Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Saturday, February 11, 2023

Resepi Kek Pandan Layer

Assalamualaikum...

SA satu family suka makan kek pandan...tapi jarang buat..sekarang nak beli macam harga kayangan skit..nak plak sekarang dah di improvise jadi macam- macam. Macam resepi Kek Pandan Layer ni la..SA suka sangat tapi tu la mahal skit...so SA cadang nak belajar buat nanti...dari weekend x kemana dan x buat apa boleh la SA belajar buat kan...sambil- sambil tu SA cari jugak video kat Youtube nak tengok step by step..

Sebelum ni SA buat kek butter pandan...alhamdulillah jadi dan sedap makan waktu panas.....tapi masa sejuk dia x lembut, nampak kering skit, tak tau plak apa yang silap..even bahan SA guna ikut resepi dan step by step...maknanya kena cuba lagi la kan...

First trial  x semestinya perfect..ye tak?

Kena la try and error...SA nak cuba resepi kat bawah ni plak la...



RESEPI KEK PANDAN LAYER lembut dan sedap.😋

.
Bahan utk kek :
150g tepung superfine
120g gula castor
5biji telur gred A
1sdt baking powder
1sdb ovallete
90ml susu cair
90ml minyak jagung
1sdt esen vanila
Sedikit paste pandan
Pewarna hijau

Cara2
1.Ayak tepung bersama baking powder. 

2.Masukkan tepung,gula,ovallete dan telur ke dlm mangkuk adunan. Pukul sehingga adunan kembang dan putih. Jgn overbeat nanti kek x jd cantik.

3.Masukkan susu cair ,esen vanila,paste pandan dan pewarna hijau... Pukul rata. 

4. Kemudian masukkan minyak..kaup balik dgn spatula jer. 

5.Panaskan oven dulu ye. 
Masukkan adunan td kedlm loyang 8/9 inc. Lapik loyang dgn baking paper.

6.Bakar suhu 150°c(oven saya) selama 50 min.
 
7.Dah masak.. keluarkan dr oven..terus terbalikkan kek atas redai. Biarkan 5 min.. baru angkat loyang. Dan tebalikkan semula kek ikut asal.Biarkan sejuk.

Resepi Kastard Pandan
200 ml santan kara
800 ml air
200ml susu cair
100g tepung kastard
115g gula castor
1sdt garam
10g agar2 serbuk
Paste pandan
Pewarna hijau

1.Satukan semua bhn ke dlm periuk. Tepung tu ayak dulu ye.Kacau dgn api yg perlahan..jgn kecik sgt lak..jenuh...sampai pekat.
Sebelum masak kastard tu potong kek siap2 nk berapa lapis..terpulang....sediakan loyang juga...loyang yg buat kek td..basuh siap2.

Cara melapis:
1.Renjis ckit loyang tu dgn air ..jgn air paip ye...air masak ke,air cuckoo ke ok... Kalu kek potong 2 jer... 

2.Bahagi kastard tu pd 3 bhgian. Agak2 jer. Mula 2 cedok kastard masuk dlm loyang....ratakan... 

3.Ambil sekeping kek..letak atasnya..kemudian... Cedok lg kastard boh atas kek.... Ratakan..terutama bahagian tepi..pastikan kastard masuk betul bhgian tepi loyang... Hentak ckit loyang tu..supaya kastard rata. 

4.Kemudian...amik lapisan kek yg kedua..letak atas kastard tu n tutup blik dgn kastard yg akhir...ratakan ..hentak loyang lagi....

5. Sejukkan dlm peti..sekurang kurangnya 4 jam.

Cara nk keluarkan kek :
Kalu nampk kastard melekat kuat kat tepi.loyang... lalukan sikit tepinya dgn hujung pisau... Tp jgn sampai ke bhgian bwh loyang.. sikit jer masukkan hujung pisau.

Selamat mencuba!😘
Kredit: apa kau rasa

Wednesday, January 18, 2023

Resepi Paru Goreng Berlada

Assalamualaikum...

SA suka je mencuba dan meraikan resepi dari orang lain...la ni tengah viral kan pasal masak lemak cili api N9. Tengah hebat dibahaskan...apa benda la...memang la orang negeri sembilan ada resepi turun temurun. Tapi hormat la resepi dan cara orang lain dari negeri lagi...buat macam SA..SA x kisah pun...raikan kehebatan resepi orang lain..sebab tu SA selalu share dan cuba..mana tau sedap boleh la masak selalu tukar- tukar ilmu kata orang kan...jangan la sebab kan resepi tu kita sesama kita berbalah dan menjadi musuh...elok bertegur sapa kat media sosial terus dah memasing tarik muka dan bermusuh...apa benda la...kang x pasal- pasal orang N9 yang dipersalahkan...bergaduh plak memasing kat FB...macam- macam hal...Pasal Masak Lemak Cili Api je pun...tak kisah la cara apa pun..raikan aje la kebiasaan orang lain masak macam mana..bertukar- tukar pendapat..x salah kot...kenapa nak wujudkan perbalahan...

