Showing posts with label Perkongsian Rabu tanpa Suara. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Rabu tanpa Suara. Show all posts

Wednesday, July 24, 2024

Jeng..Jeng..Jeng...

Assalamualaikum...

Selamat pagi...selamat bekerja buat yg sedang bekerja...surirumah pula selamat mwnguruskan rumahtangga...

Semalam...cuti tahun terpaksa di korbankan demi usaha untuk PJJ...amboiiii....Banyak nyee spekulasi... insha'Allah SA Dan suami x PJJ dh..kena sabar lagi 2-3 bulan..suami akan pindah dan serumah dh dengan SA... insha'Allah...doakan dipermudahkan buat Kami ye...

Dh Tu buat apa kat bank...Yang tu blom boleh reveal lagi..blom ada depan mata Kan... agreement dh selamat sign..Ada yg tekak beli rumah..ya Allah kalau la semudah itu...Ada yang teka SA bakal pindah JB..X kotttt...sebaliknya suami berkorban pindah tinggal sama SA dan kerja di Kuala Lumpur...itu SA dh jawab...tapi apa sebabnya pi bank dan sign agreement ni..

Tunggu la ye skit hari lagi...X lama je lagi..

Cluenya...NS ke...KL?



Kul 9.00am dh terpacak Di bank semalam..rupanya bank buka 9.30am


Ku menunggu..Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu..ehhh...ternyanyi plak..


Tunggu turn jap...

Dalam pukul 10.40am selesai urusan...

SA  dan PZ x sarapan lagi...so bawak la PZ sarapan dulu..

Siapa rindu PZ?

PZ masih on and off X sihat...masalah angin dalam badan dia X elok-elok lagi la...dh macam-macam ubat bagi dh..klinik je dah berpuluh pergi.. injection ntah berapa Banyak dh..masih Sama...



Pak Zain layan teh tarik


SA makan roti telur je


 Pak Zain makan roti kosong


Lepas tu  kami ke Pasar tani...

Lepas tu balik...

Hari ni dia dh bising dh..X tau nak buat apa kat rumah...sorang-sorang...sunyi katanya....aihhh...lain macam plak sebut perkataan sunyi tu...jangan macam-macam ye PZ...Kami x nak Mak baru de....😆😆😆


Wednesday, November 16, 2022

WW~ Jangan Sekali-Kali Kita Meremehkan Sesuatu Perbuatan Baik Walaupun Hanya Sekadar Senyuman



KFC tak pernah kata ayam goreng McDonald's tak sedap.

McDonald's pula tak pernah kata burger dia jauh lagi sedap dari KFC.

TETAPI keduanya menguasai rangkaian Fast Food di dunia.

MERCEDES Benz tak pernah memburukkan kereta BMW.

BMW juga tak cuba memusnahkan pesaingnya MERCEDES BenZ.

TETAPI mereka menjadi pengeluar kereta yang terunggul di dunia.

Kawan-kawan

Kita tak perlu memfitnah orang lain untuk memuliakan diri kita.

Kita juga tak perlu mengaibkan orang lain untuk menunjukkan kebaikkan kita.

Malah, Kita tak perlu menjatuhkan orang lain untuk melariskan produk kita. 

Masing-masing ada rezekinya, kita hanya wajib berusaha dan Allah lah yang menentukan segalanya.

Menghormati lawan, menyokong rakan-rakan serta saling membantu untuk mencapai kejayaan bersama.

Kejayaan kita tak akan kekal dengan menghancurkan orang lain.

Kebahagaian tak akan dicapai dengan melukakan orang lain.

Rezeki kita juga tak bertambah dengan mencantas orang lain. 

Carilah BARAKAH dalam apa jua yang kita lakukan untuk BEKALAN kita dikemudian hari.


Wednesday, July 20, 2022

WW~Tidak Ada Mak Yang Sempurna

Assalamualaikum...

