Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer

Assalammualaikum,


Hai korang , sibuk ke . Buat apa tueee ?? Meh sini nak story sikit pasal makanan dari New Zealand . Taste Of New Zealand Food fair kini di 19 Cawangan Jaya Grocer. Berlangsung dari 3 Mei 2017 sehingga 21 Mei 2017 .





Korang mesti tau kan produk - produk yang asalnya dari New Zealand nie . Yang tak tau , ini lah masanya kalau korang nak amik tau . Banyak barangan berkhasiat dari New Zealand di antaranya Buah Kiwi , Epal , Coklat , Kerepek dan macam - macam lagi lah . Korang boleh dapatkan kira - kira 150 jenis produk dan korang berpeluang mengenali 30 produk eksklusif di sepanjang New Zealand Food Fair nie . 


Sempena dengan “Taste New Zealand Food Fair” juga, kalau korang berbelanja RM50 dalam satu resit , korang boleh menebus shopping bag ekslusif sempena ulangtahun ke-60 dan juga berpeluang untuk masuk lucky draw contest yang menjanjikan hadiah utama, barangan makanan daripada New Zealand bernilai RM888! . Wowwwww !!! meriah tue kalau menang . 


Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer




Antara produk yang korang boleh dapat kan adalah :



Grow Young Together With Anlene .


Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer

Amik kooo, YY pun baru tau yang Anlene adalah produk New Zealand . Selalu minum jer , now baru tau asal usul . Bagusnya susu Anlene MoveMax™ nie diformulasi daripada nutrien penting iaitu magnesium, zinc, and Vitamins B, C, D & E untuk menbantu penjagaan tulang, sendi badan kita. Dah tetua nie , kena lah jaga tulang kan . 





Whittaker's


Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer


Coklat. Wowww sape yang tak suka . Kalau pi Langkawi , memang coklat Whittaker's nie wajib beli kot . Sekarang dah ada perisa baru pulak . The Fijian Ginger and Kerikeri Mandarin yang kaya dengan 62% dark coklat dan limau mandarin yang di tanam di Keri Keri New Zealand.



Griffin .

Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer



Biskut yang pemes amos di New Zealand . Di buat dengan susu New Zealand yang terbaik . Sedap wooo . Anak2 dara berebut nak makan . Terpaksa ibu sado tenangkan . Hahhahahhaha .


Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer




Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer



Bukan setakat 3 produk nie jer tau . Macam - macam lagi ada . Diantaranya ,


Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer




Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer



So, apa lagi . Jom lah ke Jaya Grocer untuk membeli - belah produk New Zealand di Malaysia .







Detail di : www.facebook.com/newzealandfood

Suprise Besday Untuk Noor Hasanah :))

Assalammualaikum,


Baru - baru nie YY ngan kengkawan opis ada lah plan nak buat suprise besday Kak Noor . Plannya nak beli kek jer , then nyanyi reramai . Asal yang nak menjoin kan diri , dalam 5 orang . Tapi pada hari kejadian , teramai plak nak join .



Bergosip sebelum Kak Noor Masuk Pantry



Kek Faizal dah tolong belikan , paginya YY siap bawak bihun goreng untuk breakfast , Ada lebih , nak bawak ke petang . Sessi potong kek memang nak buat petang pun . Sebelum balik keje tue . Bila Nor sibuk nak buat persiapan kat pantry , boleh pulak Kak Noor nak ke pantry .


Pizza tue sponsor by Fadh



So, masa nie lah , semua duk sibuk tanya memacam soalan , sebab tak nak kak noor pi pantry . Bab nie memang lawak . ada jugak soalan yang x masuk akal . Puas memasing cari idea xnak bagi Kak Noor pi pantry . Akhirnya, Kak Noor berlalu pergi sebab dia dah tak tahan nak pi toilet . Nasib dia x masuk ke pantry . 