Meh la SA nak share resepi Paru Goreng Berlada. Tapi yang ni version cili kering..SA selalu buat versi Ci Api kat Resepi Paru Berlada Suria Amanda dan Resepi Paru Berlada MCO By Suria Amanda



 

RESEPI PARU GORENG BERLADA

rebus

  1. 1/2kg paru
  2. 1 inci halia
  3. Sedikit kunyit hidup
  4. Sedikit ketumbar
  1. Semua di tumbuk kecuali paru 
  2. rebus sampai empuk, (garam jgn lupa) 
  3. rebus tu biar betul2 empuk tau baru paru tu nnti sedap. 
  4. Pastu bila dh sejuk potong nipis. Kemudian goreng.


Blend

  1. Cili kering (ikut kesukaan nak pedas atau tidak)
  2. Bawang putih 2 biji
  3. Bawang besar sebiji sederhana
  4. Serai sebatang
  5. Halia 1/2 inci
  6. Kunyit serbuk sdikit bg cantik kaler


Cara masak

  1. Tumis bahan blend tu, 
  2. Bubuh asam keping atau asam jawa, 
  3. Sedikit garam dan gula pasir. 
  4. Sedikit perasa jika suka
  5. Biar ada rasa manis baru sedap. 
  6. Masukkan paru yang dah digoreng
  7. Gaul mesra
  8. Siap


Kredit Resepi : norezz rahmat


Monday, January 16, 2023

Resepi Terung Goreng Berlada


Assalamualaikum...

Hi korang...

Dalam pada sibuk skit, SA nak update resepinyang SA save dari FB Group ni kat blog...SA biasa je buat terung goreng berlada ni...tapi style SA la...SA nak jugak cuba buat style dari resepi orang lain...terung ada dalam fridge tu...boleh la buat nanti....SA biasa buat guna cili kering dan last sekali taburkan ikan bilis goreng..memandangkan Mak Pah tak leh makan ikan bilis..nanti kaki dia sakit...makanya nanti boleh la cuba buat macam ni...sebenarnya lauk simple macam ni pun sesuai untuk kenduri kahwin kan...eh...hehehe....



 

*RESEPI TERUNG GORENG BERLADA*

Bahan2

  1. Terung
  2. Garam dan gula secukup rasa
  3. Minyak untuk menumis 
  4. Sedikit air asam jawa
  5. Bawang besar-dihiris 
  6. Ikan bilis digoreng garing


Bahan2 tumbuk kasar

  1. Bawang besar
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Belacan 
  5. Cili besar merah 
  6. Cili padi


Cara memasak

  1. Terung dibasuh dan dibelah tengah..
  2. Goreng dlm minyak panas, biar smp masak tapi jangan lembik sangat... 
  3. Angkat toskan...
  4. Kemudian tumiskan bahan2 yg telah ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau wangi ..
  5. Masak sehingga pecah minyak...
  6. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula.. kalau nak lebihkan kuah masukkan sedikit air.. biarkan mendidih..
  7. Kemudian masukkan terung yg telah ditoskan tadi dgn bawang besar yg dihiris... 
  8. Biarkan kejap bagi sambal berlada sebati dgn terung..
  9. Bila sudah betul2 masak, angkat .... siap!!


Kredit : Sofia Saleh

Resepi Memikat Suami


Sunday, January 15, 2023

Resepi Udang Berlado

Assalamualaikum...

SA terjumpa resepi ni kat FB, tengh jenjalan scroll- scroll page masakan...sebenarnya sama je dengan resepi yang SA pernah buat sebelum ni kat SINI . Tapi SA nak cuba buat jugak guna resepi orang lain...letak kat sini dulu dan nanti SA buat..stok Udang ada je kat dalam fridge..boleh la masak untuk SA bawak bekal minggu depan...

Jom kita tengok resepi...simple dan of course bahan pun mudah aje...


 

RESEPI UDANG BERLADO

  1. Segenggam cili padi merah + hijau
  2. Bawang merah besar 2 biji
  3. Bawang putih 4 ulas
  4. Daun limau purut 3 helai.

Blend bersama air semua bahan kecuali daun limau. - SA pilih tumbuk guna lesung

  1. Tumis bahan blend sampai pecah minyak.
  2. Minyak jangan terlalu sikit.
  3. Masukkan daun limau dan serbuk kunyit 1 sk.
  4. Masukkan gula dan garam
  5. Akhir sekali masukkan udang dan bawang merah potong.

Jangan masak lama sangat lepas masuk udang, nanti kulitnya kecut😅 dan overcooked, tak sedap.

Siap.

Credit : Azreen Alia Natasya

FB Resepi Memikat Hati Suami


Friday, December 16, 2022

Perapan Ayam BBQ Sedap Dan Menggunakan Bahan Mudah

Assalamualaikum...

Cuti sekolah ni macam- macam aktiviti yang diadakan betul tak, ada yang amik kesempatan berkelah dan camping kan..SA suka je aktiviti berkelah ni sebab boleh buat BBQ session...Macam SA bulan lepas berkelah di PD...sekarnag musim hujan kan..elakkan la camping di hutan atau dimana sahaja yang kurang selamat..sedih dengan tragedi tanah runtuh di Gohtong tu...melibatkan banyak nyawa kot kan...