Sejak Mak Pah mula sakit ni...SA x leh terbaca apa je artikel pasal mak..pasal anak- anak x peduli mak ayah mereka...sibuk bab kerja...entah automatik jadi sayu...jadi sebak..teringat mak sendiri...syukur Mak SA duduk sekali ngan SA...syukur SA masih ada peluang berbakti dan menjaga keduanya...Syukur SA masih boleh nampak Mak depan mata...orang lain yang dah takde Mak? Dah takde Ayah?
Pasti kerinduan nak buat semua tu akan ada...kan?



 

Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak tidak akan memanggil lagi..


Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira.


Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita.


Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya..


Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak- anaknya.


Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tidak pernah membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang.


Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkanmu.


Waktu bersama Mak tidak lama.


Waktu berjalan begitu cepat, dan tidak rasa yang dia sudah berusia.


Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua kita kerana dia jambatan kita menuju ke syurga


Jangan sampai hanya tinggal penyesalan


Dan baju- baju peninggalannya..

Wednesday, October 20, 2021

WW~Perkara Paling Random Diucapkan Oleh Orang Tak Dikenali Terhadap Anda..

Assalamualaikum..

Hi korang..

Perkongsian Fedtri Yahya kat Twitter menarik perhatian SA untuk share ngan korang...korang ada tak pengalaman macam SA? Kalau ada jom share kat ruangan komen....




Korang ada pengalaman random macam ni? SA ada..masa dalam MRT ke KTM Komuter x ingat plak...tiba-tiba disapa oleh kakak yg x dikenali..."Suraya!!!! ya allah..lamanya x jumpa...buat apa sekarang...anak dh berapa dh" 

Bukan sekali malah dh lebih 4 kali di sapa dengan nama "Suraya".

The best part is siap ckp awak "Suraya" study UITM Shah Alam dulu kan, tahun 2002 kan?...

Siapa la Suraya tu erk...sampai SA pun disangka dia ni...sampai sekarang SA seolah-olah diselubungi MISTERI....😏😏😏

Apakah wajah SA ni seiras dengan "Suraya"  tu?

Tak cukup dengan tu...SA seringkali disangka wanita cina...x tau celah mana ada rupa cina...kadang- kadang ada yang sangka SA ni Filipino...mengarut kan...muka melayu tulen...tetiba disangka chinese and Filipino...
 


Wednesday, July 28, 2021

Apabila Semua Serba Tak Kena..

Assalamualaikum...

Hi korang...


Kadangkala SA tak faham dengan sesetengah orang...kadangkala rasa nak marah dan nak hentam balik. Tapi bila difikirkan semula..nak marah pun takde faedah....tapi apa jer yang kita semua boleh buat..buat bodoh makin menjadi- jadi bab kecam mengecam ni...tapi perasan tak setiap situasi tu sememangnya berlaku antara diri kita dan orang- orang terdekat? SA bukan la bekerja sahaja, SA pun berniaga jugak...ragam orang- orang terdekat ni memang adakala buat SA rasa geram...tapi SA mampu bertabah aje la....sebab tu SA malas nak aktif sangat berniaga...kalau ada yang order jer baru SA buat jualan..

Korang pernah berhadapan dengan situasi di bawah?




👉Artis jual produk kurang berkesan kat kau, kau diam tak komplen.

Kawan kau jual produk kurang berkesan kat kau, kau minta refund siap viralkan di fb.

👉Guardian jual produk cuci muka import tak ada tanda halal dan kkm, kau beli tak bising dan pakai tanpa was-was.

Kawan kau jual produk lambat dapat halal dan kkm, kau kata produk kawan kau tak berkualiti dan tak bagus malah rasa was-was walaupun kau tau kawan kau tu Islam.

👉Bakers homemade buat kek siap bedeko bagai nk rak..sanggup perah idea sampai tak tido..jual rm100 pon ko kate mahal!!!

SR jual kek bulat kosong tak ade deko harge ratus2 rilek je ko beli..padahal ko pon tak tahu yg buat tu org islam ke tidak..kebersihan proces dr kilang terjamin ke tidak?