Then , kitaorg reramai dah standby kat pantry , tggu Kak Noor keluar dari toilet . Sampai pantry , kitaorg tahan Kak Noor, past tue dia macam terkejut terus lari pi tempat . Puas pulak ada yang g pujuk Kak Noor ajak pi pantry . Dengan keadaan yang terharu Kak Noor masuk pantry , kitaorang nyanyi lagu besday . Masa nie Kak Noor dah nangis kooo . Kemain terharu dia . Katanyaa, sepanjang hidup , ini first time ada sambutan suprise camginie. YY pun terharu , nank nangis sama . Tapi cover . Hahhahahahahaha.



Muka terkejut Besday Girl . 
















Nampak tak mata merah besday girl . Terharu sgt tuee.  Ada video gak . nanti YY try upload. 






Kemain comot anak dara dapat makan kek . 




Buat Kak Noor. Happy Belated Besday . Moga Murah rezeki , di beri kesihatan yang baik . Hidup ceria selalu , dan tabah menghadapi ujian hidup . Nanti kita pi makan Boat Noodle lagi yer . Moga cecepat dapat jodoh . Kbai . 



P/S : Seronok bila dapat gembira kan orang kan .





Tebus Mata Ganjaran dengan Bonuslink di Shell

Assalammualaikum,


Korang , nak citer nie. Korang suka tak kalau korang berbelanja , past tue boleh redeem barang dengan gunakan point hasil dari korang berbelanja tue . Haaa, mesti suka kan . Nak citer nie , korang tau dak pasal kad Bonuslink . Ini lah kad yang korang boleh kumpul point dan tebus dengan barang . Jimat uolsss, x yah keluar duit . Hasil daripada korang beli barang atau isi minyak dan kumpul point . 






The best part , sekarang ada pulak kempen loyalty antara Shell dan Bonuslink . Kira bila korang isi minyak , gunakan kad bonuslink dan kumpul point berganda . Mak mak nie memang suka lah kalau dapat brang percuma hanya bayar dengan point kan . RM 1 bersamaan dengan 100 point . 






Kalau korang pergi Shell , mesti korang akan perasan bebarang di dalam Shell ada yang boleh di beli dengan hanya menggunakan point di kad Bonuslink . Korang tak payah nak keluar duit pun . Camne nak tau nilai point korang ? nie ha YY share . 

100 points bersamaan dengan RM1.00
1000 points bersamaan dengan RM10.00
3000 points bersamaan dengan RM30.00

Korang boleh tebus mata ganjaran tadi di Shell Select atau pun Deli2Go .













Eh , sebelum terlupa . Kalau point korang kurang 100 , memang tak boleh untuk tebus mata . Kena cukup 100 , baru dapat nilai RM 1 tuee. Berbaloi kan . Jimat pun jimat . Di buat anak mengamuk nak memacam , duit pulak tak cukup . Bayar saje dengan kad Bonuslink . Settle . Ibu pun leh tersenyum , anak dapat apa yang dihajati . 







Bukan setakat di Shell , korang boleh jugak tebus mata ganjaran dengan mendapatkan vouchers melalui website BonusLink  diantaranya Baskin Robbins dan TGV Cinemas ada jugak vouchers makan - makan seperti Nandos, The Coffee Bean, KFC, Pizza Hut, Tony Romas dan banyak lagi. Nak detail lagi , boleh lah terjah website Bonuslink terus.






Barangan Rumah



https://www.bonuslink.com.my/






Gabungan yang paling mantap , bila korang guna kad shell easiGo , past tue guna pulak Bonuslink . Mudah betul . Dalam mas korang nak isi minyak , boleh reedem on the spot gitue . Dah jimat lagi . 




Mari isi minyak di Shell




Nampak tak , sila Masukkan Bonuslink kad. Masa nie , korang boleh pilih nak reedem guna point atau pakai cash . 