Bila buat BBQ benda pertama paling penting adalah perapan ayam / kambing untuk BBQ tu...so hari tu sape ntah tanya resepi yang SA guna...so baru hari ni ada masa nak focus buat entry ni...maaf ye lambat....

Bahan-bahan untuk buat sos perapan yang SA kongsikan ini mudah dicari dan tak rumit. Untuk mendapatkan ayam perap yang sedap dan ‘juicy’, ia perlulah diperap semalaman bersama dengan sos perapan yang disediakan. Lagi lama diperap, lagi sedap rasa ayam tersebut..selalunya SA perap 2 hari...make sure suhu peti ais adalah elok sejuknya dan ayam dimasukkan didalam bekas kedap udara..then SA simpan kat bahagian chiller...



Cantik kan kejadian dia...

 
Bahan-Bahan Untuk Resepi Ayam Perap

  1. 20 ketul ayam ( x kisah bahagian apa, kalau banyak doublekan bahan atau agak- agak)
  2. 3 biji bawang merah
  3. 2 batang serai
  4. 5 ulas bawang putih
  5. 1/2 senduk cili kering kisar
  6. ½ sudu besar lada hitam
  7. Dua sudu besar sos BBQ
  8. 2 sudu besar sos tiram
  9. 2 sudu besar sos blackpaper
  10. 4 sudu besar kicap manis
  11. 1 sudu besar gula pasir
  12. 1 sudu besar serbuk cili
  13. Minyak masak
  14. Daun rosemary (ikut pilihan masing-masing)

Cara-Cara Membuat Resepi Ayam Perap

  1. Basuh bersih ketulan ayam dan lumurkan dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir. Kemudian basuh bersih ketulan ayam dengan air bersih. Toskan airnya.
  2. Kelarkan setiap ketulan ayam dengan 2-3 hirisan supaya proses penyerapan berlaku dengan betul dan sampai ke tulang ayam.
  3. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan serai. Ketepikan.
  4. Tumbuk kasar lada hitam dan ketepikan.
  5. Masukkan bahan kisar, bahan tumbuk, cili kering kisar, sos bbq, sos tiram, sos blackpepper, kicap manis, gula pasir, minyak, daun rosemary dan serbuk cili kedalam bekas. 
  6. Gaulkan sebati ke semua adunan ini. 
  7. Pastikan rasa cukup dan sekiranya ada rasa kekurangan boleh lah tambah bahan bahan untuk menyedapkan sos perapan anda.
  8. Kemudian masukkan ayam kedalam bekas. Gaul sebati ayam dengan sos perapan. Pastikan ayam ditoskan airnya dengan betul supaya tidak menyebabkan sos perapan menjadi cair.
  9. Tutup dengan plastic wrapping atau aluminium foil dan simpankan ke dalam peti ais semalaman.
  10. Keluarkan dan boleh lah bakar ayam didalam pemanggang ajaib atau tempat api pemanggang.
  11. Balik- balikkan ayam selalu agar masak sekata
  12. Siap dan boleh dimakan bersama sos blackpaper atau makan begitu sahaja
Selamat mencuba ye...

Sharing is caring kan....


Monday, June 20, 2022

Resepi Sambal Tumis Terung Dan Ikan bilis

Assalamualaikum...

Hi korang..

Menbuak2 keinginan nak makan macam biasa...nak makan lauk-lauk sedap macam lauk sambal tumis terung ni...Mak Pah selalu buat kalau ada stock terung...dan of course terung tu akan dipotong dua dan goreng atau potong kecik2...ikan bilis plak kena goreng dulu garing-garing masuk last sekali...

Berbunyi perut SA bila tengok gambar dan resepi ni...bukan x tau buat tapi saje nak share kat blog...sedap wey sambal tumis terung ni...lepas tu buat plak telur dadar kan ..huiiiiii....memang gabungan mantap mak enon tuh....x sedar tambah nasi 2-3 kali...


Jom la tengok resepi...korang bleh buat jugak nanti 



Resepi Sambal Tumis Terung Dan Ikan bilis

Bahan:

2 batang terung (dipotong dan goreng)

Ikan bilis kopek (basuh dan goreng)

Cili kering (rebus & kisar)

Bawang merah dan putih (agak2 aje sebab buat sikit je kan)

Air asam

Gula dan garam (secukup rasa)


Caranya:

Terung dan ikan bilis digoreng (terung tu goreng sekejap aje, lps dh goreng keduanya ketepikan)

Tumbuk bawang merah dan putih. Tumis sampai naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak .. .bila dah pecah minyak, msukkan air asam garam n gula ..(saya masak sambal ni hampir sejam) . Bila sambal dh cukup rasa, tutup api. msukkan pula terung dan ikan bilis. Gaul rata sipa boleh dimakan ..


Kredit : tengku roselyza


Wednesday, December 15, 2021

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Assalamualaikum...

Hi korang...