👉Ayam Kepsi seketul RM4 kau kata murah. Jual satu set kentang, ayam, air RM6.90 kau kata berbaloi.

Kawan kau jual ayam goreng tepung RM3 seketul kau kata mahal.

👉Kedai Torchlight Nasi Kandar jual nasi, ayam goreng, kuah kari caj kau RM7 kau kata murah dan bayar tanpa komplen.

Kawan kau jual nasi, ayam goreng, sayur, kuah caj kau RM6 kau kata dia jual mahal macam nak naik haji cepat.

👉Bertabahlah wahai sahabat bila berniaga di Malaysia. huhuhuhuhu

Kawan2 nk support berkira.. memilih pulak tue..

Tolongla support kawan2 buat business..tak kisah la business apa pun..

Yang paling best....bila bagi FREE...dia dulu nak....😂😂😂

Wednesday, July 14, 2021

WW~ Duit Tidak Boleh Bawa Mati, Duit Bawa Bahagia Tetapi Duit Juga Punca Derita

Assalamualaikum...

Hi korang..

Hari ni SA nak santai- santai jer..hari ni SA bekerja dari rumah..BDR atau WFH. Seawal pagi SA dah mengadap laptop..ada sedikit kerja nak kena settlekan...penat semalam pun tak hilang lagi..SA scroll FB dan ternampak quotes ni...bila baca..erm..betul jugak...dah 2 tahun kan kita semua hidup dalam keadaan x selesa. Pasti ramai yang mengalami masalah kewangan sekarang..Kalau tak kita sendiri pun pasti adik beradik kita dan saudara mara kita...Sebab tu sekarang apa aje bantuan kalau layak elok kita mohon..terbaru I-Citra kan...walau tak berapa terjejas boleh aje apply sebab itu duit kita sendiri dan dengan amaun yang dah ditetapkan pasti sedikit sebanyak mampu membantu. Moratorium juga turut ditawarkan bagi membantu cuma SA tak apply yang ni sebab SA rasa tak berapa perlu dan  nak tenure tu berpanjangan. Walau ada yang nasihatkan portion tu di kumpul untuk 5-6  bulan at least boleh dikumpul dan banyak membantu. SA cuma fikirkan jangkamasa bayaran loan tu jadi lagi lama kan...entah sempat entah tak nak langsaikan hutang loan ni....



Hurmmm...betul jugak quotes ni kan....sekarang semuanya perlukan duit....memang duit x boleh bawak mati...tp dh mati pun perlukan duit jugak kan...ye la..mana nak bayar penggali kubur..petak kubur batu nisan segala...nak buang air kecik besar or mandi kat tandas awam pun nak duit jugak...kalau x macam mana nak manage kebersihan tandas...

Pokok pangkal semuanya duit la kan...ermmmm....duit...duit....

Kerana duit adik beradik bergaduh
Kerana duit laki bini bercerai
Kerana duit putus tunang
Kerana duit pun hilang kawan...
Kerana duit orang benci
Kerana duit pun orang sayang
Kerana duit cinta pun boleh melayang...

Apapun...duit bawa bahagia...

Duit juga punca derita... 

Kalau korang dapat keluarkan i-citra, manage la duit elok- elok...jangan boros...bijak menyimpan....

SA ni cakap orang...tapi SA ingatkan diri juga...sekarang dah tiba masa simpan duit sebab Dania dah nak SPM kan...mana tau ada rezeki dia...boleh masuk IPT mana- mana...banyak nak guna duit kan.....so kena la bersedia dari sekarang....semoga allah permudahkan buat kita semua.....

Wednesday, June 16, 2021

Bahaya Apabila Alamat Email Dan No HP Di Salah Guna

Assalamualaikum..

Hi korang

Hari ni SA nak share, malam tadi masa SA nak tido sebelum lelap mata SA saje la check email kat yahoo. sekali nampak banyak notifications website dating...yang kelakarnya ntah bila plak SA join...cuba unsubscribe tak boleh plak...so SA yakin memang alamat email SA di salahgunakan oleh orang yang tak bertanggungjawab. Agak la kalau nak daftarkan SA ke website yang tak mendatangkan hasil kan...ada ramai jer salah guna alamat email kita tanpa pengetahuan kita. Macam sebelum ni SA dapat notification pasal beli barangan PA System kat oversea. cuma alamat penerima barangan tu alamat negara sana la..email address guna email SA...tu yang SA cuak.. Sekarnag kan banyak scammers hantar barang, sangkut kat imigresen pas tu kita disuruh bayar dan ambil barang tu kan..kalau jadi kat kita macam mana...scary kan...since semalam SA memang banyak daat notification pasal website dating ni...kebanyakkan semua orang tua dari oversea...apa jadahnya SA nak kenal orang tua2 sebaya Abah SA? giler la orang yang niaya SA tu...dan pastinya x logik untuk SA join website dating macam ni...yang ada kat Malaysia ni pun SA x layan kan... 



Satu lagi SA notice SA didaftarkan untuk applikasi Appi Travels ni oleh someone bernama Radzuan Ibrahim dan ada nickname dia nama perempuan. SA cuba masuk website ni guna login yang tertera..mulanya SA boleh masuk dan check info cuma ada email address SA dan no hp...SA cuba tukar details personal dalam tu..cuba tukar no hp dan lepas dah berjaya SA log out. Lepas tu SA masih dapat lagi notification kat email..rupanya details SA di tukar lagi...so SA x boleh masuk dah. SA check lagi website ni rupanya website ni macam Adsense, SA cuba check akaun number yang didaftarkan tu tapi tak boleh buka dan dikawal oleh admin, kiranya dia daftar email address dan no hp SA as her/his downline. Website ni untuk collect point kalau dia running video dan SA yakin dia ada banyak akaun atas email orang lain yang jadi downline so dia akan kaut keuntungan dari situ..biadap kan? dia kumpul komisen dan ada akaun bila dah matang dan cukup nilai terkumpul boleh cash out. But still guna no hp dan email address SA kan...orang ni memang tak bijak..SA tengah deal dengan someone. So SA akan report polis pasal ni dan email ke SKMM..


Lepas ni tak tau la apa plak orang yang tak bertanggungjawab guna alamat email dan no hp kita. Sebab tu SA x suka share no hp kat internet. ada jer manusia yang tak bertanggungjawab akan ambil kesempatan. Ada jugak yang dengki dan daftarkan kita ke website tak senonoh. SA pernah kena dulu. Lepas ni SA nak shutdown la email yahoo ni.. SA akan cuba guna email lain untuk semua social media SA...SA tak pasti siapa punya kerja. Bab IT ni SA kureng skit...

So korang...hati- hati share email address dan hati- hati share no hp...takut benda macam ni berlaku. SA yakin orang- orang mcam ni memang kerjanya amik kesempatan dan bukan kat SA sorang je...mesti ada ramai lagi...nak- nak kita blogger selalu share email address dan no hp kat banyak platform untuk paid job dan sebagainya kan...dari situ maklumat kita pun dah banyak terdedah dah. Bahaya memang bahaya tapi kita x tau macam mana nak pastikan kita tak terlibat kan...senang betul orang kaut keuntungan...

Korang rasa apa yang SA perlu buat...ada sape2 yang pandai bab IT ni?


Wednesday, July 15, 2015

WW : Antara Adat, Adab dan hukum...


Kadang2 kita tak alert kan...walaupun aku bukan la hebat angat bab halal haram dan agama ni...tp x salah kalau aku berkongsi sesuatu yang penting dan perlu dititik beratkan..yang baik tu semua dari allah..yang kekurangan tu dari aku sendiri..

Sharing is caring...

Selamat bercuti Semua...Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin...

Wednesday, February 13, 2013

Perkongsian Rabu Tanpa Suara


SEDANG BERUSAHA UNTUK TERSENYUM 
WALAU HATI DI DALAM NI SEDANG TERLUKA...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah