Assalamuaalaikum,
Hai Korang, Masih mood raya yaa. Tetiba YY rajin nak tepek citer pasal raya jugak. Pagi raya YY bersama Keluarga di rumah Kajang jaa. Kebetulan Adik YY yang bongsu dan satu-satu nyer adik lelaki YY kena keje. Jadi, sian kat dia xmo ler raya jejauh. Sessi selepas sembahyang raya adalah bermaafan dan bergambar. Kena pantas sebab adik YY nak kena gerak pi keje. Ibu YY siap bekalkan nasi impit dan rendang buat adik dan kengkawan nya yang kena keje di hari raya.
Mula-mula sopan ( YY , Nazri-adik ipar , K.lang , Angah )
Duduk - Adik Bongsu & Ibu
Sessi bermaafan
Kemudian datang meroyan
Then baru kitaorg gerak beraya ke rumah sanak saudara. Memang puasa berjalan raya pertama jerk kitaorang terjah lebih kurang 8 rumah dari Kajang - Balakong - Kg lonek n9 - Sg.Buloh n9 , Spg Pertang n9 , Pasoh n9 , Bandar Serting Hilir n9 . Otw dari kajang lalu LEKAS dah ok clear, tapi sangkut sikit kat Bukit Putus. Jem gegiler sebab buat jalan tak habis-habis.
posing jap nak hantar adik pi keje.
Lambaian untuk adik tersayang yang kena keje.
Hari raya ke-2 , dah tentu lah destinasi pertama ke Kubur. Tahlil kat Tanah Perkuburan tempat arwah ayah YY dikebumikan diadakan pada pagi raya ke-2. Tapi kan, bila YY tanya kengkwan dari negeri lain, temat diorg takde pun buat Tahlil Kubur nie. Negeri Sembilan jer kot. Tahlil kubur nie, di buat secara besaran di tanah perkuburan setiap pagi raya ke-2 aidilfitri. Dedulu masa kekechik YY cukup suka pergi kubur, sebab lepas tahlil semua kanak-kanak akan dapat duit raya dari AJK Tahlil. Siap, beratur 2 kali tue nak dapat banyak duit raya punya pasal. Sampai sekarang tradisi itu masih ada. Tempat korang ada tak??
Pagi raya ke-2 sebeum ke kubur
Ibu bersama Maklang dan Makteh ( adik beradik gituee )
Melepak dan bergosip dengan para sepupu.
berkerut kening kepanasan
sedekah buat arwah ayah - Rindu ayah - Alfatihah
Raya ke3 dah balik KL. Maklum ler cuti kejap jerk. Rabu dah kena keje. Yang best nyer 3 hari keje ngadap pc ja, sebab xde keje. Habis tue dah ramai yang cuti, mana keje nak jalan. Haiyaaaak, letih jugak kalau takde keje kan. Dahler ngadap tapi taklerh nak hupdate blog. Sebab tenet opis 'terlampau laju', sampai rasa nak nangis. Muhahhahaha.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.. Apa citer raya korang eh. Meh share ngan YY , komen sikit.