Seronok plak SA join grup masak memasak kat telegram tu...banyak betul resepi bleh share...SA teringin nak masak macam menu yang SA share ni..pernah cuba buat tapi x menjadi...kali ni nak cuba buat. Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . 

Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap..

Nak buat ke..senang ja.




Bahan- bahan

2-3 ketul isi ikan ketul (sedap klau ikan tenggiri atau ikan merah).

10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau)

5 ulas bawang putih

6 biji Cili padi

1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)

sikit halia

2 camca Cuka makan

Garam & gula secukup rasa

Sikit minyak untuk menumih.


Cara- cara memasak..


Ikan digaul sikit kunyit & garam pastu goreng.jangan garing sangat tau.

Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.

Masuk bawang kechik & putih

Masuk 1/2 cawan air.

masuk cuka

Garam

Gula

Cili padi

Biaq sekejap n angkat..dah boleh dihidang.


credit : telegram @ResepiDuniaMasakan


Monday, December 13, 2021

Resepi Ikan Pelaling Masak Sambal Masam Manis

Assalamualaikum...

Hi korang...

Masih lagi perkongsian resepi dari telegram....macam biasa la SA perlukan resepi- resepi yang simple simple je untuk idea bawak bekal pi kerja kan...semangat ni korang...

Untuk resepi ni korang boleh guna ikan pelaling atau apa jer jenis ikan lain...macam kat rumah SA memang ada bayak stok ikan pelalling ni sebab Pak Zain suka beli...




Resepi Ikan Pelaling masak sambal masam manis

Bahan- bahan

1.Cili kering

2.Bawang putih & bwg besar,tomato,& asam jawa(nk lbih lg sedap)..blend semua bhn² dgn cili kering..

3.Gula&garam,sesudu teh madu sedikit kicap lemak manis..

4.Ikan goreng gaul kunyit..

Tumis bhn² yg diblend,masukkn gula,garam,madu,kicap..tumis sampai naik minyak kemudian masukkn bawang dan ikan yg siap digoreng..siap,.

selamat mencuba😘 

Kredit : telegram Resepi Dunia Masakan

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiDuniaMasakan


Sunday, December 12, 2021

Resepi Sup Telur ~ Sesuai Bawak Bekal Ke Tempat Kerja

Assalamualaikum...

Hi korang...

Satu lagi menu yang SA share dari telegram...terpanggil untuk share sebab mana tau ianya mampu membantu bila kita semua takde idea nak masak apa kan...Menu yang sihat dan murah..tak perlu banyak modal...SA suka lauk macam ni...sedap...laju je makan...cadangnya nak guna resepi2 simple ni untuk project bekal ke tempat kerja SA....okey kan?

Takde la renyah sangat....asyik buat lauk yang complicated dan masak agak lama...



SUP TELUR

Bahan-bahan:

Telur

Isi dada ayam

Sayur (kobis dan lobak merah je pun boleh)

Bawang putih

Bawang Merah

Halia (penting)

Cili

Limau kasturi

Garam

Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)

Air


Cara:

Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau.

Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil.

Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih.

Masukkan sayur.

Kecilkan api dan masukkan telur satu persatu.

Siap! Selamat mencuba.


Kredit telegram @ResepiDuniaMasakan


Monday, August 31, 2020

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Cincang & Udang Masak Kicap

Hi korang...

Hari ni nak share dengan korang resepi masakan kegemaran aku dan keluarga..dah selalu buat cuma jarang share resepi...malas nak godek pernah share ke tak..kira tengah rajin ni so share je la...tengah takde buat apa kan..so kita share resepi. Mana la tau ada antara korang nak cuba pulak kan...menu dan resepi SA sediakan ni memang senang aje. SA as usual tak suka menu yang renyah nak masak..mana yang simple dan memudahkan tu je SA share...



Masak Lemak Cili Api Daging Cincang


Bahan-bahan

  1. 1kg daging cincang ( daging campur lemak dan tetel)
  2. Cili api segenggam & kunyit hidup ditumbuk halus
  3. 3 biji Kentang belah 4 
  4. 5 batang serai- dititik
  5. 1/2 kg Santan
Cara-cara
  1. Masukkan daging + cili api + serai dlm periuk..renehkan sampai air dari daging kering
  2. Masukkan kentang
  3. Masukkan santan..kacau selalu agar tidak bertahi minyak..tambah air jika perlu
  4. Masukkan sudu besi sebatang dlm masakan..petua bagi cepat empuk
  5. Perasakan garam
  6. Biarkan kuah agak pekat
  7. Siap



Resepi Udang Goreng Kicap

  1. 15 ekor Udang sederhana besar
  2. Bawang besar satu labu - hiris bulat
  3. Bawang putih- hiris
  4. Halia- hiris halus
  5. Cili api 15 biji - diracik
  6. Daun bawang/ capsicum - jika suka
  7. Kicap
  8. Sos tiram 2 sudu besar
Cara- cara
  1. Lumur udang dengan serbuk kunyit dan goreng separuh masak- angkat dan toskan
  2. Tumis bawang putih, halia dan cili api
  3. Masukkan bawang besar
  4. Masukkan daun bawang dan capsicum
  5. Masukkan udang
  6. Masukkan kicap dan sos tiram
  7. Biar masak seketika
  8. Siap

Selamat mencuba....