Kalau korang isi minyak di Shell , dan menggunakan kad Bonuslink . Korang layak mendapat :

1 Liter Minyak = 1 Point
1 point = RM1 ( untuk semua minyak pelincir )
25% bonus Point untuk Shell V-Power Racing

dan 

dapatkan Bonus Point seperti Jadual di bawah :





Ok lah , harap korang faham apa yang YY nak share nie . Jom isi minyak di Shell dengan kad Bonuslink . Berbaloi - baloi dan jimat kooo . 





Detail : https://www.bonuslink.com.my/









Deeja Cosmetic Keayuan Semula Jadi

Assalammualaikum,


Baru - Baru nie, YY selalu nampak kengkawan duk citer pasal Deeja Cosmetic . Dalam hati macam tertarik pulak . Lelagi lah guna color oren yang menarik perhatian . So, apa lagi . Kita harus lah cuba jugak . Mana tu muka kusam YY , sejak beranak kecik nie menjadi semakin ceria . Gitewww, berangan tau nak cantik flawlesss . 






Rupanya jimat banyak tau kalau korang menggunakan produk Deeja Cosmetic nie . Dalam satu set , dah ada lengkap semua . Ada 5 dalam 1 . Sesuai untuk lelaki dan perempuan pulak tue . Putih , Gebu , Glowing seawal 5 hari, sape tak nak kan .  Meh YY citer satu persatu apa yang terdapat dalam Deeja Cosmetic . 


Sabun Pembersih Muka  - 120gram (WM RM12 / EM RM15)




Berwarna oren . Sabun nie berasakan carrot , susu dan air mawar . Patut lah color oren , bau pun kemain wangi tau . 




Krim Siang SPF50 - 5gram (WM RM28 / EM RM30)
Krim siang nie bertindak cam sunblock gituee. SPF50 tau . Dirumuskan daripada biji almond, biji tomato dan aloe vera.  Korang tak yah nak letak bebanyak , cecalit sesikit. Tadaaaa, siap.







Krim Malam - 5gram (WM RM28 / EM RM30)
Membantu untuk memperbaiki kulit korang di waktu tido , lelagi untuk masalah jerawat dan kedutan . Hoiii, xnak lah tua sebelum usia kan . Krim Malam pula dirumuskan khas daripada alpha hidroxy acid (AHA), Vitamin E, Retinoid Acid dan Gliseren




Cream Nano ( Malam sahaja )

Berfungsi untuk hilangkan jeragat/ pigmentasi, hilangkan sel kulit mati, hilangkan parut jerawat dan menaikkan aura wajah . Korang jangan pelik plak kalau guna, warna kuning cam kunyit tue . Dah memang iyernya terhasil dari kunyit pun . Bukan setakat kunyit , ada jugak minyak jojoba yang bertindak untuk penyerapan dengan cepat tanpa menyumbat pori-pori kulit dan menjaga keseimbangan ph yang normal pada kulit. 






Toner Nano - 30ml (WM RM40 / EM RM45)
Toner Nano pula dirumus khas daripada air mawar dan aloevera yang mampu mengatasi aye-bag, bertindak sebagai anti-penuaan,  mencerahkan dan melembapkan kulit wajah. cara guna toner, korang titis kat kapas muka, dan sapu . Kalau pepedih tue normal lah. Nak cantik kan . hahaahahaha.






Cara Menggunakan Deeja Cosmetic  (Siang) .
Bersihkan muka dengan pembersih muka Deeja , Sapukan Toner , kemudian Krim Siang . Settle .  


Cara Menggunakan Deeja Cosmetic  (malam) . 
Cuci muka dgn sabun pembersih, lepas tu pakai toner nano (jika perlu) , kemudian pakai krim malam(night) ,lepas tu lapis dgn krim nano pulak . Semua ini digungakan secara nipis tau , jangan pakai tetebal macam tepung gomak . 





