Jumlah Paparan Halaman

;

Khamis, 27 Januari 2011

IM HALAL.COM - injin pencarian Islam.

Assalamualaikum.......kepada semua pembaca blog saya khsusunya. Hari ini saya ingin menyampai dan memaklumkan kepada anda semua bahawa masih ada dikalangan kita yang tidak mengetahui bahawa wujudnya satu lagi injin pencarian ( SEO ) selain dari Google, Yahoo, Bing, MSN dll. SEO ini berteraskan maklumat maklumat yang 'halal' di sisi Islam.


Injin pencarian ini telah direka bentuk oleh kumpulan cendekiawan Islam untuk menangkis info info ' haram' dari dipertontonkan khususnya untuk kanak kanak dan remaja belasan tahun. SEO Islam ini dikenali sebagai  Im Halal.Com.

Anda boleh mencubanya dengan menaip Im Halal.Com pada kotak 'search' bagi mendapat segala info info menarik lagi HALAL  serta tidak mempengaruhi pemikiran  kanak kanak dan remaja melihatnya......cubalah.....

Hanya untuk renungan dan berkongsi maklumat sesama kita....harap dapat sampaikan maklumat ini kepada kawan kawan kita yang lain........TQ

Rabu, 26 Januari 2011

FENOMENA 'LINGKARAN UFO' - ciptaan atau realiti ?

Baru baru ini tanggal 23/1/2011 bertempai di Desa Rejosari,Jogotirto,Berbah,Slemen,Yogyakarta,Indonesia, telah berlaku satu fenomena yang dipercayai oleh penduduk disana mengenai pendaratan kapal UFO. Pendaratan ini berlaku disawah padi. Anda percaya mengenai kapal UFO ???



Ramai berpendapat kemungkinana fenomena ini digerak oleh faktor 'olahan manusia', mungkin juga 'faktor alam' dan tak mustahil ianya sememangnya jejak UFO.

Di England, Kanada, Amerika, Australia dan Jepun, banyak ditemui fenomena 'crop circle'. Fenomena ini biasanya muncul di musim panas semasa ladang pertanian ditumbuhi dengan tanaman.

Uniknya fenomena ini ialah terbentuknya lingkaran-lingkaran aneh atau berbentuk geometri di ladang pertanian tersebut. Bentuk geometri itu kadang kala berupa lingkaran-lingkaran atau mungkin juga berbentuk rangkaian gambar yang unik, yang menunjukkan bahawa pembuatnya adalam makhluk yang pintar. Tapi, 'crop circle' ini bukan dibuat oleh manusia berdasarkan berbagai bukti yang telah diselidiki oleh para ilmuwan.

'Crop circle' banyak dijumpai di Selatan England . Banyak yang mengaitkan 'crop circle' ini dengan kegiatan spiritual kerana rangkaian bentuk geometri yang terbentuk di ladang pertanian itu . Berdasarkan maklumat  yang ada, kemunculan fenomena crop circle ini sering disertai juga dengan kemunculan UFO yang berbentuk bola cahaya.



Pada pandangan saya timbul persoalan dan kemusykilan.......kenapa hanya dilaman pertanian sahaja wujudnya 'lingkaran UFO' ini.......tak pernah kita dengar dan lihat fenomena ini terjadi dihutan .....atau pun di gurun berpasir....dipantai.......???


Anda.....bagaimana ??? percaya atau tidak pembikinan dan kewujudan 'lingkaran UFO / crop circle' ini berkait  rapat dengan ciptaan manusia......faktor alam....atau jejak UFO....jompikir bersama.....TQ.


Selasa, 25 Januari 2011

ORANG DALAM - penting atau tidak ?

Assalamualaikum semua....bercakap mengenai 'orang dalam'.....saya pasti ramai dikalangan kita yang tahu maksud tersebut. Maksud 'orang dalam' ialah seseorang yang berada pada kedudukan yang dapat / mampu membantu kita/seseorang yang memerlukan pertolongan / bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Tak kira dimana....... 'orang dalam' ini amat penting bagi individu /organisasi, jika ada imbuhan yang dihulurkan...sesuai dengan khidmat yang diberi...maka akan terhasillah kejayaan sesuatu perancangan itu dilaksanakan/ dimeterai antara mereka. Cuba anda pikir......apakah kebaikan perlakuan ini ?

Nak dapat kerja, senang kalau ada 'orang dalam'. Nak naik pangkat...ok boleh...jika ada 'orang dalam'. Tak mahu tukar jauh...boleh asal ada 'orang dalam. Nak masuk kawasan larangan boleh kalau ada 'orang dalam'.Nak dapat layanan istimewa di perkhidmatan kaunter, mudah jika ada 'orang dalam'. Nak dapat diskaun semasa membeli belah atau bayaran perkhidmatan kena ada 'orang dalam'. Nak dapat potongan bayaran kompaun, kena 'ada orang dalam'. Nak dapat tambang murah, bayaran murah, harga murah, kena ada 'orang dalam'. Nak cepat proses borang kena ada 'orang dalam'. Nak cepat lulus permohonan kena ada 'orang dalam'. Nak cepat dapat semakan kena ada 'orang dalam'. Nak mudah beli tiket kena ada 'orang dalam'. Pendek kata, semua urusan dunia akan jadi mudah jika ada 'orang dalam'. Khidmat ini hanya terbatas kepada mereka yang ada 'link' dengan 'orang dalam'....orang yang tak ada 'link'...??? Ini cerita diatas dunia. Bagaimana pula 'bila berlaku kematian dan kehidupan di akhirat' ? Masih perlukah 'orang dalam' ? Jom....kita terokai episod seterusnya.......

Dalam alam barzakh, tak perlukan 'orang dalam' sebaliknya yang menjadi 'pertahanan diri' ialah amal ibadat semasa kita didunia dan amalan kebaikan. Adakah si pengamal yang menggunakan khidmat 'orang dalam' seperti diatas tadi, cukup 'pertahanan diri' untuk sesi soal jawab didalam kubur ?  Wallahua'lam...pada hemat saya...mereka yang tak ada 'link' tadi akan 'senang dan berjaya' merentasi soalan kubur ini manakala mereka yang kuat guna 'orang dalam' akan merana.....apa sebab ???....pikir pikirlah....

Semasa di akhirat pula, semua manusia akan memerlukan 'orang dalam'....tak percaya ???  siapa ???  untuk apa ?

Cuba kita bayangkan keadaan seluruh umat manusia ketika diPadang Mahsyar....dalam proses untuk dihisab diri kita.Ya...kita semua akan dihisab segala amalan kita....kemana kita selepas itu....syurga atau neraka ? Siapa dapat membantu kita ?

Ingatlah wahai sekelian manusia....masih ada 'orang dalam' diakhirat yang dapat membantu kita semua iaitu kekasih Allah yakni  Rasullullah s.a.w yang dapat memberi syufaatnya keatas diri kita. Apakah diri kita ini layak untuk dapat syufaat darinya ? Justeru itu, mulai  sekarang, marilah kita semua bermuhasabah diri kita dan mengikuti segala sunnahnya dan meninggalkan segala larangan yang diperintah Allah. Ikutlah cara kehidupan Rasulullah seperti cara pertuturan, pergaulan, berpakaian, tata hias diri, kehidupan yang sederhana, menghormati orang yang lebih dewasa dsbnya. Jauhilah diri anda dari sifat takbur, pentingkan diri sendiri, tamak haloba, dengki, khianat dsbnya.

Paparan diatas hanya untuk renungan kita bersama.......jompikir.......TQ.