Friday, January 24, 2020

Kari Ikan Bawal Emas Suria Amanda

Hi korang...

Tadi kita dah share resepi lauk sambal udang petai dan ..haaa SA sebenarnya SA masak jugak Kari Ikan Bawal Emas  untuk mak dan abah makan tengahari ni ..pergi kedai ingat nak beli bendi tapi teringat ada ada terung telunjuk dalam fridge dan dbah amik kat kampung last week ..then ok la jangan membazir so kita campurkan apa yang ada...membazir amalan syaitan...

Jom tengok resepi kat bawah tu..SA dh sediakan step by step bergambar...


Sajer letak gambar dah siap masak kat atas sekali


Segala bahan tumisan di campur dengan cili kering, cili serbuk, kari ikan dan daun kari


2 ekor ikan bawal emas dipotong  2


Terung telunjuk dibelah 4


Bahan tumisan


Masukkan santan kemudian ikan bawal emas



Dah siappp...



Resepi Kari Ikan Bawal Emas Suria Amanda

Bahan bahan:

2 ekor ikan bawal emas sederhana besar - dipotong 2
1/2kg santan - tak payah yg pekat pun tak apa
5 sb rempah kari ikan Baba's
2 sb serbuk ketumbar Babas
3 sb cili serbuk Babas
1/2 sudu kecil jintan putih
2 sudu kecil biji sawi
3 sudu besar halia + bawang putih ditumbuk
5 ulas bawang merah kecil - ditumbuk
1 inch kunyit hidup ditumbuk
3 tangkai daun kari
Air Asam jawa 1/2 cawan
15 biji terung telunjuk

Cara Memasak:-
Tumiskan biji sawi, daun kari,  sampai wangi.
Kemudian masukkan bawang merah, halia + bawang putih, kunyit hidup, serbuk2 kari tu semua. Tumis sampai garing. Masukkan air asam jawa.
Biarkan sekejap, masukkan santan. Sesuaikan kepekatan kuah dengan tambah air.
Biarkan sampai hampir hampir mendidih, masukkan ikan.
Biarkan sampai betul betul mendidih, renihkan sekejap utk dapatkan texture kari yg menarik.
Masukkan terung telunjuk
Taaaaraaaa... kari ikan siap!

Selamat mencuba!!

Resepi Sambal Udang Petai Suria Amanda

Hi korang...

Memandangkan SA cuti hari ni...so SA rajin skit masak untuk makan tengahari tadi..teringin nak makan sambal udang petai..so lepas sarapan SA ajak abah pi pasar segar beli udang..ekceli pasar segar ni milik orang Acheh yang meniaga, SA suka beli udang kat sini sebab udangnya besar-besar...murah pun murah..SA beli dalam 15 ekor je untuk sekali masak...kat rumah ni SA sorang je makan udang...Dania makan jugak tapi dia x berapa suka...

Eh meh la SA share cara SA masak sambal udang...kali ni SA goreng dulu udang tu separuh masak...saje je buat macam tu sebab SA buat jenis kering kering dan pekat skit sambalnya


Saje tepek gambar dah siap masak atas sekali...


Bahan-bahan


Udang yang dh goreng separuh masak


Sambal dah siap..pekat dan garing...


Siap dh...

Resepinya
15- 20 ekor udang segar( buang hujung kepala dan ekor)
3 ulas bawang merah (kecil) - tumbuk
4 ulas bawang putih -tumbuk
2 labu bawang besar - Hiris
cili kering yang dah dikisar -ikut suka kepedasan
4 papan petai
1 inchi belacan -tumbuk sekali dgn bawang td
sedikit asam jawa
sedikit gula
2 sudu sos tiram
sedikit garam

Cara Memasak
1. tumis bahan yang dikisar dan ditumbuk hingga garing dan naik bau
2.curahkan air asam jawa dan sos tiram
3. masukkan sedikit gula dan garam
4. masukkan bawang
5. masukkan petai
6. masukkan udang yang dh digoreng separuh masak td
7. kacau hingga rata
8. dah masak sedia utk dihidang

Makan dengan nasi panas..fuhhh sedap....lama betul SA pantang makan udang..bila dh ok masa pi check up Rabu lepas lepas rasa nak makan sambal udang...sesekali takpe...

Selamat mencuba ye korang...

Tuesday, June 18, 2019

Resepi Rendang Udang Adik SA..

Hi korang....

