Hi korang...
Haa ni ast entry masa pi Muar ari tu ye...adik ipar SA ni suka tanam bunga dan pandai hias rumah...cantik rumah dia sebab tu x berani nak usik apa2 pun...kang rosak satu hal kan..ada mini taman jugak depan rumah dia..ada tersusun indah pasu- pasu berbentuk binatang dan macam- macam lagi untuk cantikkan laman..SA plak pandai sangat x pi amik gambar..just amik gambar pokok bunga je..kat taman dia tu ada flamingo comel kaler pink..ada kerusi dari batang kayu jugak...ada beberapa pokok bunga yang SA sempat snap gambar...Banyak gak pokok bunga dia cumanya SA x tau nama..main bantai snap je...SA ni tangan panas...confirm mati pokok2 kalau SA yang tanam...
Antara hiasan kat luar rumah..cantik kan...
Semua tanaman kat atas tu adik ipar SA yang tanam...sebelum ni ada beberapa pokok orchid kampung pelbagai warna..mana ntah pokok tu..tak pulak SA tanya dia..kat belakang rumah ada la dia tanam serai sikit, pokok kunyit, daun kesum, pokok kari, pegaga, limau purut, cili dan pokok puding yang buat rendang tu...Yang tu dia tanam kat tanah...ada la sikit tanah kat belakang rumah...pokok bunga telang tu banyak dah bunganya...dia cakap biasa buat kuih talam...dia pun ada bagi benih kat abah...x tau la apa jadi benih tu nanti..samada jadi pokok atau tak jadi..hahaha...satu hal SA nak belajar buat nasi kerabu ngan buat kuih talam guna bunga telang tu...