Hi korang...
SA ada satu masalah lately ni...bila penat sangat memang tak boleh tido, dalam pukul 2-3 pagi baru terlelap. tak tau la kenapa macam tu..sedangkan orang lain kalau terlampau penat letak kepala atas bantal je dah hanyut ke dunia mana dah kan..kadang-kadang jadi penat bila keesokan paginya..bila dah penat bertambah- tambah penat mula la x produktif, kejap- kejap mengantuk, kejap- kejap sakit kepala, bad mood kan.. Macam- macam SA dah cuba buat dah...cuba pelbagai tips pun tak membantu..Sebab tu SA takut sangat kalau penat..bukan takut apa..just takut tak boleh tidur..sebelum ni okey jer SA boleh tido. Maybe 2 minggu lepas SA berulang balik Seremban kan..so waktu tidur SA agak berubah.Kalau kat rumah sewa dalam pukul 9.30 SA dah tido dah...kalau balik Seremban memang lambat la SA tidur, tengok tv dan borak ngan Mak Abah..so lari skit waktu tidur tu...Apapun SA kena start manage la..takut nanti berlarutan dan akan effect kesihatan pulak.
Muka penat semalam sampai tak boleh tidur
SA ada terbaca tentang 10 punca sebenar kita susah tidur dan terpanggil nak share dengan korang..mana tau dalam 10 perkara ada yang selalu kita buat dan jadi habit so lepas ni kita kena buang punca yang membelenggu hidup kita supaya tidur kita teratur.
10 Punca Sebenar Kita Susah Tidur
Ada kebarangkalian bukan cappucino yang buat kita berjaga malam.Mustahil kan..
Baca selanjutnya untuk ketahui 10 halangan tidur yang kamu kena tinggalkan.
1. Suasana Sunyi Sepi
Bila terlalu sunyi, kamu lebih senang terjaga apabila ada bunyi, contohnya bila suami kamu bangun untuk ke tandas atau bunyi kereta di luar. Kamu boleh cuba hidupkan kipas berfungsi menenggelamkan bunyi yang mungkin mengganggu.
2. Teman Tidur Berbulu (Kucing)
Walaupun kamu tak mempunya alergi kepada haiwan belaan, sel mati dari kulit dan bulu binatang kesayangan akan terkumpul di katil lalu merengsa kan saluran hidung, membuatkan kamu berhingus dan terbersin sehingga terjaga. Bila kucing kamu bergerak-gerak semasa tidur juga tidak membantu. Kami tahu kamu suka peluknya, tapi belikan katil sendiri untuknya dan letak di bilik lain.
3. Jam Penggera Kamu
Kamu rasa tertarik untuk mengetahui jam berapa kamu masuk tidur. Lepas mengira berapa jam kamu dapat beradu sehingga keesokan pagi kamu akan rasa gelisah, menyebabkan kesukaran untuk relaks dan terlelap. Senang sahaja: Pusingkan jam penggera supaya kamu tak dapat tahu jam pukul berapa. Lebih penting lagi: Jauhi jam digital. Sesetengah skrin memantulkan cahaya yang membantutkan penghasilan melatonin lalu buat kamu jadi seperti cacing kepanasan.
4. Langsir Atau Tirai Tak Sesuai
Kalau langsir kamu terlalu singkat atau jarang, cahaya samar akan curi-curi masuk ke dalam kamar dan mengganggu penghasilan melatonin, hormon penting yang buat kamu mengantuk. Gantikan dengan langsir atau tirai yang mengikut ukuran, sebaik-baiknya yang dilabel blackout, iaitu dari fabrik atau material yang tebal (yang kamu harus cari: poliester bukan sutera).
5. Rancangan TV Mengasyikkan
Kalau sudah menjadi tabiat kamu mesti menonton sesuatu sebelum tidur, lebih baik kamu tonton rancangan yang tidak berat dan saksikan siri The Walking Dead lain kali. Menonton sesuatu yang merangsang adrenalin, seperti rancangan sukan atau berita 30 minit sebelum tidur, menyebabkan otak kamu cenderung berada dalam keadaan sedar lalu buat kamu jadi susah lelap.
6. Suhu Persekitaran
Jika kamu terlalu panas atau sejuk, tubuh kamu akan beri reaksi yang akan buat kamu terjaga. Suhu bilik yang sesuai untuk tidur adalah antara 18 sehingga 24 darjah Celcius, bergantung kepada keselesaan kamu. Pilih selimut dan cadar berasaskan kapas – material ini membantu peredaran udara dan mengekalkan suhu yang selesa ketika berselimut. Sekiranya suhu badan kamu cenderung untuk meningkat ketika tidur, guna cadar yang meresap lembapan dan baju tidur yang menyerap peluh supaya kamu kekal sejuk sepanjang malam.
7. Warna Dinding Bilik
Warna jingga atau biru elektrik memang menjadi kegilaan kamu, tapi warna seperti ini akan buat kamu sukar untuk lelap. Warna terang bertujuan untuk buat kamu bersemangat dan memberi inspirasi, oleh itu bila kamu dikelilingi dengan warna merah, jingga atau biru terang, kamu lebih susah untuk rasa tenteram. Cat dinding kamar tidur kamu dengan warna yang lembut dan tenang, seperti warna tanah, yang akan buat sistem tubuh kamu rileks secara semula jadi.
8. Telefon Bimbit
Skrin bercahaya dan jam digital adalah salah satu pengganggu tidur nyenyak kamu. Gerak hati kamu yang berkata kamu mungkin menerima panggilan atau mesej pesanan ringkas juga akan menyebabkan kamu gelisah dan sukar hendak biar otak berehat. Kami tahu kamu sudah terbiasa, tapi cuba matikan telefon pintar kamu sebelum masuk tidur.
9. Cahaya Dari Komputer Riba Atau Tablet
Jika kamu tidur hanya beberapa inci dari komputer, cahaya dari skrin akan menghalang pengeluaran melatonin, lalu buat kamu berjaga. Matikan komputer riba kamu atau tablet sekurang-kurangnya sejam sebelum masa tidur. Kalau kamu jenis yang gemar membaca sebelum tidur, beli Kindle, yang tidak menggunakan paparan cahaya belakang, atau baca saja buku sebenar atau majalah (yang diterangi dengan lampu yang malap).
10. Barang Bersepah
Barangan yang berselerak secara tidak sengaja akan buat kamu resah atau teringat kepada perkara yang berlegar-legar di dalam fikiran, seperti tugasan yang kamu tangguh. Kadar denyutan jantung akan bertambah dan meningkatkan tahap hormon stres, lalu menghalang kamu untuk dibuai mimpi. Tak semestinya kamu harus jadi seorang ‘hoarder’ baru kamu terasa begini – baju berlonggok, barang-barang ‘shopping’, dan timbunan majalah akan buat kamu susah menjengah ke alam mimpi