Lama dah tak share resepi kat blog ni kan..penuh citer personal sambut raya jer...so hari ni kawan- kawan semua SA nak share resepi rare dan jarang orang buat untuk juadah hari raya..Tapi adik SA buat sebab husband dia x makan ayam and daging..ikan pun ada certain ikan yang dia makan dan tak makan..so agak susah nak sediakan makanan kalau mac tu kan..orang tua2 cakap senang kalau ada ada husband x makan ayam ke daging..takdenya makin susah ada la kan...pening x tau nak sediakan untuk dia juadah apa...so rendang udang ni korang boleh la masak untuk juadah hari raya atau rumah terbuka..memang sedap..manis je sebab udang kan manis kan?Ada yang tanya tak keras ke udang tu kalau di buat rendang..petuanya senang jer korang..masakkan santan dan bahan- bahan tu sampai betul2 pekat baru masukkan udang....masak rendang ni pun bukan lama macam masak rendang ayam atau daging...


Jom tengok resepi

Bahan- bahan
600 ml pati santan
1 kg udang size besar
1 keping asam gelugur
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
Sedikit garam dan gula


Bahan-bahan dikisar:
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili padi
3 batang serai
5 biji buah keras ( tak letak)
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
10 biji bawang merah ( bawang kecil)
5 ulas bawang putih

Cara-cara

  1. Jerang santan bersama bahan-bahan kisar hingga mendidih dan pekat.
  2. Masukkan udang dan asam gelugur. Kacau hingga udang masak.
  3. Masukkan kerisik, daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula. 
  4. Kacau lagi dan biar hingga masak.
  5. Dah siap
Selamat mencuba!!!

Wednesday, May 8, 2019

Resepi Kailan Goreng Ikan Masin Ala Thai Yang Mudah


Hi korang....

Ada yang tanya SA resepi Kailan Ikan masin yang SA masak masa buka puasa pertama Isnin lepas..alahai..SA pun campak2 je bahan...sebelum ni ikut resepi Sheila Rusly...memang ikut bulat -bulat cara SHeila Rusly masak...sejak dari dari tu memang abah selalu la dalam sebulan tu 2-3 kali suruh SA buat. Ikan masin kena guna ikan masin tenggiri jeruk..ikan masin lain macam x kena kan..tapi tu la..ikan masin tenggiri jeruk tu mahal...seekor RM25++..tapi puas hati la....

eh meh la tengok resepi..

RESEPI KAILAN IKAN MASIN ALA THAI

Bahan-bahan:

2 ikat sayur kailan 
2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri jeruk
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
Minyak bijan

Cara-cara:

1)Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda, 
2)Ambil bawang merah dan putih dan diracik halus .
3)Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
4)Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing.
5)Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu . 
6)Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati. 
7)Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau. 
8)Akhir sekali masukkan sayur kailan. 
9)Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air . 
10)Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya. 
11)Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup masin
12) Siap!!! boleh dihidang..

Selamat mencuba !!!

Wednesday, December 12, 2018

Resepi Masak Lemak Cili Api Ketam By Suria Amanda

Sebenarnya dah buntu tak tau nak update apa..terus teringat nak share resepi ketam masak lemak cili api ni...konsep nya sama jer macam masak lemak cili api biasa yang SA masak..cuma untuk ketam ni SA masakkan santan dulu baru masukkan ketam sebab ketam cepat masak kan...ketam jarang jadi lauk kalau kat rumah ni..maksud SA memang jadi untuk ratah jer la..bukan jadi lauk dimakan dengan nasi..si bertuah anak dara SA tu lagi plak..kalau masak ketam dia malas nak kopek sendiri..satu hal mama leka kopekkan ketam dan dia menyuap isi...demi anak nak bermanja memang kena layan la..nasib sorang anak..kalau 10?

Masak ketam ni tak renyah...senang je...paling cepat masak...jenis SA suka masak ketam sekor2 tak buang cengkerang dia..syaratnya basuh bersih la ketam tu dan buang hujung penyepit tu..selalunya bab penyepit ni jadi rebutan sebab isi penuh kat situ...kan?



Resepi  Masak Lemak Cili Api Ketam

Bahan- bahan

  1. Cili Api ( tahap kepedasan ikut suka)
  2. kunyit hidup sebesar ibu jari
  3. Serai 5 batang / daun kunyit sehelai (option kalau dah letka serai x perlu daun kunyit)
  4. Santan 1 biji Kelapa
  5. Asam Keping ( 1 keping)
  6. bahan no 1-2 di tumbuk lumat

Cara- cara masak
  1. masukkan bahan no 1-4 dalam kuali
  2. biarkan seketika
  3. kacau selalu agar tidak bertahi minyak
  4. Biarkan mendidih 
  5. masukkan ketam, gaul- gaul selalu sampai ketam bertukar warna
  6. perasakan garam
  7. sedia di hidang

Ketam ni akan cepat masak dan akan keluarkan rasa manis dalam masakan...pastikan dapat ketam yang betul- betul fresh..kalau nak ketam isi penuh, beli masa bulan penuh...itu petua abah SA la..bila masa or tarikh bulan penuh tu SA kurang faham..orang tua- tua faham la...

Selamat mencuba...

Wednesday, August 8, 2018

Misi Kedondong Asam Boi Berjaya

Entry Ulang Tayang Share Resepi Jeruk Kedondong Asam Boi


Semalam SA memang berhajat nak balik kampung..balik selepas beberapa bulan tak ada kesempatan nak jenguk kampung..lagipun ada hal yang diperbincangkan untuk kelancaran majlis pertunangan adik sepupu..

Macam biasa la SA ni kalau dh balik kampung memang merayap la kat kebun belakang rumah..dapat la pungut pucuk ubi dan cili api..tetiba adik sepupu hulur kedondong beberapa tangkai..terus rasa nak buat jeruk kedondong asam boi..tak pernah buat lagi sebenarnya..ini first time nak buat..balik dari kampung SA singgah Zemart cari asam boi..bukan yang jenis serbuk tapi jenis biji2 tu. Gigih SA google resepi viral..nekad betul ni nak mencuba..


Jom tengok step by step yang SA sediakan di bawah...



Buah kedondong fresh dari pokok..


Buang kulitnya dan basuh, tos gunakan tapis sampai air dari basuhan tadi kering


Bahan utama Asam Boi, Cili Api dan Gula..


Campurkan kesemua bahan dan gaul bagi sekata..kalau ada limau kasturi boleh perah atau belah dua campurkan sekali tapi takde plak limau..so guna 3 bahan ni aje..


Dah di gaul mesra masukkan dalam balang kaca. Kebetulan SA memang beli balang kaca ni banyak dari IKEA. .simpan semalaman dalam fridge..sebenarnya dapat dalam 2 bekas..asingkan satu bekas utk adik SA..yg dalam balang tu SA punya..


Siap!!!

Tapi sayangnya..SA terlupa nak makan..kebetulan plak pagi ni SA balik KL bawak kakak Dania pi berjalan..kesian cuti sekolah tak kemana...SA plak memang ambil cuti panjang..2hb baru naik kerja...Dah pesan dengan mak jangan usik..jangan cuba-cuba makan..Mak SA kan x sihat..baru2 ni batuk dah 3 bulan tak elok-elok..biasa la orang tua kan...yang kita tak bagi makan tu dimakannya..ni batuk baru nak elok..suara pun dh hilang...lama dah mak hilang suara....

Kalau korang nak cuba buat jeruk kedondong asam boi sila la buat..tak susah pun..lepas ni nanti SA nak beli mangga muda la kat pasar malam dan nak buat...dari habis duit beli aje kan..baik buat sendiri...

Monday, December 18, 2017

Resepi | Sup Kepah Style Suria Amanda

Hi korang,

Dari last week SA nak share ngan korang resepi Sup Kepah ni...Ekceli ini la menu utama kalau SA pi makan kat Chinese Seafood Restauran Lala Chong. SA memang tak pernah missed order Sup Kepah..Dah beberapa kali makan kat situ so SA dah macam immune dengan rasa dan bahan- bahan yang di gunakan so SA cuba la masak sendiri...kebetulan pergi Pasar Seremban last week so SA beli la kepah...RM9 sekilo so SA beli 2 kilo. Sajer jer nak cuba kan...kalau sedap boleh la jadikan resepi sendiri bila teringin...

Disebabkan cubaan buat Sup Kepah menjadi so SA nak share la resepi kat blog ni...


RESEPI SUP KEPAH STYLE SURIA AMANDA

Bahan- bahan

  1. 2 kg Kepah ( Beli yg fresh) - Cuci bersih
  2. 4 ulas bawang putih
  3. 3 ulas bawang merah
  4. 1 inch Halia
  5. 2 Batang serai - dititik
  6. Daun Bawang & Daun Sup - potong panjang2
  7. 2 titik minyak bijan
  8. 2 sudu besar minyak untuk menumis
  9. Garam
  10. Perasa ( jika perlu)
Bahan no 2-4 tumbuk 

Cara memasak

  1. Tumis bahan 2-4 sampai naik bau dan bertukar warna
  2. Masukkan serai
  3. Masukkan 1/2 jag air dan biar mendidih
  4. bila dah mendidih masukkan kepah
  5. masukkan 2 titik minyak bijan
  6. perasakan garam
  7. last sekali masukkan daun bawang dan daun sup
  8. tutup api
  9. sedia dihidang

Senang kan?

Resepi SA biasanya memang senang- senang je...yang complicated memang malas nak share..hehehe...sedapnya sup Kepah ni sebab kepah fresh mengeluarkan rasa manis yang original..tapi kena make sure beli yang fresh...beza Kepah dan Lala...lala kecil2..dan kepah bentuk dia bulat2 macam dalam gambar tu...SA suka je makan seafood kerang- kerangan ni...memang dari kecik suka...cuma bila dah umur macam ni kena kurangkan sikit makan seafood...tak elok untuk kesihatan...takut kena gout...heheheh.....so selamat mencuba ye korang....nanti kita jumpa lagi next entry resepi...

Tuesday, October 3, 2017

Resepi Ikan Selar Goreng Kicap Sedap

Hi korang...

Amenda la SA ni kan...resepi ikan goreng kicap pun nak publish kat blog...hehehe...sebenarnya blog SA ni ramai student yang baca juga..kawan- kawan anak SA pun baca..so diorang boleh jer belajar kan...SA suka je up resepi ringkas dan mudah..yang complicated payah dan ambil masa kan..sebenarnya SA pernah je publish resepi ni...so SA up sekali lagi la bila ada yang tanya...kesian anak- anak kita yang baru nak berjinak- jinak masak kan...kalau lagi simple lagi senang..nanti SA up resepi sambal berlada telur mata..bukan apa budak- budak suka resepi simple macam tu..nak plak anak- anak remaja yang parent bekerja..tak sempat nak sediakan makanan kan...so resepi simple macam ni boleh membantu..

Am i right?



Resepi Ikan Selar Goreng Kicap


Bahan- bahan

  1. 2 ekor ikan selar - bersihkan dan garam kunyitkan macam biasa
  2. 2 ulas bawang putih - hiris*
  3. 2 ulas bawang kecil - hiris*
  4. 1 biji bawang besar - hiris bulat*
  5. 3/4 capsicum merah - hiris memanjang
  6. Kacang peas (ye ke?) - 5-6 biji
  7. 3/4 batang celery - hiris
  8. Halia - hiris halus*
  9. cili api- hiris/ ketuk ikut suka*
  10. 2 sudu sos tiram*
  11. Kicap
  12. sedikit air

Cara- cara masak

  1. Ikan di goreng garing
  2. tumis bahan bertanda *
  3. masukkan bahan no 5- 7
  4. masukkan kicap
  5. masukkan air..
  6. biarkan seketika kemudian masukkan ikan
  7. gaul sampai sebati
  8. tutup api dan dah siap..
  9. sedia dihidang makan dengan  nasi panas2
Selamat mencuba ye anak- anak...yang bukan anak- anak pun boleh cuba resepi ni....

Saturday, September 9, 2017

Resepi Brussel Sprouts Tumis Udang Kering

Resepi Dari Dapur Suriaamanda


Hi korang...

Pernah makan Brussel Sprouts? Mak SA panggil Anak Kubih...huhu..rupa paras dia yang comel memang macam kobis..selalunya mat salleh guna Brussel Sprouts ni dalam makanan grilled dan western diorang..banyak je jual kat Malaysia ni especially pasaraya yang terkemuka...kat pasar pun ada gak jual cuma tak beli sebab sayur ni agak mahal..SA beli pun kat Bens Independent Grocer..beli yang dia dah diskaun harga 50%...satu pek harga dalam RM13 lebih..sekilo mahal gak..so SA amik je sebab dia jual half price utk habiskan stok..merasa la makan..mula2 x tau cara masak..saje nak cuba kan..SA suka explore benda baru..so SA google la... senang je masaknya....

Ni la hasil SA masak tadi...


Kelopak yg luar tu buang 2-3 lapis..lepas tu korang belah 2 je...celur selama 10 min untuk hilangkan rasa kelat pahit yang ada pada sayur ni...


White button mushroom pun SA beli..1 pack harga RM 10 dan ada 30% diskaun..buang lapisan luar yg huduh tu..belah 4...


Haaa..macam ni ha kejadiannya....SA tambah gak carrot...


Udang kering sedikit rendam dan tumbuk hancur, bawang puting potong bulat2 dan bawang kecik hiris cube macam dalam gambar tu....


Resepi Brussel Sprouts Tumis Udang Kering

Cara masak

1. Masukkan minyak zaitun cukup untuk menumis dalam kuali...
2. Tumis udabg kering, bawang putih dan bawang merah sampai naik bau...masukkan 2 sudu sos tiram..
3. Masukkan Brussel Sprouts..gaul sebati dengan bahan tumisan
4. Masukkan carrot dan cendawan..gaul semua....
5. Tak perlu masukkan air sebab air dari sayuran akan keluar..
6. Tak perlu juga letak garam sebab udang kering dan sos tiram dah masin...
7. Siap!!!
8. sedia dihidang..

Selamat mencuba ye.....


Wednesday, May 3, 2017

Sandwich Ikan Sardin Dalam Minyak Zaitun & Cili

Hi korang...
Hari ni SA nak up resepi ke dua menggunakan  Sandwich Ikan Sardin Dalam Minyak Zaitun dan Cili. Biasa kita guna sardin dalam sos tomato kan..sekarang dah ada versi dalam minyak zaitun atau nama glamer olive oil..resepi kali ni senang giler..x perlu nak tumis pun...alaa..x kan la korang x pernah buat sandwich sardin kan...resepi pling senang..budak darjah 2 pun expert buat dh..


Sardin yang dah siap di hancurkan dan ditambah bahan2 lain..nampak cili api bersepah tu?


Tadaaa..dah siap dh...

RESEPI
4 keping roti gardenia
1 ulas bawang merah kecil - potong dadu halus2
3 biji cili api -hiris halus
1 biji limau kasturi
Timun/salad/tomato sebagai hiasan- SA guna tomato je
Sedikit mentega- sapu pada roti

Cara- cara
Lenyek sardin sampai hancur dan campurkan semua bahan..gaul bagi mesra..
Sapu roti dengan mentega, letak sardin dan hirisan tomato
Lapiskan roti dan potong 

Sedia di hidang...

Senang kan?

Selamat mencuba


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah