. Bersabarkah kita dengan kerenah pembantu makmal yang sentiasa ‘hilang’, terlalu berkira? Tetapi bila ada sampel perundingan (consultation) atau berurusan dengan pelajar perempuan, dahi licin, cantik (seksi pun sekali lahh)... hari itu juga disiapkan semua sampelnya.
vi. Gembirakah kita apabila selalu mendapat penyelia yang bermasalah (termasuk masalah peribadi... nak cukupkan 4, 3 dah dapat!) dibawanya hingga ke dalam makmal? Sedangkan penyelia lain sedang bersiap untuk membawa semua pelajarnya pergi ke persidangan (dan jalan-jalan) di Vancouver.
vii. Pandaikah kita memberi alasan demi alasan kepada kawan-kawan kita yang sudah berkerja, bahawa kita tidak boleh datang perjumpaan alumni? Kita malu pergi naik Honda Cup, sedangkan mereka datang dengan Honda CRV. Pakaian mereka hebat-hebat, jika dibandingkan dengan kita pakai T-shirt Liverpool dibeli dekat sempadan Siam.
viii. Terharukan kita apabila mendapat e-mail (time tu FB xde lg) dari kawan yang sudah berkerja menunjukkan gambar-gambarnya di ambil di Stadium Old Trafford? Sedangkan kita hanya tahu Kg Kerinchi dan Hentian Bas Putra (tempat2 berhampiran campus) sahaja.


Garisan bawah
Jika anda CEKAL dan tabah boleh mengatasi dugaan di atas... ayuh mulakan langkah pertama anda!