Pada pendapat YY setelah 2 minggu menggunakan Deeja Cosmetic . Paling ketara rasa kulit muka cam halusss jer . Anak dara suka nooo pegang pipi ibu tembam dia nie sekarang . Tang parut pulak , ada lah beransur hilang . Waaaah , seronok tau . Harga pun berpatutan . Kalau beli set lengkap , memang jimat dan berbaloi . Jangan risau , Deeja Cosmetic halal dan berdaftar dengan KKM tau . 



Untuk Sebarang Pertanyaan / Order sila call / whatsApp hotline : 
+6019 694 5950

Facebook: 

Instagram: 






Citer hari raya Pertama 2016

Assalammualaikum,

Sebelum bersalin nie , nak jugak citer pasal raya . Masih syawal kan , x salah kot . Raya tahun nie , dapat cuti agak lama dan sakan berjalan . Walaupun En. Abah takde , kena keje. Gigih tau dengan bawak perut yang sarat , past tue Nur Qaireen Iman tak reti duduk diam . Memang mencabar sungguh . 


Selepas kejadian dahi terbelah , dan beli baju raya malam raya . Kita sambung citer raya pertama .


Pepagi raya pertama di Kajang , gigih YY ngan ibu berkemas dan menyediakan juadah pagi raya . Tahun nie memang ibu dah cakap xnak masak . So , dah plan memasing buat menu sendiri . YY dah sesiap beli bahan nak buat steamboat . Kekonon nak lain sikit pagi raya . Adik Ipar Ain buat rendang ayam pencen , kuah kacang ngan nasi impit . Angah , buat apa eh . Alolololo faktor usia YY lupa . hahahhahaha. Kak Lang pulak asalnya nak buat Mee Kari , dah siap barang semua , tapi tgk menu macam banyak jer . Cancel , kita posponed buat Mee Kari . Haaaaa, dah ingat , angah buat lontong . Sedap weiii  . Tapi YY macam x sure angah ke , ibu yang buat . Sebab balik keje last day tue , day siap . 





Punya gigih , kul 5pagi dah bangun untuk siapkan semua . Past tue duk jerit memasing suh bangun bersiap . Anak dara Kak Long Qaireen pun kemain awal bangun , sibuk nak tolong ibu berkemas gak . 


Siap juadah semua , ada yang ke surau untuk sembahyang raya . YY xpergi , sambung lagi berkemas dan siap kan anak dara . Abahnyaa, sila lah bersiap sendiri . Selesai sembahyang raya , semua dah siap . Kita makan - makan lah . YY memang xbanyak sangat snap gambor , jadi kita bebel jer lah yang lebih eh . 




Dah makan. Mari lah kita bermaafan dan bergambar . Meriah masa nie lah . Ada yang touching . Ada yang gelak - gelak . Macam - macam peel. Paling payah bila nak amik gambor dengan Kak Long Qaireen . Dah banyak akal . Tak reti duduk diam . Gambar sekeluarga pun , payah nak dapat yang comel . 




Sibuk nak belajar buat peaceeee !!!




YY sekeluarga . 



Kak Lang Sekeluarga




Adik Sekeluarga 






Then , bergerak lah kita ke destinasi untuk beraya . YY sekeluarga , meneruskan perjalanan ke Seremban rumah blah En.Abah . En. Abah pun dah takde Mak Ayah , so memang setaip kali balik kitaorang akan ke rumah kakak dan Abangnya untuk beraya .  Adik ngan Ain , ke Perak untuk beraya belah Ain . Kak Lang & Nazri , Ibu ngan Angah , terus bergerak balik ke kg. YY lepas ke Seremban , akan bertemu dengan diorg kat kampung . See, senang kan . kawin dedekat. Dua2 leh g hari raya pertama , tak yah gegaduh . Hahahahaha . 



Macam YY , selesai ke Seremban . YY dengan anak dara jer berdua , terus gerak ke destinasi seterusnya . En. Abah , tinggal kat seremban sebab esoknya kena balik kl dah keje . Dari Kajang ke Seremban pun , kita orang asing-asing . Sebab akan terpisah destinasi nanti . Dari Seremban , call ibu tanya kat mana dah . Rupanya diorang tengah gerak ke Kampung arwah ayah di Kampung Sungai Buloh , Negeri Sembilan . Ok , roger . Kita jumpa sana . 


Dengan berbekal kan waze , sebab nak lalu jalan x jem . Dalam masa sejam YY sampai ke destinasi diorang . Agaknyaaa, kalau YY lalu Bukit Putus yang hari raya pertama selalunya , memang jem gilos... Comfirm tak sampai . Diorang pun dah selesai beraya kot . 






Nasiblah YY nie dah biasa merayau ke mana - mana dengan Kak Long Qaireen . Jadi , dalam kete xde lah berperang . Behave jer . Boring Kak Long Qaireen membebel , agak ngantuk kang , dia bantai lah membuta . 


Lepas beraya di Kampung Sungai Buloh , Eh jap. lupa nak citer . Kat sini kitaorang pi rumah sepupu arwah ayah jer . Berdepan dengan rumah kampung arwah ayah . tapi , rumah dah takde . skg dah jadi rumah rakyat , cousin yang duduk . Itu pun takde kat rumah . Menu raya Negeri Sembilan nie , apa barang makan kuih . Makan nasi ko , lauk masak lomak cili api memang wajib . 


Dari Kampung Sungai Buloh , kita ke rumah Pak Long di Pasoh 3 . Pak Long adalah Abang Arwah Ayah yang sulong . Antara rumah yang wajib kitaorang pi . Dari arwah ayah ada , sampai lah dah takde . Kitaorang masih meneruskan tradisi beraya ziarah menziarahi . Pak Long pun dah tak berapa sihat . Telinga tak berapa dengar , nak cakap pun kena kekuat . Moga Pak Long sihat sentiasa . Owhhh lupa nak citer , diorg yang lain , sebelum ke Kampung Sungai Buloh , sempat pi beraya rumah Pak Ngah , abang arwah ayah . YY jer tak sempat nak menjoinkan diri , sebab ada kat seremban . Nie jer lah , 2 adik beradik ayah yang tinggal . Yang kitaorang wajib pi setiap kali raya . 






Dari Pasoh 3 , gerak ke Lui Muda . Yang nie pulak , rumah anak buah arwah ayah . Pun wajib pi . Dedulu, masa arwah ayah ada . Kat Lui Muda , wajib kitaorang tido semalam . Kat sini , meriah . Cucu Arwah Ayah ramai . Past tue , sibuk lah diorg suh atok masak . Almaklumlah , arwah ayah memang pandai dan rajin bab masak nie . Masih ingat lagi , last raya arwah ayah , kitaorang buat masak - masak siap ada nasi ayam . Ikan bakar , fresh beli ikan kat kolam . Siap tak cukup , pi beli ikan lagi . Memang memory sungguh . Tapi sejak arwah ayah xde, kitaorang x tido situ dah , Macam segan plak , tapi datang beraya tue wajib . 


Dari Lui Muda , baru lah gerak balik ke Kampung Serting . Kampung Ibu . Destinasi terakhir di hari raya pertama . Penat weiii , dah ler panas seharian . Econ kete pasang kekuat pun macam x puas . Itu lah citer raya pertama YY , berhari raya tanpa suami kecuali di pagi raya . Gitueee . Semua sedara mara memang risau lah. Dengan sarat bawak perut , drive lagi berdua jer dengan Kak Long Qaireen . YY kena bertabah , xkan laki x cuti . YY kena terperap kat rumah . Raya tetap raya kan . Ok lah , macam panjang berjela jer . Citer raya seterusnya , nanti lah sambung . Kbai . 





P/S : Tik Tok Tik Tok ..... debar nak bersalin dah . 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah